Chapter : 12

Action Completed 47669

"Adel, kenapa susah sangat nak cari kau sekarang erh. Aku dengar kau dah kawin dengan mamat bodyguard kau. Kau cari pasal dengan aku, aku bunuh bodyguard kau Adel" Adelia bermain main pisau lipat di tangannya

Dia tidak tahu bagaimana dia sanggup untuk khianati kawan baiknya sejak kecil lagi, yang dia tahu dia cemburu dengan kehidupan kawannya itu

Dia seperti di rasuk sesuatu tapi dia tidak tahu. Dia menjadi seorang yang begitu kejam dalam sekelip mata. Dia tidak sanggup membunuh dan mengkhianati kawannya sendiri tapi sesuatu telah mengawal dirinya untuk berbuat demikian

"Adel, aku nak kau tahu aku sayangkan kau,sayang aku bukan FAKE"Adelia menangis teresak esak di tepi katil. Tiada orang yang tahu tentang kehidupan dia ketika waktu malam. Dia akan menyesali dengan apa yang telah dia lalukan. Air matanya sangat murah ketika waktu malam manakala pada waktu pagi dia akan menjadi sangat kejam. Dia tidak tahu apa yang berlaku

Dia turun ke bawah dan masuk ke sebuah bilik kecil. Di dalam bilik itu penuh dengan kenangannya bersama kawannya itu. Dia tidak pernah lupakan itu. Mereka sangat rapat di masa kecil dahulu.

Adelia sebenarnya adalah anak jalanan,kehadiran Shira telah menyelamatkannya dan sanggup untuk berkawan dengannya sehingga umur mereka 18 tahun. Dia telah di culik dan di hantar di UK. Dan bermula dari itu lah dia menjadi seorang yang kasar dan kejam. Kehidupannya menjadi gelap tiada cahaya langsung.

Dia melihat satu per satu gambarnya bersama dengan kawannya. Setitik demi setitik air matanya jatuh apabila melihat gambat gambar itu. Dia tidak sanggup untuk melihatnya lagi,dia menyimpan gambar gambar itu dan meletakkan di tempat asal. Dia keluar dari bilik kecil itu lalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia baring di atas katil dan mula terlelap

Pagi itu seperti biasa,dia akan menjadi sangat kejam. Dia menjadi sombong dan suka menengking orang.

"Aku nak korang semua cari Shira Adeline cepat. Kalau tak aku penggal kepala kau orang semua.
Buat kerja tu elok elok jangan nak main main. Aku benci orang yang tak fokus masa buat kerja. Kau faham tak?!!!"tengking Adelia. Bergema rumah itu

"Faham cik Adelia"sahut anak buahnya dengan nada tinggi juga

"Okey,bagus! Cepat buat kerja"

Mereka semua berlalu dan memulakan kerja mereka. Pagi pagi dah kene tengking. Boleh pecah gegendang rasa rasanya

"Sayang bangun"kejut Razin. Lena betul isterinya tidur. Tiba tiba dia ternampak ada air mata jernih di tubir mata isterinya

"Sayang kenapa ni? Bangun sayang"Razin menggoncang bahu Shira sehingga Shira terbangun dari lena

Shira terus memeluk Razin sambil menangis di dada bidang suaminya itu.

"Sayang mimpikan Adelia, dia datang jumpa sayang dengan da.... darah"kata Shira dengan tangisan yang masih belum berhenti

"Dah,abang ada ni,tu mimpi je mainan tidur. Takde apa apa yang berlaku okey. Abang akan jaga sayang okey"pujuk Razin sambil mengusap rambut isterinya yang mencecah ke punggung.

Shira mengganguk dan kemaskan lagi pelukannya seperti tidak mahu melepaskannya. Badannya berasa terapung

"Jom mandi, biar abang yang mandikan"senyuman nakal menghiasi wajah tampan milik Razin

"Arghhhhhh,abang!!!"jerit Shira sambil memukul lengan suaminya

"Haihh takde kerja budak berdua tu, dulu bukan main gaduh,sekarang?"kata Puan Shafa gembira

Selepas mandi mereka berdua duduk di depan tv sambil menonton cerita sambil berpelukkan,lupa pula mereka berada di kampung

"Ehem ehem,hormat orang single ni"sakat Puan Shafa

"Eh,tokwan meh lah duk sini. Sejak bila tok wan pandai main single single ni? Kalau nak taken cari lah baru " sakat Shira sambil gelak tak ingat dunia

"Haih apa kamu ni gelak macam tu"tegur Puan Shafa

"Eh,hihihihi sorry sorry"

"Daripada layan kamu berdua ni lebih baik tok wan pergi memasak"kata Puan Shafa dan berlalu pergi. Malas melayan cucunya itu boleh naik gila dia nanti jika melayan

"Tok wan nanti Shira cari atok baru tau"usik Shira lagi

"Haishh apa awak ni"

"Hahahahahahaha"

Razin mula termenung. Macam mana lah keadaan Azam dan Shamir sekarang ni. Dah lama tak dengar berita.

Dia juga berfikir siapakah Adelia? Kenapa macam familiar sangat nama tu erh

"Awak menungkan apa? Nak cari isteri baru?"

"Boleh je"balas Razin selamba

PAPP

"Auch, sakit sayang"

"Ha cari lah isteri baru,malam ni tido luar"rajuk Shira dan berlalu ke dapur untuk membantu tok wannya memasak

"Eeee, perempuan selalu macam ni, berangan sikit kata fikir bini lain. Pastu bila orang kata ye tahu pon marah"gumam Razin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience