Pulau Pulaza,2014
SEBUAH kereta mewah jenis Lamborghini Gallardo keluar dari tempat parkir dan menuju ke jalan raya dengan gah.Pedalnya ditekan untuk menambahkan kelajuan.Pemandunya memecut melangkaui had laju kenderaan.Bahkan memandu dengan cara yang begitu bahaya sehingga menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain.
Muzik di dalam kereta rancak kedengaran.Pemandunya tetap bergaya memakai Rayban dan memutarkan stereng mengikut haluannya.Dia merupakan seorang pemuda yang tampan dan memiliki harta kekayaan yang melimpah.Namun,kemewahan itu sering kali digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah dan suka berfoya-foya.
“Tak mencabar langsung memandu kat Malaysia ni.Semua orang lembab!” Katanya dengan angkuh.
Tangannya mencapai bungkusan coklat Kinder Bueno di tempat duduk sebelah.Sambil memandu dia ingin membuka bungkusan itu.Stereng dikawal dengan menggunakan pergelangan tangannya kerana mahu membuka bungkusan coklat itu.Tidak semena-mena,muncul sebuah kereta dari simpang sebelah kanan yang masuk ke laluan pemuda itu.
Akibat terkejut,pemuda itu pantas memutarkan stereng untuk mengawalnya memandangkan kelajuan yang melebihi had sepatutnya.Sekuat mungkin kakinya menekan brek untuk menghentikan keretanya sehingga tayarnya berdecit menahan asakan di tanah dan berpusing melanggar sebuah lori di tepi jalan.
Dentumannya begitu kuat mengegarkan.Kepalanya terhantuk di stereng kereta dan berdarah.Pemuda itu terus pengsan di tempat kejadian.Lamborghini kuningnya juga telah berasap dan remuk akibat rempuhan tadi.Seketika,berduyun-duyun manusia datang untuk menghulurkan bantuan kepadanya.
“Aku kat mana ni?” soal pemuda itu dengan mata yang berpinar-pinar.
Kepalanya berbalut dengan kain.Malah,tangan dan kakinya bersimen.Dia terkejut melihat dirinya yang terlantar di atas katil.Semakin banyak dia bergerak,semakin terasa kesakitan yang dialami.
“Hospital? Aku kat hospital? Ah! Ni semua salah kereta bodoh tu! Pukul berapa dah sekarang ni? Aku dah lambat nak jumpa Erina!” rungut pemuda itu.
“Ya ALLAH! Sedar jugak kau Zaki! Tahu tak betapa risaunya ibu tadi? Ibu sangka ibu akan kehilangan kau!” Melissa terus memeluk satu-satunya anak lelaki yang dia ada dengan air mata yang berlinangan.Begitu kasih seorang ibu terhadap anaknya.
Zaki mengerutkan wajah.Malu diperlakukan sedemikian rupa kerana beranggapan dirinya bukan lagi anak kecil untuk dimanjakan.
“Err....ibu.Zaki tak apa- apalah.Jangan risau,” kata Zaki lalu Melissa meleraikan pelukannya.
“Ibu dah pesan,jangan menandu terlalu laju.Tengok sekarang.Berbalut dan bersimen sana sini!” leter Melissa selepas itu.
“Yalah bu,Zaki faham,” jawab Zaki ringkas.
Dia bukannya jenis yang suka mendengar nasihat.Apa yang didengar nanti umpama masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Tidak terkesan di hati! Semuanya bermula sejak Zaki menginjak remaja.Dia lebih suka memberontak dan melawan kata.Gemar berseronok di rumah bersama teman-teman dan tidak suka dikongkong.
“Ibu,jom balik.Bosanlah tinggal kat hospital ni,” pinta Zaki.
“Awak tu sakit.Mana boleh balik rumah lagi.siapa nk jaga Zaki nanti?” Kata Melissa.
“Alah,ibu kan boleh panggil doktor ke rumah? Zaki tak tahanlah kat sini.Tak ada life!” keluh Zaki.
“Tak boleh! Biar kali ni Zaki ambil pengajaran.Duduklah sini sampai doktor sahkan Zaki benar-benar telah sembuh.Bersyukurlah Zaki,TUHAN masih mahukan Zaki hidup lagi atas dunia ni.Maksudnya,tentu ada kebaikan yang perlu Zaki lakukan untuk manusia lain.Sudah ya,ibu nak keluar dulu.Esok ibu akan datang lagi,” kata Melissa lalu bangkit dan mengukir senyuman.
“Esok? Siapa nak temankan Zaki sekarang ni?”
“Jangan berpura-pura,Zaki.I know you.Di sinikan ramai jururawat yang cantik-cantik.Ibu percaya Zaki tentu selesa kat sini.Cuma kali ini,bawakan ibu perempuan yang baik untuk dijadikan menantu okey?” ujar Melissa,mengenyitkan mata kepada anaknya dan berjalan keluar dari bilik wad peribadi itu.
Melissa sempat melambaikan tangan kepada Zaki sebelum pergi.Wanita itu sebenarnya sangat menyayangi anak tunggalnya.Semenjak pemergian suami tercinta,hanya Zaki sahajalah tempat dia menumpahkan kasih sayang.Hanya sesekali hatinya sebagai seorang ibu tergores apabila sikap Zaki mulai berubah dingin.Dia bukan lagi anak kecil yang boleh bermanja dengannya.Namun demi kasih seorang ibu,dipendamkan sahaja demi kebahagiaan anak sendiri.Demikianlah pergorbanan terbesar seorang wanita bergelar ibu.
“Perempuan yang baik? Erina tu tak cukup baik ke?” soal zaki sendirian.
Zaki termenung membayangkan teman wanitanya yang sering menjadi rebutan ramai.Berwajah cantik dan bertubuh seksi.Orang lain begitu sukar mendapatkannya,tetapi dia hanya memberi ucapan ‘hai’ sahaja sudah membuatkan gadis itu jatuh cinta kepadanya.
Kemudian baru Zaki tersedar,dia tergesa-gesa keluar tadi semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya namun sebaliknya pula yang berlaku.Dia terlantar di katil hospital yang kuat dengan bau ubat-ubatan!
Suasana terus bertukar sepi setelah suara ibunya tidak lagi kedengaran.Zaki memandang ke siling.Terfikirkan sesuatu.Tiada sesiapa yang datang melawatnya selain daripada ibu? Apakah kerana mereka tidak tahu? Ah! Susah mahu membuat kesimpulan.Akhirnya,Zaki memejamkan matanya.Perlahan-lahan mindanya menerobos ke alam mimpi.Lena.Dan dengkurnya mula bergema.
Di sebuah gudang lama,beberapa orang lelaki sedang berkumpul.Wajah mereka tegang dan setiap seorang memegang senjata api di tangan.Dari segi penampilan,mereka ini bukannya ornag yang baik.Ada suatu perancangan jenayah yang mahu dilaksanakan oleh mereka.
Kemudian,Mukhriz datang memberitahu ketuanya bahawa semua pengikutnya sudah pun bersedia.Mereka mengedarkan sekeping gambar Melissa.Lelaki yang dipercayai sebagai ketua bagi seluruh kumpulan itu memberi peringatan agar menangkap Melissa dan tidak membunuhnya.Ada perkara yang ingin diperoleh daripada wanita itu,iaitu isteri kepada arwah Fakhruddin yang mati dibunuhnya dahulu.
Lelaki itu bangkit.Wajahnya bengis ketika merenung semua anak buahnya.Dia mengarahkan mereka menaiki kereta dan bergerak keluar untuk memburu sasarannya.Saiful menggerakkan lehernya ke kiri dan kanan sehingga kedengaran seperti bunyi tulang yang patah.Selepas itu, dia menaiki kereta yang sama dengan Mukhriz dan bergerak meninggalkan gudang itu dengan api yang membara.
“Berdebah.Mengapa baru sekarang ni aku tersedar? Bukan lima kiub,tetapi enam! Di mana kiub terakhir itu disorokkan oleh Fakhruddin? Aku percaya isterinya tentu tahu sesuatu!” cebik Saiful.
“Kita akan dapatkannya,Tuan Saiful.Usah risau,” ujar Mukhriz,cuba menenangkannya.
“Kita mesti dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun” tegas saiful.
Beberapa tahun yang lalu,Saiful dan pengikutnya telah menyerang Fakhruddin untuk merampas lima biji kiub yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri sehingga sanggup melakukan pembunuhan.Tiga belas tahun tahun selepas peristiwa itu,Saiful muncul kembali dan mendakwa terdapat satu lagi kiub yang belum mereka perolehi.Walaupun awalnya mereka agak terkejut kerana tiada maklumat yang jelas mengenai kiub keenam itu,tetapi mereka tekad untuk menculik Melissa dan memaksanya memberikan kiub terakhir itu kepada mereka.
Share this novel