BAB 6

Horror & Thriller Completed 5203

Yasmin memandang Amirah dengan wajah yang cemberut. Aneh gadis itu mala mini. Biarpun sudah lama tinggal satu bilik bersama Yasmin. Namun Amirah tidak pernah tahu mengenai Yasmin secara terperinci kerana gadis itu seringkali tiada di bilik dan selalu pulang lewat malam. Entah kemana dia pergi tidak pernah pula Amirah ambil pusing. Lagi pula Yasmin tidak selalu benar bertegur dengannya.

Amirah megambil keputusan untuk masuk tidur. Lagipula perutnya terasa lapar dek kerana tidak sempat makan apa-apa petang tadi. Semuanya gara-gara Zaidi yang datang mematahkan seleranya. Amirah cuba melelapkan matanya sementara Yasmin telahpun keluar semula untuk mandi.

Pagi itu awal-awal lagi Yasmin sudah hilang dari bilik. Amirah sedikit gelabah kerana pita rakamannya sudah pun hilang. Tidak mungkin dia salah letak. Hendak dituduh Yasmin, untuk apa pula dia mahu mengambilnya lagi pula ianya tiada kaitan dengan dirinya. Wajah Amirah sudah berpeluh. Itulah sahaja bukti yang dia ada. Dia bingung memikirkannya. Lama dia termenung memikirkan pita rakaman tersebut. Jika pita tersebut jatuh ke tangan orang yang salah pasti nyawanya juga dalam bahaya.

Amirah bergegas ke kelas. Akibat terlalu memikirkan perihal pita tersebut dia sampai terlewat ke kelas. Mujur sahaja setibanya dia di kelas pensyarahnya masih belum masuk. Zaidi yang berada dibelakang Amirah memanggilnya.

Dengan muka menyampah Amirah memalingkan mukanya ke belakang.

“ Kau nak apa Zaidi?” soal Amirah dengan nada yang sinis.

“ Eh, kau janganlah sombong sangat Amirah. Malam ni jam 8.00 malam aku datang ambil kau di Asrama. Kalau kau tak turun, aku masuk asrama kau. Ok?” Zaidi menyatakan hasratnya sambil ketawa bersama rakan-rakannya.

“ Jadi kau ugut aku?” Amirah menjeling Zaidi.

“Terserah kau rasakan ia satu ugutan atau kau memang mahu ditangkap bersama aku mala mini jika kau tidak turun.” Amirah mengetap bibir mendengar kata-kata Zaidi. Memang lelaki ini gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience