CO 1 Langkah Ketiga

Romance Series 49213

"LAGI sekali?" Nashrul hanya mampu menggelengkan kepalanya saat mendengar luahan Rafeef itu. Tidak terkejut, tidak juga bersimpati kerana dia memang sudah sedia tahu apa puncanya. Jika dia yang menjadi Tan Sri Jeffri, mungkin dia juga akan melakukan hal yang sama. Kalau tak malas, kalau tak cincai, bukan Rafeef namanya.

"Yeah tapi i tak kisah pun. Rezeki tu ada di mana-mana. Tak kerja sekalipun rezeki i tetap akan ada je. Betul tak?" Rafeef merespons selamba. Menghirup secawan kppi panas dengan penuh gaya, sesekali melirik nakal pada gadis-gadis yang turut berada di dalam cafe itu.

"Ye lah. You kan anak orang senang, anak Tan Sri. I ni setakat kerja sendiri je. Tak kerja, kebuluranlah i tak makan." Faiz yang mendengar turut bersuara sambil tersenyum.

Tenang sekejap sambil mengangkat bahu, Rafeef terus mengekek bangga. "Tahu takpe, tapi... apa-apapun, i kena cepat-cepat cari kerja juga. Kalau papa tahu yang i dah dipecat, mati i." ujarnya separuh berbisik kerana enggan telinga-telinga lain terutamanya telinga para gadis mendengar perbualan mereka itu. Jatuhlah saham kehensemannya nanti!

"Eh, Aroon. You tak nak ke ambil Rafeef kerja dengan you? Tolong kawan ma. Kesian Rafeef. Kat klinik you tu mesti perlukan pekerja. Kalau yak layak jadi doktor sekalipun, jadi nurse bagi ubat pun jadilah." Faiz menyoal seorang lagi sahabat baik mereka yang sedari tadi hanya fokus pada kunyahannya sahaja. Menyoal sudah semestinya dengan niat mahu mengusik.

Mahu tersedak Aroon saat ditanya seperti itu. Pandang ke arah wajah para sahabatnya, dia laju menggeleng berkali-kali. "Apa??? You nak i ambil ini orang jadi pekerja i? Tak nak, tak hingin. Dahlah malas, miang pula tu." ujar Aroon selamba. Bukan dia tidak tahu tahap berat tulang sahabat mereka merangkap ketua di dalam kumpulan mereka itu seperti apa. Hensem memang hensem, tetapi tidur dan bersantai adalah hobi utamanya.

"Hahaha!" sakan keempat-empat para jejaka itu mengekek sehingga membuatkan mata-mata lain mula memandang ke arah mereka.

"Ye lah, di antara bisnes kita berdua, i rasa Rafeef ni sudi lagi kerja dengan you. Nak suruh dia tolong i kat bengkel tu, manalah dia mahu." kata Faiz bersama sisa tawa.

"Alaaa, susah-susah you tanya je vacancy kat tempat kerja Nash tu. Ada tak Nash?" soal Aroon.

Kini, wajah Nashrul pula yang menjadi sasaran. Nashrul yang masih mengesat air mata lantaran terlebih mengekek tadi terus menjongketkan bahu. Membalas tatapan para sahabatnya sambil pura-pura menggaru kepala. Serba salah sebenarnya. Mahu membantu, tetapi jika perangai malas Rafeef masih tidak berubah dia sendiri juga yang malu nanti. "Ikutkan... memang ada vacancy cuma... "

"Cuma apa?" Rafeef terus mencantas tidak sabar.

"Bos i tu... teliti sangat. Dia rajin dan sangat kuat bekerja. Rasanya dia tak nak terima pekerja yang... "

"Yang malas macam i?" Rafeef terus menebak dengan muka yang langsung tidak tahu malu.

"Itulah, i... tak cakap macam tu pun. You sendiri yang mengaku." kata Nasrul sambil tertawa kecil.

"Alaaa, tolonglah si Rafeef ni. Kesian dia. You pun Raf, rajin-rajinkanlah diri you tu sikit. Jangan asyik nak tidur je." sempat juga Aroon berleter peduli. Walaupun mereka berempat selalu bersikap nakal, namun hubungan dan keakraban mereka juga sangat kuat tidak ubah seperti adik beradik kandung.

Lama Nasrul berfikir, melirik simpati ke arah wajah Rafeef dan setelah itu barulah dia mengangguk kecil. "Nantilah i tanyakan. Tapi dapat atau tak, i tak sure tau? Semua tu bergantung pada Cik Med sendiri."

"Siapa?" laju Rafeef menyoal. Telinganya memang pantang mendengar hal-hal yang berkaitan dengan para gadis. Bukan buaya, tetapi dia cuma pencinta wanita.

"Bosi i lah. Cik Med." kata Nasrul lagi.

"Cik Med? Boss you tu perempuan ke? Ingatkan Datuk-Datuk atau orang yang berpangkat Tan Sri." Faiz segera mencelah.

"Haaa, perempuan. Muda lagi tapi dah ada bisnes sendiri. Cik Med memang seorang bos yang sangat baik dan rajin. Dahlah cantik, single pula."

Mendengar perkataan cantik, baik dan single yang disebut membuat semangat Rafeef langsung berkobar-kobar. Terasa teringin pula mahu mencuba nasib di dalam syarikat tempat Nasrul bekerja itu. Mahu juga dia melihat cantik yang dimaksudkan oleh Nashrul itu seperti apa?

"Eh Nash, boleh tak you... tolong tanyakan. I... "

"Tak perlu tanya. Kalau you memang nak, you datang je interview esok tapi sebelum tu you kena janji, jangan tidur masa kerja. Bukan saja you, i pun akan malu nanti Raf." kata Nasrul. Dia serius dan dia benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.

"Alaaa, yang tu you tak perlulah risau. I tahulah."

"Semoga berjaya, Raf. Pesanan yang sama daripada kami, jangan tidur masa kerja." Faiz tersenyum lega seraya menepuk bahu Rafeef dengan perlahan-lahan.

"Haaa, betul tu! Kerja elok-elok tapi malam nanti, jangan lupa. Macam biasa!"

Kata-kata Aroon itu sekali lagi membuatkan tawa para jejaka itu memecah, dan yang paling sakan sekali mengekek sudah tentunya Rafeef sendiri. Lega walaupun belum tahu yang dia akan diterima ataupun tidak. Tetapi niatnya hanya satu iaitu mahu menarik perhatian dan tatapan para gadis di tempat kerja barunya nanti, itu sahaja.

SELESAI menyarungkan pakaian pada tubuhnya, Rafeef terus bergerak ke arah luar. Perutnya sudah tidak sabar lagi mahu diisi dan setelah itu, barulah dia akan keluar sebentar menemui para sahabatnya di kelab malam sesuai dengan janji mereka tengah hari tadi.

Tarik kerusi lalu dengan selamba sahaja dia melabuhkan punggung. Sedar ada dua pasang mata yang sedang memerhati tetapi Rafeef enggan tahu akan semua itu kerana yang dia mahu hanyalah makan sebelum keluar untuk berseronok.

"Macam mana dengan kerja tadi Raf?" Pertanyaan Tan Sri Helmi yang tiba-tiba membuat Rafeef tidak jadi untuk untuk menceduk lauk ke dalam pinggannya. Pertanyaan itu jugalah yang membuatkan dia berdebar sebenarnya, pertanyaan  tentang kerja, kerja dan kerja.

"Errr... okey je, pa. Macam biasa." kata Rafeef sambil menoleh sekilas. Dia gigih menayang senyum, gigih juga menayang riak yang tenang dan bersahaja lantaran enggan ayahnya itu menghidu masalah sebenarnya.

"Macam biasa? Betullah tu. Benda yang kamu dah biasa buat, tidur masa kerja, malas, lepas tu dipecat?"

Hilang terus rasa selera dan lapar Rafeef yang sebentar tadi. Jangankan hendak menelan makanan di depan mata, mahu menelan air liur pun terasa sukar dan payah. Perlahan-lahan, dia mula mengangkat wajah untuk menentang tatapan tegas ayahnya. Mahu menyangkal? Tak mungkin berjaya kerana dia tahu Tan Sri Jeffri telah pun mengadu pada ayahnya tentang semua itu.

"Apa nak jadi dengan kamu ni, Rafeef? Hari tu buat masalah dengan Farid, sekarang ni dengan Jeffri lagi? Papa malu tahu tak?! Malu!"

"Raf bukannya tidur betul-betul, pa. Raf cuma... "

"Cuma apa??? Sedar Rafeef, sedar! Umur kamu ni bukannya makin muda, tapi makin tua tahu tak? Tengok anak-anak kawan papa, semuanya dah berjaya. Ada kehidupan sendiri, ada kerja, ada isteri, ada anak. Kamu? Masih duduk bawah ketiak papa dan mama! Tak malu ke???"

"Nak malu apa pula, pa? Bukannya Raf minta makan dengan mereka pun." Selamba Rafeef membalas sebelum melepaskan keluhan.

"Papa tak nak peduli. Ni amaran dan peluang terakhir daripada papa. Esok, pergi cari kerja sampai dapat. Sekali lagi kamu dibuang, papa akan paksa kamu kerja dengan papa tapi kalau kamu tak nak juga, sila... silakan keluar dari rumah papa." ujar Tan Sri Helmi untuk kesekian kalinya sebelum bangkit untuk meninggalkan meja makan itu. Dia penat, benar-benar penat membesarkan dan menasihati seorang anak yang manja dan malas seperti Rafeef. Entah di mana silapnya ketika mendidik anak itu dulu, mungkin salahnya juga kerana terlampau memanjakan anak.

Melihat kepergian suaminya, Puan Sri Madiah juga turut bangkit untuk menuruti pergerakan lelaki itu tetapi dia sempat mengusap lembut bahu anaknya tanda memujuk biarpun tanpa kata-kata. Hakikatnya, walaupun dia terlalu sayangkan Rafeef tetapi dia sendiri juga sudah terlalu penat untuk memberi nasihat. Tambahan pula, Rafeef bukanlah seorang anak yang mudah mendengar kata. Sikap degil dan manjanya memang asli sedari dulu lagi.

Melihat diri ditinggalkan sendirian di dalam ruangan itu, Rafeef terus mengeluh paling dalam. Menolak pinggan yang masih lagi terisi dengan makanan, dia juga terus bangkit setelah itu. Bukan marah atau merajuk, dia cuma mahu menenangkan dirinya di luar sahaja. Berseronok bersama para sahabatnya adalah satu hal yang lebih membahagiakan. Soal mencari kerja, esok sahajalah dia selesaikan.

Dua chapter dulu ya. Terima kasih pada yang sudi singgah. Muahhh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience