(ottantaquattro) 84

Other Series 152486

"Signora.. This is your meals." dulang berisi hidangan seimbang wanita itu diletakkan cermat di atas meja di hadapan gadis yang sedang termenung jauh, melihat ke arah pekan dan penempatan kecil tak jauh dari situ.

Kedudukan geo rumah agam Forrestor yang sedikit tinggi berbanding kedudukan penempatan lain di situ membolehkan penglihatan pemandangan di sana juga lebih luas dan indah.

Aleena sedikit tersentak, terkejut sebelum melemparkan senyuman nipis seraya mengangguk membalas kata-kata Zen.

Lelaki itu menyusun hidangan-hidangan Aleena di atas meja. Suasana diam saja diantara mereka.

Kedengaran suara Aleena mengeluh perlahan tetapi berat. Sesak dadanya melihat si gadis begitu.

Setelah selesai menghidang, Zen hanya berdiri statik di sebelah Aleena. Mendiamkan diri selama beberapa minit sebelum berkata,

"I'm sorry for saying but.. signora, you can't be like this. You look more lethargic and weak now. It is not good for your condition." Zen bertutur selembut mungkin. Memujuk.

Aleena membalas pandangan redup Zen tanpa menunjukkan sebarang ekspresi.. bagaikan berfikir sesuatu sebelum kembali membuang pandangan ke hadapan.

Nafas ditariknya dalam beberapa kali, membiarkan dirinya bertenang seketika.

Dia tak mahu stress.. dia tak mahu tertekan. Dia akan cuba mengawal emosinya kini agar tidak menjejaskannya.

"So what do you want me to do? Bergembira?" entah mengapa, kata-kata yang keluar dari seulas bibir itu kedengaran amat sinis.

Sedikit terkedu Zen mendengarnya.

Aleena tersentak apabila Zen tiba-tiba memeluknya dari belakang. Kedua tangan itu memeluk batang lehernya yang menghadap pemandangan di hadapan.

"Zen?" tangan itu disentuhnya sambil menoleh sedikit ke tepi, mencari wajah itu.

"Please don't... I just want to hug you for a while." suara lelaki itu kedengaran berbisik padanya. Sayu.

Dapat dia rasakan kepala itu bergesel pada belakang kepala dan lehernya lembut.

Aleena tahu dia sedikit dingin semenjak ketiadaan Dom ini tetapi dia tak dapat membendung rasa 'kehilangan' itu.

Tiada sesiapa dapat mengisi kekosongan Dom dalam hidupnya. Pemergian lelaki itu meninggalkan kesan yang mendalam padanya, tanpa sedar dirinya berubah sedikit demi sedikit.

"Zen.. Am sorry sweetie. Am really sorry sebab berkelakuan macam ni. Saya cuma-" tangan Zen cuba ditariknya ke hadapan dan kali ini Zen hanya membiarkan.

Lelaki itu terus memeluknya. Tubuh Zen sedikit menunduk apabila Aleena membalas.

"It's not your fault signora.. I just want my old signora. The one who's always smiling, happy, laughing and a little naughty sometimes." kata-kata pujukan Zen membuatkan Aleena ketawa kecil dalam pelukan lelaki itu.

"I will.." melihatkan senyuman manis pada wajah itu sedikit melegakan hati Zen.

Lelaki itu meleraikan pelukan mereka sebelum duduk bertinggung di hadapan Aleena. Kedua tangan itu diambil, digenggam dan dikucup sayang.

"I know you miss him.. I feel the same way.
But I don't think you need to think too much about him, signora.. it will-" belum sempat Zen menghabiskan ayatnya, Aleena memintas.

"Awak rasa Mika selamatkah? Dia akan pulangkan? Awak tak dapat hubungi dia langsungkah?" soalan demi soalan diutarakan wanita itu dengan pandangan penuh pengharapan.

Apabila Zen berkata soal Dom, Aleena makin teruja.

"Ohh signora, my love.. come here." kesal saja tuturnya, salah dia kerana membuatkan wanita itu berharap lagi.

Damn it.

Duduknya dialihkan ke kerusi bersebelahan Aleena sebelum dipeluk tubuh itu erat. Belakang wanita itu diusap-usapnya perlahan.

Dia juga tak tahu jika lelaki itu akan pulang atau tidak kerana semenjak sebulan yang lalu, Dom sudah tidak lagi menghubunginya bertanyakan keadaan mereka.

Lelaki itu bagaikan lesap. Tiada berita.

Zen juga cuba menghubungi Jacq di Italy bertanyakan keadaan Dom, tetapi bilang lelaki itu Dom dan Martin jatuh dari cenuram. Lelaki itu cedera parah, terlalu parah..

Mereka sedang usahakan cara terbaik bagi menyelamatkannya tetapi kemungkinan terbesar Dom akan selamat adalah teramat tipis.

Jika tiada sebarang berita mengenai lelaki itu dalam masa terdekat, anggap saja Dom Mikhail sudah tiada.

Kini, sudah hampir dua bulan semenjak Dom melangkah keluar dari kediaman itu dan tidak kembali tanpa sebarang perkhabaran.

Hanya satu fakta di benak fikirannya selama beberapa minggu ini iaitu..

Dom sudah pergi.. pergi buat selama-lamanya.

"Zen? What's wrong? Are you okay?" Aleena menjarakkan wajahnya dengan Zen sebelum bertanya, polos.

Wajah naif dan suci itu menyesakkan dada Zen. Dia tak boleh menyimpan berita ini terlalu lama. Dia tak mahu Aleena akan mengalami tekanan dan lebih teruk lagi kemurungan..

Kerana dia tahu Aleena terlalu berharap, setiap hari, agar lelaki itu pulang semula..

"I need to tell you something signora.. but promise me that you will accept it okay?" pipi mulus itu diusapnya lembut sambil sebelah lagi tangannya menggenggam erat tangan Aleena.

Wanita itu meneguk liur nya beberapa kali, terdiam. Entah mengapa, Aleena dapat rasakan apa yang bakal Zen katakan padanya.

Matanya memanas, mula memberat. Menatap wajah Zen dalam.

"What is it?" tanyanya perlahan, hampir tidak kedengaran.

Zen menghela nafas berat sebelum bertutur perlahan,

"We can't hope dom will come back okay? we need to stop hoping for it. Hmm? Awak faham apa yang saya cuba sampaikan signora?" Zen bertutur lembut.

Menerima anggukan pantas beserta titisan air mata Aleena yang tampak payah menahan tangisannya cukup merintihkan hati bekunya selama ini.

Dikesat lembut air mata yang semakin lebat itu tanpa henti. Menenangkannya.

"Shhhh.. shh.. sayang please don't cry. Don't cry.. I'm here. I'm here dear." dikucup-kucup lembut kedua pipi yang mulai kemerahan itu, memujuk.

"I know.. I know it.. but I just can't stop hoping him to come back home." duka saja suara itu bertutur.

Kedua tangan Zen di kedua pipinya dipegang keduanya sambil meluahkan buku terdalam hatinya.

"Signora, you can do it. I know you can. I will take care of you for the rest of my life.. I will not leave you, not forever." janji Zen pula.

Itulah janjinya pada si tuan. Jika tuannya tidak akan pulang lagi, ianya menjadi tanggungjawab dia untuk menjaga amanah lelaki itu.

Akan dia jaga keluarga ini bagai nyawanya sendiri walaupun keinginan diri akan terabai dan terkubur buat selamanya.

"Let's start our new life together, hmm?" dengan perlahan dan teragak-agak, akhirnya Aleena mengangguk juga.

Senyuman cuba diukirkan Zen walaupun terlalu sukar.

-This is my destiny, to serve you for the rest of my life.- Zen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience