Episode 18

Adventure Series 25852

Episode 18-eyka_aqua

Di dalam gerabak KGEKT.

Tiba-tiba...

Terasa gegaran kecil. Sebuah pentagram biru aktif dibawah KGE. Sihir ampungan diaktifkan. KGE menghasilkan bunyi tiupan angin yang membingitkan telinga. Kedengaran bunyi “Kebunggg..shhh” menandakan setiap gerabak dikunci oleh kunci gerabak.

"Perhatian! Para penumpang sila memakai tali pinggang keledar kerana keretapi ini akan memasuki ke dalam demensi B dalam masa 5 saat. Diulangi para penumpang diarahkan untuk memakai tali pinggang keledar kerana keretapi ini akan memasuki ke demensi B dalam masa 5 saat." Suara perempuan terminal KGE kedengaran di pembesar suara dalam gerabak.

Para penumpang menekan butang khas yang menyimpan tali pinggang keledar disisi tempat duduk. Tali pinggang muncul dengan serta-merta dan kerusi lekat dengan lantai gerabak.

Gegaran lebih kuat dari permulaan dan pengiraan dimulakan.

"5..4..3..2..1.. Keretapi akan bergerak sekarang." Suara perempuan terminal memberitahu.

KGE sudah sedia terapung hanya menunggu untuk bergerak sahaja, digerbang pintu mula berpusar menandakan demensi B dibuka dan KGE bergerak memasuki demensi B perlahan-lahan.

Apabila KGE memasuki demensi B, KGE mula bergerak dengan kelajuan 300km/j sehingga KGE selamat melepasi demensi B.

"Para penumpang tidak dibenarkan membuka tali pinggang keledar sehingga keretapi selamat melepasi demensi B." Suara perempuan terminal memberi arahan.

Para penumpang berbual sesama sendiri kerana para penumpang boleh menekan butang hijau dikerusi dan kerusi tersebut akan berpusing sama ada ke hadapan atau ke belakang.

Ramai diantara mereka menekan butang tersebut untuk berbual dan ada sebahagian daripada mereka hanya melelapkan mata.

Sementara Arsh dan Zulian,

Mereka hanya menyepi sahaja. Arsh memasang lagu dengan fon telinganya manakala Zulian memandang ke luar tingkap seoleh-oleh memerhati sesuatu di dalam kegelapan luar.

"Mereka datang." Zulian bermonolog perlahan. Arsh membuka matanya sedikit.

Tiba-tiba gegeran yang kuat di gerabak mereka sehingga para penumpang lain mula ketakutan dan ada diantara mereka panik sehingga menjerit.

Mereka semua melihat ke luar tingkap dan terlihat ada angin kuat sedang melanggar gerabak mereka.

"Para penumpang sila bawa bertenang kerana kita sedang dilanggar oleh angin dari demensi B. Para penumpang dinasihatkan tidak membuka tali pinggang keledar kerana kami akan meningkatkan kelajuan keretapi sehingga berjaya keluar dari demensi B. Harap bersabar." Kali ini suara lelaki yang kedengaran.

"Nampaknya suara ni adalah suara pemandu KGE." Arsh berkata dalam hati.

Keretapi bergerak dengan kelajuan 400km/j akan tetapi malang tidak berbau apabila gerabak terakhir yang Arsh dan Zulian naiki tercabut dari gerabak-gerabak lain.

"Kita terkeluar dari landasan!" Salah seorang dari penumpang menjerit.

"APA?!" Semua menghayut dengan terkejut kecuali Arsh dan Zulian.

Arsh dan Zulian memandang sesama sendiri dan mengangguk kepala kerana mereka tahu apa mereka perlu lakukan.

Mereka segera membuka tali pinggang keledar. Arsh mula mengambil peranan untuk menenangkan para penumpang lain yang ketakutan.

"Bawa bertenang! Bawa bertenang!" Arsh meninggikan suara sedikit untuk menenangkan para penumpang.

"Macam mana nak bertenang kalau gerabak keluar dari landasan?!" Seorang pakcik dalam lingkungan 30-an menjerit geram.

"Ya! Ya! Ya!" Penumpang lain menyokong.

"Kalau begitu... Adakah dengan jeritan dan ketangisan korang semua mampu menyelamatkan kita semua?" Arsh menanya dengan tenang.

Mereka bagaikan tergigt lidah apabila Arsh berkata begitu. Betul juga apa yang diperkatakan. Semua mula menenangkan diri.

"Habis apa korang nak buat?" Salah seorang penumpang wanita bertanya.

"Sebentar."

"Adakah kita semua akan terhempas??"

"Adakah kita semua akan kekal dalam demensi B?"

"Alangkah indahnya kalau kumpulan kesyatrian ada dengan kita. Boleh mereka tolong."

Suara-suara yang tak reti senyap mula kedengaran.

Arsh pergi berbincang dengan Zulian.

"Apa kita perlu buat?" Zulian bertanya.

"Hurmm.. Gerabak ni bergerak ke?"

"Maksud awak,Arsh?"

"Maksud saya. Adakah gerabak ini akan jatuh jika di dalam demensi B?"

"Jika angin tadi tidak datang serang lagi kita tak akan bergerak ke mana-mana tapi kalau angin bergerak lagi ke arah kita..." Zulian menarik nafas.

"Risiko untuk masuk alam raksasa adalah sebanyak 30%." Terang Zulian.

"Alam raksasa?"

"Topik 5 tahun 1 untuk subjek Magis." Terang Zulian.

"Saya tak belajar lagi tapi saya pernah baca dalam buku teks masa ulangkaji. Cuma tak berapa faham." Jujur Arsh.

"Alam raksasa....." Kata-kata Zulian terhenti apabila mereka merasakan angin tersebut akan menyerang lagi.

"Tak ada masa untuk menerangkan lagi. Nanti saya terangkan." Kata Zulian sambil bergerak ke pintu gerabak.

Arsh dapat mengagak apa yang Zulian ingin lakukan. Arsh mencapai lengan Zulian. Zulian terhenti dan melihat wajah Arsh yang ada sedikit kerisauan disebalik ketenangan diwajah Arsh. Jantung Zulian berdegup kecang.

"Jangan risau. Saya boleh buat." Kata Zulian.

Zulian pergi ke pintu dan membuka pintu.

Arsh hanya memerhati tanpa bicara.

Angin kuat datang lagi. Kali ini lebih kuat. Sebelum Angin tersebut mendekati gerabak, Zulian mengaktifkan perisai.

"Pelindung buih!" Muncul pentagram dibawah gerabak dan gerabak tersebut dilindungi oleh buih yang besar.

Pelindung buih tersebut berjaya menghalang angin tersebut.

Angin yang kuat datang menyerang lagi. Angin tersebut menghentak pelindung buih.

"Ceh!" Kata Zulian perlahan.

"Muncul diri kau! Tak perlu bersembunyi!" Jerit Zulian.

Sepi tiada balasan.

"..." Arsh hanya memerhati.

"Aku akan buat kau keluar dari gelap ni."

"Buih perpatung." Keluar buih yang mempunyai sayap dibelakangnya di atas tangan Zulian dengan banyak.

"Pergi." Kata Zulian.

Semua buih terbang merata-rata tempat.

"Cahaya buih." Muncul cahaya yang menyinar dari pepatung buih.

"Arghhhh! Sakit mata!" Tiba-tiba suara kedengaran. Muncul raksasa burung.

Zulian memberi senyuman kecil.

"Muncul pun."

"Baiklah! Pepatung buih yang comel sekalian! Awak semua tahukan nak buat apa?" Kata Zulian sambil menunjuk huruf 'L' menggunakan jari kanannya.

Pepatung buih bergerak ke arah burung raksasa tersebut dan menghingap di badan burung tersebut dalam keadaan bercahaya.

Burung tersebut mengaktifkan sihir.

"Pusaran angin!" Muncul 3 pusaran angin menyerang pepatung buih tersebut.

Pepatung buih mengelak pusaran tersebut tetapi ada juga pepatung buih terkena pusaran tersebut dan ada yang disedut ke dalam pusaran. Buih yang pecah menjadi bom!

"Pergi." Makin banyak pepatung buih yang Zulian aktifkan.

Pepatung buih pergi menyerang lagi raksasa tersebut.

"Pisau angin." Kata raksasa burung tersebut dengan mengepak sayapnya.

Banyak pepatung buih musnah dengan pisau angin. Bunyi letupan kedengaran disekeliling.

"Hurmm..." Muncul boomereng besi dan mempunyai pisau di depannya. Boomereng tersebut berwarna ungu dan ada corak sekelilingnya.

"Arsh! Jaga gerabak ni." Muncul buih seperti papan luncur lalu Zulian melompat keatasnya. Walaupun ia dari buih tapi bukan calang-calang buih kerana berjaya menahan kasut bot bertumit milik Zulian dari pecah.

Arsh berlari ke pintu dan melihat Zulian bergerak menghampiri burung raksasa tersebut.

"Buih racun!" Muncul buih-buih yang banyak dan berwarna hijau lumut disekeliling Zulian.

"Serang." Buih racun menyerang raksasa burung tersebut.

"Hahahahahaha! Kau ingat mudah untuk kau serang aku?" Sindir burung tersebut.

Burung raksasa bergerak memusing Zulian dengan laju sehingga menghasilkan angin berpusing.

"Sekarang kau akan aku penyek-penyekkan." Angin berpusing tersebut semakin kecil sehingga buih racun dengan Zulian semakin dekat .

Angin berpusing berjaya menelan Zulian.

"Zulian!!" Arsh menjerit.

BOOOMMM!!!! Gerabak mereka bergoyang-goyang tetapi tidak terhempas ke bawah kerana buih masih ada.

"Hahahahaha! Perempuan tak sedar diri! Padan muka! Hahahahaha!" Burung gegasai tersebut ketawa.

"Pffft." Arsh menahan ketawa.

"Kau pahal!" Burung gegasi tersebut geram apabila Arsh ketawa pula.

"Kau rasa dengan benda tu mampu buat Zulian mati ke?" Duga Arsh dengan senyuman sinis sambil bersandar menyilang tangan di pintu gerabak.

"Apa kau kata?!" Burung raksasa tersebut memandang angin berpusar tadi. Dia terkejut apabila melihat banyak buih-buih di pusaran tersebut.

"Takkan dengan buih pun kau takut?" Arsh menyindir.

"Apa kau kata?!" Burung tersebut pergi menghampiri buih tersebut lalu melibas buih-buih tersebut.

Malangnya buih tersebut tidak pecah tetapi melekat dibadan burung raksasa tersebut.

"Apa semua ni?! Tak akanlah ni buih racun tu!!!"

"Kalau tu buih racun dah lama kau mati tak begitu?" Tanya Arsh.

"Ah! Betul juga apa kau kata." Burung raksasa tersebut bersetuju.

“Lembab.”

Burung raksasa tersebut leka bermain dengan buih-buih tersebut tanpa sedar muncul boomereng Zulian di kiri dan kanan burung raksasa tersebut dengan laju.

Burung raksasa tersebut menyedari kehadiran boomereng tersebut dan cuba mengelak tetapi buih-buih dibadannya telah memberatkan tubuhnya sehingga dia tidak boleh terbang lagi.

"Arghhhhhhhhhhh!! Ngakkkk!!!"

Boomereng Zulian telah membunuh burung raksasa tersebut dengan mengerat tubuhnya menjadi empat. Darah terpecik disekeliling tetapi hilang disedut demensi B.

"Sebab tu kau tetap menjadi raksasa kelas bawahan, Nill." Arsh berkata dalam hati sambil menutup matanya seketika sebelum bergerak ke dalam gerabak dan menutup pintu gerabak.

Di dalam gerabak.
"Kau memang hebat Arsh." Suara Zulian kedengaran.

Arsh tersenyum dengan pujian Zulian.

"Tak sangka kau akan guna sihir 'tu' untuk selamatkan aku." Kata Zulian.

Arsh menghempas badannya dikerusi KGE dan menyambung mendengar lagu techno-nya.

Imbas kembali semasa Zulian berada di dalam pusaran angin.

"Aghhhhh!! Tak guna! Badan aku tak dapat gerak!" Zulian memandang kaki dan tangannya terkunci dengan sekeliling.

Angin pusaran semakin menghampiri.

"Perisai buih." Muncul perisai disekeliling badan Zulian.

"Macam mana aku nak keluar dari sini." Zulian memandang sekeliling.

Dalam keadaan cemas tersebut. Tiba-tiba muncul pentagram di bawahnya.

Sebelum dia menepis pentagram tersebut dengan sihirnya dia terdengar Arsh menjerit namanya dan dia tahu pentagram ni Arsh yang aktifkan.

Dengan serta-merta Zulian memasuki demensi X dan muncul di dalam gerabak.

"Arshhh..." Arsh mengusap kepala Zulian yang ketakutan.

Zulian mendakap tubuh Arsh. Dia tidak menangis cuma detik-detik dia hampir mati menyebabkan dia menggigil ketakutan. Ini kali pertama terjadi. Untuk menjadi pahlawan atau kesyatrian dia perlu berani hadapi kematian. Arsh hanya membiarkan dirinya dipeluk tanpa membalas pelukan tersebut.

"Saya ada rancangan." Kata Arsh selepas dia mengusap rambut Zulian.

"Rancangan?"

"Ya."

"Saya nak awak guna buih yang buat tubuh Nill berat untuk terbang. Buih tu pulak hantar dekat luar angin pusaran. Masa tu saya akan lenggahkan masa si Nill dan cuba buat dia menghampiri buih tersebut." Arsh menarik nafas sebelum menyambung.

"Bila buih tu lekat dekat badan dia, guna boomereng awak. Awak lontar ke saya.”

“Ke kau?”

“Ya, saya akan guna pentagram penghantaran untuk hantar berdekatan dengan Nill."

"Faham?"

Zulian terpegun dengan cadangan Arsh sebelum mengangguk tanda memahami.

"Arsh. Kau memang hebat dalam strategi." Puji Zulian dalam hati.

Kembali ke masa sekarang.

"Saya dah hantar pesanan. Dalam pengiraan saya bantuan akan sampai lagi tiga minit." Kata lelaki tua.

Semua melepaskan nafas lega dengan kata-kata lelaki tua tersebut. Semua penumpang mengucapkan terima kasih kepada Arsh dan Sabrina kerana menyelamatkan mereka. Sempat juga mereka menanya adakah mereka pelajar sekolah kesyatrian Aqua. Apa jawapan mereka hanyalah melempar senyuman.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience