BAB 3 Dendam si musuh

Short Story Series 1279

Apabila sampai ke rumah, Dinie terus menceritakan kejadian di sekolah tadi pada ibunya, puan Delima. Setelah Dinie menamatkan ceritanya, puan Delima terus berkata, "nampaknya dia sudah mengetahui kisah itu..." Dinie berasa pelik lalu bertanya, "kisah apa ibu?"

"Begini... Waktu ibu masih belajar di universiti dulu ibu dan puan Batrina ialah kawan baik, tetapi pada suatu hari ibu dan puan batrina telah difitnah oleh seorang manusia yang dianggap sebagai kawan walaupun tak rapat. Dia fitnah kami melakukan vandalism dan kami digantung sewaktu siasatan dijalankan dan pihak universiti mendapati kami memang mangsa fitnah tetapi puan Batrina tetap mahu menyalahkan ibu..."Terang puan Delima sambil menangis teresak-esak. Dinie yang mendengar turut berasa kasihan pada ibunya, dia mengesat air mata puan Delima.

"Jadi itulah yang menyebabkan Balqis suka menyakiti saya." "ohhhh kesian awak, padahal itu bukan salah awak pun."Balas ikha setelah mendengar cerita Dinie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience