BAB 6

Mystery & Detective Completed 12501

LANGIT masih gelap waktu Ainul Batrisyah mulai melangkah masuk ke kawasan sekolah. Gelap dan suram, hanya beberapa biji lampu sahaja yang di buka untuk menerangi. Laluan yang di lalui ini agak kelam sedikit, ekoran mentol lampu kalimantan itu di rosakkan oleh pelajar petang.

Beg di galas di bahu terasa sedikit berat. Walaupun dia sudah menyusun jadual, buku apa yang perlu di bawa dan sebagainya beg tetap terasa berat.

Dia mencongak untuk terus ke kantin sementah hari masih awal untuk beratur di dewan Za'ba, tetapi..

Derapan bunyi tapak kaki melangkah dari belakang semakin hampir dengannya. Tak berani rasanya dia hendak menoleh ke belakang. Hanya yang dapat dia lakukan adalah melangkaui jalan melebihi saiz normal.

"Aku.. aku tak ganggu kau.. pergi.." Perlahan suaranya mengusir rasa takut dalam diri.

Semakin dia laju berjalan, semakin derapa kaki itu seperti berlari mengekorinya dari belakang. Suasana yang kelam terasa seram. Sepantas mungkin mata dan kakinya saling bekerjasama mencari kawasan yang terang.

"Jauhnya!" Keluh Ainul Batrisyah.

Mata terpandang satu sudut bacaan yang di buat khas oleh pihak sekolah di hujung dewan Za'ba. Hendak ke sana mungkin dalam seratus meter dari tempat dia berada. Kalau dia berlari ni.. ada juga mata-mata yang memandang pelik. Tapi, kalau tak lari dia juga yang takut. Maka dengan itu,

"Lari!!" Kuat suaranya menjerit. Suasana yang sunyi bertukar gema dengan jeritan yang tidak pasti puncanya.

Dia tidak perduli lagi dengan mata-mata pelajar yang sudah sampai di sekolah. Yang ada dalam fikiran adalah lari, lari, dan lari lagi.

"Ainul!" Satu suara menjerit memanggilnya.

Makin kencang larian Ainul Batrisyah bila namanya di seru dari belakang. Ada pelajar yang tercengang memandangnya. Itu sempat dia menjeling.

"Ainul!" Sekali lagi namanya di panggil, namun gadis itu tetap melarikan diri.

Sampai juga di tempat yang di target. Tempat yang terang lagi benderang, tak sunyi juga tak kelam. Nampak semuanya dari arah sini. Namun, nafasnya masih tercungap-cungap akibat di kejar oleh hantu yang sering mengganggu hidupnya.

Dia menyeka peluh yang mula merenek di dahi dengan hujung lengan bajunya. Walaupun nafasnya belum kembali normal, tetapi dia lega.

Kerusi yang terletak berdekatan dengan pokok lidah buaya di capai kemudian dia meletakkan di atas simen sebelum dia duduk.

"Penatnya.." Dia mengeluh. Lima jari kirinya mengipas wajah.

"Ainul!" Sekali lagi suara itu menjerit memanggil nama dia.

Terpacak tegak kepala Ainul bila mendengar suara tadi memanggil nama dia. Tapi dia tak nampak hantu, yang dia nampak seorang pelajar perempuan sedikit gempal berlari anak ke arahnya.

"Ainul.." suara mengah pelajar itu menyeru nama Ainul Batrisyah lagi. Ternganga mulut Ainul Batrisyah memandang pelajar perempuan itu.

"Ke.. napa.. kauu.. lari.. aku panggil..?" Pelajar perempuan itu bertanya saat mereka berhampiran.

Tak mampu untuk tegak berdiri, pelajar itu terus rebah di atas lantai simen. Makin kalut hati Ainul Batrisyah melihat keadaan pelajar perempuan itu. Kasihan.

"Awak! Okey tak ni?" Cemas Ainul Batrisyah melihat pelajar perempuan itu selamba baring dengan pakaian sekolah di atas lantai simen. Dia juga duduk di sebelah pelajar itu. Kotorlah baju nanti, dahlah warna putih.

"Okeyyy..." Senafas pelajar perempuan itu berkata namun nafasnya masih di panjangkan.

"Bangun.. bangun.. duduk dulu. nah minum air dulu." Botol air Ainul Batrisyah berjenama Apple Man di hulurkan kepada pelajar itu.

Sedikit pun Ainul Batrisyah tidak kisah berkongsi dengan orang lain. Air yang di bawanya walaupun sesedap apa pun, namanya rezeki dia akan kongsi bersama.

"Nah.. terima kasih." Nafas pelajar perempuan itu turun naik deras. Mungkin belum stabil lagi pernafasannya kerana berlari mengejar Ainul Batrisyah.

Yang si Ainul pun satu, dia panggil kenapa pergi lari macam nampak hantu dari belakang? Ish!

"MAAFLAH.. saya tak tahu yang panggil saya tu awak. Kalau saya tahu awak panggil saya, tak adalah saya berlari macam nampak hantu." Puas mereka ketawa sampai nak menangis di buatnya.

"Ada ke patut kau cakap aku hantu? Amboi.. tak sayang mulut betul kan kau ni." Marah Rayyana.

Mati gelak tawa Ainul Batrisyah bila melihat reaksi yang di berikan oleh Rayyana pada perspektifnya tentang insiden tadi.

"Rayy.. saya tak maksudkan tu. Cuma, saya tadi.. memang saya takut tadi.." Berubah pucat wajah Ainul Batrisyah melihat reaksi yang di berikan oleh Rayyana.

Kalau dia di tempat Rayyana pun mungkin dia akan berikan reaksi yang sama macam dia. Tapi, memang dia tak sengaja pun nak cakap dan bertindak melarikan diri macam tu..

"Eleh, aku tahulah aku ni macam hantu. Tak dapat aku nafikan sebab dekat sekolah ni memang aku hantu pun." Rayyana menghirup mi kari yang Ainul Batrisyah belanja sebagai tanda minta maaf.

Bercantum kedua belah kening Ainul Batrisyah mendengar pengakuan Rayyana yang menggelarkan dirinya hantu di sekolah ini.

"Aku ni.. kaki pukul tau." Pengakuan berani mati dekat lurah bukit belakang dari Rayyana Maisarah kepada Ainul Batrisyah.

Terkaku dan terkasima Ainul Batrisyah mendengarnya. Dia tidak pelik kalau dekat mana-mana sekolah ada pelajar gengster bagai, sebabnya mereka lelaki. Ini, perempuan. Pertama kali dia jumpa.

"Aku kalau bab pukul orang ni.. jaranglah orang tu tak masuk hospital. Setakat ni aku pernah tibai budak lelaki, sorang ada lagi dekat hospital." Fuh, pedas gila kuah kari ni.

Ainul Batrisyah mengetip bibir. Takut pun ya juga sebab duduk semeja dengan kaki pukul ni. Nanti ada juga dia yang kena hantar masuk hospital.

Rayyana berhenti menghirup kuah kari yang pedas gila tu. Sedari tadi dia perasan mimik muka Ainul Batrisyah lain bila dia cerita tentang dirinya yang kaki pukul.

"Woi!" Sergah Rayyana. Tersentak pelajar perempuan itu disergah.

"Kau berangan ea.. sampai mana kau berangan?" Soal Rayyana.

Ainul Batrisyah diam. Kecut perut juga dia di buatnya. Entah kenapa tiba-tiba bayangannya bertukar latar belakang yang mengerikan. Kenapa Rayyana ni menggerunkan pula?

"Ainul." Telapak tangan Rayyana mengibas-ngibas depan muka Ainul Batrisyah, terus dia tersedar.

"Kau kenapa? Berangan ea.." Tanya Rayyana lagi.

"Awak.. memang kaki pukul ke dekat sekolah ni?" Rasanya ada benda tersekat di kerongkong Ainul Batrsiyah sampaikan suaranya kedengaran dengar tak dengar je.

Rayyana hanya tersenyum nipis. "Aku kalau tak ada orang kacau, aku okey macam sekarang. Aku pun tak suka orang judge aku kaki buli dekat sekolah ni." Jawab Rayyana ikhlas.

Ainul Batrsiyah angguk perlahan. Mungkin dia mengerti maksud ayat Rayyana walaupun dia tak faham sepenuhnya. Sedikit yang dia faham mungkin akan dapat memahamkan dia kelak.

"Malam tadi rugi tau aku tak tengok Chelsea dengan MU. Kalau aku tahu Chelsea kalah, aku tengok siot." Sekumpulan pelajar lelaki datang menuju ke arah meja yang kosong selang dua meja dengan tempat Rayyana itu.

"Gempak lah beb, peluang jangan di lepaskan." Cantas kawan mereka pula di kumpulan yang sama.

Seorang dari mereka masih membisu sejak awal tadi. Sedangkan kawan-kawannya yang lain sibuk berkata itu dan ini. Mata Ainul Batrisyah juga memainkan irama yang sama dengan cerita yang di dengari. Walaupun dia tidak faham asal usul cerita itu dari siapa, tetapi dia terminat.

"Jadi, ada plan ke nak malukan dia? Kawan dia sorang dah masuk hospital. Tinggal lagi dua orang kalau kita nakdamn kan dia!" Kata pelajar lelaki itu lagi penuh kesungguhan.

"Aku rasa better jangan dulu. Aku ada plan untuk jangka masa panjang punya.." Semua pelajar lelaki di dalam kumpulan itu memandang lelaki yang diam tadi.

"Kalau dia dah keluarkan suara, maknanya akan ada perang serang hendap akan jadi.. be careful Ainul." Bisik Rayyana kepada Ainul Batrisyah.

Tertunduk muka Ainul Batrisyah bila di tegur kerana khayalannya memandang kumpulan pelajar lelaki tadi dengan khusyuk. Matanya tertarik pada sesuatu yang ada pada mereka.

Rayyana memasang telinga, terus mendengarkan apa rancangan mereka yang seterusnya. Dengan suasana yang masih sepi tanpa pengunjung, kantin ini mudah untuk menjadi medan telinga tepi untuk jatuhkan musuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience