BAB 3

Romance Completed 9878

MATA Izyan Hasna menyorot ke segenap arah. Namun, kelibat Amirah tidak juga kelihatan di mana-mana. Tadi, mereka sudah berjanji untuk bertemu di kawasan meletak kenderaan, tetapi kereta Myvi putih Amirah sudah tiada di petak parkir yang dimaksudkan. Ke mana pula sahabatnya yang seorang itu menghilang?

“Hai, Cik Senah. Cari saya ke?” Tegur suatu suara garau.

Dia cam benar suara tersebut. Suara Abang Coklat! Sepantas kilat dia menoleh ke tepi. Mulutnya ternganga. Matanya hampir tersembul keluar. Apa pula Abang Coklat buat di situ?

Danish tersenyum manis. Dia membuka pembalut coklat di tangannya lalu menyumbat ke mulut Izyan Hasna. Gadis itu hanya terkebil-kebil memandangnya.

“Makan,” suruh Danish.

Seperti dipukau, Izyan Hasna mengunyah coklat itu perlahan-lahan. Matanya masih tidak lepas dari merenung wajah Danish dengan perasaan takjub.

“Saya tahu yang saya ni kacak tapi, tak payahlah tengok sampai macam tu sekali. Nanti saya bawa awak jumpa tok kadi baru tahu!”

“Hah?” Secara refleks, Izyan Hasna memejamkan matanya. Dia menoleh ke tepi. Pipinya sudah merona kemerahan akibat malu ditegur begitu oleh lelaki yang baru dua kali ditemuinya.

“Cik Senah, awak tahu? You’re very interesting! Saya rasa saya dah tersuka pada awaklah,” luah Danish dengan jujurnya.

Terlopong Izyan Hasna tatkala mendengar luahan perasaan paling jujur di dunia itu. Mereka baru dua kali bertemu dan tidak pernah berkenalan secara lebih rapat tetapi, tiba-tiba sahaja lelaki itu menyatakan perasaan suka terhadapnya!

“Awak gila?” Terbit soalan tersebut dari mulutnya.

“Taklah. Saya masih waras. Lagipun, mak awak dan mak saya dah pun bercadang nak jodohkan kita berdua. Cuma tunggu green light daripada saya saja. Mereka kata, kalau saya suka pada awak, mereka nak teruskan rancangan tersebut. Jadi, sekarang, saya dah tersuka pada awak. Kita go on sajalah, ya?”

Kata-kata Danish menampar kuat gegendang telinganya. Perkara tersebut baru pertama kali sampai ke pengetahuannya. Sejak bila pula emaknya bercadang hendak menjodohkan dia dengan lelaki yang masih belum diketahui namanya itu?

“Awak… saya… saya tak salah dengar, kan?”

“Apa yang awak dengar?” Danish membalas dengan soalan.

“Awak dan saya… kita….” Izyan Hasna merapatkan kedua-dua jari telunjuknya.

“Ha, betullah tu. Kita kahwin!”

“Hah? Gila! Kenapa emak saya pandai-pandai nak jodohkan kita berdua pulak? Kita tak pernah kenal pun!”

“Tapi, saya kenal awak. Awak Cik Senah!”

“Eh, awak ni… Kan saya dah cakap, nama saya bukan Senah! Nama saya Izy….”

Danish cepat-cepat memotong, “Ya, saya tahu. Nama awak Izyan Senah!”

“Awak! Kan saya dah cakap….”

“Sudah, sudah. Jom ikut saya!” Danish menarik lengan Izyan Hasna menuju ke keretanya.

“Kita nak ke mana ni? Saya belum hilang rasa terkejut lagi ni.” Izyan Hasna meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pegangan lelaki itu.

“Kita pergi minum dulu. Duduk berbincang. Nanti saya ceritakan pada awak apa yang mak saya dan mak awak dah rancangkan untuk kita berdua.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience