BAB 2

Horror & Thriller Completed 4761

Apabila dia ke rumah salah seorang penduduk di situ dan menyatakan perlu membeli ubat tersebut. Mereka terkejut dan bertanya dari mana dia dapat bekas ubat tu.

Dia pun cerita mak kepada janda tersebut yang bagi. Bertambah terkejut mereka sebab semua orang kampung ibu kepada janda tersebut dah lama mati. Dengar cerita tu dia mula rasa seram. Dia kembali ke rumah janda tersebut. Sekali lagi dia terkejut bila nampak rumah sedang terbakar dan janda tersebut sedang memegang pisau untuk bunuh diri akibat menyesal dengan perbuatan dia yang membunuh ibu dan anak lelaki kurang upayanya.

Tak sempat nak di selamatkan janda tersebut mengelar leher sendiri. Dia cuba masuk ambil beg dalam bilik dan keluar selamatkan diri. Terserempak dengan perempuan tua yang dikatakan dah lama mati tu sedang meratah daging mentah yang masih berdarah.

Fikirannya jadi semakin berserabut dan dia melarikan diri sejauh mungkin sebelum pengsan di tepi landasan keretapi.

Keesokkan harinya dia bangun dan teruskan perjalanan untuk pulang semula ke tempat asal dia. Dia terserempak dengan dua orang remaja tengah melepak di pondok tepi jalan. Dia singgah berbual. Bila di beritahu dia dari kampung yang pernah dia sewa beberapa hari lepas, terkejut dua budak tu.

Sebab kampung tu dah lama tak wujud selepas berlaku kebakaran besar yang menyebabkan semua penduduk di situ mati. Sekarang tempat tu di jadikan tapak kubur.

Dia mula-mula tak percaya apa yang diceritakan sehinggalah dia melihat kembali gambar-gambar yang di ambil dari kamera. Ternyata hanya gambar kubur. Akibat dari kejadian tu, dia menjadi gila dan dihantui saka perempuan tua sehingga ke akhir hayat.

Saka tu terus menghantui dia kerana dia pernah membuat perjanjian untuk bersama selamanya dengan saka tersebut.

Sememangnya saka boleh di warisi tanpa kita sedar. Hanya semudah menerima sesuatu barang je pun mungkin kita boleh jadi pemilik saka yang menganggu hidup kita. Jadi berhati hati nak terima sebarang pemberian apatah lagi pemberian yang pelik-pelik tanpa disangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience