Deruan angin petang itu sepoi-sepoi bahasa membangkitkan suasana harmoni dan mendamaikan hati Hajah Khatijah.
Dihirupnya udara nan segar itu lalu dihembuskannya, lantas dia menongkat dagu sambil merenung jauh di awan biru.
Pelbagai perasaan dan memori mula berebut-rebut menerawang di mindanya.
“Heh… duduk sorang-sorang ni, bosan pulak…” dengusnya.
Matanya melilau ke sana ke mari.
Dia mencari mangsa untuk dijadikan teman.
“Mana pulak Kak Seha ni? Kata nak sampai dalam setengah jam, ni dah nak masuk sejam batang hidung tak timbul-timbul lagi” soalnya pada diri sendiri sambil mengeleng-ngeleng lemah.
Sepurnama juga, dia tinggal seorang diri setelah suaminya kembali ke rahmatullah.
Barang kali juga TUHAN mahukan dia mandiri.
Namun begitu, dia redha akan pemergian arwah suaminya itu.
Halim, suaminya seorang sangat baran.
Tetapi, tanggungjawap belum pernah diabaikan oleh arwah.
Malah, mereka berkongsi apa sahaja.
Waima, susah dan senang, mereka tetap bersama-sama.
Dahulu, arwah emaknya menghadapi saat-saat sepi begini seorang diri.
Kini, dia pula yang melalui detik ini.
Anak-anak pula, masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal di ibu kota.
Share this novel