Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 6

Humor Completed 61915

Pejabat Advertising

Awaisha Laila menutup mulut, sebenarnya dia ingin ketawa saat menonton rakaman Cctv melalui skrin laptop milik Farid Husin

"Seksi betul pakaian dia,"
Ujar Awaisha Laila, bola matanya tertumpu pada seorang perempuan berpakaian seksi sedang duduk menyilang kaki di dalam rakaman

"Agak-agak berapa besar saiz dada dia?,"
Soal Farid Husin dengan selamba

Awaisha Laila membeliakkan mata dengan pertanyaan Farid Husin, sejak dia masuk ke dalam pejabat Farid Husin dia cuba mengelak bertentang mata dengan Farid Husin dan pertanyaan Farid Husin tadi terlalu sensitif untuk di jawab

"Farid kena tanya tuan badan tu sendiri,"

Farid Husin tersengih

"Send rakaman nie kat Sha punya email, nanti kalau dah bincang dengan pakcik said, beritahu aku"
Pinta Farid Husin sambil mentatal mouse laptop

Awaisha Laila mengangguk, diam-diam bola matanya merenung muka Farid Husin ketika lelaki itu sedang membuka email

Farid Husin menoleh memandang Awaisha Laila membuatkan Awaisha Laila mengalih muka

"Send sekarang,"

Farid Husin berdiri di sebelah kanan meja, wajahnya tampak tenang memerhati Awaisha Laila menaip email,

"Dah farid,"
Kata Awaisha Laila berdiri mengadap laptop
"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu ya,"

"Okay,"

Tubuh Awaisha Laila bergerak seperti tidak tentu arah, sekejap ke kanan sekejab ke kiri, akhirnya Farid Husin terpaksa memegang bahunya mendorong tubuh Awaisha Laila ke arah pintu pejabat

"Maafkan saya Farid,"
Ucap Awaisha Laila, menunduk malu, entah mengapa hatinya tidak keruan bila berada di samping Farid Husin

"Tak apa Sha, jumpa lagi nanti,"
Balas Farid Husin lembut sambil membuka pintu pejabat, pada masa yang sama staf-staf di ruangan pejabat kebanyakan staf lelaki berdiri memerhati Awaisha Laila bila Awaisha Laila keluar dari pejabat Farid Husin

Awaisha Laila berjalan di belakang Farid Husin, setelah Farid Husin membuka pintu utama pejabat Advertising, dia tersenyum memandang Farid Husin sekilas sebelum keluar tanpa mengucap satu patah perkataan pun pada lelaki itu

"Wow, siapa tu encik Farid, cantik, macam pelakon Hindustan?,"
Tanya Sufian, bola matanya masih memerhati ke arah Awaisha Laila sedang berjalan laju di luar dapat di lihat melalui dinding cermin pejabat

Farid Husin tersengih senget memandang Sufian

"Mangsa aku,"

"Mangsa?,"
Hampir ke semua Staf farid Husin yang sedang berdiri saling berpandangan, bingung dengan maksud farid Husin itu

Farid Husin masuk ke dalam pejabatnya, kakinya di ayun pelahan ke arah meja sambil menumbuk-numbuk peha

"Kau memang berani Awaisha tunjuk muka kau depan aku, aku memang tak akan lepaskan kau, dulu kau nak sangat kahwin dengan aku, kali nie aku akan kabulkan keinginan kau, aku akan tunjukkan kau apa itu neraka,"

**

Muka Awaisha Laila yang putih bersih sudah berubah merah, bibirnya tersenyum lebar, kedua tangannya menyilang memegang kedua bahunya, masih segar dalam ingatannya, bahang sentuhan dari perlukkan Farid Husin masih lagi terasa, entah mengapa jiwanya begitu goyah bila berhadapan dengan lelaki yang pernah membuatkan dirinya menderita, dia juga merasa hairan mengapa hatinya masih menaruh harapan kepada lelaki yang pernah mencuba menamatkan riwayatnya

Awaisha Laila mengeluh berat sambil berdiri tegak di hadapan pintu lif tingkat lima, kepalanya menunduk lesu, dia seperti tersedar dari khayalan, Farid Husin sudah berpunya, kisah antara dia dengan lelaki itu sudah menjadi sejarah lama tidak sepatutnya di ingat semula

"Aku sepatutnya bersyukur, Farid dah lupakan semua tu, antara aku dengan dia tiada apa-apa lagi hubungan,"
Getus hati Awaisha Laila, raut wajahnya muram sambil jari telujuk menekan butang lif,

**

Ampang Jaya

Tengahari

"Zura, sekarang kak nak buat apa nie?,"
Tanya Irene, seorang wanita berbangsa cina, dia memeluk islam selepas berkahwin dengan Fuad Sobri, hari ini dia dengan Farah memang dah plan untuk sama-sama masak nasi ayam Thai di rumah Fazura

Fazura yang sedang duduk memotong bahan-bahan untuk membuat sambal cili masam manis terus bangun dari kerusi memandang Irene sedang berdiri di hadapan dapur gas

"Kak irene cedok minyak atas pemukaan tu, letak dalam bekas lepas tu isi dalam periuk nasi,"

"Dia punya minyak je ke?,"

"Sup sekali, nanti biarkan je ayam tu dalam periuk, api tak usah padam,"

"Lepas tu?,"

"Kak irene masaklah nasi tu,"

Irene mengerut mukanya memandang Fazura, bibirnya tersengih
"Aiyaaa.. kak irene tak pandai masak nasilah,"

Farah yang sedang membantu Fazura memotong bahan-bahan di atas meja lantas menoleh ke belakang

"Hisy biar betul kak irene, tak akanlah masak nasi pun tak reti,"

Irene menguak rambutnya
"Sorrylah, Kak cuma pandai masak Western food je, Farah marilah sini tolong masakan nasi,"

Farah turut tersengih
"Farah pun tak reti,"

"Bengong,"

Fazura ketawa seketika,
"Takpe, biar Zura tunjukkan cara memasak nasi,"

Fazura berbaju kurung berjalan ke arah periuk nasi elektrik bersaiz besar di hujung kitchen kabinet di ekori Farah, irene pula sudah berdiri di depan periuk nasi, Fazura mengambil satu bekas besar selepas melihat air di dalam periuk nasi tidak mencukupi

"Kak irene tolong taruh sup ayam dalam bekas nie, kasi penuh ya,"

Irene mengangguk, cepat-cepat dia dengan farah pergi ke arah periuk besar di atas dapur gas

"Hati-hati kak Irene, kak Farah, panas Sup tu,"
Ujar Fazura sambil tengannya mengaul beras di dalam periuk

"Tengok ya kak, tak kira periuk nie saiz dia besar ke, kecik ke, cara nak sukat air semuanya sama,"
Ujar Fazura sambil menunjuk Irene dan Farah cara menyukat air di dalam periuk nasi,

Setelah hampir 45 minit, Irene membuka periuk nasi elektrik, melihat nasi yang berbau harum setelah di masak mengunakan air rebusan Sup ayam, Farah membantu Fazura memotong ayam yang telah di rebus

"Kak Farah, Kak irene, Nak zura potongkan sekali ke ayam yang lain? boleh terus letak dalam bekas je,"
Tanya Fazura selepas selesai memotong seekor ayam rebus untuk mereka bertiga makan dan baki setiap seekor ayam rebus kepunyaan Fazura, Farah dengan irene pula ingin membawa pulang

"Nanti jelah, lepas kita makan,"
Jawab Farah sambil memandang irene yang sedang mencedok nasi

"Kak Ikut je,"

Selepas memasak hampir dua jam, Fazura, Farah dan Irene menarik nafas lega, semua lauk pauk telah siap di susun dia atas meja, mereka bertiga duduk bersama dengan senyuman lebar sambil memerhati hidangan di atas meja

"Wait, Kak nak tangkap gambar dulu, nak hantar pada abang Fuad,"
Pinta Irene, selepas menangkap gambar melalui Telefon pintar, dia terus menghantar gambar itu pada whatsapp suaminya

"Okay done, mari kita makan,"
Kata Irene sambil mengosok-gosok tapak tangannya

Namun kegembiraan mereka bertiga tidak lama selepas kedengaran bunyi nada dering dari ketiga-tiga Telefon pintar milik mereka

Farah serta merta bangun dari kerusi selepas melihat skrin telefon pintarnya kemudian memandang muka irene

"Kanapa kak Irene pergi share dekat group?,"

"Apa?,"
terperanjat Irene mendengar kata-kata Farah, cepat-cepat dia melihat Skrin Telefon pintarnya
"OMG!, Kak tak segajalah,"

"Aduh.., Mak dah tanya,"
Keluh Farah, Selepas beberapa detik, kedengaran lagi bunyi nada dering dari ketiga-tiga Telefon pintar milik mereka bertiga tidak putus-putus berdering

Whatsapp Group Family

Datin sri Sahara
"Farah dengan Irene kat rumah Fazura ke, kenapa tak ajak mak?,"

Farah
"Bukan tak nak ajak, takut mak letih je,"

Datin sri Sahara
"Lain kali tanyalah dulu,"

Farah
"Mak nie, Farah minta maaf,"

Fazilah
"Woi makan tak ajak, lahabau betul,"

Fadil Fitri
"Biasalah mak, angah, kita nie siapa,"

Farah
"Agak-agaklah Alang, cakap macam tu,"

Anita
"Tengok gambar pun dah tahu sedap, kenapa buat hari nie?,"

Farah
"Sorrylah anita, nie last-last Minit punya plan,"

Fuad Sobri
"Sayang, jangan lupa bungkus untuk abang ya,"

Dato sri Hassan kamarudin
"Banyak tak masak?,"

Fazura
"Banyak Yah, kita orang rebus empat ekor ayam,"

Terkejut Farah bila melihat whatsapp Fazura

"Zura?, kenapa Zura pergi beritahu diorang?,"
Tanya Farah dengan mata membulat selepas Fazura membalas pertanyaan whatsapp Dato sri Hassan kamarudin

Fazura sedikit terkejut memandang Farah
"Kenapa Kak Farah?,"

"Nanti diorang datang sini,"

"Eh? diorangkan kerja,"

"Zura, diorang semua tu bos, bila-bila masa je diorang boleh keluar,"

"Betul ke?,"

Fazura memandang Farah, Kak iparnya itu mengangguk lemah sambil melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi begitu juga irene, dia mengangguk kepala bila Fazura memandang padanya

Fazura mengosok-gosok tudung kepalanya sambil melihat semula Skrin Telefon pintarnya

Whatsapp Group Family

Dato sri Hassan kamarudin
"Jap lagi ayah datang dengan Said,"

Fazilah
"Alang, kalau Alang nak pergi, angah nak tumpang,"

Fadil Fitri
"Cepatlah, alang dengan anita ada kat lobi dah nie,"

Fazila
"Amboi cepat ya,"

Fuad Sobri
"Woi tunggu, Along nak tumpang sekali,"

Datin sri Sahara
"Mak pun nak gie sana,"

Farah
"Mak drive jangan laju-laju,"

Fazura
"Hati-hati mak,"

Datin sri Sahara
"Insyaallah,"

Fazura, Farah dan Irene saling berpandangan tidak lama selepas itu mereka bertiga ketawa kerana tidak menduga rancangan mereka untuk menikmati masakan nasi ayam thai bertiga telah bertukar menjadi kenduri keluarga

"Takpalah makan ramai-ramai lagi seronok,"
Kata Irene dengan wajah kecewa

Fazura melihat Skrin Telefon pintar, hatinya tertanya-tanya mengapa suaminya tidak berwhatsapp sekali dan pada masa yang sama di saat dia memerhati skrin telefon pintarnya, Telefon pintarnya berdering, tertera nama Suami tercinta

Fazura pantas bangun dari kerusi melangkah ke arah ruang tamu panggilan suaminya segera di jawab

"Assalamualaikum abang,"

"Waalaikummusalam, Zura buat kenduri ke?,"

Fazura tergelak
"Takdelah, semua tu Kak irene dengan kak Farah punya rancangan, sebab pagi tadi kak Irene call Zura ajak buat nasi ayam thai, ikutkan kami bertiga je, tapi kak irene tershare dalam group,"

"Oh ya ke, tapi abang tak pernah makan nasi ayam Thai,"

"Kenapa abang tak balik je, diorang semua boleh datang sini, kenapa abang tak ikut?,"

"Abang sibuklah Zura, banyak kerja abang nak kena siapkan,"

Fazura menarik nafas, merasa kesihan dengan suaminya, dia juga merasa bersalah untuk asingkan lauk untuk suaminya memandangkan Irene dengan Farah juga ada niat untuk membawa pulang nasi ayam yang telah di masak

"Abang jangan risau, kalau nasi ayam tu habis, nanti zura masak sekali lagi, bahan-bahan semua dah ada, cuma perlu masak je,"

"Zura tak letih ke?,"

"Itukan tugas Zura, abang janganlah risau,"

"Sayang Zura, Mak Zura dengan Fazira ada?,"

"Takde, Fazira dengan mak makan dekat rumah je,"

"Kenapa tak ajak?,"

"Zura dah ajak, tapi Mak nak rehat,"

"Okaylah, nanti abang balik macam biasa ya,"

Fazura tersenyum
"Yelah, abang jangan lupa makan,"

"Ya, abang minta diri dulu, Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"

**

Setelah hampir setengah jam, sebuah kereta Suv jenis Toyota kelihatan memarkir berhampiran banglo Farid Husin

Awaisha Laila keluar dari kereta, wajahnya sedikit terpegun bila melihat rumah banglo milik Farid Husin

"Ini ke rumah Farid, besarnya,"
Bisik Awaisha Laila, bola matanya memerhati sekeliling pekarangan rumah banglo tersebut

"Mari masuk, said, Awaisha,"
pelawa Dato sri Hassan kamarudin memandang Said bohkari dengan Awaisha Laila sebelum kedua kakinya mengayun laju masuk ke dalam pekarangan halaman hadapan rumah anaknya,

"Assalamualaikum,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin

"Waalaikummusalam,"
Kedengaran tiga suara yang berbeda menjawab salam dalam rumah

"Ayah, Pakcik Said kenapa tak masuk,"
Tegur Fazura, laju dia melangkah ke arah pintu, wajahnya cemas bila melihat Ayah mertua dengan Said bohkari masih berdiri di luar pintu

"Nak buat macam mana, takde orang nak jemput masuk,"
Balas Dato sri Hassan kamarudin, mengankat kening ketika memandang Said bohkari segaja mahu mengusik menantunya

"Hisy ayah nie,"

Fazura cepat-cepat menghulur tangan untuk bersalaman dengan ayah mertuanya, tangan ayah mertua di cium

"Ayah masuk dulu ya,"

Fazura mengangguk sambil melihat ayah mertuanya masuk ke dalam rumah terus melangkah menghala ke dapur

"Lama tak jumpa pakcik Said, pakcik apa kabar?,"

"Alhamdulilah, pakcik sihat je Fazura,"
Jawab Said bohkari, tersenyum melihat Fazura mencium tangannya

"Fazura, pakcik kenal kan ini Awaisha Laila, Awaisha nie dah macam anak angkat pakcik,"

Said bohkari menarik lengan Awaisha Laila dengan lembut supaya Awaisha Laila berdiri di hadapan Fazura

"Awaisha, ini Fazura isteri Farid Husin,"

Fazura memandang wajah wanita di sebelah said bohkari, Awaisha Laila mengukir senyuman manis sambil menghulur tangan

"Apa kabar kak Fazura?,"

Fazura lantas ketawa sambil menyambut tangan Awaisha Laila, membuatkan Awaisha Laila terpinga-pinga

"Jangan panggil kak, Zura baru 17 tahun,"

Dalam diam Awaisha Laila sedikit Terperanjat, dia tidak menyangka jika usia isteri farid Husin terlalu muda

"Betul ke?,"

"Ah.. ah,"

"Usia fazura nie memang 17 tahun,"
Celah said bohkari, lupa pula dia memberitahu Awaisha Laila tentang isteri Farid Husin

"Marilah masuk, Kak, pakcik,"
Pelawa Fazura sambil memaut lengan Awaisha Laila masuk ke dalam rumah

Ketika Said bohkari dengan Awaisha Laila masuk ke dalam rumah, dua buah kereta memarkir di hadapan pagar rumah Farid Husin, Fuad Sobri dengan Fazilah kelihatan tergesa-gesa keluar dari kereta tanpa perasan kehadiran Datin Sri Sahara sedang keluar dari kereta yang di parking di belakang kereta Fadil Fitri

Datin Sri Sahara mengeleng bila melihat gelagat anak sulung dengan anak keduanya

"Mak?,"
panggil Anita selepas keluar dari kereta suaminya

"Anita tengoklah perangai abang ipar dengan kakak ipar kamu tu, kalau bab makan, sampai mak sendiri pun diorang tak nampak,"

Anita tersenyum mendengar rungutan ibu mertuanya

"Ala biasalah mak, lagi pun masakan zura tu memang sedap,"

"Habis tu, masakan mak tak sedap ke?,"

Anita tersengih-sengih sambil memaut lengan mak mertuanya

"Bolehlah tahan,"

"Kurang asam punya menantu,"

"Aduh..aduh sakitlah mak,"
Terjongket-jongket kaki Anita bila ibu mertuanya mencubit pinggangnya

**

Ruangan dalaman banglo Farid Husin mempunyai tiga ruang, ruang tamu, ruang makan dengan ruang dapur, ruangan dapur turut mempunyai maje makan, golongan perempuan duduk bersama-sama untuk menikmati hidangan nasi ayam Thai,

Awaisha Laila duduk di sebelah Fazura, dia merasa hairan Fazura asyik memaut lengannya

"Siapa nie Fazura?,"
Tanya Datin Sri Sahara setelah masuk ke ruangan dapur selepas berbual dengan suaminya di ruangan tengah

"Ini anak angkat pakcik Said, Awaisha Laila,"
Jawab Fazura

Datin sri Sahara mengangguk

Awaisha Laila segera bangun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Sri Sahara

Awaisha Laila menjatuhkan muka, hatinya merasa segan bila Datin Sri Sahara merenung wajahnya

"Cantik anak angkat said,"
Puji Datin Sri Sahara sambil mengusap pipi Awaisha Laila

Air mata Awaisha Laila hampir berguguran, hatinya sebak, sudah lama dia tidak merasai kehangatan sentuhan wanita bergelar ibu

"Awaisha dah kenal dengan anak-anak makcik?,"

"Dah Datin, Fazura dah kenalkan,"

Datin sri Sahara tersenyum manis, namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya

"Angah!,"
Herdik Datin Sri Sahara, membuatkan bahu Awaisha Laila dengan Fazura terjongket kerana terkejut

"Orang lain belum makan lagi, angah tak boleh sabar ke?,"

"Hisy mak nie, nak tercekik Angah, angah lapar,"

"Habis orang lain tak lapar?,"

Fazilah menaruh kembali ayam di atas pinggan terus duduk menyandar dengan wajah merajuk

"Oh lupa, ada sambal belacan mak Zura buat,"
Kata Fazura, dia tahu kalau keluarga suaminya sangat menyukai sambal belacan ibunya

"Ada sambal belacan!,"
Kedangaran suara Fuad Sobri di ruangan tengah

"Along tu telinga gajah ke, semua benda dia dengar,"
Sindir Fazilah

"Banyak tak Zura, Kalau tak banyak, tak payah bagi diorang, untuk kita-kita je,"
Kata Datin Sri Sahara pula

"Ayah naklah Mak,"
Fuad Sobri menyampuk bila masuk ke ruangan dapur

"Menyirap pulak mak tengok kau nie Along, dahlah sambal belacan kat umah tu kau dengan Fadil habiskan,"

"Bukan along yang nak, bos yang nak,"
Jawab Fuad Sobri selamba membuatkan Datin Sri Sahara mengetap gigi kerana geram

"Ada banyak Mak, Mak Zura buat satu bekas besar,"

"Kat mana Zura letak?,"
Tanya Fuad Sobri

"Dalam peti ais,"

Datin Sri Sahara, Fazilah, Fazura, Farah, Awaisha Laila dengan Anita hanya memerhati tingkah tak tahu malu Fuad Sobri selamba membuka peti ais mengeluarkan bekas berisi sambal belacan, Irene pula mengeleng-geleng kepala melihat tingkah suaminya

"Takpe biar abang yang taruh, nanti Zura taruh sikit,"

"Ya,"
Fazura menurut, dia menghulur sudu pada abang iparnya

"Muka tembok betullah kau nie Along,"
sindir Fazilah

"Suka hati Alonglah,"

Awaisha Laila memerhati Fazura, terdetik rasa cemburu bila melihat kemesraan ahli keluarga Farid Husin, lebih-lebih lagi bila melihat begitu baik layanan ahli keluarga Farid Husin terhadap Fazura walaupun Fazura dahulunya hanya seorang cleaner, hatinya mula merasa menyesal, andai kata dia tidak mengandung, rumah besar ini pasti di huni dia dengan Farid Husin

"Dah jom makan,"
Kata Datin Sri Sahara

Fazura duduk di sebelah Awaisha Laila
"Kak makan banyak-banyak tahu, jangan nak segan, nanti Zura terkilan,"

Awaisha Laila mengangguk dengan bibir tersenyum memandang wajah Fazura di penuhi dengan keiklasan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience