BAB 7

Humor Completed 78160

ADAM tak dapat lelapkan mata.Pertama kali dia sebilik dengan perempuan.Tapi bukan sekatil.Aisyah tidur beralaskan toto nipis atas lantai.Siapa yang bagi kalau bukan Adam.Ntah baik pulak hati dia.

Adam intai seketika Aisyah yang nyenyak tidur di hujung berdekatan bilik air sana.Tidur pun pakai tudung.Adam tak boleh tipu bila kali pertama melihat rupa Aisyah tanpa niqab.Terpaku juga dia sekejap.Ingat rupa Aisyah macam perempuan kampung,comot,selekeh dan sebagainya.Tapi yang ni versi lain.Kulit putih bersih kemerahan.Kira sedap mata memandang.Rasa tak puas nak pandang lagi dan lagi.

Hai Adam!kau jangan macam-macam.Ingat pesan mummy tadi.Adam mengingatkan dirinya.

"Adam! jangan nak tergoda dengan dia.Ingat!Julia lagi cantik.Misi Adam nak buat Julia jealous.Bukannya jatuh cinta dengan perempuan tu!"

Adam garu kepala yang tidak gatal.Adam tak kan tergoda lah.Datanglah secantik bidadari pun Adam tetap tak akan terima.Dah mengaku bidadari nampaknya.Hehehe...Adam..Adam...Kita tengok nanti siapa yang tergoda.

Awal subuh Aisyah sudah bangun dan bersiap.Tidak mengambil masa yang lama untuk siapkan beg.Dia bawa pun hanya sebuah beg s
pakaian sahaja.Adam dah bagitahu semalam akan ke rumahnya.Aisyah tidak cakap banyak.Dia ikut saja.Mula Datin Mazni membantah juga tapi bila Dato Rais bertindak masuk campur dia tidak berani membantah.

Tak jauh mana pun.Lebih kurang dua puluh lima minit dah sampai.Aisyah ikut saja apa yang Adam cakap.Sikit pun dia tidak membantah.Rumah Adam di tingkat atas sekali.Mujur lah bangunan tidak tinggi sangat.Gayat juga Aisyah dibuatnya.

"Kau boleh pilih nak bilik yang mana satu.Yang depan tu bilik aku.Jangan berani-berani masuk!"Agak dah Adam masih dengan sikap dingin nya.

"Tuan Adam,saya nak minta izin untuk pergi kerja."

"Kan aku dah cakap kau tak perlu minta izin!Kau buat hal kau,aku buat hal aku.Lantak kau lah nak pergi kerja ke tak nak balik rumah.Aku peduli apa!"Sinis sekali bunyinya.

"Baik Tuan Adam."Sekali lagi Aisyah terkilan.Perkara ini tak terjangkau dek akal Aisyah.Bila Dato Rais sekerasnya tetap mahu jadikan Aisyah menantunya,Aisyah terima.

"Kau tak payah sibuk-sibuk nak masak bagai.Makan minum pakaian aku, tahu lah aku uruskan.Tiap bulan aku akan bagi nafkah zahir dekat kau.Nafkah batin jangan harap!Aku tak ada perasaan pada kau.Jadi jangan nak lebih-lebih."

"Dan satu lagi tentang hal penceraian tu.Aku akan uruskan.Nak tak nak kau kena ikut apa yang aku cakap.Perkahwina kita ni rahsia, hanya keluarga terdekat saja yang tahu.Jadi jangan kau memandai nak iktiraf aku sebagai suami kau.Kita kahwin atas dasar paksaan bukannya suka sama suka.Jadi aku nak ingatkan kau supaya jangan berharap apa-apa dari aku!"

Tu dia setiap bait patah perkataan yang keluar dari mulut Adam bagai peluru berpandu.Tiada ruang untuk Aisyah mencelah mahupun membantah.Ini yang dinamakan sebuah perkahwinan tanpa cinta.Kalau kedua tiada punya perasan mana mungkin boleh bersatu.Aisyah reda andai jodoh dia dan Adam tidak berpanjangan.

"Kau ni bila aku cakap diam saja.Faham ke tak!?Jangan kau nak mengadu dekat baba pulak.Kalau aku dapat tahu..tahu lah nasib kau!"ugut Adam.

"Saya faham Tuan Adam.Rasa nya tak perlu lah tunggu sampai enam bulan.Cukup lah tiga bulan sahaja."Terkeluar juga dari mulut Aisyah.Buat apa nak tunggu sampai enam bulan.Lebih baik tamatkan cepat.Dah tahu orang tak sudi buat apa tunggu lagi.

Terkejut Adam.Tak sangka gadis itu berani bersuara.

"Bijak juga kau ni.Tahu pun orang tak suka.Baik, aku akan cepat kan tempoh.Dalam masa tu pandai-pandai lah kau bawak diri.Terutama depan baba."

Aisyah hanya mengangguk lesu.Dia suami aku isteri.Jangan dia sakiti tubuh aku sudah.Ikut saja lah.Lagi pun tak guna nak pertahankan dah orang tak sudi.Nasib badan lah Aisyah dalam tiga bulan lagi jadi janda lah kau.

"Aku nak ingatkan kau sekali lagi.Pernikahan kita ini adalah rahsia.Jadi jangan kau berani nak umum dekat luar sana.Aku tak nak orang tahu.Nikah senyap cerai pun senyap-senyap."

Tergores juga hati Aisyah.Sampai macam tu sekali Adam mahu menyembunyikan pernikahan mereka.Nampak sangat Aisyah tidak membawa apa-apa makna.Aisyah sebak.Air mata mula bergenang di tubir mata.Dia tahan supaya tidak tertumpah di hadapan Adam.Buat apa dia membazirkan air mata buat seorang lelaki yang tak menghargai wanita yang bergelar isteri.Biarlah dia pendam sendiri.

Masa akad nikah di lafazkan,Aisyah dah berjanji pada diri sendiri akan menerima Adam seadanya.Tidak pula Aisyah terfikir akan dilayan sehingga teruk begini.Baru beberapa hari saja mereka nikah,dah sebut cerai.Malang sungguh nasib Aisyah. Dah la anak yatim piatu kini bakal bergelar janda.Janda berhias pula tu.

Adam dah cakap tak akan sentuh Aisyah.Jadi faham-faham saja lah bila orang tak sudi.Air mata yang di tahan menitis jua ke pipi.Nasib Aisyah dah masuk ke bilik di tingkat bawah.Baik dia mengelak awal dari Adam dari terus simpan perasaan pada lelaki yang tidak mengiktiraf dirinya sebagai isteri.

Kunci rumah yang Adam bagi Aisyah letak di atas meja kecil.Lelaki ini benar-benar tekad tak mahu berkongsi apa pun dengan Aisyah.Aisyah akur jika ini yang sudah tertulis untuknya.

Kalau ada typo harap maaf ya Sakura Leo 19/11/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience