12.Berita

Crime Series 1643

***Hari ahad adalah hari yang tenang***
“Ika alang nak keluar dulu ya, ada nak pesan apa2 tak nanti" tanyaku pada ika sambil keluar dari rumah.

“ Takpelah lang, lagipun kejap lagi ika nak teman mak jah ke mall, beli barang sikit“ balas ika lalu aku pun turun ke bawah untuk berjumpa dengan azam.

Dari jauh aku melihat azam melambai tangan padaku. Kedai mamak maju, kedai yang menjadi port kami berjumpa dan berbincang.

“Ane, nasi goreng kg 1,teh o ais 1 ya, aku membuat pesanan sambil mengambil surat khabar yang ada disitu.

Sehelai demi sehelai keratan akhbar aku belek, sampai lah ke muka surat 7,aku terhenti, dan melihat 1 berita yang menarik perhatianku.

**kes pembunuhan+polis berjaya menangkap 2 pemuda yang dikenal pasti membunuh 2 beranak malam tadi.Serbuan dilakukan di sekitar sungai klang dipercayai tempat penagih dadah melepak disitu. Mangsa yang berumur sekitar 40an mati ditempat kejadian akibat ditikam beberapa kali didada sementara seorang lagi mangsa yang berumur sekitar 7 tahun ditemui mati akibat pendarahan yang banyak dikepala dipercayai dipukul dengan objek tajam.. Kepada waris mangsa boleh datang ke HKL untuk mengenal pasti mayat..

Aku terdiam, melihat gambar mangsa yang ada, dan aku pasti, budak ni lah yang aku jumpa di lorong dan budak ni lah budak yang sama menegur aku semasa di lif. Sekali lagi aku merasakan hati kecilku tersentak, dan terfikir, adakah kami yang bersalah? kerana penagih2 yang ditangkap tu mungkin pernah berurusan dengan kami..

“Woi kau asal, baca berita macam nampak hantu pulak” sahut azam padaku selepas dia melihat ku dah macam orang tak siuman..

“Nah kau baca sendiri zam kes bunuh ni, ditangkap dekat port budak2 penagih, kau tak rasa bersalah ke? tanya ku pada azam sambil mengeluh menunjukkan sedikit kesal di dalam hati..

“Dah ajal dia macam tu, kita nak buat macam mana lagi, mungkin penagih2 tu ada juga ambil barang dekat orang lain, buat apa kita nak rasa bersalah pulak” jawab azam lalu menghirup air yang berada di depan dia.

(Ya memang kau takda rasa pape, tapi aku rasa kot, sebab aku pernah jumpa budak tu, tapi tak sangka sampai macam ni perasaan aku)

“Alang, macam nilah, aku faham kau, kau faham aku, kau pun da beberapa kali cakap pasal kita stop mengedar ni, so macam ni, kita habiskan stok yang ada dekat rumah aku, lepas tu kita jumpa bos, kita bagitahu kita nak stop, then kita mulakan hidup baru, amacam"setuju" tanya azam padaku.

“Ok aku deal, tapi kita kena hati2 lah, sebab kes ni baru lagi semalam, takut polis buat rondaan, kalau tertangkap, malu kita” balasku dengan nada perlahan kerana takut didengari pengunjung yang ada di kedai tu..

OK DEAL, dah jum kita bayar, lalu kami berdua bayar makanan yang kamj order lantas pergi menuju ke keretaku...

(Kes pembunuhan tu buat aku terfikir semuanya, mungkinkah perkara-perkara pelik yang berlaku dalam hidupku ini ada hikmah disebaliknya) soalan itu masih ku simpan dalam hati....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience