Bab 36

Vampire Series 4523

Usai membersihkan diri , dia menghabiskan masa berdiri di luar balkoni . Fikirannya melayang jauh mengingati sikapnya tadi .
Kenapa aku jadi macam tu tadi ? Cealyn nak kawal aku ke ?

Tangannya naik menyentuh mata kirinya . Mata merah pekat itu masih jelas terlukis dalam ingatannya .
Mata yang sangat menggerunkan . Dia pun takut nak tengok mata dia tadi . Macam nak telan orang hidup hidup pun ada .
Cealyn.. kalau ya pun nak kawal aku , bagitau lah . Nasib aku tak kena serangan jantung tadi !

“ Emelyn . ” panggil seseorang .

Niat Emelyn yang ingin menoleh terbantut apabila sepasang tangan lagi memeluknya erat dari belakang .
Mengeras terus tubuhnya apabila merasakan nafas seseorang di tengkuknya . Hoi ! Apa main peluk peluk ni ! Harem you know !

“ Takut ? ” soal seseorang . Nada mengejek itu jelas di pendengarannya .
Amboi amboi . Dahlah peluk orang tak minta izin ! Laju saja kepalanya menoleh ke kiri . Dan sekali lagi , hampir putus nafasnya apabila memandang wajah tak berdosa Cleo .

“ Buang tabiat ke ? ” soal Emelyn sambil memukul mukul sepasang tangan yang lagi memeluknya dengan erat . Hish ! Boleh gila tau layan perangai Cleo ni !
Eleh cakap orang buang tabiat , padahal dia sendiri buat macam ni masa Cleo memasak .

“ Dekat luar sejuk tau tak . ” kata Cleo lembut . Betul apa . Dahlah malam ni angin bertiup kencang. Silap silap boleh terbang hingga ke Selatan dibuatnya .

“ Itu ke alasan awak nak peluk saya ? ” soal Emelyn tidak puas hati . Tapi memang sejuk pun dekat luar ni hehe .
Cleo ketawa kecil lalu mendekatkan mulutnya ke telinga Emelyn .

“ Saya tak nak awak sakit . ” bisiknya cukup perlahan .
Dupdapdupdap . Jantungnya berdegup laju . Apa kena dengan jantung ni ?

“ Lagipun.. Saya rasa saya takkan dapat peluk awak lagi lepas ni . ” sambungnya lagi .
Terhenti terus Emelyn dari meronta . Serta merta tubuhnya menoleh menghadap wajah Cleo .
Wajah yang lagi sayu itu ditatap tajam . Kenapa cakap macam tu ? Macam nak pergi jauh saja bunyinya .

“ Awak nak pergi mana ? ” soal Emelyn serius .

“ Bukan saya yang akan pergi . Tapi awak . ”

Emelyn terdiam . Aku ? Aku nak pergi mana ? Rasanya aku tak ada plan pun nak pergi mana mana lepas ni . Dengan tubuh aku yang sakit macam ni ? Huih memang tak lah nak jalan .

“ Awak akan pulang ke dunia awak nanti . ” sambung Cleo apabila melihat Emelyn hanya mendiamkan diri . Keluhan kecil terlepas . Kuatkah dia untuk melepaskan gadis ni ? Gadis yang berjaya mengembalikan dirinya yang dulu .

Buntang terus mata Emelyn mendengarnya . Aku akan balik ke dunia aku ? Aku tak salah dengar ke ni ?
Happy tu memang happy . Tapi takkan nak biarkan pembunuh tu terlepas macam tu saja ? Uhui memang tak lah aku nak lepaskan dia .

“ Saya akan uruskan pembunuh tu nanti . ” kata Cleo . Tahu sangat apa yang bermain di fikiran gadis itu . Dia pun tak akan biarkan pembunuh tu bersenang lenang dekat luar sana .

Keluhan kecil dilepaskan . Tak sangka aku akan pulang ke dunia aku sendiri . Rasanya ada tak yang perasan akan kehilangan aku dan Emelya ?
Rasanya tak kot . Dahnya rumah aku nun jauh masuk ke dalam hutan . Pokok hutan sajalah yang jadi harapan huhu .

Tanpa dijangka , Cleo menarik Emelyn masuk ke dalam dakapannya . Tubuh kecil itu dipeluk erat seakan tidak mahu melepaskannya .
Emelyn tergamam . Terkejut pun ya . Hangat tubuh itu menghadirkan perasaan rindu di dalam hatinya . Belum balik pun dah rindu huaaa !
Perlahan lahan tangan runcingnya naik membalas pelukan Cleo . Tangisannya cuba ditahan dari tidak pecah .

“ Dah balik nanti jangan lupa saya tau . ” kata Cleo perlahan dengan tawa kecilnya . Mata bulat gadis itu ditatap dalam .

“ Saya takkan lupakan awak . Awak kan ada dalam hati saya . ” kata Emelyn . Mana mungkin dia melupakan seseorang yang sudah menjadi pelindungnya selama ini .

“ Awak pun ada dalam hati saya . ” sahut Cleo dengan senyuman .

“ Seriuslah ?! ” teruja pula Emelyn mendengarnya . Bahagia tu jangan cakap .
Cleo ketawa lalu mengangguk . Kau memang dah lama ada dalam hati ni . Dan tak ada siapa yang dapat menggantikan kau . Itu janji aku..
Wajah yang lagi gembira itu ditatap . Selepas ini dia tidak akan dapat menatap wajah yang sudah meragut hatinya lagi .

“ Saya cintakan awak . ” terpacul keluar kata kata ini dari mulut Cleo . Sudah lama dia ingin mengungkapkan kata kata ini , namun terhalang dengan keegoannya .
Emelyn tergamam . Telinga aku rosak atau aku bermimpi sekarang ni ?

“ Apa awak cakap tadi ? Saya tak dengar . ” kata Emelyn sambil mendekatkan telinganya . Kot kot telinganya yang salah dengar tadi .
Cleo tersenyum . Ada ada saja perangai dia ni . Comel saja . Ni yang membuatkannya susah untuk melepaskan gadis ni .

“ I love you . And only you . ” bisik Cleo .

Arh ! Berbunga bunga hatinya mendengar kata kata itu . Akhirnya !
Emelyn tersenyum lebar lalu memeluk tubuh itu untuk kesekian kalinya . Setitis air matanya mengalir laju ke pipi .
Aku juga cintakan kau . Hanya kau . Tapi kita tidak akan dapat bersama . Hanya kerana kita tinggal di dunia yang berbeza .

“ Saya akan rindukan awak . ” kata Emelyn perlahan . Wajahnya diangkat memandang Cleo .

Cleo mengeluh . Kedua pipi Emelyn dipautnya . Air mata yang mengalir dengan deras itu diseka lembut . Betapa sakitnya hati bila merasai kehilangan .
Kenapa mereka ditakdirkan untuk mencintai satu sama lain tetapi hakikatnya tidak mampu memiliki ?

“ Jaga diri awak nanti . ” kata Cleo . Memandangkan mereka akan tinggal di dunia yang berbeza , dia tidak akan dapat menjaga gadis ini lagi .

“ Awak pun jaga diri . Jangan tergoda dengan siapa siapa pula masa saya dah tak ada nanti . Especially Alyaa dengan Hannah . ” kata Emelyn keras . Ceh . Sempat pula kau ye .

“ Hanya awak yang mampu buat saya tergoda . ” jawab Cleo dengan senyuman nakalnya . Tangannya merangkul erat pinggang gadis itu .
Ah sudah ! Menyesal aku cakap macam tu tadi !

Cleo ketawa . Wajah takut itu ditatap . Baru sikit dah takut . Tunggu sajalah nanti . Kalau dah kahwin nanti , aku buli kau cukup cukup .
Aik ? Berhasrat nak kahwin ke apa ni ?

“ Saya janji . Walau apapun yang terjadi , awak akan sentiasa ada dalam hati saya . ”

••••

“ Emelyn.. ” panggil seseorang .

Mata yang terpejam itu dibuka sejurus selepas namanya dipanggil . Tahu sangat siapa yang memanggilnya itu .

“ Kau dah nak balik ? ” soal Cealyn dengan wajah seriusnya .

Emelyn terdiam . Jujur dia pun tak nak balik , tapi untuk kebaikan dia juga . Bahaya bagi seorang manusia untuk tinggal di dunia ni .
Keluhan kecil dilepaskan lalu mengangguk . Sudah pasti dia akan rindukan dunia ni . Dunia yang dianggap tidak masuk akal .
Mati mati dia ingat Vampire tak wujud . Last last dia sendiri yang tinggal dekat dunia mereka . Yang paling untung lagi , dia menjadi buruan Demon huhu !

“ Kau masih berdendam dengan pembunuh tu ? ” soal Emelyn semula . Siapa juga tak berdendam bila kena bunuh oi !
Cealyn mengetap bawah bibirnya . Berdendam ? Of course ! Disebabkan pembunuh tu lah dia tak sempat merasai keindahan dunia .

“ Tapi aku kena balik dunia aku . ” sambungnya apabila memandang Cealyn hanya berdiam diri .

Cealyn menghalakan pandangannya ke wajah pelanduk dua serupanya itu . Keluhan berat dihembus perlahan .
Kalau itu yang kau inginkan , baiklah . Aku akan lepaskan kau .

“ Kau boleh balik . Terima kasih sebab selalu bantu aku . ” kata Cealyn seraya mengukirkan senyuman manisnya .
Emelyn mengangguk lalu membalas senyumannya . Terima kasih juga kerana berikan aku pengalaman untuk tinggal di dunia makhluk pelik ni hehe .
Dan salah seorang makhluk pelik itulah yang berjaya meragut hati kecil ini .

“ Aku minta maaf kalau disebabkan aku , kau kena lalui perkara perkara yang menyakitkan . ” sayu saja nada suara Cealyn . Tangannya naik menyentuh kesan kesan luka di tangan Emelyn .
Kesian manusia ni . Dia yang menjadi mangsa buruan Demon dekat dunia ni . Habis seluruh badan dia luka .

“ Setiap perjuangan harus ada pengorbanan . ” kata Emelyn sambil tersenyum . Dengan yakinnya lagi dia mengangguk .
Aik ? Apa kena mengena pula dengan semua tu Emelyn oi ?

“ Kau dah bersedia nak tinggalkan dunia ni ? ” soal Cealyn meminta kepastian . Bukan kejap ui dia duduk dekat dunia ni .

Pudar terus senyuman manis Emelyn tadi . Otaknya ligat memikirkan persoalan gadis itu .
Ya.. aku bersedia nak tinggalkan dunia ni . Tapi aku tak bersedia nak tinggalkan keluarga ni ! Sadis sekali cerita aku ni .
Paling sadis lagi bila kena berpisah dengan kekasih hati buah jantung pisangnya itu . Padahal baru tadi mereka meluahkan perasaan sesama diri .
Last last kena berpisah . Apakah ?

“ It's okay . Cleo takkan lupakan kau . ” kata Cealyn sambil ketawa kecil . Tahu sangat apa yang difikirkan oleh gadis itu . Dari riak wajah pun dah tau hehe .
Emelyn tersenyum kelat . Kenapa hatinya perlu mencintai seseorang yang sudah pasti tidak mampu menjadi miliknya ?
ARGH ! PERNAH SAKIT.. TAPI TAK PERNAH SESAKIT INI..

••••

Bawah bibirnya diketap perlahan . Pandangannya dihalakan ke arah seseorang yang turut memandangnya .
Jari jemarinya diketuk perlahan di atas meja .

“ Dia dah nak balik . ” katanya sinis .

Henry yang mendengarnya mengeluh perlahan . Ya dia tau bahawa gadis yang dicintainya itu akan pulang tidak lama lagi .
Cepatnya gadis itu balik . Belum puas hatinya memandang wajah yang dirindui itu .

“ Kau nak lepaskan dia macam tu saja ? ” soalnya lagi . Sengaja ingin menghasut jejaka itu untuk melaksanakan misinya .
Henry memandangnya tajam . Semakin merah kedua matanya apabila mendengar kata kata itu . Macam ada udang di sebalik mee saja percakapannya tu .

“ Kau jangan berani nak sentuh dia lagi . Kalau kau buat juga , aku akan bunuh kau ! Kau jangan nak cabar aku ! ” kata Henry keras . Walaupun dia mencintai Cealyn , namun dia tidaklah segila seperti gadis yang berada di hadapannya sekarang ni .
Sanggup membunuh demi cinta . Hell.. Lebih baik cari yang lain daripada menunggu seseorang yang belum pasti akan mencintai kita semula .

“ Abang janganlah risau . Aku tak akan apa apakan kekasih hati abang tu . ” katanya serius .
Lama Henry memandang wajah gadis itu . Wajah itu diperhati dengan teliti . Cantik . Tapi tu lah..

“ Aku pegang kata kata kau . ” sahut Henry seraya berlalu pergi meninggalkan rumah usang itu .

Dia membuang pandangannya ke arah Henry sehingga lelaki itu benar benar hilang dari penglihatannya .
Senyuman sinisnya terukir sebelum perlahan lahan rumah itu dipenuhi dengan tawa jahatnya .
Dia yang dulunya seorang gadis yang manis berubah seratus peratus apabila tersakiti dengan perasaannya sendiri .

“ Henry.. Henry.. Kau ingat aku akan lepaskan dia dengan mudah ? ” gumamnya seorang diri .

Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk menghapuskan gadis itu !
Aku akan bunuh kau sehingga kau tak akan kembali lagi ! Aku yang layak menerima cintanya ! Dia milik aku !

••••

Lenanya terganggu apabila kilat berdentum kuat di atas langit .
Nasib tak mati dalam tidur tadi ! Terkejut beruk dia mendengar bunyi kilat itu .
Dia menggeliat perlahan lalu mencapai jam tangannya yang terletak elok di atas meja .
Uik . Masih awal ni . Baru pukul 5 pagi . Tahniah sebab bangun awal ehek..

“ Jangan tinggalkan saya.. ”

Laju saja kepalanya menoleh apabila terdengar seseorang bercakap .
Matanya meliar mencari kelibat suara itu . Jangan cakap hantu pula !
Perasaan takut mulai menguasai dirinya . Habis meremang seluruh bulu romanya apabila memikirkan semua itu .

“ Jangan tinggalkan saya.. ”

Bola matanya terhenti ke arah sofa yang terletak berhadapan dengan katilnya .
Mengecil matanya cuba mengenalpasti siapa yang lagi terbaring di sofa itu .
Dan.. Aik ?

“ Cleo ? ” panggil Emelyn perlahan . Takkan nak panggil kuat kuat kan ? Mana tahu itu bukan Cleo . Eish !
Tak ada respon yang diberikan . Eh.. masih hidup ke tak jebon seorang ni ? Takkan mati dalam tidur kot ?
Kedua kakinya diturunkan dari katil lalu mula mengorak langkah mendekati tubuh itu .

Emelyn duduk mencangkung di hadapan wajah yang lagi lena itu .
Ceh.. patutlah tak ada respon . Tertidur rupanya mamat ni .

“ Jangan tinggalkan saya.. ” sudah beberapa kali dia mengungkapkan kata kata ini .
Berkerut terus dahi Emelyn mendengarnya . Apa yang dia mimpi ni sampai boleh mengigau bagai . Eh ! Vampire pun pandai mengigau kah ?

“ Emelyn.. ”

Buntang matanya apabila namanya disebut . Dia tersedar ke apa ni ?
Tangannya dilambaikan di hadapan wajah Cleo . Tak ada respon . Fuh.. Masih tidur lagi lah ni jawabnya .

“ Jangan tinggalkan saya Emelyn.. ”

Emelyn terdiam . Wajah lena yang terlukis kesedihan itu jelas di pandangannya .
Keluhan kecil dilepaskan . Tangan kecilnya gatal menyelak rambut yang terjuntai di dahi lelaki itu .

“ Saya takkan tinggalkan awak . ” bisik Emelyn tepat ke telinga Cleo .
Tiba tiba pula hatinya menjadi sebak . Kenapa aku perlu dipertemukan dengan kau sedangkan pertemuan ini hanya seketika ?

“ Saya janji saya akan berjumpa dan mencintai awak di kelahiran semula . ”

Emelyn tersenyum apabila kata kata itu terpacul keluar dari mulut Cleo .
Cara kau bercakap ni kan seolah olah kau tengah sedar sekarang ni . Tak ada langsung rupa mengigau . Entah apalah yang kau mimpi sampai kau cakap macam tu .

Jari kelingkingnya dipaut lembut ke jari kelingking Cleo . Jari mereka yang bertaut itu ditatap .
Tanpa dipinta , tangisannya pecah . Air matanya tumpah ke arah jari mereka yang saling bertautan .

“ Kotakan janji awak . ” sayu saja kata kata itu diungkap .

Air matanya dibiarkan mengalir . Kesedihannya tidak dapat tertahan lagi . Kenapa perlu merasai kehilangan semasa hati sudah mencintai ?
Kuatkah hatinya untuk meninggalkan keluarga ini nanti ? Kuatkah hatinya untuk menjalani hari hari yang akan datang tanpa kehadiran dia di sisi ?

“ Saya cintakan awak.. ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience