Rate

Lelaki paling biadap Bab 23

Humor Completed 61915

"Maafkan ayah Farid, ayah buat semua tu untuk kebaikan Farid sendiri, ayah yakin, Farid akan dapat lebih banyak perluang bila jadi menantu Tan seri Omar,"
Jelas Dato sri Hassan kamarudin dalam talian

"Farid tak faham, perluang apa yang ayah maksudkan tu?,"

"Farid, sampai sekarang, semua orang dalam Teguh holding masih mempertikaikan kelayakan Farid sebagai seorang pengurus, mereka yakin department farid akan membawa kerugian pada Syarikat ayah, tapi dengan bantuan Tan seri Omar, Farid akan dapat banyak perluang untuk dapatkan projek-projek dari luar,"

"Maksudnya, Farid kena kahwin dengan anak dia dulu, barulah farid dapat semua projek tu,"

Terdengar suara keluhan dari Dato sri Hassan kamarudin di dalam talian
"Ayah dah cakap, itu untuk kebaikan Farid, bukan untuk kebaikan ayah dan bukan untuk kebaikan syarikat ayah, tapi untuk Farid,"

"Ayah.. ayah, dari dulu lagi farid memang taknak kerja dengan ayah, sebab Farid sedar suatu hari nanti, ayah akan pergunakan Farid, macam mana ayah pergunakan Along, pergunakan Angah, ayah cakap semua tu untuk farid, tapi sekarang farid berkerja dengan Ayah, apa-apa keuntungan daripada department farid, itu keuntungan ayah, jugak"

"Ayah dah setuju dengan Tan seri omar untuk jodohkan Farid dengan anak perempuan dia, so ayah berharap sangat, farid mengerti apa yang ayah buat semua tu adalah untuk kebaikan Farid,"

"Maafkan Farid ayah, farid tak nak semua tu, bagi farid, Farid lebih rela kahwin dengan cleaner daripada kahwin dengan perempuan dah macam perempuan murahan tu,"

Farid Husin lantas mematikan talian, wajahnya kemerahan menahan marah, bila di paksa ayahnya supaya berkahwin dengan anak perempuan Tan seri Omar, dia memang benci bila hidupnya di tentukan oleh orang lain lebih-lebih lagi di tentukan oleh ayahnya, dia hairan mengapa ayahnya memilih dia mengapa tidak memilih abang keduanya

"Mentang-mentang aku di besarkan oleh nenek, sekarang nie aku pulak yang jadi mangsa,"

bisik Farid Husin lalu segera melihat skrin telefon pintarnya semula lantas menghubungi Hamdan, Dan beberapa detik kemudian

"Hello Hamdan,"

"Ya Farid,"

"Kau dah call ke kawan kau tu?,"

"Sorrylah Farid, aku belum call lagi dia, jap la.."

Farid Husin segera memotong kata-kata Hamdan
"Tak usah, aku jadi kahwin dengan cleaner tu, sorry, maksud aku dengan Fazura,"

"Wow.. sebut nama sekarang,"

"Hey, aku serius nie,"

"Okay farid, apa saja keputusan kau, aku ikut,"

"Nanti suruh kawan kau tu, sharekan alamat tempat aku akan menikah nanti,"

"Beres bos,"

Habis sahaja berbual dengan Hamdan, Farid Husin bergegas berlari untuk mencari semula Fazura, tindakan ayahnya membuatkan dirinya nekad untuk mengahwini Fazura, dia tidak peduli lagi kehendak ayahnya, ibunya atau seluruh ahli keluarganya,

Farid Husin terus berlari mencari-cari di setiap sudut ruangan pembelian tiket terminal TBS namun dia tidak melihat kelibat Fazura di situ, kemudian dia berlari turun ke bawah pula mencari di kawasan ruang menunggu para penumpang yang sedang menanti ketibaan bas masing-masing,

"Kenapalah aku tak tanya tadi bas apa dia naik,"
Keluh farid Husin hatinya mula merasa menyesal bercampur cemas jika bas yang di naiki Fazura sudah meninggalkan terminal

Setiap bas yang berada di kawasan parking di periksanya satu persatu dan ada masanya dia bertanyakan kepada setiap pemandu bas di situ, arah tujuan bas yang di pandu mereka, setelah hampir satu jam mencari, farid Husin akhirnya mengalah, dengan wajah di basahi peluh dia berdiri memerhati sekeliling mencari untuk kali terakhir sebelum kedua kaki menapak untuk meninggalkan kawasan itu

"Encik Farid,"

Farid Husin pantas menoleh bila mendengar suara Fazura dari arah belakangnya,kedua mata terbeliak melihat wanita muda berbaju kurung traditional sambil membawa beg pakaian sedang berjalan menghampirinya

"Encik farid buat apa lagi kat sini?,"
Tanya fazura dengan wajah seperti di basahi air

"Cari kaulah.. buat apa lagi, penat tau tak,"

"Cari saya?,"

"Ya.. kau pergi mana tadi, puas aku cari,"
Keluh Farid Husin dengan wajah berkerut

"Dalam tandas,"

"Tandas?, Berapa lama kau duduk dalam tandas tu?,"

Fazura diam tidak menjawab, selepas sahaja dia turun ke bawah dia terus masuk ke dalam tandas menangis hampir satu jam walaupun dia sedar bas yang harus di naiki sudah begerak

"Ah. Sudahlah kalau kau tak nak jawab,"
Farid Husin lantas memegang tangan Fazura
"Jom ikut aku sekarang,"

Fazura segera menarik tangannya semula dari pengangan Farid Husin membuatkan lelaki itu memandangnya dengan hairan

"Encik farid nak bawa saya pergi mana,"
Tanya Fazura

"Bawa kau baliklah,"

kening Fazura bertaut
"Untuk apa?,"

Farid Husin menghela nafas tenang
"Kahwin dengan kau,"

"Kahwin dengan saya?, mengapa,?"
Tanya Fazura lagi dengan wajah bingung

Farid Husin terpaku tidak mampu menjawab pertanyaan Fazura kerana dia tidak berani memberi alasan kerana di paksa oleh ayahnya berkahwin dengan wanita yang dia tidak sukai

"Perlu ke alasan nak kahwin dengan kau,"

Wajah Fazura berubah berang, mungkin dulu dia akan terus mengikut je permintaan Farid Husin kerana takut dengan hukuman dari jabatan agama islam namun sekarang tidak lagi selepas dia sudah tahu semua itu hanyalah perangkap dari farid Husin

"Kalau encik farid takde alasan, mengapa pulak saya kena kahwin dengan encik farid?,"

wajah Farid Husin lantas berubah cemas bimbang jika Fazura menolak pemintaannya, kerana dia tiada lagi cara untuk menakut-nakutkan wanita muda itu

"Bukan ke kau cakap kau cintakan aku,"
Balas farid Husin dengan nada seakan di paksa

Fazura tersengih sinis
"Itu tadi, tapi bila saya tinggalkan encik farid, semua perasaan tu ikut hilang, dah takde dalam diri saya,"

"Ha, cepat jugak perasaan tu hilang ya, entah betul ke tak, kau ada perasaan macam tu,"
Kata farid Husin dengan bibir menyenget

Fazura mengetap giginya, bengang dengan sikap farid Husin, sudahlah mengajaknya untuk berkahwin tapi masih sempat biadap dengannya

"kalau gitu, takde sebab saya ikut encik Farid,"
Balas Fazura dengan wajah berang

"Fine.. aku dah ajak, tapi kau tak nak, so aku nak buat macam mana lagikan,"
Kata Farid Husin bersahaja kemudian memusingkan tubuhnya

Wajah Fazura berubah seakan merajuk bila melihat tingkah bersahaja Farid Husin pergi begitu saja lansung tidak mencuba menyakinkannya

"Adoiii.. macam mana nie, kenapa pulak si fazura tiba-tiba berani tolak pemintaan aku,"
ngeluh Farid Husin sambil menapak perlahan ke arah eskelator
"Nak pusing balik ke, tak nie,"

"Encik farid,"

"Ya fazura,"
Farid Husin pantas memusingkan tubuhnya menapak laju menghampiri fazura semula

"Kalau betul encik farid nak kahwin dengan saya, saya ada satu syarat je,"

"Hiss.. banyak pun takpelah,"
jawab Farid Husin tersengih-sengih

"Betul ke Encik Farid?,"

"Betul.. betul.. betul, cakap je,"

Fazura tersenyum riang
"Kalau gitu encik farid hanya perlu dengar cakap saya, jangan lagi kutuk, hina dan maki saya,"

"Laa.. itu je ke?,"

Fazura terangguk-angguk
"Kena janji,"

"Lepas kahwin jangan harap aku buat semua tu,"
Bisik Farid Husin sambil tersenyum kepura-puraan memandang Fazura

"Okay, apa boleh buat, aku ikut je syarat kau,"
Kata Farid Husin

"Tak sebut janji pun,"

"Aku Janjian okay,"

"Apa tu... sebutlah betul-betul,"

"Aku janjilah,"

Fazura tersenyum
"Lagi satu, mulai hari nie panggil nama saya, jangan Kau, kau lagi,"

"Uii.. banyak pulak permintaan kau,"
Balas Farid Husin sambil mengetap giginya

"Ha.. tengok tu,"

berkerut wajah farid Husin memandang fazura
"Baiklah Fazura, puas,"

"Emm.. Baiklah, walaupun nampak tak iklas,"
Fazura tersenyum lebar

****************

"Ayah.. ayah, kalau Angah tahu rancangan sebenar ayah, memang angah tak akan bagi idea tu semua,"
Kata Fazilah setelah mendengar perbualan ayah dengan adik bongsunya

Dato sri Hassan kamarudin mengeluh perlahan kelihatan berbaring di atas katil

"Ayah buat tu semua untuk kebaikan dia juga,"

"Masalahnya, ayah buat Semua tu untuk Farid, Farid Yah bukannya Fadil,"
Kata Fazilah agak geram dengan sikap keras kepala ayahnya
"Ayah dah tahu, mulut si Farid tu macam mana, ayah still juga dengan rancangan tu,"
Kata Fazilah lagi

Dato sri Hassan kamarudin hanya diam membisu, hatinya mula rasa menyesal bila memaksa anak bongsunya untuk berkahwin tadi

"Cuba ayah bayangkan, andai kata ayah ada, Farid ada, Tan seri omar dengan anak perempuannya dia ada, duduk satu tempat, cuba ayah bayangkan apa yang si Farid tu akan cakap?,"
Fazilah menatap wajah ayahnya

Dato sri Hassan kamarudin masih tetap mendiamkan diri, apa yang anak keduanya itu katakan memang tidak mampu dia bayangkan,

"Dahlah Yah, biar je Farid tu dengan cara hidup dia, tak payahlah paksa-paksa, kalau mak tahu ayah buat macam tu kat dia, mengamuk mak nanti Yah,"

"Okaylah.. kalau Angah dah cakap macam tu, Mulai hari nie, ayah biarkan saja si farid tu,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience