.BAB 2~ANAK?

Romance Completed 19151

SETAHUN KEMUDIAN...,

Di rumah banglo milik Tuan besar Noah yang biasa di panggil Datuk Noah yang merupakan pemilik 'Royal jewellery group' iaitu pemilik perhiasan terbesar di Malaysia. Bukan itu saja, dia mula memasarkan perhiasannya di luar negara seperti Thailand, China, Jepun dan banyak lagi. Oleh kerana prestasi yang cemerlang. 'Royal jewellery group' menempatkan urutan ke-2 sebagai syarikat perhiasan terbaik di Malaysia, juga urutan ke-10 di dunia. Patut di bangga bukan?.

Seperti yang di janjikan, setahun sudah pun berlalu. Terlihat keluarga Ariel juga Eca berkumpul lagi di satu ruangan, sama seperti setahun yang lalu. Hanya saja, Puan Seroja tidak sempat bersama di hari yang di janjikan. Oleh kerana, Allah lebih sayangkan dirinya. Namun pemergiaan Puan Seroja, sama sekali tidak mengubah pendiriannya untuk menjodohkan Eca dan Ariel, oleh kerana ini adalah amanah sahabatnya. Dia harus turuti, walau apapun yang terjadi.

Wajah ketat Tuan Harzan hanya membuat ayahnya tersenyum saja.

"Memandangkan Eca dan Ariel tetap berbujang sampai sekarang. Jadi, takda lagi bantahan untuk kami jodohkan Ariel dan Eca. Kan?."

Dengan serentak mereka mengangguk pasrah,

"Good. So, setiap orang tandatangan perjanjian bertulis ni. Takda yang terkecuali."

"Penjanjian apa ni pa?."

"Perjanjian ni adalah syarat atas perjodohan ni. Jika Ariel sakiti Eca, maka serta merta 'Royal jewellery group' akan memutuskan hubungan dengan 'Star Diamond group'. Kiranya, perkahwinan ni menentukan nasib 'Star Diamond group' ke depan harinya. Jadi kalau nak terus bersama 'Royal jewellery group' pastikan Ariel tidak sakiti Eca."

"Kalau Eca pulak, yang sakiti Ariel. Bagaimana pula?."

“Ya, terpulang. Takda perjanjian untuk itu. Tapi, sekiranya cucu saya yang minta cerai terlebih dahulu. Saya akan bayar pampasan sebanyak mana pihak lelaki mahukan. Setuju?.”

“Setuju.”

"Kalau setuju di persilakan tandatangan."

Setiap orang mencapai pen di atas meja, lalu mendatangani perjanjian tersebut.

“Perkahwinan akan berlangsung sebulan saja lagi. Jangan risau, semua persiapan biar saya yang uruskan. Di jamin mewah dah megah."

"Maaf menganggu tuan, puan, Datuk."

"Ada apa?."

"Cik Eca tuan..Dia..,"

“Kenapa dengan Eca?.”

"Eca kemalangan, dan sekarang dia bertarung nyawa."

"YaAllah. Mana dia sekarang?." Soal Tuan Harzan panik.

"Dalam perjalanan ke hospital tuan."

"Ok. Pa, Harzan pergi dulu."

"Pergilah. Nanti papa nyusul."

Pantas Tuan Harzan melangkah pergi meninggalkan tempat, untuk segera melihat keadaan anak kesayangannya. Rasa cemas mula menguasainya. Jika, Allah berhendak lain. Tidakkah dia...Entahlah. Hanya mampu berdoa, berharap, Eca baik-baik saja.

• • •

TEMPAT yang penuh dengan kenangan dan kini menjadi tempat perpisahan antara dua insan yang dulu saling mencintai dan kini yang tersisa hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Hanya dengan melihat wajah pemuda itu saja, cukup membuatnya rasa ingin membunuhnya. Oleh kerana, Ariel sudah menghancurkan masa depannya sebagai model terkenal.

"Nah ambil anak you ni!, dan dokumen penting dia sekali. You dah janjikan nak jaga dia. Maka, tunaikan janji you." Ujar wanita itu dengan menyerahkan bayi ke pangkuan Ariel.

"Yakin ni anak I?." Soal Ariel kurang pasti.

"Anak siapa lagi?."

"Yelah. You tidur dengan banyak jantan dekat luar sana. Tapi I yang bertanggungjawab. Apani?."

"Jangan mengarutlah. Bayi ni anak you. Kalau tak percaya, test dnalah. Lagipun I dah lama tak tidur dengan mana-mana jantan lain, selain you."

"Kalau betul bayi ni anak I, anak kita bersama. Takkan you kejam nak tinggalkan dia?. Dia perlukan you."

"Ada I kisah. Pandai buat, pandailah jaga. I tak nak jaga dia, sebab dia dah buat masa depan I musnah. Menyusahkan orang je."

"Yana!. Jaga mulut tu sikit, depan anak kita ni."

Ya, gadis itu Yana. Super model terkenal sekaligus kekasih gelapnya Ariel. Namun di sebabkan berita mengenai kehamilannya tersebar, menyebabkan kariernya jatuh sejatuh-jatuhnya. Ini semua di sebabkan Ariel sengaja membuatnya mengandung, oleh kerana cintanya terhadap gadis itu.

Dia berjanji akan bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan, namun malangnya Yana tidak setuju untuk berkahwin dengannya dan menjadi ibu kepada anaknya. Sebelumnya, Yana sempat mati-matian ingin mengugurkan kandungannya namun dicegah pantas oleh Ariel dan berjanji akan menjaga anak dari kandungannya selepas sahaja Yana melahirkan.

Well Yana bersetuju dengan janjinya dan sekarang dia di sini untuk menuntut janji Ariel untuk menyerahkan anak yang dia lahirkan pada pangkuan ayahnya.

"Itu salah you, siapa suruh tak pakai pelindungan. Jika tidak, bayi ni takkan wujud di dunia ni tau. Ingat I tak tahu ke, yang you sengaja buat I mengandung. Supaya I kahwin dengan youkan?."

"Ya, i mengaku yang i sengaja. Sebab i mampu beri you segala-galanya. Sebab I sayangkan you. Dengan cara tu saja, you akan jadi milik I. Dengan cara baik you tolak, terpaksalah I guna cara kotor. Tapi masih juga you berkeras tak nak kahwin dengan I."

"Dah cukup untung i nak lahirkan dia dalam dunia ni, kalau di ikutkan hati ni dah lama i gugurkan je anak you ni. Menyusahkan betul !. So i tak nak jadi ibu untuk anak you kerana i, nak fokus pada karir i yang telah you hancurkan. Faham."

"Anak ni tak bersalah, yang salahnya I. Kalau nak benci, hanya benci I jangan tempiaskan ke anak I. Well, ada baiknya juga you tak jadi isteri I, sebab perangai dah macam orang gila. Bodoh !. Pergilah, pergi. I boleh jaga anak I sendiri. Tanpa seorang ibu pun, dia boleh hidup dengan kesenangan yang I ada."

"I lagi menyesallah sebab dah jumpa lelaki yang hanya modal kaya dan tampan, tapi tak takda otak macam you. So terima kasihlah untuk semuanya, i harap kita takkan pernah bertemu lagi." Lalu melangkah pergi.

Betapa kesalnya Ariel sekarang dengan sikap wanita yang takda hati perut seperti Yana. Namun di sebalik kesalnya, dia turut bahagia apabila melihat anak kandungnya sendiri di pangkuannya, membuatkan senyuman Ariel kembali terukir lebar.

"Aku tak sangka, secepat ni aku dah jadi seorang ayah. Tanpa isteri. Kalau papa tahu ni, apalah aku nak jawab." Katanya sambil mengelus ubun-ubun anak lelakinya. "Nak!. Maafkan daddy ya nak, sebab buat sayang lahir dekat dunia yang kejam ni tanpa kasih sayang seorang ibu. Tapi sayang jangan risau, daddy di sini akan jaga sayang lebih dari nyawa daddy sendiri. Daddy janji." Ujarnya, lalu mencium dahi anak lelakinya berkali-kali.

Ring...ring....,

Deringan telefon berbunyi, mengejutkan Ariel. Lalu di angkatnya.

"Hello pa, ada apa?."

“Kamu dekat mana ni?.” Soal ayahnya kedengaran panik, bercampur cemas.

“Pa, bawa bertenang. Ada apa ni?. Nampak cemas je."

"Papa tak boleh bertenang. Kamu kena segera datang ke hospital sekarang, selamatkan tunang kamu. Sebelum Eca sampai."

"Bukan Ariel sorang je dokter dekat sana, banyak kot. Lagipun, parah sangat ke sakit dia sampaikan Ariel sendiri yang kena rawat dia."

"Sangat parah. Dia kemalangan, di sebabkan lori rempuh kereta dia. Kamu kena segera datang hospital. Sekarang ni juga. Papa tak kira. Dia tunang kamu. Jadi, kamu kena selamatkan nyawa dia. Jika tidak, kita dalam masalah."

"Bukan Ariel tak nak bantu. Tapi Ariel betul-betul sibuk ni. Maaf."

“Busy tentang apa?. Busy tentang Yana. Betulkan.” Teka ayahnya.

Seketika Ariel terdiam,

"Kita dah bincang lama tentang perkara ni. Dan kamu setuju dengan perjodohan ni, tanpa ada bantahan. Lagipun tarikh perkahwinan korang dah di tetapkan. Hanya menunggu masa saja korang di satukan."

"Dah ada tarikh !. Bila?."

“Sebulan je lagi. So macam ni jelah, jika kamu pilih papa maka datanglah sini dan selamatkan Eca, bakal isteri kamu. Namun jika kamu pilih Yana maka jangan anggap papa ni keluarga kamu lagi, papa takda anak yang tak dengar cakap macam kamu ni." Ugutnya, lalu menamatkan perbualannya.

"Hello pa, papa !."  Panggil Ariel namun.., "Ish padam pulak. Oi, menyusahkan betullah budak tu. Tak tengok aku dalam masalah ke ni."

“Eh Ariel. Kau buat apa dekat sini?.” Soal Fuad yang kebetulan ada di situ. "Anak siapa ni bro. Sebijik macam muka kau, atau jangan-jangan..."

"Betul, ni anak aku."

"Apa?. Anak kau!?. Biar betul !."

“Nantilah aku cerita. Nah, tolong bawa anak aku balik villa. Pastikan bawa dia dengan selamat. Siap kau, kalau aku tengok ada calar dekat mana-mana bahagian tubuh badan dia.” Ugut Ariel sambil menyerahkan anaknya ke pangkuan kawan baiknya, lalu di cium lembut dahi anaknya.

“Daddy pergi dulu ya nak. Daddy kena selamatkan bakal mama kamu. Dia perlukan daddy. Kalau uncle ada cubit atau marah sayang. Sayang just bagitahu daddy. Pandailah daddy sepak dia.”

“Ingat aku ni jahat sangat ke?. Lagipun, aku mana reti jaga budak. Baby lagitu. Sensitif."

“Aku bukan suruh kau jaga. Hanya minta tolong kau hantarkan dia dekat villa. Pandailah maid aku jaga.”

"Ok. Ok. Kau nak ke mana?."

“Tunang aku kemalangan. Aku kena selamatkan dia. Terpaksalah aku pergi, tak mungkin kot aku pilih Yana, perempuan tak guna tu. Jaga dia. Aku pergi dulu." Jawab Ariel lalu segera melangkah pergi.

“Ariel, Ariel. Aku playboy juga, taklah terlanjur macam ni. Kalau bakal mentua kau tahu ni. Alamatnya bangkruplah Star Diamond group." Katanya, lalu melangkah pergi bersama anak Ariel bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience