Bab 3
Petang itu aku balik dengan Nini dalam kereta aku memberitahu tentang ajakan tuan tadi. Dia pun bersetuju, perempuan ni senyap saja dari tadi, kenapa perangai tidak macam biasa. Selalunya dialah orang paling bising dan becok.
Kami sampai ke rumah, kenapa banyak kereta pulak.
”Assalamualaikum, bu adik dah balik.”
Hairan betul selalu ibu ada di taman pada waktu ni.
”Eh kenapa senyap ni mana ibu pergi, aik pintu berkunci.”
Tanpa membuang masa aku membuka pintu menggunakan kunci.
Tiba-tiba orang menyanyi.
”Selamat hari jadi….selamat hari jadi………….”
Satu ciuman terlekat dipipi aku, terpana memang aku tak ingat langsung tentang itu.
Aku memeluk ibu serta menciumnya.
”Sayang ibu,adik betul-betul lupa yang hari ini birthday adik.”
”Ala adik lupa ke? Buat-buat lupa?” Kata along mengusik.
”Hisy along ni betul adik memang lupa, along tak ada hadiah ke?” Rengek aku pada along.
”Rasanya tak ada angah kau ada apa-apa nak bagi adik tak?”
”Rasanya tak ada kot, adik bukan budak kecil lagi dah besar.”
Kata angah tersengih di sebelah Nini,aku menjeling ke arah Nini yang serba salah bila berdekatan dengan angah.
”Ala janganlah macam tu,abah dan ibu tak nak bagi adik hadiah juga ke?”
”Tu tunggu dulu yang penting kita potong kek dulu,ramai orang dah lapar ni.”
Kata abah,betul memang ramai orang di rumah ada di antara mereka aku tidak kenal.
Selepas upacara memotong kek selesai,aku menerima banyak hadiah.Dari ahli keluarga aku juga mendapat hadiah, Nini kata esok baru dia bagi.. Aku sebenarnya bukan kisah sangat pasal hadiah ni,bukan budak kecil lagi dah masuk 23 tahun.
Sedang aku membelek-belek hadiah pemberian abah dan ibu, kedua abang aku menghampiri.
”Adik kami nak kenalkan seseorang pada adik.”
Kata along.
”Siapa dia,girlfriend along dan angah ke?”
”Hisy budak ni,ke situ pulak dia,ini kawan along Aizam.”
Seorang lelaki di hadapanku,dialah lelaki yang menyakitkan hati aku. Dia menghulur tangan namun aku tidak menyambutnya,mana boleh abah telah mengajar kami tiga beradik kuat dengan ajaran agama.
”Hani,kawan along ni macam kenal aje tapi di mana ya?”Merah padam muka dia melihat wajahku yang selamba terpaksa kawal kemarahan aku ni.
”Aizam betul ke apa yang adik aku cakapkan tu?”Tanya along, dia serba salah macam cacing kepanasan.
”Aku………aku…..”
La jadi penyanyi rap pulak dia.
”Hai kenapa kau dah jadi gagap pula ni Aizam, sebab tengok muka adik aku yang tak comel ni ke?”Aku membulat mata ke pada along, dia tersengih.
”Dahlah along adik nak jumpa kawan kat sana tu,bye.”
Aku terus beredar dari situ terasa puas juga walaupun kemarahan tidak dapat di muntahkan.
Sementara itu along dan angah mendesak supaya Aizam menceritakan apa yang telah terjadi.
Share this novel