Pernah rasa macam mana banduan dijatuhkan hukuman bersalah di dalam mahkamah oleh hakim? The dreadful feeling like you waiting for the death sentence. Kata-kata yang tepat menggambarkan situasi aku sekarang. Suhu bilik guru sudah turun sehingga takat negative sifar. Aku tunduk menekur lantai. Tidak mampu mengangkat pandangan memandang wajah Pengetua. Terasa bersalah kerana mengkhianati amanah yang diberikan di pundakku.
Sungguh, aku mahu menggali kubur sendiri sekarang. gali dan timbus tanah sendiri. aku malu sekarang. Cukup malu. Embarassed. Entah apa yang bermain di fikiran Pengetua aku sendiri tidak tahu. Kalaulah aku dapat menebak apa yang ada dalam fikirannya, boleh aku memohon keampunan dan mencerita akan hal sebenar tentang aku dan Emir. Mungkin ini boleh mengubah pemikiran Pengetua ketika ini.
Terlalu banyak kemungkinan. Aku ketap bibir. Mahu meraung dan menangis aku ketika ini. Kerjayaku yang baru dibina ini dimusnahkan dengan sekelip mata. Setiap langkah menuju ke bilik guru umpama menuju ke tali gantung. Aku lihat Emir hanya selamba sahaja, bagai tiada apa-apa yang berlaku.
Yalah, Emir mana kisah. Kalau dia drop out dari sekolah pun ketika ini, dia masih lagi boleh menduduki peperiksaan STPM. Tapi aku? aku? segala penat lelah aku behempas pulas belajar di university dan harapan ibu bapaku hancur. Musnah hanya disebabkan tindakan Emir sahaja.
Tiba-tiba aku sakit hati mengenangkan perbuatan Emir. Dialah makhluk yang bertanggungjawab menyebabkan aku merana sebegini. Bermula daripada aku mengenalinya, hidupku tidak pernah aman. Ada sahaja perangainya yang menyebabkan aku sakit hati dan marah. Keinginan untuk mencekik Emir hidup-hidup pun ada, biar tidak menyusahkan aku. dan sekarang? kerjayaku musnah disebabkan dia sahaja dan dia masih lagi mengekalkan poster yang relaks muka yang selamba, seperti tiada yang buruk bakal berlaku.
Terima kasih Emir! Awak dah berjaya membuatkan saya tersungkur betul-betul di atas tanah. Aku rasa seperti tidak mampu bangun lagi selepas ini. Malah, jika aku diberhentikan perkhidmatan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, mampu ke aku membina kerjaya sebagai guru semula? Adakah aku akan dipindahkan ke sekolah lain?
Tindakan tatatertib yang bakal diterima boleh menyebabkan perutku senak dan jantungku hilang fungsinya sesaat. Aku tak boleh bayangkan apakah hukuman tatatertib yang bakal diterimaku. Aku tak boleh bayangkan wajah mama dan babah jika hal ini tersebar hingga ke pengetahuan mereka. dan aku tak boleh bayangkan apa yang bakal terjadi pada diriku selepas ini.
"Hey.. kenapa ni?"
Aku angkat pandangan. Tepat memandang wajah Emir. Mataku berkaca-kaca menahan air mata yang ingin merembes keluar. Sebak menusuk dadaku. Apalah dosa yang aku telah buat sehinggakan benda ini berlaku kepadaku? Aku terasa ingin melempiaskan semua amarah terhadap Emir tetapi aku penat. Marahkan Emir bukannya boleh mengembalikan masa yang telah berlalu. Cekik Emir depan Pengetua? Itu lagilah mengundang maut. Silap - silap boleh diheret sehingga ke talli gantung gamaknya. Itulah bakal menghancurkan kerjayaku nanti.
Silap - silap keluar berita.
'Seorang pelajar sekolah Tingkatan Enam Mati Dicekik oleh Seorang Guru Wanita.'
Aku rasa macam nak facepalm muka sendiri. jauh menerewang mindaku gara-gara perbuatan Emir kali. Rasa nak menangis semakin kuat di dalam diriku.
"hey.. kenapa ni?" soalan kali kedua Emir ulang.
Tangannya diangkat sambil memegang kedua-dua belah pipiku. Air mata pula tidak segan-segan keluar depan Emir. Riak muka Emir pula berubah. Daripada wajah selamba bertukar risau. Concern. Mukanya berkerut sedikit. Ibu jari kedua-dua tangannya pula menggosok lembut tulang pipiku.
"ni, semua sebab awaklah. Sebab awaklah saya dibuang kerja nanti."
Air mataku sudah membanjiri mukaku. malah hingus pulak seperti nak keluar dari hidung. Aku cuba lap air mata menggunakan belang tapak tangan. Apa nak jadilah. Masa depanku sudah punah dek Emir. Kalau banjir di dalam bilik pengetua pun aku sudah tidak peduli. Menangis depan Emir? Biarlah!
Emir tahan senyum. Sambil itu tangannya mengusap perlahan-lahan pipiku.
"to much cuteness for me and me want to bully you."
Terasa ringan tanganku ingin menampar Emir. Situasi macam ni pun dia boleh pulak keluarkan ayat sakit hati. Tahu tak aku sekarang tengah risau sama ada aku dikenakan tindakan tatatertib, diberhentikan pekerjaan atau dipindahkan ke sekolah lain? Okey. Pindah sekolah aku suka sebab aku tak perlu jumpa Emir lagi. Kot...
Tapi mengenangkan kembali sebab ditukar dan diberhentikan perkhidmatan aku rasa macam nak bunuh diri aje.
"boleh tak masa ni awak serius sikit? Nak kena penampar jepun baru nak insaf ke?"
Tanpa mempedulikan keadaanku, Emir menarik aku dalam pelukan. Di dada Emir aku lepaskan segalanya. Mengenangkan nasib selepas aku keluar dari bilik Pengetua. KFC? McDonald? SugarBun? Kedai makan? Buka business sendiri? Emir pula mengusap belakangku perlahan. Terasa ada kucupan hinggap di atas kepalaku. Aku tidak peduli. Fikiranku sedang sesak dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi selepas ini. Yang pastinya bukanlah benda yang baik.
Kecuali berlaku sesuatu keajaiban. Memanglah tidak mungkin. Kalau berlaku keajaiban aku sanggup kiss Emir? Nampak sangat aku dah terdesak.
"eheeem..." deheman seseorang menyentakkan aku. aku terpana seketika apabila berada di dalam pelukan Emir. Merah pipiku. Adoiiiii! Kenapalah aku ni bodoh? Ini bilik Pengetua. Berpelukan dengan Emir? Sah.
Strike four.
Pantas badan Emir aku tolak kuat. Aku terus beralih tempat duduk sambil menelan telan air liur yang terasa berbatu.
"kot ya bermesra pun, tunggulah kat dalam rumah."
Sedas kena kat aku. aku terasa mahu menyorok mendengar sindiran Pengetua. Wajahku tunduk menekur lantai. Tidak sanggup menahan malu di depan Pengetua. Emir pula ketawa. Amboiii! Dia ni tak tahu beza antara sindiran dengan usikan ke? Dah la depan Pengetua. Ketawa bebas pulak tu.
"Kalau dalam rumah lebih daripada ni Pak Ngah." Ayat miang Emir ni macam nak diberikan penampar jepun aje.
Eh? Pak Ngah?
Pak Ngah?
Pengetua pula tergelak kecil. Aku tergamam.
Aku angkat pandangan. Wajah Emir yang sedang ketawa. Wajah Pengetua yang sedang tersenyum sambil geleng-geleng kepala. Riak wajahnya tidak bengis, bukan marah, tapi hanya relaks sahaja.
Aku ulang suara. Relaks! Relaks kau!
Eh? Aku sedang dipindahkan ke universe mana ni? adakah aku sudah masuk ke alam lain? Mulutku ternganga bagaikan ditarik tarikan gravity. Mataku bulat. Berulang kali mataku beralih antara Emir dan Pengetua.
"Pak Ngah memang terbaik. Menangis jugak singa garang Mir ni."
Aku pincing mata pandang Emir. Pandangan sakaratul maut aku hadiahku untuk Emir yang mengangkat keningnya. Dia bagaikan berhi-five dengan Pengetua.
"kamu ni Mir. Kesian isteri kamu tu. Mir tak tak bagitahu perkara sebenar dengan Althea ke?"
Pengetua aka Pak Ngah geleng kepala sambil duduk di hadapan kami berdua. Pengetua ni ada hubungan dengan Emir ke? Gaya macam ada hubungan dengan Emir aje.
Perkara sebenar? Aku kerut dahi. Ada perkara yang Emir sembunyikan daripada aku ke? Aku pincing sebelah kea rah Emir. Emir angkat kening buat muka double jerk. Mulutnya ditarik ke tepi. Sah! Ada sesuatu yang Emir sembunyikan daripada aku.
"Emir!" suaraku melengking kuat.
"yes sweetheart..." Suaranya meleret. Kali ketiga aku dengar perkataan sweetheart keluar dari mulutnya. Entah apa niatnya untuk kali apabila perkataan sweetheart meluncur keluar dari dua ulas bibirnya.
"apa yang dimaksudkan dengan Pengetua tadi? Apa yang awak rahsiakan daripada saya?"
Aku tagih jawapan daripada Emir. Daripada berteka teki baik aku tanya. Sejak dari dulu Emir bukannya boleh dipercayai. Sesungguhnya boleh pendek umur aku disebabkan seketul bernama Emir Hafiz.
Emir senyum. Bibir hujungnya ditarik ke tepi. Jarinya telunjuk diangkat dan lurus ke arahku. Sesaat , jari telunjuknya digoyangkan beberapa kali. Aku faham maksudnya itu. 'come to me'. Ehh, memang taklah ikut arahannya. Tempah maut.
"cakap ajelah!" lontaran suaraku lama-lama makin tinggi dan semakin tidak sabar dengan Emir yang bagai sengaja melambat-lambatkan untuk memberitahu perkara sebenar. Aku lihat Pengetua hanya geleng kepala sahaja dari hujung ekor mata. Seolah-olah sudah terbiasa dengan perangai Emir. Tiada komen yang diberikan terhadap perangai tidak semenggah Emir dan aku yang sudah bagaikan melontarkan suara soprano.
"come to me..." suaranya meleret lagi.
Bantal segi empat kecil yang berada di atas sofa aku baling tepat-tepat ke muka Emir. Terlupa sebentar bersama kit-kat aku di dalam bilik Pengetua. Sesungguhnya menurut perintah di minda sungguh tanganku apabila melibatkan Emir ini. Akibat perasaan geram aku layangkan apa sahaja yang berada dekat denganku. Kalau pasu bunga? Mahu membuak-buak keluar darah merah agaknya.
Nauzubillahi min zalik.
Minta dijauhkan aku daripada berbuat sedemikian. Sejahat-jahat aku tak pernah lagi aku kejam dan jahat untuk melakukan secara realiti perkara berkenaan. Paling tanam-tanam Emir ke dalam tanah setakat leher aje jadilah.
"Sudah. Dalam bilik saya pun awak berdua sempat lagi beromantika."
Aku ketap bibir. Menahan perasaan malu dan geram. Aduhh! Kenapalah aku sentiasa terlupa sekarang aku sedang berada di dalam bilik Pengetua. Nampaknya aku cenderung untuk terlupa akan tempat dan keadaan jika melibatkan Emir yang sedang menyebabkan darahku mencanak naik.
"duduk, Althea. Emir, behave." Arahan tegas Pengetua membuatkan punggungku serta merta duduk di sofa dan Emir yang berkerut memandang wajah Pengetua. Tiada lagi wajah main-mainnya.
"Dah bagitahu perkara sebenar dengan Althea?"
Soalan Pengetua membuatkan rasa ingin tahuku menaik. Apa rahsianya? Apa yang patut aku tahu? Aku lihat Emir geleng kepala sambil tersengih. Kepalanya digaru.
"Ada perkara yang patut saya tahu ke Pengetua?"
Pengetua angguk. Aku teguk air liur. Jantung dan hatiku sama-sama berdebar kuat. Malah boleh didengar sampai ke telingaku.
"sebenarnya saya..."
"Pak Ngah." Suara Emir mencatas ayat Pengetua sebelum sempat dihabiskan. Aku pandang Emir dengan perasaan geram. Dia ni kan! Aku tembak guna senapang gajah baru tahu.
"apa pagi ni Emir? Tak boleh ke biarkan Pengetua habiskan ayat dia baru awak nak menyampuk?" bentakku dengan sebal.
Berbakul - bakul sumpahan aku sedekahkan untuk Emir. Boleh pulak part ni dia buat grand entrance dengan mencatas ayat Pengetua.
"tak pe Pak Ngah biar Mir yang jelaskan dengan Cikgu Althea."
Perkataan Cikgu Althea dia sabdu 6 harakat sekali dengan dengung. Aku kemam bibir. Cheesecake Red velvet pavlova Tiramisu sungguh Emir ni! tak sah hidup dia kalau tidak menyebabkan perasaan aku bertukar umpama chanel tv setiap detik.
" baik awak cakap betul-betul kali ini Emir. Kalau tak bersaksikan Pengetua kat depan ni saya tembak awak dengan senapang gajah."
Akibat geram nama Pengetua sekali aku petik jadi saksi. Aku lihat Pengetua bagaikan menahan senyum . macam seronok aje menonton drama Akasia TV3 tidak berbayar aku. aku lihat Emir pula bagaikan menaham ketawa. Sejak dua menjak rimau garang naga jantan dia jarang muncul dah. Takde lagi kedut medut kat dahi. Masalahnya sekarang kedut medut tu beralih posisi! Dekat bahagian mulut dia pula. Sekejap tarik sengih. Sekejap ukir senyum sinis. Sekejap ketawa. Sekejap boleh keluar ayat sakit jantung. Bipolar.
"ye, aku nak cakaplah ni. afdalnya baik seorang suami yang bagitahu hal sebenar berbanding dengan orang lain."
Dari mana datangnya fatwa afdal dari mulut suami aku sendiri bingung.garu kepala sekejap sambil buat emoji nak muntah dalam kepala.
"cepatlah."
"kot ya pun sabarlah sweetheart. Tak reti nak sabar ke?" sebiji aku kena oleh Emir.
Siapa yang boleh sabar jika ada sesuatu yang dirahsiakan daripada diri sendiri? kita mestilah nak tahu saat itu jugak untuk memuaskan rasa ingin tahu.
"sebenarnya Pengetua tahu dah kau dengan aku ni suami isteri."
Duniku terasa gelap seketika. Pengetua tahu? Jadi yang aku penat menangis, dalam pelukan Emir pula tu sia-sia sahaja? Yan aku terasa bagaikan duniaku kelam gelita, tindakan tata tertib itu semua sia-sisa, tidak bermakna? Jadi, aku hanya memberat kepalaku , mengerah akalku lebih masa bekerja atas semata-mata perkara yang sia-sia? Sia-sia!
Ya Allah! Aku terasa ingin meraung sekarang. jadi patutlah Emir relaks semacam aje bila muka Pengetua muncul di depan tandas guru wanita. Tidak terlukis sebarang rasa bersalah di wajahnya.
"Ingat lagi saksi yang pakai kopiah putih berjubah masa aku dengan kau akad nikah?"
Aku mengerah otakku. Namun malangnya tiada satupun yang muncul. Hanya samar-samar. Bila difikirkan semula, memang aku tidak dapat mengingati dengan baik. Semasa majlis akad nikah, hanya jasadku yang ada, rohku sudang melayanglayang jauh mencari ketenangan. Sepanjang majlis berlansung aku hanya menundukkan kepala. Tidak mempercayai bahawasanya aku berkahwing dengan anak muridku sendiri, tambah-tambah lagi jenis badboy sekolah. Bila sahaja aku dengar perkataan sah dari tok kadi automatic mindaku sudah kelam. Gelap.
"kenapa awak tak bagitahu awal-awal?!"
"sengaja." Jawapan serba mudah daripada Emir. Tepat, padat dan ringkas. Mutakhir lagi. Yang benar daripada Emir Hafiz.
Dan jawapan pendek tersebut mengundang bantal segi empat kecil kali kedua melayang tepat ke muka Emir. Dia terdorang ke belakang sedikit akibat daripada kekuatan yang bercampur dengan kemarahan, sakit hati geram dan perasaan membuak-buak dalam hatiku yang bagaikan lahar gunung berapi. Panas.
Emir terpempan. Mungkin tidak menyangka bahawa bantal melayang kea rah mukanya untuk kali kedua. Wajah Penegtua bertukar riak. Terletus ketawa kecil dari mukanya.
"tu lah. Padan muka Mir Usik lagi isteri kamu tu." Pengetua mengejek Emir.
"Pengetua dengan Emir ada hubungan ke?" soalan cepu mas muncul juga di bibirku.
"Saya Pak Ngah Emir. Abang kepada bapa mentua awak Althea. Dr. Awal dah bagitahu untuk rahsiakan perkara ni dulu at least sampai Mir selesai ujian STPM."
Penjelasan Pengetua aka Pak Ngah merungkaikan satu persoalan yang selalau bermain di kepalaku sejak kali pertama aku melihat umur Emir. Hampir tersembur air milo aku apabila membaca rekod Emir Hafiz ketika dimasukkan ke dalam STKH. Siapa menyangka umur 22 tahun masih lagi diterima masuk ke Tingkatan Enam? Bukankah boleh sahaja mengambil peperiksaan persendirian ataupun peperiksaan bulan Julai jika gagal satu atau dua subjek?
"Dekat luar sekolah panggil aje Pak Ngah. Tapi dalam sekolah tetap Pengetua."
Aku cuba senyum namun kaku. Sungguh dari peristiwa ditangkkap basah di dalam tandas guru wanita sehingga pengakuan Pengetua yang sudah mengetahui hubunganku dengan Emir, tiba-tiba otakku gagal berfungsi. Aku bersandar sambil pejam mata. Menarik nafas dan mengatur kembali aliran pernfasanku yang terganggu. Otakku mula mencerna satu persatu peristowa yang berlaku bermula daripada mula mengenali Emir Hafiz. Rasanya semakin berat. Arh, lama-lama boleh sakit kepala kalau macam ni.
"so, dah selesaikan? Jom keluar."
Aku pandang wajah Emir. Nak pergi mana? Di ni nak ajak aku ke mana? Bagaikan tahu perkara yang bermain di fikiranku Emir tarik nafas.
"Lepas ni masa kau kan."
Aku kelih jam apabila mendengar jawapan Emir. Betul seperti yang dikatakan Emir. Namun disebabkan komitmen dengan Hari Kantin maka guru yang terlibat sudah diberikan relief. Mujurlah Cikgu Tasneem yang bakal menggantikan sudah diberikan amanah untuk memberikan latihan dan memantau kelas Tingkatan Enam Pluto tersebut. Kalau tidak maka berpesta muda mudilah di dalam kelas berkenaan jika tidak diberikan tugasan.
"Saya tak masuk kelas."
Emir jegil mata. Aik?
"Apa? Kau tak masuk kelas? Kau nak dating dengan Ilham tu ke?" Aura sakit hati dan meluat terbias di mukanya.
Kalaulah pasangan kami berdua ni pasangan bercinta dan berkasih sayang aku boleh potong kuku hitam kata Emir ni jealous. Jealous tahap petala langit. Dengan Ilham tu pun nak jealous. Bukannya aku ada menaruh perasaan dengan si Ilham tu . Dengan Emir? Lagilah takde perasaan. Perasaan sakit hati meluat marah geram yang ada. Pendek kata perasaan negative untuk Emir sorang sahaja.
"Emir! Saya ada komitmen nak dibuat. Tak ada maknanya saya nak dating dengan Ilham bagai. Saya bukannya ada perasaan dengan Ilham pun. Yang awak nak jealous sakit hati ni kenapa?"
Emir bagaikan tergamam. Bibirnya terbuka sedikit. Mukanya sedikit merah. Aku angkat kening. Ohhhh. Kenapa aku tiba rasa seronok sekarang ni? Pertama kali aku rasa kemenangan berpihak kepadaku apabila Emir tidak mampu bersuara. Woah! Semangkuk ramen untuk Althea.
"Mana ada saya jealous." Emir mendengus geram. Penafian yang tak berapa menjadi.
Aku mencebik bibir. Macam nak menari para para sakura aje sekarang. tak pernah rasa seronok macam ni terutama apabila Emir bagai kehilangan kata. Terubat sekejap sakit hati akibat Emir tadi.
"Enough. Althea awak stay sekejap, Emir kamu keluar. Masuk kelas." Arahan mandatory Pengetua menyebabkan Emir mendengus kasar. Dia menjeling ke arahku sekejap sebelum keluar dari bilik Pengetua tanpa sepatah kata. Namun dia sempat menghantar isyarat mata kepadaku. ' Jumpa aku selepas ni'.
Gulp! Apa lagi yang Emir tak puas hati ni? Tak boleh ke kegembiraan aku ni bersifat sementara walaupun sesaat sahaja?
"Macam ni Althea, pertama sekali, Pak ngah nak ucap tahniah atas perkahwinan kamu berdua walaupun apa jua yang menyebabkan kamu berdua berkahwin. Pak ngah percaya ada hikmah benda ni semua berlaku."
Panjang mukkadimah Pengetua. Aku mengangguk. Hikmah di sebalik perkahwinan Emir dan aku? Rasanya aku belum jumpa lagi.
"Emir tu sebenarnya budak baik. Dulu dia tak macam ni. Tapi sejak dia tinggal dengan mak dia, perangai dia jauh berubah. Dia jadi macam yang Althea nampak sekarang ni. Jadi Pak ngah harap Althea mampu ubah Emir yang sekarang kepada yang dulu."
Tiba-tiba pundakku terasa berat.
"Mak dia? Bukan Puan Mawardah tu mak Emir ke?"
"Bukan. Puan Mawardah tu mak tiri Emir sahaja. Puan Erina mak kandung Emir."
Puan Erina? Serasa kali pertama aku mendengar nama tersebut. Tapi betul ke Puan Mawardah ni mak tiri Emir? Macam tipu aje. Aku nampak kasih sayang Puan Mawardah terhadap Emir. Ke kes Emir memberontak sebab tak puas hati ayahnya kahwin lain? Ke atau sebenarnya Puan Mawardah tu orang ketiga hubungan antara ayah dan ibu Emir? Pelbagai persoalan muncul di kepalaku.
"Apa yang berlaku sebenarnya?"
Pengetua tarik nafas. "Yang itu biarlah Emir sendiri cerita kat Althea. Tapi Pak ngah harap Althea boleh ubah kepada Emir yang dulu. Sekarang ni Pak Ngah nampak Emir macam dah berubah dah. Pak Ngah bersyukur sangat."
Pengetua ukir senyuman. Berdasarkan apa yang berlaku aku dapat simpulkan Emir ada masalahnya yang tersendiri sehingga menyebabkan Emir berubah seperti sekarang dan Emir rapat dengan Pak Ngahnya. Kalau tidak masakan Pak Ngahnya sanggup menerima Emir masuk ke sekolah, kan?
Keluar dari bilik Pengetua, aku tarik nafas. Namun nafasku bagaikan tersekat apabila melihat wajah Emir yang masam mencuka dan wajah Ilham yang risau. Aku dilanda kemurungan. Apa kena pulak dengan mereka berdua ni. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba muncul di tempat yang sama. Bezanya dua ekspresi yang berlainan.
"Ikut aku sekarang."
"Kenapa awak ada dalam bilik Pengetua, Thea?"
Dua soalan serentak keluar dari mulut dua lelaki yang berada di hadapanku. Aku garu kepala sambil pincing mata melihat mereka berdua. Arh! Masalah! Masalah! Sudahlah Emir bencikan Ilham. Ilham pulak nampak dari gayanya memang tidak menyukai kehadiran Emir. Aku hantuk kepala mereka berdua baru tahu.
"Sudah! Saya ada kerja nak buat. "
Aku berlalu meninggalkan muka berdua yang tegang. Seorang muka anjing Siberian husky. Seorang lagi muka German Sherperd. Ada kerja yang lebih berfaedah yang perlu dilakukan berbanding dengan berada di tengah-tengah lelaki-lelaki yang berhormon ego dan berperang mata sekarang ini.
"Althea!
"Thea!"
Suara Emir dan Ilham serentak memanggil aku. apa lagi sekarang ni? aku sudah geram dan sakit hati sekarang. Tak pasal-pasal drama swata tv3 berlaku sekarang. Ingat muka mereka berdua tu handsome sangat ke nak masuk Motif Viral?
Ya.
Seorang Guru dan Seorang Murid Lelaki Bergaduh gara-gara Seorang Guru Perempuan.
Motif sangat. Aku buat rolled eye.
"Sudah! Saya ada kerja sekarang." lantak korang dua nak buat apa, tambahku di dalam hati.
Belumpun sempat kakiku melangkah, tangan Emir cepat melelar pergelangan tanganku. Naik geram aku dibuatnya. Manakala Cikgu Ilham hampir terjojol keluar matanya apbila melihat Emir yang selamba sahaja memegang tangannku.
"Emir, lepaslah!" Aku goyangkan tangan Emir yang memegang erat tanganku. Emir ketap bibir, geram. Mukanya terlukis riak sakit hati dan puas hati.
"Emir, lepas tangan Thea. Dia cikgu awak. Dia bukan mahram awak untuk disentuh sesuka hati." Arahan Cikgu Ilham yang berbaur amaran keras. Emir tidak peduli. Malah pegangannya semakin kejap.
"She's my wife Ilham! So back off!"
Aku terasa mahu tampar muka sendiri. Ilham pula bagaikan roh sudah melayang keluar dari tubuhnya. Emir? Senyum sinis sampai ke telinga. Wajahnya tergambar kepuasan.
Emir Hafiz, what you have done?!
Share this novel