Bab 40

Romance Completed 53836

Tak sayang..abang tak akan benarkan. Bersuara Azhar apabila Munirah meminta keizinannya untuk membela White dan Putih. Sudah dua hari juga Azhar mendengar permintaan yg sama saja dari Munirah. Sudah seperti tiada benda lain yg ingin di mintanya. Azhar menghela nafas panjang di atas sofa. Melonggarkan sedikit tali leher di koler bajunya. Baru saja pulang dari sekolah. Penat lelahnya masih terasa lagi.

Abang..please..kali ini saja. Irah janji..diorang tak akan masuk ke dalam rumah. Please..please. Pinta Munirah lagi masih cuba memujuk hati lembut Azhar untuk menerima White dan Putih. Comel saja gelagat White dan putih yg sedang bermain di luar rumah. Munirah tak sanggup nak kehilangan mereka lagi. Mungkin kali ini mereka pergi dan tidak akan kembali lagi. Munirah memuncungkan sedikit mulutnya di hadapan Azhar. Perlahan-lahan jarinya mula mengetel lengan baju Azhar. Dirinya betul berdiri di hadapan Azhar.

Munirah Safiyah.. Napa degil sangat ni? Haishh dia ni..kata Azhar apabila melihat wajah Munirah itu. Terlalu comel sangat sampaikan sukar untuknya menolak lagi.

"Please"

Ermm yelah...Nanti kita keluar beli sangkar dan segala keperluan barang yg lain juga. Jangan buat muka monyok macam tu lagi. Dah tak comel. Akhirnya Azhar terpaksa mengalah juga. Mahu atau tidak Munirah tetap dengan pendiriannya ini.

Yeayy!!! Terima kasih abang!! Ni yang buat Irah semakin sayang dekat abang. Ujar Munirah terus duduk di atas peha Azhar tanpa teragaknya. Dia memeluk leher Azhar apabila badan Azhar mula bersandar di sofa. Azhar terus mengeluarkan senyuman nakal. Tangannya mula menjalar di pinggang Munirah. Tergamam Munirah cuba untuk bangun dari kedudukannya ini.

Aipp..jangan nak lari ehh..siapa yg goda abang dulu. Abang dah izinkan Irah bela White dan putih. Apa kata Irah pula izinkan abang malam ini. Bisik Azhar lembutnya di sebelah telinga Munirah. Jarinya mula membelai lembut anak rambut Munirah. Bau harum saja apabila di hidu secara dekat. Munirah menelan payah air liurnya. Terasa takut pula dengan permintaan Azhar ini. Dia mula memberikan senyuman menampakkan ke arah Azhar.

Okey..sure..tapi malam nilah. Masih siang lagi tahu tak? Ngada-ngada. Abang pergi mandi dulu pastu kita makan bersama. Muahh..Siapa lagi Irah nak goda kalau bukan dekat suami tercinta ini saja. Balas Munirah seksi saja ton suaranya ini. Dia melepaskan satu kucupan di bibir Azhar. Munirah terus bangun dan berlalu pergi ke dapur. Dibiarkan saja Azhar terkejut begitu. Tergamam Azhar melihat first step Munirah kali ini. Dia kembali tersenyum riang. Kalau beginilah kehidupan mereka setiap hari, hilang segala penat lelahnya bekerja. Semakin membuar cinta Azhar dekat Munirah setiap hari. Pandai saja Munirah mencuri perhatian darinya.

Oiii!! Tegur Farah sambil mencuit pinggang Munirah kerana sejak dari tadi lagi perasaan Munirah termenung jauh saja.

Ehh mak engko..Pap!! Latah Munirah lalu menepuk mejanya kuat sekali. Orang lain di dalam pejabat itu terus ketawa sambil melihat hairan ke arahnya. Munirah menundukkan pandangannya ke bawah sedikit. Malu saja melatah kuat seperti itu. Tidak tentu pasal semua pekerja ketawakannya.

Sorry ok..akak ingatkan Irah perasaan tadi. Termenung jauh nampak sampai tak perasan akak tegur..Apa yg difikirkan lagi tu? Kata Farah sambil meletakkan air kotak lemon di atas meja Munirah. Mahu saja dia mendengar apa masalah yg dihadapi oleh Munirah kali ini. Mungkin sedikit banyak dia boleh tolong Munirah.

Thanks..Eemm..Cuma teringat orang di rumah je. Dia kena pergi Kem motivasi pula esok selama 3 hari. Nanti bosanlah rumah tu. Jawab Munirah lalu memberikan senyuman manis ke arah Farah. Baru dia teringat akan Azhar kena pergi kem di sekolah nanti. Baru saja dia mahu melepaskan rindu tetapi tidak berkesampaian.

Owhh begitu ke..Akak faham..Irahkan cuma tak biasa berjauhan dengan En Azhar tu. Mestilah akan rindu nanti. Kalau akak ni dah terbiasa. Suami kerap tak de kat rumah. Irah duduk dengan siapa nanti? Sorang ke? Tanya Farah apabila melihat wajah Munirah berkerut sedikit. Tidak tahu apa yg masih di fikirkannya itu.

Rumah walid sis. Irah dah tolak tapi tu lah..En Azhar tak percaya yg Irah boleh tinggal sorang. Kenalah hantar anak-anak tu pegi Hotel kucing nanti. Kata Munirah sedihnya memberitahu semua ini kepada Farah. Azhar menyuruh Munirah membuat keputusan sama ada tinggal di rumah walid mahupun di rumah umi. Seperti tiada pilihan lain yg perlu ia pilih. Pada mulanya Munirah mahu pulang ke rumah umi tetapi dari tempat kerjanya agak jauh jadi Munirah terpaksa pilih rumah walid saja. Walid juga telah mengalukan kedatangannya ke situ. Dapatlah juga bonda meluangkan masa bersamanya nanti.

Wuuu..rumah mentua. Ok apakan? Balas Farah sambi mengangkat keningnya sedikit. Bukan dia tidak tahu yg Munirah tidak berapa selesa berada di rumah walid tanpa ada Azhar di sisinya. Takut akan ibu mentua katanya. Tapi alangkah baiknya juga Munirah cuba memberanikan diri berada di sana. Cuba memikat hati bonda lagi. Mungkin bonda juga akan menyukainya. Farah cuma boleh memberikan candangan yg baik untuk Munirah memikat hati ibu mentuanya memandang Farah sudah berpengalaman dalam bab ini. Munirah mendengar saja apa yg di bebelkan oleh Farah. Bukan itu yg dia risaukan. Munirah cuma takut jika Mira akan bertandang lagi ke sana lagi. Sudahlah tiada sesiapa di sana. Silap hari bulan dia menjadi arwah pula nanti.

.................................................................

Azhar inilah keputusan yg kita ada. Aku harap sangat kau boleh jaga Mira nanti dekat sana. Aku tahu sukar kau nak buat semua ini. Aku boleh lihat dari anak mata kau..kau sudah tiada apa-apa perasaan dekat Mira. Terima Kasih Azhar..terima kasih. Aku tunggu 3 hari lagi. Aku tahu Mira mesti gembirakan dengan semua ini. Biarlah..janji dia sudah buat keputusan akan bersama aku lagi. Layanlah dia sebagai seorang wanita Azhar. Jangan kecewakan hatinya lagi. Kata Iqbal lalu menepuk bahu Azhar. Dia memeluk tubuh Azhar apabila melihat Azhar mengangguk lemah saja kepalanya. Iqbal juga menerima semua ini dengan hati yg terbuka. Setelah mendapat kata putus dari kedua belah pihak akhirnya semua ini akan tamat tidak lama lagi. Walaupun selepas ini mungkin akan meninggalkan kesan yg mendalam tetapi mereka terpaksa menerimanya juga. Iqbal berkorban demi Mira manakala Azhar berkorban demi Munirah. Keduanya berada di jalan yg salah tetapi mereka tiada pilihan. Semua keputusan ini berada di tangan Mira dan juga Datuk Rizman.

Abang..Jum. Panggil Mira lembutnya apabila melihat saja drama antara Azhar dan Iqbal di depan matanya sendiri. Kedua lelaki ini pernah menakluki hatinya dahulu. Keduanya Mira masih lagi sayangkan. Mira rasa bertuah sangat dapat hidup di muka bumi ini. Disayangi dan dikasihi oleh mereka berdua. Tiada apa yg lebih bahagia apabila melihat Azhar dan Iqbal merebut cintanya lagi. Hanya wanita bertuah sepertinya saja dapat merasai semua ini. Mira rasa kasihan apabila teringatkan diri Munirah. Perempuan itu masih percayakan kata kosong dari mulut Azhar. Tidak semenanya Munirah sudah dijatuhkan dalam diam. Nasib saja dia sudah berjanji dengan Azhar tidak akan membuka rahsia ini kalau tidak mesti air mata darah sudah mengalir di pipi Munirah. Mira tersenyum riang di situ. Senyuman yg sudah lama tidak terukir di bibirnya.

Janji aku satu saja dekat kau Iqbal..aku tak akan sentuh Mira dan aku tak akan pernah jatuh cinta dekat dia lagi. Cinta aku hanya layak dekat isteri aku saja..Munirah Safiyah. Bisik Azhar di sebelah telinga Iqbal jelasnya. Azhar tidak kisah langsung dengan semua ini. Apa yg dia tahu mahu tamatkan semua ini dengan secepat mungkin. Ke mana sahaja kakinya melangkah hanya akan ada nama Munirah Safiyah saja di dalam hatinya. Azhar terus melepaskan pelukan itu dan berjalan pergi. Diabaikan saja Mira yg masih tersenyum riang di situ. Sebuah senyuman kemenangan.

"Maafkan abang Irah.."

...............................................................

Ya Allah..kenapa aku rasa tak sedap hati ni..Rasa macam ada sesuatu tidak kena saja. Adakah abang baik saja di luar sana? Tolonglah lindungi suamiku Ya Allah..Di mana saja dia berada tolonglah jaga setiap langkahnya. Aku di sini sangat rindukan dirinya. Sampaikan rinduku kepadanya Ya Allah..Nguman Munirah masih lagi duduk termenung di tepi kolam renang itu saja. Munirah melihat redup cincin di jari manisnya. Rasa rindu akan kepada Azhar mula bermain di benak hati. Hari ini adalah hari pertama dia tinggal di rumah bonda. Hanya ada bonda saja di sini kerana walid juga ada ceramah yg perlu di hadirinya ke negeri Kelantan. Munirah mula rasa bosan dan tidak berbuat apa-apa di sini. Dari jauh bonda melihat saja susuk tubuh Munirah di tepi kolam renang itu. Kasihan saja dia melihat menantunya itu di belegu rasa bosan. Maklumlah dekat rumah ini memang tiada sesiapa. Semua anak-anak sudah mempunyai rumah sendiri.

Ermm..Munirah..buat apa dekat sini? Satu rumah bonda cari patutlah tak jumpa. Tegur bonda sambil membawa sedulang makan petang lalu diletakkan di atas meja rehat.

Ehh bonda..Maaflah. Saja Irah duduk di sini. Tak tahu nak buat apa. Jawab Munirah segera bangun dari kedudukannya lalu pergi duduk di bangku itu.

Mesti Munirah bosankan duduk di sini?? Selalunya meriah sikit tapi kali ini kita dua saja. Macam itulah bonda selalu rasa. Meh..jemput makan sikit. Mak Nah kata Munirah tak isi perut tu sejak tengah hari tadi lagi. Janganlah siksa perut tu. Kata Bonda ramahnya terus menuangkan air jus oren ke dalam gelas dan diberikan kepada Munirah. Bubur jagung yg dimasaknya tadi juga dihulurkan kepada Munirah. Bonda memberikan senyuman kepada Munirah. Rasa senang saja Munirah berada di sini. Dapat juga dia ada kawan untuk berbual sekaki.

Terim kasih bonda. Buat susah-susah saja. Sebenarnya tak rasa bosan pun cuma Irah tak biasa. Lagipun dapat juga Irah teman bonda dekat sini. Jawab Munirah segannya di layan seperti ini dengan bonda. Baik sahaja Bonda melayan dirinya sekarang. Bonda tidaklah garang seperti dahulu lagi. Kali ini Bonda selalu saja mahu berjumpa dan meluangkan masa dengannya. Hubungan mereka semakin erat saja sejak dua menjak ini. Layanan bonda tidak ubah seperti umi. Sentiasa menjaga dirinya baik sekali. Munirah sudah menganggap Bonda seperti ibunya sendiri. Berkongsi kasih setiap hari. Mereka berdua banyak berbual kosong di situ. Pada waktu malam pula Munirah membawa bonda ke masjid berdekatan. Mereka berdua akan solat berjemaah di masjid saja. Menggunakan masa terluang ini dengan mendekati diri dengan Allah swt.

Abang..Ngumam Munirah lagi apabila diri Azhar selalu bermain di fikirannya. Munirah mengusap wajahnya banyak kali. Dia tidak dapat fokus langsung semasa solat berjemaah waktu maghrib tadi. Rasa berdosa dan bersalah saja dirinya menjadi seperti ini. Munirah meminta diri untuk mengambil wuduk kembali. Dirinya terpaksa menunaikan solat maghrib semula. Bonda yg perasan akan diri Munirah tadi membiarkan dahulu ia solat semula. Mungkin hati Munirah tengah serabut tadi sehinggakan dia tidak dapat fokus semasa mendirikan solat. Selepas selesai solat, Munirah hanya duduk bersimpuh di atas sejadah saja. Mulutnya berkumat-kabir berzikir kepada Allah Swt. Memberinya petunjuk kita sesuatu telah berlaku tanpa pengetahuannya. Air mata mula terkumpul di kelopak mata Munirah. Tidak semenanya hatinya mula terasa sebak. Munirah tidak tahu apa yg membuat dirinya rasa sebak seperti ini.

Munirah..kenapa ni?? Kenapa kamu menangis? Tegur Bonda lalu melabuhkan dirinya di sebelah Munirah. Bonda menepuk lembut belakang Munirah. Cuba untuk menenangkan dirinya sekejap. Munirah terus menangis teresaknya. Tangisannya redup sekali. Tidak mengeluarkan sedikit bunyi pun. Bonda tidak tahu nak pujuk macam mana lagi lalu menarik tubuh kecil Munirah dalam pelukannya. Hajah Fazilah tidak pernah melihat Munirah menangis seperti ini. Mungkin hatinya terlalu banyak sangat pendam segala masalah selama ini sehingga tidak dapat menahan lagi.

Cuba beritahu bonda sayang..Apa yg kamu risaukan. Jangan pendam benda ini lagi. Cuba kamu luahkan dekat bonda. Bonda ada Munirah..Jangan rasa takut. kamu sudah seperti anak bonda sendiri. Anggaplah bonda ini ibu kedua kamu. Kamu tak bersendirian lagi. Bonda sentiasa ada untuk Munirah. Pujuk Hajah Fazilah lembutnya dekat Munirah. Dalam beberapa minit tangisan Munirah semakin surut. Dia sudah kembali duduk seperti biasa. Lembut saja sentuhan tangan bonda bila mengesat sisa air mata di wajah Munirah. Bonda masih lagi memberikan senyuman kepadanya. Tidak pernah Munirah rasa dilayan sebaik ini oleh orang luar iaitu ibu mentuanya sendiri. Hatinya rasa terharu dan tersentuh saja mula dihargai seperti ini. Hilang segala keresahan di lubuk hatinya sekejap. Munirah terus mengukirkan senyuman. Rasa tenang saja selepas menangis tadi. Pada masa yg sama diri Azhar masih lagi bermain di fikirannya. Munirah pasti sesuatu sudah berlaku tanpa pengetahuannya tetapi firasat buruk itu dibuang jauh sekali. Munirah tidak mahu berpra sangka buruk terhadap suami sendiri. Dia masih percayakan Azhar sampai bila-bila. Seorang suami yg terlalu baik untuknya berkata buruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience