Kemunculan

Drama Series 421991

"Eh sayang?".

Arif kelihatan sangat terkejut dengan kehadiran aku di depan pintu. Ye la memang tadi kami bermanja manja semasa bermesej nak peluk cium,  aku nak ke hotel dan temankan dia tidur walaupun tau itu hanya satu gurauan. Tapi haaa.. tiba tiba muncul sungguh aku di depan dia.

Aku meluru masuk ke dalam bilik. Lantak la orang kat kaunter depan tu nak kata apa masa aku melangkah masuk di lobi comel mereka. Aku rasa macam perempuan gila berbaju kaftan memakai spek hitam masuk hotel satu bintang di tengah malam buta. Pintu bilik Arif ni pun, aku ketuk berkali kali baru terbuka. Mesti bilik lain turut mendengar ketukan tersebut. Tinggal aku tak tendang je lagi pintu ni, lambat sangat Arif buka. Tah apa dia buat kat dalam tu, hangin betul aku. Bengang dengan Seth dan mak tak habis lagi, terbawa bawa sampai sini.

"Mak tau tak sayang datang sini?". Itu soalan pertama dari mulut Arif. Aku menggeleng. Bukannya nak tanya khabar aku yang memandu seorang diri ke hotel ni tengah tengah malam, huh!

Aku membuka pintu bilik mandi, ok kosong. Aku selak langsir tebal kosong jugak. Bawah katil.. ok tiada ruang boleh bersembunyi.

"Sayang buat apa ni?", tanya Arif pelik dengan kelakuan aku.

"Mana tau abang bawa perempuan pula. Lambat sangat bukak pintu", rungutku. Dah la tadi tiba tiba senyap tak menjawab mesej aku.

"Abang tertidur la", kata Arif ketawa sambil menggeleng kepala.

"Sayang, call mak. Beritahu mak yang sayang selamat. Jangan buat mak risau tengah tengah malam ni. Sakit mak nanti", tambah Arif. Mencerut mukaku. Geram.

"Abang ni kan, asyik fikirkan mak je. Mama ni? Baik mama pergi tempat lain. Silap besar datang sini". Aku menolak Arif ke tepi dan membuka pintu untuk keluar. Kelam kabut Arif menarik aku masuk semula dan menutup pintu. Risau la tu. Tak mahu kecoh dan menyebabkan tetamu bilik lain bangun.

"Kenapa ni? Cuba cerita kat abang", pujuk Arif. Tas tangan, selendang dan kacamata hitam aku campakkan ke atas meja lalu menghenyakkan punggung ke atas tilam bersaiz queen.

"Abang ni bila nak bagitau kat keluarga yang kita dah kawin? Mama dah tak tahan la macam ni", kataku meluahkan rasa. Dah sering sangat aku merungut tentang hal ini. Aku dah penat hidup berahsia.

"Sabar la. Akan tiba waktunya nanti", pujuk Arif mengunci pintu.

"Kalau susah sangat abang nak beritahu, kita berpisah je la. Hidup cara masing masing. Tak siapa akan tau kita pernah jadi suami isteri", putusku. Aku tak suka keadaan aku semasa marah, aku akan cakap semua yang terlintas di fikiran tanpa berfikir. Disebabkan inilah, aku lebih gemar mendiamkan diri.

"Kenapa ni? Kan ada tetamu kat rumah tadi. Macam mana boleh bergaduh dengan mak sampai macam ni?". Arif mencangkung di depanku bertanya dengan tenang.

"Sebab tetamu tu la mama jadi macam ni", bentakku. Sakit hati ni.

"Sayang tak bagitau abang pun siapa tetamu tu", ujar Arif lembut memegang lututku.

"Aunty Sally dengan Seth". Aku memandang tepat ke anak mata Arif. Aku nampak Arif agak terkejut dengan jawapan itu. Berkerut dahinya.

"Berdua je? Wife dia tak ikut?", tanya Arif sambil berdehem. Masa tu la banyak kahak terlekat kat kerongkong kan.

"Dah bercerai", jawabku tanpa perasaan. Jawapan itu buat riak wajah Arif berubah. Aku tahu dia dapat hidu apa yang berlaku hingga aku boleh sampai ke biliknya di kala dinihari.

Arif bangun dan mundar mandir seketika seraya berkata , "Sayang, call mak. Beritahu sayang selamat".

Aku menghentakkan kaki berjalan ke meja untuk mengambil telefon yang berada di dalam tas tangan. Sengaja aku hela nafas sekuat kuatnya, nak menunjukkan aku terpaksa buat dan aku tak nak buat.

"Assalamualaikum Kak Zah. Sorry la kakak ganggu". Boleh pula aku terus menekan nombor Kak Zah tanpa rasa bersalah walaupun aku tahu Kak Zah sedang lena tidur nyenyak di sebelah along. Lama juga baru Kak Zah menjawab panggilan aku.

"Waalaikumsalam. Ada apa kak? Mak sakit ke?". Terdengar suara Kak Zah serak baru bangun tidur. Mungkin juga dia baru lagi tidur. Aku merenung Arif tajam.

"Hurmm.. tak. Kak Zah tolong bagitau mak, kakak ok ni. Jangan risau pasal kakak. Esok kakak balik", ujarku satu persatu agar Kak Zah bisa dengar dengan jelas. Orang bangun tidur ni kan masih mamai. Kalau cakap laju laju macam ribut, lain pula yang didengari nanti.

"Eh.. kenapa ni? Kan Seth datang beraya dengan Aunty Sally tadi". Hurmm.. maknanya semua orang tahu pasal Seth nak datang masa aku balik di kampung untuk beraya. Memang dah ada dalam rancangan raya la ni nak menemukan aku dengan Seth. Menyesal aku tak ikut rancangan Arif, berbulan madu.

"Kak Zah cakap je la camtu kat mak", balasku dingin tanpa menjawab soalan Kak Zah. Tak mahu memanjangkan perbualan, aku bimbang aku meletup.

"Kakak kat mana ni?". Suara Kak Zah kedengaran cemas.

"Tolong ye Kak Zah, sampaikan kat mak. Terima kasih. Assalamualaikum". Terus aku matikan panggilan telefon dan matikan telefon. Aku tak mahu Kak Zah menelefon aku.

Arif menggeleng kepala dengan tindakanku seraya berkata, "abang suruh telefon mak. Mak mesti tertunggu tunggu khabar sayang. Yang sayang telefon isteri Nuh kenapa? Dia kan tengah tidur. Rumah pun lain lain".

"Suka hati la. Abang susah kenapa? Yang penting, khabar mama selamat akan sampai kat mak", balasku.

Arif mengusap mukanya. Aku tak pasti dia mengawal dari marah atau mengurangkan rasa mengantuk. Yang pasti, dia tahu emosi aku tak stabil.

"Apa yang mama tak tahu tapi abang tau pasal seth", soalku berpeluk tubuh, tiada senyuman manis di bibirku.

Lama arif diam, tak menjawab. Buat aku main berangin.

"Abang! Cakap la", jerkahku. Pertama kali aku tinggikan pada Arif. Kehadiran Seth benar benar mengganggu aku.

"Pasal apa?", soal Arif bersandar di dinding.

"Hadiah. Bunga", nyataku. Arif tersenyum sinis.

"Ooo tu. Kalau sayang nak, semua tu abang boleh bagi kat sayang. Tak perlu dari dia. Sepatutnya semua tu dia beri pada isteri dia yang berlagak cantik padahal tak pun. Bukan berikan pada perempuan yang dia dah lukakan hatinya. Untuk apa dia beri pada sayang? Supaya hati sayang luka lagi?". Arif menjawab dengan tenang, ada rasa kasih dalam nadanya.

Aku terkesima dan terduduk di katil. Betul kata Arif. Aku akan teringat kembali pada Seth jika itu terjadi. Dan aku takkan melupakan dia sampai bila bila. Aku akan terus berharap.

"Seth cakap abang ugut nak pukul dia", gumamku.

"Ya. Abang acah acah je. Bukan betul pun. Sayang ingat abang ni samseng ke pukul pukul orang", ujar Arif.

"Kenapa nak pukul seth?", soalku. Semua kata kata Seth terngiang di telingaku.

"Sebab abang tak suka dia ganggu sayang. Dah buang kenapa nak jilat balik? Sayang milik abang, jadi abang kena jaga sebaiknya. Memang abang tak sentiasa ada di sisi sayang. Kita sama sama sibuk. Tapi abang tau apa yang sayang buat, sayang keluar dengan siapa kemana. Selagi tak melampaui batas abang tak de masalah. Tapi Seth yang bermasalah. Dia kembali ada tujuan. Bukan saj saja. Abang tak nak sayang terus terluka".

Mendengarkan itu, aku terus merebahkan tubuh sambil menarik selimut dan menutup mata. Aku penat. Arif turut merebahkan badan di sebelah dan cuba memelukku seperti biasa.

"Jangan kacau la. Orang nak tidur ni", bentakku menolak tangan Arif.

Aku tengah bengang ni. Seth suka suka datang dan pergi dalam hidup aku. Dia ingat aku ni apa anak patung? Tunggu orang datang beli. Ke dia ingat aku ni tak laku sangat, kena tunggu dia sampai kiamat? Dia fikir dia kacak sangat sampai aku tak boleh lupakan dia? Bloody hell! Aku dah mula rasa benci, benci sangat pada Seth. Dia pernah yang sakitkan jiwa dan perasaan aku. Kali ni, dia buat lagi. Bukan dia tak nampak betapa merananya aku dulu. Betapa banyaknya perubahan aku ketika di universiti dulu. Dia ingat aku suka suka buat macam tu?

Aku mengalih tubuh menghadap ke tingkap, terasa panas air mengalir di hujung mata dan jatuh ke atas bantal. Arif perlahan lahan membelai rambutku namun tak menyentuh bahagian lain tubuhku. Nafasku tersekat sekat menahan tangis. Kenapa mak tuduh aku macam tu? Aku sedih sangat. Aku ada akal untuk berfikir. Sungguhpun aku pernah sayangkan Seth, aku tak segila itu nak meruntuhkan rumahtangga orang. Antara aku dan Seth dah lama terkubur. Tapi mak tak tau. Mak masih menyangka aku menolak mentah mentah semua lelaki yang datang melamar aku sebab aku masih cintakan Seth. Arif la ni. Slow sangat!

Arif menarik aku ke dalam pelukannya. Aku rasa dia tahu aku menangis dalam diam. Dagunya elok terletak di atas kepalaku. Kami diam tak berkata apa apa buat seketika.

"Esok pagi kita balik rumah mak sama sama", bisik Arif, memujuk. Lapang dada aku bila Arif berkata demikian. Lapang selapang lapangnya. Rasa nak terbang tapi tak lama. Aku berkalih, memusingkan badan. Mukaku memandang dadanya. Nampak halkum Arif bergerak gerak.

"Yakin bang?". Aku pula rasa bimbang tiba tiba, mengenangkan reaksi mak esok. Terbayang bayang parang panjang belakang pintu dapur.

"Demi isteri abang", ucap Arif sebelum mengucup dahiku lama. Lemah jiwa aku, leher dan halkum Arif kukucup bagi membalas ciuman Arif tadi.

Arif mendesah bilamana kucupanku menjadi gigitan dan tanganku mula mencari senjata ampuh miliknya. Aku suka lihat Arif menutup mata sambil menikmati khidmat manjaku. Suara dalamnya ketika itu adalah alunan muzik paling indah di telingaku. Malam ini aku jadi nakhoda mengemudi pelayaran kami. Arif membiarkan aku mahu lakukan saja padanya.

Alarm berbunyi tepat jam 6 pagi. Arif mengalihkan sebelah tangan bagi menekan butang off. Kemudian memelukku kembali dan berbisik,"Bangun sayang, mandi. Kita nak balik rumah mak".

Aku menarik tangannya agar lebih erat memelukku. Arif mengikut saja.

Bunyi ketukan pada pintu membuatkan Arif melepaskan pelukan hangatnya padaku. Aku bergulung di dalam selimut. Malas nak bangun. Arif mencapai tuala putih yang tersangkut di kerusi dan membaluti bahagian bawah badan sebelum membuka pintu. Aku memalingkan badan ke tingkap semula, menarik selimut menutupi seluruh tubuhku dari kepala hingga ke kaki.

"Kau sorang?". Aku mendengar dengan mata tertutup. Baru nak terlayang semula.

"Tak", jawab Arif.

"Mana Nura?". Aku dengar bunyi pintu ditolak kuat hingga terkena dinding, membuatkan aku memusing badan semula ke arah pintu. Selimut kuturunkan sedikit dengan hati penuh debar.

Share this novel

Rahmah Jaafar
2019-12-22 10:50:05 

lega bila rahsia akan dibongkar. tak sabar nk tunggu reaksi mak mak sedunia tuh

UdangGalah
2019-12-21 07:56:19 

Perempuan kalau datang time dia nak mengamuk. Memang takleh bawak bincang. Mujur cepat cold down. Kalau bini i, selagi tak genap seminggu, selagi tu takkan waras. minta maaf salah, tak minta maaf salah, pujuk salah, tak pujuk lagi la salah. huhu. Apapun tak sabar nak tau fasa pembongkaran pasni.. Ayo mas arip, u can do it..


NovelPlus Premium

The best ads free experience