1

Family Completed 106784

Sudah menjadi rutin Sofia akan terjaga dari lenanya seawal 4.30pagi. Dia terus bangun bersiap sebelum semua dalam rumah itu bangun. Walaupun Fahrin berkali-kali menawarkan Sofia pembantu rumah namun Sofia menolak. Dia lebih selesa buat sendiri di rumah itu. Selesai menggemas rumah dan membuat sarapan, Sofia akan naik semula untuk solat subuh. Dia lihat suaminya masih lena di dalam selimut.

"Sayang, bangun subuh", lembut nadanya sambil tangannya memegang dan menggongcang agak kuat sedikit bahu Fahrin.

"Hhmm", Fahrin bersuara namun matanya masih lekat untuk bangun.

"Sayang", kali ini Sofia duduk di sisi Fahrin.

Fahrin sengaja menarik Sofia kuat menyebabkan Sofia berada dalam pelukannya.

"Sayang I taknak kerja harini, I nak luangkan masa dengan you harini".

"Hei, mimpi ke apa you ni?. Bukan you ada meeting ke pagi ni pukul 9pagi di uitm".

"Alllaaaa.. ".

"Sudah bangun pakcik busuk, I tunggu. You imam yea pagi ni".

"Okay sayang, 1minute".

Sofia terus bangun dan sempat jari jemarinya mencubit perut suaminya itu.

"Adoii, pagi-pagi ketam sudah gigit".

Dia terus menuju ke bilik air sambil ketawa. Fahrin sekadar memerhati langkah isterinya sambil tersenyum walaupun dalam keadaan mamai.

............

Pagi itu Sofia menemani Fahrin mesyuarat atas permintaan suaminya. Entah mengapa tiap kali mesyuarat tertentu Fahrin akan membawanya bersama. Ada masa Sofia kurang senang untuk temankan suaminya. Dia jadi kekoh bila ramai yang akan cuba berbual dengannya nanti dan pada masa sama perasaan Fahrin akan berubah ketika perjalanan balik bila Sofia terlalu ramah dengan mereka.

Ketika jamuan ringan berlangsung Sofia hanya duduk di satu sudut seorang diri dan memerhati hinggalah dia di datangi seseorang di sebelahnya.

"Hi, nice to meet you", meletakkan cawannya di meja.

Seorang lelaki lingkungan pertengahan 20an berbaju kemeja batik hijau kuning, rambutnya yang sengaja di pacakkan sedikit di bahagian depan.

"Hi", balas Sofia sepatah, memandang lelaki itu.

"Puan Sofia Dylaila sihat?, lama tak jumpa kan".

Sofia lihat lelaki itu langsung tidak duduk di sebelahnya, hanya berdiri di sisinya dan matanya memandang ke arah Fahrin bukan ke arahnya. Bimbang, jika di salah anggap.

"Sihat, Maaf saya tidak ingat. Maaf sangat. Siapa awak?".

"Orang macam saya memang Puan susah ingat sebab suami Puan jaga Puan terlalu ketat, tapi dia tu pada masa sama, dia rasa bangga Puan ada di sisinya".

Sofia terkedu dan terus memandang Fahrin yang sedang rancak berbual di hujung sana. Kemudian dia menoleh untuk melihat wajah lelaki itu. Sofia bimbang jika Fahrin lihat mereka berdua.

"Saya tidak faham, awak siapa?".

"Saya salah seorang pekerja Puan secara tidak langsung, kita sudah jumpa beberapa kali Puan je tidak ingat saya. just call me Am".

"Saya ke sini pun bawah Lady Soffah wakilkan Encik Daniel".

"Ohhh, okay. Awaklah Amran, pembantu Daniel Mikael right. Yeahh yea, saya ingat sudah. Maaf saya tidak kenal tadi".

"Tidak mengapa Puan, Faiz baik-baik ke di asrama?".

"Baik je alhamdulillah".

"Ni saya ada pesanan dari Encik Daniel dan Puan Huda. Dia suruh saya beri pada Puan tanpa pengetahuan Encik Fahrin".

Tangannya mengambil sesuatu di poket seluarnya dan diletakkan di atas meja. Jarinya menolak perlahan ke tepi cawan Sofia.

"Saya gerak dulu, Puan Huda pesan dia sayangkan Puan dan sayangnya tidak pernah berubah".

Sofia lihat lelaki itu pergi dari situ dan matanya memandang pendrive di atas meja. Sofia terus mengambil dan di masukkan ke poket.

"Apa berlaku dengan mereka?", Sofia tertanya-tanya seorang diri di situ.

..........

"Sayang jom turun", Fahrin menyapa lembut Sofia setelah sampai di tempat letak kereta.

"Kita nak ke mana sayang?".

"I ada makan tengahari dengan seseorang, dan dia mahu jumpa sayang".

Sofia diam dan hanya menurut kehendak suaminya tanpa soal banyak. Sampai sahaja di kedai makan itu mereka di sambut pekerja hotel di situ dan di bawa ke meja. Liar mata Sofia memerhati sekeliling bimbang dan curiga dengan siapa dia mahu jumpa.

Perlahan suara pekerja itu menegur Sofia agar mengalihkan handbag Sofia yang ada di atas ribanya.

"Ohh maaf", mengalihkan dan di letakkan di hujung kakinya bawah meja.

Pekerja itu senyum dan mengangguk dan meletakkan kain di peha Sofia. Fahrin hanya senyum sinis memandang isterinya itu. Dia tahu Sofia berbual dengan Am selepas mesyuarat namun dia cuba diam tanpa menyoal isterinya. Amran merupakan pembantu Daniel menggantikan Jue beberapa tahun lalu. Fahrin perasan Amran selalu cuba berbual dengan Sofia bila dia jauh dari Sofia. Satu suara menegur mereka di meja mengejutkan Fahrin yang sedang melayang.

"Maaf lambat Encik Fahrin".

"Ehh I pun baru sampai. How are you Madam Xiu ?".

"Kenalkan my wife Sofia. Sayang, ni Madam Xiu isteri Mr Kay".

"Ohh Hai, Mana Mr Kay?".

Fahrin menjeling Sofia bila dengar soalan itu keluar dari mulut isterinya.

"Mr Kay sekarang selalu keluar ke China, I kena cover sini lor. Actually sebelum I cover bisnes dia lagi, husband I selalu puji tentang you dan Fahrin".

"Yea ke Mr Kay puji I, you pandai nak bodek I depan isteri i", balas Fahrin.

"Yea la, dia kata you untung ada Sofia baik. Tak pernah dia jumpa. Dia puji sikap Sofia yang ikhlas bila berbual dan ada masa I sendiri pun jealous dengar dia puji you Sofia", balas Xiu.

Fahrin lihat Sofia senyum lebar bila dengar cerita dari perempuan cina di depannya itu. Sengaja dia jauhkan Sofia dari Mr Kay selepas Sofia lepaskan semua kuasanya ke Fahrin. Jika ada majlis yang wujudnya kehadiran Mr Kay, Fahrin tidak akan bawa Sofia bersama.

"Cehh, Mr Kay dalam diam masih suka bini aku lagi rupanya", keluh Fahrin dalam hati.

Fahrin biarkan sahaja Madam Xiu berbual dengan Sofia sebelum dia mulakan perbualannya mengenai projek yang dia akan berkerjasama.

.........

"Sayang nak kemana lagi ni?, Sue sudah balik sekolah kan".

"Biarlah, saya sudah pesan pada Kamil untuk ambil Sue dan hantar balik rumah. Lagipun Norli kan ada.".

Fahrin terus memandu laju keretanya dan tidak menghiraukan Sofia yang sedang risau. Sekali sekala dia menoleh melihat raut wajah Sofia.

"Janganlah tegang sangat muka tu, lama sudah I tak date dengan wife I ni. Takda Sue bebaslah I untuk peluk you sayang", bersuara bila lihat muka Sofia berubah.

"Kalau yea pun perlahan-lahan la bawa kereta tu".

Telefon Fahrin berbunyi dan tertera nama Dhia Amelia. Fahrin langsung tidak menjawab panggilan itu. Sekali lagi telefonnya berbunyi dan sekali lagi Fahrin membiarkan.

"Why?".

"Why what, I tengah drive kan. Biarlah", balas Fahrin.

"Okay".

Beberapa saat kemudian whatsapp masuk dan Sofia sempat jeling text dari Dhia Amelia.

"Tak masuk kerja bagitahulah".

Sekali lagi berbunyi,

"I tunggu you sampai tak makan".

Sofia diam, matanya di kecilkan cuba dapatkan apa maksudnya.

Satu lagi masuk,

"Sayang pasti dengan Puan kan tu tak hiraukan i".

Hati Sofia mendidih tiba-tiba. Dia terus melemparkan pemandangannya di luar tingkap kerana tidak sanggup untuk baca pesanan yang masuk seterusnya. Dua tiga kali berbunyi dan Fahrin mengeluh. Fahrin mengambil telefonnya dan di matikan sambil mengeluh panjang.

"Kenapa off?".

"Bising", balas Fahrin selamba.

Fahrin lihat Sofia menarik muka dan mengeluh. Sepanjang jalan Sofia memandang ke luar tingkap langsung tidak berbual dengannya. Sofia terasa hilang moodnya untuk bermanja dengan suaminya. Fahrin terus berhentikan kereta secara mendadak.

"Sayang kenapa ni diam je?".

"Saya diam sebab saya nak diam. Kenapa tak boleh ke?".

Tiba-tiba telefon Sofia berbunyi. Dia terus mengeluarkan dari beg dan melihat siapa yang menghubunginya. Sambil tersenyum lebar Sofia menjawab panggilan itu.

"Waalaikumsalam, ye sayang. Macammana kat sana semua baik-baik sahaja kan. La ye ke, cuba cari elok-elok. Tanya pada sesiapa, ada yang simpankan sayang punya tu. Yea sayang hati-hati yea".

Fahrin memulakan perjalanan semula dan dia cuba tenangkan dirinya. Pada masa sama dia tertanya-tanya siapa yang hubungi Sofia.

Sampai sahaja di destinasi, Fahrin turun dan menunggunya di luar kereta. Sofia melihat gelagat suaminya yang berubah selepas dia menjawab panggilan tadi. Perlahan Sofia menarik lengan Fahrin ketika Fahrin berjalan di depannya.

"Sayang nak bawa I kemana?".

"Pergi jumpa madu you".

Sofia merentap lengan Fahrin kuat bila suaminya sengaja mengusiknya. Pada masa sama Fahrin hidupkan telefonnya dan dia serahkan pada Sofia. Sofia memandang muka lelaki di depannya.

"Nah, nanti jawab panggilan dari Dhia Amelia".

"Apa ni sayang, betul-betul la".

Sofia berhenti di tengah-tengah jalan tiba-tiba. Fahrin ketawa kecil melihat Sofia mencebek. Fahrin memegang bahu Sofia dan bawa Sofia ke satu tempat di resort itu.

"Jawab call tu, Dhia telefon", usik Fahrin bila telefonnya berbunyi.

Sofia teragak-agak untuk jawab panggilan itu. Dia mengangkat dan mendengar suara dahulu sebelum dia bersuara.

"Sofia sayang sudah sampai ke, jalan terus ke depan. Kau akan tahu hubungan aku dengan Fahrin".

Muka Sofia merah padam, dia terus laju melangkah meninggalkan Fahrin di belakang.

"Happy Birthday".

Sofia terkejut bila sampai di kawasan kolam renang dipenuhi ramai kenalan terdekat, abang Johan dan isterinya serta anaknya sekali.

"Astagfirullah, apa semua ni?", sambil menekup mulutnya menggunakan kedua-dua tangannya.

"Sofia sayang, happy birthday yang ke 32", Johan muncul di depan Sofia mencium dan terus memeluk adiknya.

"Siapa punya kerja ni?", memandang Fahrin di sisinya.

"Tu akak ipar kesayangan you tu", Fahrin menunjuk ke arah Dyana yang sedang mendokong Sue anaknya.

"Ehh, kakak pun ada, tadi sayang kata Kamil ambil?".

"Memang saya ambil dia Puan, tapi Encik Fahrin suruh terus bawa ke sini".

"Allaaaaa, terima kasih semua kerana buat kejutan untuk Sofia, thanks sayang".

Sofia menarik pipi Fahrin dan mencium di depan tetamu kerana terlalu teruja. Fahrin mengusap kepala Sofia dan sempat dia berbisik ke Sofia.

"Hadiah dari I malam yea, special punya".

"Isyhh sayang ni mengada tau", menepuk dada suaminya itu.

Zack sengaja datang dekat menggangu mereka berdua.

"Happy Birthday kak Sofia", Zack menghulurkan bungkusan hadiah ke Sofia.

"Terima kasih Zack".

"Sudahlah, jom kita potong kek", balas Fahrin menarik Sofia ketengah dengan sengaja menuju ke meja yang sudah tersedia kek.

Mereka semua meraikan hari jadi Sofia dengan penuh meriah sekali. Namun di majlis itu Sofia lihat tiada Daniel dan Huda. Dia sempat bertanya kepada Onie yang sedang berbual dengan Dyana.

"Mana Huda dan Daniel?, kenapa dia tidak datang?".

Onie menutup mulut Sofia dan menggelengkan kepalanya agar Sofia tidak mengajukan soalan itu buat seketika. Sofia mengelipkan mata ke Onie namun Onie tetap menggelengkan kepalanya tidak mahu jawab soalan itu buat masa ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience