Bab 4

Romance Series 2347

Zara Amelia binti Hamdan anak gadis lincah asal dari port dickson merupakan anak pengusaha pastri berjaya dia Negeri Sembilan dan disebabkan itu jugak dia menyambung pelajaran di bidang pastri di Kolej Impiana. Cita-citanya cuma satu untuk meneruskan empayar perniagaan ayah dan ibunya memandangkan abang sulungnya lebih memilih menjadi anggota badan beruniform berbanding duduk di dapur menyiapkan dessert yang enak. Lumrah lelaki mahukan kerja yang kasar berbeza dengan ayahnya yang meminati bidang masakan dari kecil sehingga berjumpa ibunya dan membuka perniagaan yang diberi nama Zara cafe & Bakery.

Kejadian pandan layer cake bermain di minda Zara. Meskipun dia boleh membuat sendiri kek tersebut namun kek dia bakeri tersebut tetap menjadi pujaan hati. Tindakan Ryan Haziq telah menjentik sesuatu di hati kecil Zara. Terharu dengan mamat tiga suku itu malah senyuman dan aksi pantas jejaka tersebut ketika dia hampir terjatuh juga masih bermain di fikiran Zara.

Adakah ini dinamakan cinta? Betul ke semudah ini manusia jatuh cinta?

Adakah Zara Amelia dan Ryan Haziq boleh jatuh cinta?Hanya Allah saja yang tahu.


........................
Hujan lebat membasahi bumi Allah yang indah ini belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Zara masih menunggu di perhentian bas berdekatan rumah sewanya. Kalau bukan sebab motor skuter pink kesayangan dia rosak pasti dia sudah sampai di rumah waktu ini. Jam menunjukkan 8.00 malam namun hujan masih lebat. Bajunya yang berwarna pink namun nipis jika dibasahi hujan pasti menampakkan susuk tubuhnya walaupun malam namun kelibat
manusia masih ramai di situ menyebabkan Zara berasa segan untuk berlari sedangkan jarak rumah sewa dan perhentian bas cuma beberapa meter sahaja.

Baru sahaja dia nekad untuk berlari memandangkan dia bakal terlewat solat maghrib tiba-tiba dia terhenti dengan susuk tubuh di depannya. Dengan payung ditangan dan wajah tampan tanpa riak menyebabkan Zara terkesima seketika.

"Jom aku hantar kau balik,ujar Ryan selamba.

"Tak apa la saya boleh lari lagipun rumah dekat je,balas Zara.

"Jangan degil la budak gula kapas,aku cakap kau dengar je la lagipun hujan lagi ni! Kalau kau taknak aku hantar naik kereta jom jalan kaki,"

Zara tiada pilihan dia terpaksa menurut kata mamat tiga suku tu.

Perjalanan berdua bersama jejaka itu telah membuatkan hatinya tidak keruan. Jarak yanv dekat menyebabkan dia boleh menghidu haruman jejaka tersebut.

"Apasal diam je ni selalu bukan main mulut tu nak membahan,tempelak Ryan.

"Haa mana ada saya sejuk tu yang saya diam.

"Ke awak segan dengan saya Zara Amelia".

Lantas Zara memandang wajah Ryan Haziq.Lidahnya kelu kerana ini kali pertama Ryan membahasakan dirinya 'saya' setelah beraku kau selama ini.

"Aku tahu la aku handsome jangan la pandang aku macam nak makan. Rumah kau kan ni dah pergi la masuk.

"Potong betul Ryan ni aku baru ingat dia dah insaf tadi.

"Terima kasih Ryan".

"Abang Ryan,aku tua dari kau hormat sikit",

"Oppss sorry abang Ryan".

"Dah la aku balik dulu. Bye Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam",ujar Zara tersenyum.

Jejaka itu berlalu pergi namun sempat juga dia menoleh dan melambai Zara sambil tersenyum.

Dia ada lesung pipit rupanya.Ya Allah kenapa indah sungguh ciptaanMu.

Hati Zara berbunga namun tanpa dia sedar rakan serumah yang merupakan rakan-rakan kolej sedang memerhati melalui tingkap rumah dua tingkat itu. Habis la kau Zara polis-polis pencen nak soal siasat kat dalam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience