“How are you feeling now Sofi?” menyoal Dato’ Johari kepada Sofia Amelia yang bersandar lesu di katilnya. Badannya rasa letih dan tak bermaya.
“I’m okay daddy.” menjawab perlahan oleh Sofia Amelia. Tekaknya berasa pedih.
“These are the medicines prescribed by our family doctor. Sofi ambil ubat ni lepas makan bubur ye. Mak Ziah tengah masak your favorite bubur daging. In a while she will serve you.” kata Dato’Johari sambil menunjukkan ubat-ubat yang diberi oleh Doktor Lee.
“Mak Ziah! This is another person I hate so much!” gumam Sofia Amelia dalam hati saat mendengar nama itu keluar dari mulut ayahnya. Benci terhadap Mak Ziah membuak-buak.
“Erm, Cik Sofi…” James bersuara. James ingin tahu apa yang berlaku di Bali sebenarnya. Siapa yang culik Sofia Amelia? Apa motif penculik itu sebenarnya?
“Yes uncle?” Sofia Amelia mengalihkan matanya ke arah James yang berdiri di sebelah Dato’Johari.
“Boleh cik Sofi explain apa yang berlaku di Bali?” soal James berhati-hati. Risau kalau Sofia Amelia trauma dengan apa yang berlaku pada dirinya tempoh hari.
Sofia Amelia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dirinya cuba mengawal kemarahan.
“I was on my way to the airport that day. I booked a ticket to Thailand. Sofi nak tenangkan diri. Masa dalam perjalanan ke Sepang, kereta Vios halang kereta Sofi. Dia heret Sofi keluar dan menekup mulut Sofi dengan kain. Sofi pengsan. Masa Sofi sedar, I was in a hotel room.” air matanya bertitis di atas duvet.
“Calm down sayang.” Dato’Johari menenangkan anaknya. Bimbang akan keadaan Sofi yang tak stabil itu.
“Who kidnapped you?” James menyoal lagi. Biar Sofia Amelia menceritakan semuanya daripada pendam semuanya dalam hati. Sofia Amelia dapat berasa tenang apabila dia meluahkan semua yang disimpan dalam hati kepada orang lain.
“Amir.”
“Amir?” Dato’Johari dan James mengerutkan dahi.
“Which Amir?” soal Dato’Johari.
“Amirul Nasruddin bin Dato’Othman.” Sofia Amelia menyebutkan nama penuh lelaki yang dibencinya sepenuh hati.
“Anak Dato’Othman” terkejut Dato’Johari dan James. Mereka berdua saling berpandangan.
“James, we got to go.” arah Dato’Johari. Ingin membincangkan sesuatu dengan James.
“Sofi, makan bubur and ubat. Take enough rest.” Dato’ Johari bangun dan menciumkan dahi anaknya.
*******************
“Assalamualaikum Tia.”
“Waalaikumsalam awak. Awak kat mana?” Wahidah Tiara menjawab salam dan menyoal keberadaan kekasihnya.
“Saya baru je sampai rumah sewa saya.”
“Ye ke? Dah makan? Macam mana aunty, uncle and Tasha? Sihat?”
“Alhamdulillah. Semua sihat Tia.”
“Tia, boleh tak kita jumpa esok?” Iskandar Faiz teringatkan pesanan ayahnya.
Dia ingin berbincang dengan Wahidah Tiara secepat mungkin. Kalau tak, ayahnya akan mendesak Iskandar Faiz. Iskandar Faiz kenal sangat perangai ayahnya. Iskandar Faiz juga sedar ayahnya buat semua demi kebaikan semua pihak.
“Esok? Kenapa awak?” curiga Wahidah Tiara. Jarang Iskandar Faiz ajak Wahidah Tiara untuk berjumpa. Kalau Iskandar Faiz sendiri ajak itu bermaksud ada perkara penting.
“I will tell you tomorrow. Kita kena bincangkan sesuatu yang sangat penting.” nada Iskandar Faiz berbunyi serious.
“Baik. Kalau macam itu kita jumpa pukul 2 petang esok.”
“I will wait at the cafe.” balas Iskandar Faiz.
Dia perlu bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum berbincang dengan Wahidah Tiara. Di sudut hatinya, kuat mengatakan Wahidah Tiara tidak akan bersetuju untuk tunang dalam masa terdekat ini. Tapi, kita tak tahu kalau tak cuba. Harap-harap tuhan akan melembutkan hati Wahidah Tiara bersetuju untuk pertunangannya.
********************
“Cik Sofi.” Mak Ziah mengejutkan Sofia Amelia yang tidur lena. Berasa takut juga kalau dimarah oleh Sofia Amelia.
Sofia Amelia mendengus. Tidur lenanya diganggu oleh orang lain. Matanya dibuka perlahan-lahan. Perasaan marahnya mula menguasai dirinya. Orang yang dibenci berdiri di hadapannya.
“Kau nak apa? Kau ni buta ke? Tak nampak ke orang tidur?” marah Sofia Amelia.
“Ma… maaf… cik… So… Sofi…” gugup Mak Ziah. Matanya memandang lantai. Tidak berani bersemuka dengan anak majikannya.
“Maaf… maaf… ni je ke kau tahu orang tua… tak sedar diri! Menyusahkan orang betul!”
Mak Ziah menelan air liurnya. Cuba bersabar dengan Sofia Amelia. Kalau Mak Ziah menjawab balik, mencetus lah perbalahan antara orang majikan dan kuli.
“Ni bubur daging cik Sofi. Cik Sofi kan kena makan ubat, makan bubur dulu. Makan panas, baru sedap. Kalau dah sejuk, tak sedap nanti. Makan ye” Mak Ziah mengajak anak majikannya untuk menjamu selera.
“Kau ingat apa yang kau masak sedap lah!” mengejek Sofia Amelia. Sofia Amelia memandang mangkuk berisi bubur daging. Namun, menyambut juga mangkuk itu.
“Kau nak aku makan ni ke orang miskin? Aku geli lah.” membebel Sofia Amelia dalam hati.
“Makan ye cik Sofi.” hatinya berasa gembira apabila Sofia Amelia menyambut huluran mangkuk yang dipenuh dengan bubur dagingnya.
Sofia Amelia melemparkan bubur daging yang masih panas itu ke muka Mak Ziah. Mak Ziah yang belum bersedia untuk mengelak itu menjerit akibat kepedihan yang dirasakan di muka.
“Allah!” jerit kuat oleh Mak Ziah. Air matanya meleleh keluar dari tubir mata. Tangannya meraba-raba muka. Matanya dipejam.
“Hei orang miskin! Kau nak sangat aku rasa bubur kau kan! Kau rasalah sekarang. Buka mulut kau! Keluarkan lidah kau dan jilatkan bubur yang kau masak itu! Rasalah! Rasa!” jerkah Sofia Amelia. Jari telunjuknya menunjal kepala Mak Ziah.
“Kau tahu tak bagaimana aku rasa jijik bila aku sentuh kau! Kalau boleh aku tak nak tengok muka kau dalam rumah aku ni! Aku rasa geli lah bila kau dekat dengan aku! Orang miskin macam kau ni layak kerja cleaner je! Sepatutnya bukan awak orang yang sesuai kerja kat sini! Kalau lah chef yang terkenal seperti Chef Wan masak untuk aku, aku makan dengan selera sekali. Ni! Bila aku tengok muka kau je aku nak muntah! Apatah lagi aku makan masakan kau! Eeee!”
Hati seorang yang baik bernama Mak Ziah remuk apabila mendengar hinaan dan cacian Sofia Amelia. Mak Ziah laju keluar dari bilik Sofia Amelia.
Mukanya dibasuh dengan air paipnya. Mukanya berasa perit. Kulit muka dah merah dan mula melencur. Lama-lama sakitnya mula berkurangan tetapi air matanya bergugur tanpa henti. Hinaan Sofia Amelia terdengar di telinga. Hatinya berasa sakit sangat.
“Apa dosa saya pada Sofi? Kenapa dia layan saya macam ni?”
******************
“James, kenapa Amir culik Sofi?” Dato’Johari susah nak percaya yang Amir culik Sofia Amelia.
“Saya pun keliru Dato’. Tak dapat percaya yang Amir sanggup culik Sofi. Kenapa dia buat macam itu?”
“Setahu saya Amir bukan lelaki macam itu. I think we deal with him directly.” Dato’Johari ingin bertanya dengan Amir kenapa dia culik Sofia Amelia.
Dato’Johari tahu yang Amir sayangkan Sofia Amelia sebagai nyawa dia sendiri. Amir bukan lelaki macam itu. Amir lelaki yang baik. Dato’Johari berkenan sangat dengan Amir. Dato’Johari tahu ibu Amir tak membesarkan anaknya begitu. Wajah Datin Rafidah mula diingat kembali oleh Dato’Johari.
“Yes Dato’. Saya pun rasa ni cara yang sesuai untuk kita tahu kenapa Amir buat macam ini.”
******************
“Good morning Sofi. Nak pergi mana ni?” soal Dato’Johari. Sofia Amelia pula bersiap untuk keluar pagi itu.
“Morning daddy. Pergi college.”
“Kan tak sihat. Why are you troubling yourself? Tak payah pergi kolej. Take rest.”
“I’m fine daddy. Pergi kelas lagi best dari hadap muka orang yang Sofi benci.” jawab Sofi perlahan. Matanya dijeling Mak Ziah yang menyusunkan pinggan dan cawan di atas meja makan.
“Watch your mouth Sofi!” tegur Dato’Johari.
Sofia Amelia mencebik. Dia tahu Dato’Johari tak suka kalau Sofia Amelia mengutuk Mak Ziah.
“Sofi nak pergi ke kolej. Assalamualaikum.” Sofi menyalami tangan Dato’Johari.
***************
“Sofi, kau okay tak? Sihat?” Rohani memeluk erat rakan rapatnya.
Sofia Amelia mengangguk dan membalas pelukan Rohani.
“Alhamdulillah. You know Sofi. Uncle was too nervous and restless when you were missing. Kesian uncle.” Christina memberitahu Sofia Amelia bagaimana keadaan Dato’Johari semasa Sofia Amelia menghilangkan dirinya.
“I knew that Christina.” Sofia Amelia berasa sedih apabila mengenangkan keadaan ayahnya sewaktu dia kena culik.
“Leave it girls. Jom. Kita pergi kafe. Aku dah lapar ni.” Sofia Amelia mengajak kawan-kawannya untuk makan di kafeteria.
*****************
“Assalamualaikum awak.” Wahidah Tiara memberi salam kepada Iskandar Faiz.
“Waalaikumsalam.” Iskandar Faiz menutupkan buku yang tengah dibaca. Lama juga dia menunggu untuk kekasihnya.
“Apa ni?” tanya Iskandar Faiz.
“Tabung.” jawab Wahidah Tiara pendek.
“Tabung?”
“Tabung kebajikan. Tia kan member dalam kelab kebajikan. Tia kena mengumpul derma untuk anak-anak yatim. Awak ada dengar tak berita kebakaran rumah anak yatim di Kuala Selangor?”
Iskandar Faiz mengangguk. Minggu lepas Iskandar Faiz ada baca berita mengenai kebakaran rumah anak yatim. Seramai 120 anak yatim tinggal di rumah anak yatim itu.
“So, please donate Mr Iskandar Faiz.” senyum Wahidah Tiara sambil menghulurkan tabungnya.
Iskandar Faiz mengeluarkan dompet dari kocek seluar. Not RM50 dikeluarkan dari dompet dan masuk ke dalam tabungnya.
“Thank you awak. Moga Allah murahkan rezeki awak.”
“Amin.”
“Is, banyak pelajar kat sini. Tia pergi minta donation dulu. After that kita bincang, boleh?”
“Okay.”
Wahidah Tiara menganjak dari meja Iskandar. Menghampiri meja yang diduduki oleh pelajar-pelajar. Ada yang menyumbang. Ada yang tak memberi sumbangan. Wahidah Tiara menghampiri meja Sofia Amelia.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Christina dan Rohani membalas salam. Sofia Amelia pula tidak layan kehadiran Wahidah Tiara di situ.
“Saya minta sedekah untuk anak yatim.” Wahidah Tiara memberitahu tujuannya.
“Oh. Sekejap ye.” Christina dan Rohani menyalurkan amaun yang mereka mampu.
“Cik? Nak sumbang ke?” Wahidah Tiara mengalihkan tabung kebajikan ke arah Sofia Amelia.
“Betul ke kau kumpul duit untuk anak yatim?”
“Ye. Kenapa awak tanya macam itu?” Wahidah Tiara tidak selesa dengan pandangan Sofia Amelia.
“Aku ingatkan duit itu untuk kau.” balas sinis Sofia Amelia.
“Cik. Jangan tuduh boleh tak? Saya minta derma ni dengan hati yang ikhlas. Kalau cik tak ada hati untuk memberi sumbangan tak apa.” Wahidah Tiara naik angin mendengar tuduhan Sofia Amelia.
Sofia Amelia merentap kasar tangan Wahidah Tiara.
“Lepaslah!” jerit Wahidah Tiara.
“Tengok kau tu! Pakaian kau! Meluat aku tengok. Mesti kau ni orang miskin. Siapa tahu? Kau minta derma dengan menggunakan nama anak yatim. Kot...kot… duit itu untuk kau!”
“Sofi! Diam lah!” Rohani cuba menenangkan suasana tegang itu. Pelajar-pelajar mula memerhatikan situasi di sana.
Wahidah Tiara hilang sabar. Dengan pantas satu tamparan diberi kepada Sofia Amelia.
“Kau dengar sini! Walaupun aku ni miskin, aku tolong orang yang memerlukan bantuan. Bukan macam kau! Berlagak tak kena tempat. Orang kaya! Tapi hati busuk!”
Iskandar Faiz terkejut mendengar suara Wahidah Tiara yang tinggi itu. Terus kepalanya dipusing ke belakang. Terperanjat tengok wajah Wahidah Tiara yang garang dan Sofia Amelia memegang pipi kirinya.
“Ya Allah! Apa dah jadi ni?” Iskandar Faiz bergegas kemas meja dan berjalan ke arah kekasihnya.
“ Cik, bawa bertenang.” Christina cuba menenangkan Wahidah Tiara.
“Awak suruh kawan awak yang berlagak bagus jaga mulut dia tu!”
Sofia Amelia terasa dirinya dimalukan. Tangannya mengambil gelas yang diisi dengan air bandung. Disimbah ke muka Wahidah Tiara. Habis basah muka Wahidah Tiara.
“Aku cuba bersabar dengan kau! Kau dah lebih!” Wahidah Tiara mula menyerangi Sofia Amelia.
Iskandar Faiz menarik tangan Wahidah Tiara. Nasib baik Iskandar Faiz menyelamatkan Sofia Amelia dari kena dengan serangan Wahidah Tiara.
“Lepaskan saya Is! I have to teach her a lesson!”
“Come with me Tia.” Iskandar Faiz menarik tangan Wahidah Tiara dan meninggalkan tempat itu. Sempat menjeling Sofia Amelia.
“How dare she is!” merengus Sofia Amelia. Kalau lah Iskandar Faiz tidak menarik Wahidah Tiara, habis lebam muka Wahidah Tiara. Mesti Sofia Amelia membelasah Wahidah Tiara.
Share this novel