Bab 90

Romance Completed 78329

Gia turun ke ruang bawah menuju ke dapur. Ibu mertuanya sibuk menyiapkan sarapan pagi. Luqman pulak baru bangun dan tengah mandi. Dia berdiri di sebelah Ungku Maria.

“Mama buat apa breakfast ni?”

“Macam biasalah Gia. Buatkan mi goreng untuk Luq dengan Ira. Dua beradik tu suka breakfast dengan mi goreng dan air teh pagi-pagi macam ni.”

“Ohhh…nak Gia tolong? Selalunya Gia pagi-pagi siapkan sarapan sendiri dekat rumah.”

“Gia tak makan mi goreng ke?”

“Eh makan mama. Mana boleh tak makan. Favourite jugak tu. Emmm…mama nak Gia tolong apa-apa tak?”

“Boleh jugak. Tolong hidangkan air teh ni atas meja makan ya? Mama nak goreng mi ni sikit lagi.”

“Ok ma,” teko yang berisi air teh dan empat cawan di atas dulang diangkat dan diletakkan ke atas meja makan. Cawan dihidangkan di atas meja.

Ungku Maria yang sudah siap menggoreng mi mencedoknya ke dalam mangkuk bersaiz sederhana dan dibawa ke meja makan. Gia pula mengambil pinggan di
dapur.

“Awalnya kak Gia bangun?” Zahirah yang baru turun terus menegur.

“Dah terbiasa Ira. Pukul 8.30 pagi je akak dah terjaga.” Jawab Gia. Memang itu rutinnya setiap hari. Tidur pukul sepuluh malam dan akan terbangun jam 8.30 pagi.

Kecuali semalam tidur lambat sikit tapi still jugak aku akan terjaga pukul 8.30 pagi walaupun badan aku penat macam mana sekalipun.

“Angah mana?”

“Tengah mandi tadi. Kejap lagi turunlah kot.”

Zahirah menarik kerusi dan duduk di meja makan. Baru saja tangannya nak mencedok mi goreng, dia ditegur mamanya.

“Ira…kalau ye pun tunggulah abang Luq dulu.”

“Alah ma…selama ni tak payah tunggu pun. Main bedal je Ira makan!”

“Apa salahnya kan kalau kita makan sama-sama since kak Gia sekarang ni dah jadi ahli keluarga kita? Kan?”

“Ok ma! Demi kak Gia…Ira sanggup tahan lapar.”

“Hahaha…ada-ada je Ira ni,” perangai seloroh Zahirah ni buat aku terhibur. Perangai dia agak sama dengan
Vitalika. Kadang-kadang Vitalika macam nilah dengan dia bila nak buat itu tak boleh ini tak boleh. Protes guna ayat rileks.

Sementara tunggu Luqman turun, mereka bertiga berborak kosong. Luqman turun ke ruang makan dengan pakaian biasanya. Jeans hitam dan t-shirt hitam jugak dikenakan pada tubuhnya.

“Hai Luq…nak pergi mana? Takkan nak masuk kerja dah kot?” Tanya Ungku Maria. Pakai smart-smart macam ni selalunya Luqman nak ke studio.

“Luq nak pergi jumpa dengan Fahim kejap dekat studio. Dia kata ada dokumen penting atas meja Luq. Luq nak pergi tengok dokumen apa.”

“Lah…kenapa tak suruh Fahim datang hantar sini je?” Baru je kahwin semalam hari ni dah nak keluar. Kalau ye pun, spent time lah dulu dengan isteri ni.

“Tak apa lah ma. Kesian pulak dekat dia. Lagipun dia banyak kerja nak kena handle dekat studio tu. Kerja Luq pun dia tolong cover. Tak apa, Luq tak pergi lama pun ma. Kejap je…ambik dokumen tu then balik sini.”

“Ye ke?”

“Ye ma. Luq taulah Luq dah ada isteri sekarang ni. Tak
lupa haih…”

“Yeyelah angah!”

“Jangan menyampuk orang tua bercakap! Makan mi goreng tu senyap-senyap!”

“Nak pergi sekarang ke? Ni, makan mi goreng dulu then baru pergi. Alas perut tu dulu.”

Luqman akur lalu menarik kerusi dan duduk di meja makan. Gia pula mencedok mi goreng ke dalam Luqman. Bila dah jadi isteri ni apa salahnya kan layan suami elok-elok. Pahala pun dapat.

Selesai menjamah mi goreng dan air teh suam, Luqman meminta diri untuk beredar. Sebelum Luqman pergi, sempat Gia mencium tangan suaminya. Kata ibu cium tangan suami ni dapat meningkatkan kasih sayang dan mempereratkan hubungan antara suami isteri selain menggugurkan dosa-dosa kecil dan dapat pahala jugak.

LUQMAN menghampiri meja kerjanya lalu sampul bersaiz sederhana warna coklat diambil. Di muka depan sampul tertulis kepada Luqman Adha. Hmmm…sapa pulak yang bagi aku dokumen ni? Nipis je. Tak ada nama pengirim pun. Dia menoleh memandang Fahim.

“Fahim, kau tahu tak sapa yang bagi dokumen ni dekat aku?”

“Tak tahulah weyh. Tadi ada budak yang datang hantar benda ni dekat kau. Aku yang tolong ambikkan. Aku ada tanya jugak tadi dia kata dia tak tahu sapa tapi yang pastinya lelaki.”

“Lelaki?” Sapa? Jangan-jangan Taufiq tak? Lama jugak aku dah tak call Taufiq since aku busy dengan persiapan kahwin aku.

Dokumen di tangannya masih lagi tak dibuka. Dia bertindak dengan menelefon Taufiq dahulu. Panggilannya berangkat.

“Hello Fiq. Aku nak tanya kau. Kau ada suruh orang hantar something dokumen dekat aku ke?”

“Hah? Dokumen apa pulak? Aku tak ada suruh sapa-sapa hantar dokumen dekat kau. Kenapa? Kau dapat apa?”

“Aku pun tak check lagi apa benda dalam sampul ni.
Jadi, bukan kaulah suruh orang hantar ni?”

“Tak…bukan aku. Aku pun tengah busy nak cari jejak Danial. Kalau aku ada apa-apa info untuk kau, aku tak payah nak hantar dokumen bagai. Aku just send je dekat kau tak pun call kau terus. Simple.”

Betul jugak apa yang Taufiq cakap. Taufiq selalu akan call aku bila dapat maklumat-maklumat penting. Hmmm…dah tu kalau bukan Taufiq sapa? Danial? Isy! Macam mustahil!

“Tak apalah Fiq. Thank you.”

“Ok bro.”

Luqman memutuskan taliannya. Telefonnya kembali
disimpan ke dalam poket seluarnya lalu segera membuka sampul tersebut. Ada CD di dalamnya. Luqman mengeluarkan CD tersebut bersama lipatan kertas A4 yang disertakan dalam sampul itu. Isi yang tertulis di dalam kertas tersebut dibaca.

Gia’s secret. I think you need to see this video.
Anonymous.

Rahsia Gia? Anonymous? Makin pelik-pelik. Luqman tanpa berlengah segera membuka PC meja kerjanya. CD dimasukkan ke dalam ke tempat letak CD atau dipanggil optical drive. CD mula dimainkan.

Satu rakaman ditayangkan. Matanya memerhatikan setiap dalam rakaman tersebut. Kejap! Ini bukan Dariya ke? Ya! Ini Dariya! Rakaman dimainkan sehinggalah tubuh Dariya dilanggar dan ada gerangan yang datang menolong. Itu Aliya dan…Jericho! Rakaman CCTV ni sangat jelas sampaikan dia boleh cam tubuh yang digendong Jericho dan dimasukkan ke dalam keretanya. Gia?!

Jadi…selama ni orang yang langgar Dariya adalah Gia?! Isteri yang aku baru nikah semalam?! Tangannya mula menggenggam penumbuk menahan rasa geram dan amarah yang mula membara di dalam hati.

“Luq? Kau dah kenapa? Muka kau aku tengok dah merah padam.”

“Kau datang tengok apa yang aku tengok sekarang ni.”

Fahim mengerutkan dahinya seketika sebelum bangun dan melihat rakaman video tersebut. Dia pun terkejut melihat orang di dalam rakaman itu.

“Kejap? Itu Gia kan? Perempuan bertudung tu Dariya kan?”

“Ye! Orang yang langgar Dariya selama ni adalah Gia! Dia dah jadi isteri aku Fahim! Selama ni aku percaya yang dia tak ada kena mengena dan mungkin orang lain bawak kereta dia ke apa tapi sekarang ni aku percaya! Dia pembunuh sebenar kepada Dariya! Memang dia dah rancang untuk hapuskan semua bukti ni! Kalau aku tahu dia pembunuhnya aku takkan kahwin dengan dia lah semalam!!” Perasaan marah dan bencinya kembali menebal untuk Gia.

“Luq…kau jangan buat kesimpulan kau dulu.”

“Apa lagi Fahim?! Selama ni aku menderita kena hadap macam-macam! Struggle aku untuk mencari bukti kejadian malam tu tapi satu habuk pun tak jumpa dan sekarang ni bukti yang sebenarnya dah ada depan mata aku! Aku nak tunggu apa lagi?!”

“Ok…aku faham tapi kau nak buat apa dengan Gia? Cerai? Kau gila ke apa? Kau dengan dia baru kahwin je semalam!”

“Aku takkan ceraikan dia tapi aku akan halau dia dari hidup aku. Gantung tak bertali.”

“Luq! Kau gila ke hah? Kau yakin ke ni semua kesalahan Gia seratus-peratus?”

“Aku tak perlukan kepastian tu! Boleh jadi dalam video ni dia mabuk masa tu sebab tulah sampai langgar Dariya! Kenapa aku bodoh sangat boleh jatuh cinta dengan kebaikan yang dia tunjuk?”

“Luq…aku sarankan kau bincang elok-elok dulu dengan Gia. Dengar penjelasan dia dulu.”

“Aku takkan dengar apa-apa lagi dari mulut dia. Cukup selama ni aku dah dengar macam-macam dari mulut dia sampai aku jadi bodoh dan aku boleh kahwin dengan dia! Gila!”

Fahim pulak mengeluh panjang. Luqman…Luqman…apa salahnya kalau kau balik dan bincang elok-elok dengan Gia pasal benda ni? Bukan apa…takut kalau tuduh melulu macam tu je akhirnya diri sendiri yang akan menyesal nanti. Aku cakap ni untuk kebaikan dia sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience