BAB 14

Horror & Thriller Completed 175

“Bangun!!!!Amook.!!!Bangun!!! Amook!!” Aki Lawi menendang semua
bekas-bekas kaca hingga bertaburan. Marahnya sampai ke kemuncak.
Tangannya masih memegang pinggang yang sakit berbisa akibat tikaman
tadi. Tekadnya kian dalam untuk terus mendapatkan buruannya secepat mungkin.

“Seorang diri tak semestinya tidak berteman!!!” Laungnya lagi. Dia
teringatkan pertanyaan mereka kerana menyangka dia hidup sebatang kara.

Tiba-tiba sahaja ada gegaran kecil di sekitar pondok. Gegaran kecil tadi
kemudiannya menjadi semakin kuat hingga meruntuhkan pangkin hadapan pondok.

“Yang Laut..Kau cari di laut..Yang hutan..kau cari di hutan, dan yang
melata..kau carilah di mana sahaja selagi bumi dipijak....Aku mahu
korban itu di depan mata.” Seru Aki Lawi lagi.

“Bunuh!!bunuh!!bunuh!!!... Antara perkataan yang terngiang di telingan
Aki Lawi. Bunyi yang hanya kedengaran di telinganya sahaja

“Jangan kamu bunuh korban aku…jumpa sahaja, tunggu aku datang....”

“Darah!!darah!!!..Darah..” suara garau beramai-ramai tadi mendesis lagi
di telingannya.

“Darah korban-korban memang habuan kamu..Tapi.. lepas aku hadiahkan
mereka pada ratu dulu”

Angin mulai menghembus kasar. Kedengaran bunyi pokok-pokok dirempuh
berselerakan dan tapi kaki yang berlari dan berjalan. Seolah-olah ada
ribuan kaki yang sedang berlari dan berjalan ke haluan menuruni bukit
sebelum berselerak ke serata arah. Namun satu jasad pun tak kelihatan!.

Aki Lawi menyarungkan kulit buaya yang dijadikan baju. Di kepalanya
tersarung topi mengkuang yang sering digunakannya untuk berburu.
Langkahnya menuju kearah cerun curam yang menghala ke kawasan bandar.
Kalau orang yang dicarinya telah dikesan, khadam yang menjumpainya akan
menjerit memanggil rakan yang lain. Jeritan itu cuma akan berhenti
selepas dia sampai di sana dan meminta makhluk tadi berhenti berbuat begitu.

Amira yang begitu dahaga berlari sebaik nampak paip air di sebatang
jalan. Yang lain pun turut sama ke situ. Masing-masing mahukan air untuk
melampiaskan dahaga mereka.

“aku macam dah tak larat dah nak berjalan. Apa kata kita cari kenderaan
untuk balik ke chalet dulu. Kita makan dan tukar pakaian dulu” Pujuk Hanna.

“Jangan nak memandai. Ikut arahan Nek Lae. Dia kan baru beritahu yang
makhluk-makhluk tu sedang memburu kita. Lambat laun nanti kalau
terjumpa. Reunionlah kita semula kat akhirat sana.” Bantah Iffah.
Hatinya masih belum tenang selagi mereka tidak pulang ke tanah besar.

Kalau diikutkan, mereka yang masih mempunyai telefon, mahu sahaja mereka
menelefon ke orang-orang terdekat untuk mengadu dan meminta bantuan.
namun dihalang Nek Lae. Bahaya! Katanya. Dia bimbang kalau-kalau suara
mereka kalau didengari oleh makhluk-makhluk pemburu akan mengundang bahaya.

“Lekas Hanna. Kau ni nampak macam nak telam paip tu sekali la…dahaga
betul tu” Lutfya masih sempat memerli sahabatnya itu. Cepat-cepat dia
menarik tangan Hana supaya segera mengekori kawan-kawan yang lain.

“Tunduk!!” Nek Lae memberikan arahan secara tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience