BAB 25

Romance Completed 13565

Pagi itu Aqisha bangun dari tidur yang tak berapa lenanya. Nasib baik semalam Puan Maisarah tidak perasan akan keadaan bajunya yang terkoyak kerana selendang hitam yang diberikan Tengku Emran berjaya menutup badannya dengan sempurna.
Detik hitam yang hampir meragut kehormatannya semalam masih terngiang-ngiang di kepala. Tanpa pertolongan Tengku Emran, Aqisha tidak tahu samaada dia masih boleh hidup seperti gadis biasa sebayanya ataupun tidak.
Langkah diatur menuju bilik air untuk membersihkan muka dan memberus gigi.

Setelah selesai, dia keluar dan menuruni anak tangga. Comel yang sedang tidur lena di tempat tidur yang disediakan Aqisha sendiri lantas dihampiri dan diusap perlahan. Seolah tahu gerangan yang mengusap kepalanya, Comel mencelikkan mata lalu bangun dan mengeliat. Aksi "comel" kucing itu berhasil membuat Aqisha tersenyum dengan sendirinya. Lantas Comel dibawa ke pelukan dan dikendong erat. Puan Maisarah yang seperti biasa sibuk di dapur melihat Aqisha bermesraan dengan Comel lantas bersuara.

"Haiii anak dara mama.. Baru bangun?"

Aqisha yang memakai gaun baju tidur merah jambu separas paha itu berjalan ke arah mamanya sambil mengendong Comel.

"Morning My Beauty Adorable Queen.. How are you today, my Queen?"

Aqisha tersengih terpandangkan wajah Puan Maisarah yang menjelingnya geram. Puan Maisarah bukan apa. Anaknya itu sudah terlalu sering mengelarnya dengan gelaran itu.

"Sihat, Alhamdulilah my bambam princess."

Aqisha mencebik apabila mendengar gelaran "bambam" itu. Puan Maisarah tersenyum geli hati melihat aksi Aqisha. Lantas hidung gadis itu dicubit.

"Aw mama.. Sakitlaa.."

Aqisha mengaduh kuat apabila mamanya sudah ketawa berdekah.

"mama ni.. Hidung Qish dahla tak berapa nak mancung. Kalau dengan cubitan mama hidung Qish boleh mancung, hari-hari Qish suruh mama cubit.."

Comel sudah terlepas dari tangan apabila tanpa sengaja Aqisha terleraikan pelukan ketika mendapat serangan mengejut dari Puan Maisarah.
Setelah ketawa Puan Maisarah reda, dia menyuruh Aqisha menyiram bunga di belakang rumah. Sudah menjadi rutin Aqisha untuk menyiram bunga kesayangan mamanya di belakang halaman rumah setiap pagi Sabtu.
Tanpa berdalih, Aqisha mengisikan bekas untuk menyiram bunga dengan air lalu menyiram bunga mamanya satu persatu.

° ° ° ° °
Tengku Emran baru sahaja selesai mandi. Dia harus bergesa ke pejabat kerana ada sesuatu yang dia perlu selesaikan. Baju tidurnya yang sudah sedia dicuci dengan tangannya sendiri dibawa menggunakan baldi ke ampaian baju di halaman belakang rumah. Baju diperah dan digantung di atas ampaian. Ekor matanya tiba-tiba menangkap satu pergerakan di sebelah rumah. Pantas dia menoleh.

° ° ° °
Mata Aqisha terarah ke arah sepasang tubuh milik Tengku Emran. Lelaki itu sekali lagi menayangkan badan separuh bogel padanya. Pagar belakang rumah yang didirikan tidak berapa tinggi dari bahagian depan jelas sekali menampakkan sesosok tubuh lelaki itu.
Mata mereka bertaut untuk beberapa detik. Seolah tersedar, Aqisha pantas melarikan pandangan dan segera berlari masuk ke dalam rumah. Nasib baik bunga kesayangan ibunya sudah selesai disiram. Jantungnya masih berdegup kencang. Dadanya diurut perlahan setelah tiba di dapur. Nafas ditarik dan dihembus kuat.

° ° ° ° °
Tengku Emran yang masih terpana akan keindahan ciptaan Tuhan yang hanya bergaun tidur menampakkan betis yang putih bersih mendebarkan hati lelakinya. Buat kedua kalinya dia disajikan dengan pemandangan itu. Gadis itu benar-benar mengugat hati lelakinya yang pada ketika itu bergetar hebat. Kerja menyidai baju yang tertangguh segera diselesaikan. Sesekali kepalanya dijenguk ke rumah sebelah. Mana lah tahu dia muncul lagi. Tengku Emran tersenyum geli hati mengingatkan reaksi Aqisha yang kelam kabut masuk ke dalam rumah.

"Entah perasan atau tidak minah tu yang selipar dia sebelah lain dan sebelah lagi lain. Macam-macam hal lah.."

Tengku Emran berdekah ketawa mengenang perkara itu. Namun tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Badannya diraba.

"ALAMAK!! Malunyaa!!!!"

Tengku Emran berlari ke dalam bilik dan segera mempersiapkan diri. Setelah bersalaman dengan Puan Sabrina, dia bergegas mendapatkan keretanya lalu meninggalkan pekarangan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience