BAB 25

Humor Completed 78146

BERGEGAS Aisyah balik ke rumahnya.Tadi Najiha berpesan nak jumpa dekat rumah saja.Entah apa yang penting sangat sampai tak sabar nak bagitahu.Pada hal pagi tadi mereka sama-sama ke Darul Sakinah.Cuma Najiha terus ke kelas mengaji bersama anak-anak Darul Sakinah.Dan dia masuk ke pejabat.

Pak Mail dengan Mak cik Limah pun tak kelihatan.Mungkin ada di rumah mereka agaknya.

Satu persatu anak tangga Aisyah menapak hingga ke bilik.Mana Jiha ni tadi cakap dah sampai.Beria sungguh suruh Aisyah balik tapi sekarang batang hidung Jiha pun Aisyah tak nampak.

Abang Habib pun tak nampak rupa tadi.Selalu tu ada saja dengan Adam kat dewan atau pun sekitar Darul Sakinah.

Aisyah berdiri menghadap cermin solek.Ikatan niqab bewarna hijau pastel digandingkan senada dengan jubah dileraikan.Aisyah melihat dirinya melalui pantulan cermin.Agaknya sampai bila dia nak menyamar macam ni.Adam ni pun tak reti penat ker.Dah dua minggu dia tinggal di sini.

Dua belah kening di picit serentak bersama mata tertutup.Letih juga bila main sembunyi-sembunyi.Perasan seperti kelibat seseorang dibelakangnya,Aisyah buka mata kembali.

Terlopong Aisyah saat matanya bertembung dengan mata Adam melalu pantulan cermin solek.Nasib Aisyah tak menjerit.

"Assalamualikum Aisyah Humaira.."

Adam berdiri beberapa tapak saja dari tempat Aisyah berdiri.

Perlahan Aisyah jawab salam bersama iringan jantung yang tak menentu rentaknya.Rasa macam nak luruh jantung saat mata mereka bertembung.

"Aisyah.Tolong maafkan abang."sayu suara Adam seiring kaki menapak mendekati Aisyah.

Aisyah dah gementar.Dah la dalam rumah tak ada sesiapa.Najiha pun tak sampai lagi.Buatnya Adam buat sesuatu nanti macam mana.

Bertenang Aisyah.Tak kan Adam nak buat benda tak elok pada kau.Dia kan pernah cakap tak kan sentuh perempuan macam kau.

Aisyah segera berpaling menghadap Adam.

"Tuan Adam buat apa kat sini?"Aisyah berginjak perlahan ke arah katil.Nasib pintu masih terbuka luas.

"Abang datang nak minta maaf pada Aisyah."Redup mata Adam menikam anak mata Aisyah.

Aisyah sebenarnya sedikit takut.Kalau kat tempat lain tak apa.Ini dalam bilik .Dah la ruang terhad.Nak lari ke mana pun tak boleh.Sebab tu dia perlahan-lahan berginjak hingga ke pintu bilik.

"Tuan Adam tak boleh masuk sini.Saya tunggu Tuan Adam dekat bawah."laju kaki Aisyah turun ke ruang tamu.Di situ lebih terbuka jadi Aisyah kurang sedikit rasa takut.

Adam ikut Aisyah turun.Aisyah tunjuk sofa di hujung sana.Mengisyaratkan supaya Adam duduk jauh darinya.

"Kenapa Tuan Adam datang sini?Saya rasa antara kita dah tak ada apa-apa.Tuan Adam dah boleh failkan kes kita di mahkamah.Saya akan tunggu surat dari Tuan Adam."Aisyah tak mahu bertangguh lagi.Biar perkara ini selesai hari ini juga.Betul..tak guna Aisyah sembunyi lagi.

"Siapa kata antara kita tak ada apa-apa.Abang datang sini sebab nak tebus kesalahan abang pada Aisyah."Adam senyum segaris.

Aisyah gigit bibir.Adam nak apa sebenarnya.

"Tolonglah Tuan Adam.Saya tak rasa kita patut teruskan.Tuan Adam balik lah.Mesti isteri Tuan Adam tengah tunggu.Tuan Adam jangan risau,saya tak simpan dendam pun dekat Tuan Adam.Saya tak akan tuntut apa pun dari Tuan Adam.Kita selesaikan secara baik."

Senafas Aisyah bercakap.Lega rasa hati bila dapat luahkan sebahagian.Adam masih begitu.Senyum dan terus senyum.

"Abang rindu nak dengar suara Aisyah.Maafkan abang sebab buat Aisyah menunggu lama."Adam senyum lagi.

Aisyah ketap bibir.Penat dia cakap.Adam buat tak dengar.Lain yang Aisyah cakap lain yang Adam maksud kan.

"Tuan Adam jangan nak buat lawak boleh tak.Saya serius ni.Kalau Tuan Adam tak ada apa nak cakap,saya rasa elok Tuan Adam pergi."Aisyah cuba bersikap tenang.

"Sebenarnya banyak yang abang nak cakap.Abang rindukan Aisyah.Abang nak minta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Banyak dosa abang pada Aisyah.Tak terhitung rasanya."

"Saya dah lama maafkan.."

"Abang nak tebus balik kesilapan abang pada Aisyah.Tolong bagi abang peluang."Rayu Adam.

Aisyah tarik nafas dan hembus perlahan.

"Macam ni lah Tuan Adam.Saya tak layak untuk Tuan Adam.Kita tak sama taraf.Saya hanya seorang perempuan biasa dan tak layak untuk Tuan Adam jadikan isteri.Betul apa yang Tuan Adam cakap,saya ni luar saja baik tapi dalam jahat.Memang kita langsung tak sesuai."

Ayat Aisyah satu persatu menikam jantung Adam.Semua yang Aisyah cakap adalah ayat copy paste dari Adam.Adam terkesima.Tapi dia tak terasa hati sebab apa yang Aisyah cakap adalah dari mulut dia satu ketika dulu.

"Aisyah marah lah.Pukul lah abang.Abang jahil waktu tu.Abang tak fikirkan perasaan isteri abang yang banyak terluka dengan sikap pentingkan diri.Abang dah sedar.Maafkan abang,Aisyah.."rayunya.

Entah kali yang ke berapa ungkapan maaf keluar dari mulut Adam.Aisyah sampai naik lali dah.

"Ya Tuan Adam.Saya dah maafkan.."

Adam sengih.

"Tapi..Tuan Adam tolong lah balik dan jangan datang sini lagi.Kita selesaikan dengan cara baik.Tuan Adam tak akan rugi walau satu sen pun.Saya janji."

"Aisyah..tolong bagi abang peluang untuk jadi suami Aisyah yang sebenar.Benarkan abang jalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami.Izinkan abang memiliki Aisyah.."

Ayat yang last tu buat Aisyah terlopong.Aisyah hilang kata-kata sebentar.Adam terusan merayu dan mendesak.

"Saya tak sesuai untuk jadi isteri Tuan Adam.Tuan Adam balik lah pada isteri Tuan Adam.Dia lebih layak."
Adam mengeluh kecil.

"Satu-satunya isteri abang adalah Aisyah Humaira.Tiada yang lain.Abang tak boleh hidup tanpa Aisyah.Hanya Aisyah yang ada dalam hati abang.Abang tak dapat nak buktikan tapi bagi lah abang peluang untuk tebus semuanya.Abang janji andai peluang kedua ini,abang siakan,abang sendiri akan undur diri."

Adam nekad nak peluang kedua.
Aisyah nekad tak nak terima.
Dua-dua tak nak mengalah.
Dua-dua sama degil.

Kesudahannya Adam berkeras nak tinggal dengan Aisyah.Aisyah berat mahu membenarkan.Tapi memandangkan abi dan umi yang suruh terpaksa Aisyah benarkan juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience