Selepas balik dari tandas, Tiara masuk ke dalam kelas. Di depan pintu , Tiara bertembung dengan Hadi. Lagi panas hati dia bila nampak muka Hadi. Dah lah lepas kena tuduh dengan Intan.
"Esok last ek aku belikan kau makanan! Lepastu tolong jangan susah kan lagi hidup aku! Kau tolong pergi mampus" kata Tiara di hadapan muka Hadi
Terkejut Hadi melihat sikap Tiara yang tiba-tiba itu. Dia nak tanya kenapa Tiara tiba-tiba jadi seperti itu, tapi Tiara dah ambik beg dia di atas meja dan keluar dari kelas.
Seperti Hadi, Farhan dan Hadirah pun terkejut melihat Tiara.
Hadirah keluar kelas untuk mengejar Tiara.
"Apa lagi la yang Tiara hadap ni?" kata Farhan dalam hati
Hadirah mahu mengejar Tiara, tetapi kelibat Tiara sudah tiada.
Tiara berlari ke arah bus stop yang berdekatan dengan universiti dan duduk di situ. Perasaan nya sekarang berkecamuk.
"Dia cakap aku menggedik? Selama ni aku nampak macam terhegeh-hegeh ke dekat Hadi tu? Argh! Aku datang sini nak belajar, tapi masalah yang dapat. Ingat aku hadap sangat ke Hadi tu? Sikit pun tak nak lah. Ingat aku sama ke macam budak perempuan lain? Menggeletis nak Hadi tu. Tak teringin la aku" kata Tiara seorang diri di bus stop itu.
Nasib baik tiada kereta yang lalu. Dia pun duduk seorang di situ sehinggalah grab yang di order nya sampai.
"Kau buat apa lagi Hadi? Kenapa Tiara tu nampak macam marah sangat je?" tanya Hafiz
"Aku mana tau. Aku pun terkejut tengok dia tiba-tiba marah aku macam tu" kata Hadi
"Siapa lagi kat universiti ni yang selalu bergaduh dengan dia? Kau je la" kata Akmal pula
"Ya Allah, aku tak tau. Kan dia daripada luar tadi. Aku duduk dalam kelas je. Mungkin orang lain kot yang buat dia marah"
"Dan mungkin orang tu saja tuduh bukan bukan dekat Tiara pasal kau. Kau tahu la Tiara macam mana dengan kau" teka Hafiz
Entah kenapa dalam hati Hadi dia ingin tahu Tiara berada di mana sekarang.
//
"Kak Nia, Intan nak jumpa akak sekejap. Urgent. Pasal Abang Hadi" kata Intan di telefon nya.
"Hadi? Kenapa dengan Hadi? Okey, kejap. Intan dekat mana?" tanya Nia dari hujung talian.
"Meja universiti bawah pokok mangga"
"Okey, kejap lagi akak sampai" kata Nia
Intan pun matikan panggilan.
Selepas 10 minit menunggu, Nia muncul bersama dengan kawannya, Amelia.
Nia adalah kawan Hadi sejak dari sekolah rendah lagi. Nia adalah satu-satunya kawan perempuan Hadi dan Nia sudah lama suka pada Hadi. Cuma Hadi saja yang tak nampak.
"Kenapa dengan Hadi? Dia okey tak?" tanya Nia sambil duduk di kerusi
Intan pula satu satunya junior yang rapat dengan Nia.
Mungkin pendek kata rapat ada makna.
Nia ambik course designer manakala Intan pula ambik course law. Course yang sama dengan Hadi. Jadi, Intan ini dikira menjadi penyampai berita untuk Nia tentang Hadi.
"Akak tahu tak ada student baru, bukan baru la tapi dia baru masuk sini dua minggu lepas?" tanya Intan
"Student baru? Lelaki ke perempuan? Budak law?"
"Perempuan, haah budak law. Nama dia Tiara"
"Okey, and then? What's the problem?" tanya Nia
Intan pun ceritakan tentang Hadi membuli Tiara dengan menyuruh Tiara belikan makanan untuknya.
"That's it? Alah, chill Intan. Hadi just gunakan budak hingusan tu je" kata Nia lega. Dia ingat apa benda la yang penting sangat.
"Akak tak takut ke kalau kalau Abang Hadi rapat dengan Tiara tu. Yeah, sekarang Abang Hadi buli dia. Esok-esok Abang Hadi nak dia pulak"
"Tiara tu cantik sangat ke? Kaya? Boleh lawan Nia?" tanya Amelia yang daripada tadi senyap
"Like macam perempuan kampung je. Memang tak la boleh lawan Kak Nia" balas Intan
"So what? Budak tu bukan taste Hadi. Aku yakin Hadi tak akan pandang punya budak tu. He has Nia. Buat apa nak pandang perempuan macam tu? Macam yang Nia cakap, Hadi just nak gunakan budak tu je. She has nothing to compare with Nia Natasha" tambah Amelia
"Yeah, i agree with you Lia. Like, ramai je student perempuan kat sini yang tak sedar diri nak try Hadi. Tapi Hadi buat tak tahu je. Inikan pulak budak Tiara tu? Not my level" kata Nia
"Dia ada menggedik ke dengan Hadi?" tanya Amelia
"Tak ada. Dia asyik bergaduh je dengan Abang Hadi" jawab Intan
"See, lagi la Hadi tak akan pandang kalau perempuan tu asyik bergaduh dengan dia. You know Hadi better than other, Nia. Dia tak suka jenis orang macam tu kan? Even Akmal dengan Hafiz pun jarang bergaduh dengan dia" kata Amelia
"Yes, Hadi benci orang macam tu. Okey lah Intan. Thanks for the information. Tapi lain kali kalau boleh benda macam ni tak payah kot bagitahu, okey? It's just waste my time. Byee" kata Nia dan kemudian pergi bersama dengan Amelia meninggalkan Intan seorang.
"Okey fine! Kau berlagak kan? Okey tak apa. Lepas ni kalau Hadi tu dah rapat dengan Tiara, kau tak payah meroyan nak cari aku. Memang la sekarang diaorang bergaduh, tapi dari bergaduh boleh jadi sayang. Tak pernah tengok drama melayu ke? Selalu macam tu la yang jadi. Sedih betul" kata Intan menyampah.
//
Pagi itu, Tiara bangun , mandi, solat Subuh dan bersiap.
Di hadapan cermin, dia berkata ,
"Okey Tiara. Today is the day! Last day kau kena beli makanan untuk mamat tu. Semalam dia mintak , dia nak sandwic harini" kata Tiara.
Selepas mengisi makanan kucingnya, dia keluar rumah dan kunci pintu. Selepas 15 minit , kereta sampai.
Sementara itu, Hadi di dalam kereta sedang dalam perjalanan untuk ke universiti ,
"Kenapa dia tiba-tiba marah aku semalam? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba melenting. Dia jumpa siapa? Siapa yang tuduh dia bukan bukan pasal aku?" kata Hadi sambil memandu
"Haish! Apa apa je lah. Pagi pagi dah fikir pasal dia. Dah dia memang macam tu, asyik nak marah aku je kerja" sambung Hadi
"Tapi, dia daripada luar kot. Kalau nak kata aku yang buat dia marah, aku tengah duduk elok elok dekat meja aku kot" tambah Hadi lagi.
"Eh Hadi! Apasal kau cakap pasal Tiara ni?! Sudah! Diam! Stop cakap pasal dia" kata Hadi lagi.
Dia pun terus memandu dalam senyap. Tetapi fikirannya tidak senyap. Fikirannya sedang memikirkan seseorang…
//
Tiara sudah membeli dua bungkus sandwic dan sekotak air Milo di kafe universiti. Dia selitkan resit sekali supaya Hadi tak mintak dia untuk beli makanan lain.
Sampai di kelas, dia letakkan makanan itu atas meja Hadi dan pergi ke mejanya.
Masih tidak ramai orang lagi ketika itu. Tiara antara pelajar yang selalu datang awal.
Tiara keluarkan buku nya dari dalam beg dan menulis.
Sedang dia menulis, Hadirah dan Farhan datang.
Kadang-kadang Tiara tertanya, mengapa Hadirah dan Farhan selalu datang bersama? Tetapi, dia malas mahu tanya.
"Heyy, good morning dear" sapa Hadirah.
"Assalamualaikum. Ini good morning pulak" tegur Farhan
"Ye lah, assalamualaikum Tiara" kata Hadirah sekali lagi.
Tiara hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua dan menjawab
"Waalaikumussalam"
"Kau buat apa tu?" tanya Farhan
"Aku siapkan ni sikit" jawab Tiara
Kemudian, Tiara pun kembali menulis. Dia seolah-olah dalam dunia nya sendiri apabila menulis. Dia tidak sedar dengan keadaan sekeliling. Hadi datang pun dia tak perasan.
Sedang dia menulis, tiba tiba muncul satu bungkus sandwic dan air Milo kotak di atas meja nya.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat Hadi yang bagi.
"Kenapa ni? Asal kau bagi balik? Aku ada letak resit ek. Kau jangan macam macam" kata Tiara
"Ambik la, aku bagi" kata Hadi
Terlopong mulut Hadirah yang disebelah Tiara mendengar kata-kata Hadi. Tetapi, cepat cepat dia buat kerjanya sendiri. Dia tak mahu Hadi marahnya.
Tetapi, telinganya sedia mendengar perbualan antara Hadi dan Tiara. Begitu juga Farhan.
"Tapi ni kau punya kan? Makan la" kata Tiara pelik dengan sikap Hadi pagi itu.
"Kau ambik yang ni, ada lagi satu. Kan kau beli dua" jawab Hadi
"Tapi nanti makanan kau tak cukup 8 ringgit"
"Tak apa, harini last kau beli makanan aku. Lagipun, kau pun kena makan jugak" kata Hadi
Terkedu Tiara mendengar kata-kata Hadi itu.
"Ni Hadi ke jelmaan dia? Dia okey tak ni? kata Tiara dalam hati
"Air Milo tu minum elok elok, jangan tumpah dekat kasut orang lain pulak" kata Hadi kemudian dia kembali ke tempatnya.
Kedengaran suaranya tidak mengejek, tetapi kedengaran dia ikhlas bagi sandwic dan air Milo itu.
Akmal dan Hafiz belum sampai lagi waktu itu. Kalau Hadi bagi makanan itu masa Akmal dengan Hafiz ada, memang Hadi kena bahan kaw-kaw dengan diaorang.
Sebenarnya, Hadi rasa bersalah sebab tiba-tiba je Tiara marah dia semalam. Dia nak tanya kenapa dengan Tiara, tapi dia malu.
Jadi, sandwic dan air itu sebagai tanda dia mintak maaf.
"Uuuu, Abang Hadi bagi kau makanan laa! Dia suka kau ke ek?" usik Hadirah selepas Hadi kembali ke tempatnya
Tiara pukul tangan Hadirah selepas mendengar usikan dia.
"Apa kau merepek ni? Lagipun, makanan ni duit aku. Jadi kira macam aku punya la ni" kata Tiara
"Tapi makanan tu dia punya kan sebab kau bagi dia. Uuu, untung nya Tiara dapat makanan dari Abang Hadi. Cemburu aku" usik Hadirah lagi.
"Eh kau ni, aku cepuk mulut kau kang. Merepek je kerja" kata Tiara
Farhan hanya mendiamkan diri saja sambil mendengar Tiara dan Hadirah berbual. Entah kenapa dia tak suka apabila mendengar Hadirah kata yang Hadi suka Tiara.
"Farhan, kau okey tak?" tanya Tiara apabila melihat Farhan hanya senyap
"Ha? Aku okey je" jawab Farhan
"Aku suka Tiara ke?" tanya Farhan dalam hati.
//
Semasa mereka semua sedang berkemas untuk pulang, Hadi mahu berjumpa sekejap dengan Tiara.
Dia tak tahu kenapa. Tapi dia rasa dia nak jumpa sekejap dengan Tiara.
Tetapi tidak dapat kerana Tiara keluar dari bilik itu awal dan semasa Hadi mahu lari mendapatkan Tiara, Nia datang dari entah mana.
"Hadii!" panggil Nia
Terbantut niat Hadi untuk lari mendapatkan Tiara.
"Ye, Nia. Awak dari mana ni?"
"Lama dah saya tak jumpa awak. Saya dari class la. Habis awal harini sebab Dr Maria tak sihat sangat. So, how are you?"
"Alhamdulillah, sihat je. Awak?"
"Sihat jugak. Dah lamanya kita tak borak sama sama kan?"
"Tu lah lama jugak" jawab Hadi
Mereka berbual di tengah-tengah jalan, jadi ramai orang yang tengok mereka berbual.
Memang sepatutnya benda itu tiada apa-apa, tapi disebabkan Hadi yang ada di situ jadi luar biasa perkara itu.
Ramai student perempuan yang kelihatan jealous melihat Nia bercakap dengan Hadi. Siapa je yang boleh sesuka hati bercakap dengan Hadi?
Nia yang perasan dengan perkara itu, seronok menjadi perhatian. Yelah, orang lain tak dapat dia dapat.
"Hadi, daddy ajak awak satu family dinner dekat rumah. Daddy cakap dia ada something nak discuss dengan papa awak. So, malam nanti pukul 8:30 datang rumah okey? Byee!" kata Nia.
Kemudian dia pergi mendapatkan Amelia yang sedang menunggu nya dari jauh.
"Hmm, baru nak jumpa dengan Tiara, Nia pulak yang datang" kata Hadi lemah.
Dia kemudian pergi ke arah keretanya dan memandu pulang ke rumah.
thankyou sebab sudi bace (◍•ᴗ•◍)
Share this novel