Bab 14

Horror & Thriller Completed 4404

"Kau, kau nak apa datang sini?" tanya Fathihah. Mukanya yang tadi riang gembira kerana mempermainkan Maisarah itu bertukar menjadi bengis apabila melihat musuhnya.
Soaliaha senyum sinis memandang Fathihah. Soaliaha mengabaikan soalan yang ditanya Fathihah dan terus mencari sesuatu di dalam surau itu. Bukan sesuatu tapi seseorang. Fathihah hanya memerhati tingkah laku soaliaha.

Soaliaha tiba tiba berhenti dan memandang Fathihah.

"Budak tu aku punya." soaliaha berkata dengan suara yang sangat menggerunkan. Suaranya menjadi kasar seperti seorang lelaki tua yang hampir mati. Maisarah mula hendak menangis kerana terlalu takut.

"Aku jumpa budak tu dulu, jadi budak tu aku punya. Bukan kau!" Tengking Fathihah. Suara Fathihah juga sudah berubah menjadi suara lelaki yang kasar dan menggerunkan. Maisarah masih kaku di bawah foyer. Maisarah tidak tahu sama ada dia mahu keluar dan berjumpa Fathihah atau teruskan menyembunyikan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience