Chapter 41

Romance Completed 35261

Pemandangan hijau di hadapan sungguh menenangkan dan menyegarkan jiwa dan minda. Segelintir petani sedang menanam padi. Ismail juga menanam padi di sawah miliknya. Sofia Amelia dan Tasha mengamati keindahan alam semula jadi. Topi petani yang dipakai oleh Sofia Amelia bersaiz besar berbanding dengan saiz mukanya.

“This is my first time being in such a beautiful place.” ujar Sofia Amelia dengan mengipaskan tangan. Matahari mula meningkatkan tahap kepanasan. Titik peluh mula memercik di dahi Sofia Amelia.

“Panas ke kak long?”

“Ye. Dah pukul 11pagi kan. Makin lama makin panas lah tu.” kata Sofia Amelia perlahan.

“Sayang.” dengar suara Iskandar Faiz di sebelah.

“Is, bila sampai?” menyoal Sofia Amelia. Masa Sofia Amelia keluar bersama dengan Tasha, suaminya tiada di rumah.

“Baru je tadi. Nah.” Iskandar Faiz hulur mini fan kepada isterinya.

“Untuk kak long je ke mini fan? Untuk Tasha, along?”

“Kak long tak tahan panas. Nanti dia pengsan.”

“Owh. Ye ke? Kenapa kak long tak bagitahu Tasha? Sorry kak long. Kalau Tasha tahu, Tasha tak paksa kak long untuk turun sawah.” kata Tasha serba-salah. Tasha yang beria-ria paksa Sofia Amelia untuk turun ke sawah.

“It’s okay Tasha. I’m fine. Kalau Tasha tak paksa, I would miss this wonderful place.” balas Sofia Amelia dengan wajah ceria.

Sudah dua minggu Iskandar Faiz dan Sofia Amelia mendirikan rumahtangga. Majlis sebelah Iskandar Faiz berjalan lancar. Pada mulanya Sofia Amelia terasa tidak selesa untuk tinggal di kampung. Namun, selepas dua hari, Sofia Amelia cuba membiasakan diri.

“Sofi, esok kita balik ke KL.” beritahu Iskandar Faiz.

“Kenapa cepat sangat balik along?” mencelah Tasha.

“Lusa along dah nak buka ofis along. Along kena settle kerja sikit.”

“Alah. Tasha tak puas luang masa bersama kak long lah, along. Along je lah balik. Biar kak long tinggal sini seminggu dua, please.” pujuk Tasha separuh merayu.

“Sorry Tasha. Tak boleh.” bantah Iskandar Faiz.

“Awak, kenapa cakap macam ini?” Sofia Amelia terasa hati dengan cara menjawab Iskandar Faiz.

“Kenapa pula? Salah ke apa saya cakap?”

“Bukan salah apa awak cakap cuma cara jawab tu yang salah.” terang Sofia Amelia.

“Tak apa lah. Kak long balik je dengan along. Nanti ada masa, kak long balik kampung, okay?” cakap Tasha. Sejujurnya, Sofia Amelia juga rasa tidak puas hati tinggal di kampung. Baginya seminggu berlalu dengan cepat.

“Insha Allah.” balas Sofia Amelia perlahan.

“Tasha pergi tolong abi dulu.” dengan muka sedih Tasha menghampiri Ismail.

Sofia Amelia menjeling suami yang duduk di sebelah. Riak wajahnya seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiada pun rasa bersalah di wajah Iskandar Faiz.

“Kenapa pula jeling saya macam itu?”

“Why did you reply rude to Tasha?” menyoal Sofia Amelia dalam nada serious.

“Rude? Mana ada?”

“Seriously you didn’t feel it was rude?”

“Nop. Mana ada saya rude, Sofi?” Iskandar Faiz bingung. Fikirkan yang mana Sofia Amelia rujuk sebagai kurang ajar.

“Kenapa awak terus cakap tak boleh bila Tasha suruh tinggalkan saya kat sini? Kesian tahu tak? Terus muka dia berubah. I guess her mood was ruined because of you Iskandar Faiz bin Ismail!” marah Sofia Amelia.

“Hish! Garangnya isteri saya ni. Siap panggilkan nama penuh suami.” kata Iskandar Faiz sambil senyum. Tangannya cubit pipi isterinya.

“Tak payah usik lah, Is.”

“Okay fine. Sayang, I always want you beside me. Tempat isterikan di sisi suami.” bisik Iskandar Faiz.

“Whatever.” geram Sofia Amelia.

“Kalau awak tak nak balik dengan saya, its okay. I will assume you didn’t love me.”

Sofia Amelia terus memaling muka ke arah suaminya. Adakah patut suaminya cakap kalau tak ikut suami, tiada rasa cinta?

“Sofi, honestly I can’t live if you are not with me. Saya janji, saya akan bawa ke kampung bila free.” janji Iskandar Faiz. Tangan Sofia Amelia dalam genggaman Iskandar Faiz.

Hati Sofia Amelia berbunga saat mendengar luahan suaminya. Sofia Amelia selalu berada di sisi Iskandar Faiz. Itulah janji Sofia Amelia.


****************************

“Sofi, dah nak waktu maghrib sekejap lagi. Awak mandi dan bersedia. Kita solat jemaah. Kita tak pernah solat jemaah lagi kan.”

Mereka belum pernah menunaikan solat jemaah walaupun sudah dua minggu digelar sebagai suami isteri. Disebabkan kesibukkan, Iskandar Faiz akan solat sendiri.

“Aduh, aku dah lupa cara ambil wuduk. Macam mana ni? Dah lama aku tinggalkan solat.” gumam Sofia Amelia. Sudah bertahun Sofia Amelia tidak menunaikan solat. Tidak menjalankan kewajipan seorang umat islam. Dengan perasaan malu, Sofia Amelia keluar dari bilik air.

Iskandar Faiz sudah pun bersedia untuk solat maghrib. Menunggu untuk isterinya bersiap untuk solat jemaah.
“Sayang, dah ready? Pakai telekung.” kata Iskandar Faiz dan menunjukkan telekung berwarna putih yang terletak di atas katil kelamin mereka.

“Is, boleh tak saya tanya awak sesuatu?” dengan sedikit berani Sofia Amelia bertanya.

“Apa dia?”

“Boleh tak awak ajar saya cara ambil wuduk?” tanya Sofia Amelia sambil menunduk. Rasa malu dengan diri sendiri.

Iskandar Faiz hanya bertenang. Bibirnya menguntum senyuman manis.

“Sofi, mari saya ajar.” kata lembut dan membawa isterinya ke dalam bilik air. Cara ambil wuduk diajar oleh Iskandar Faiz.

Setelah ambil wuduk, suami isterinya menadah tangan dan mula menunaikan solat maghrib.

“Terima kasih Is. Saya akan memperbaiki diri saya.”kata Sofia Amelia selepas menyalam tangan suaminya.

“Sayang boleh minta tolong kat saya kalau tak tahu caranya. Insha Allah, saya akan mendidik awak. Kita sama-sama belajar sayang.” ujar Iskandar Faiz lembut. Hatinya berasa gembira dengan perubahan isterinya.

“Terima kasih Is. Saya tahu saya banyak kelemahan. Sedikit demi sedikit saya cuba memperbaiki. Please be patience with me, Is.”

“Sayang, I know. You don’t have to worry about it. Saya selalu ada bersama awak.”

“Thank you. Is, haritu awak cakap ada satu permintaan. Apa dia?”

“Nak tahu apa permintaan saya ke?” duga Iskandar Faiz.

“Yes.” Sofia Amelia mengangguk laju.

“Lepas ini, saya nak kita ubah cara panggilan.”

“Ubah cara panggilan?” kerut dahi Sofia Amelia. Kurang jelas dengan permintaan Iskandar Faiz.

“After this, abang akan panggil sayang dengan panggilan sayang. Sayang panggil abang dengan panggilan abang. Boleh kan?”

“A… abang…”

“Kenapa?”

“Tak ada apa lah. Tiba-tiba malu pulak.” senyum Sofia Amelia.

“Lama-lama sayang dah biasalah tu.” dahi Sofia Amelia dicium.

“Terima kasih Ya Allah atas kurniaan suamimu yang tercinta ini.”


****************************

“Assalamualaikkum Othman.”

“Waalaikumusalam Johari.”

“Esok Sofi dan Is balik. Ingatkan nak buat makan malam. Datang tau. Jangan lupa.” Dato’Johari menjemput Dato’ Othman dan sekeluarganya untuk makan malam.

“Baik Johari. Saya akan beritahu Fidah nanti. Sofi macam mana? Okay? Sihat?” sapa Dato’Othman.

“Alhamdulilah sihat. Dia kata suka sangat duduk di kampung. Tenang katanya.” balas Dato’Johari.

“Baik lah tu. Memang betul pun kata Sofi. Memang tenang kalau duduk di kampung. Kalau di bandar, selalu dengar bunyi kereta. Kat kampung, tak lah macam itu.” balas Dato’Othman.

“Betullah itu. Macam mana kerja semua?” tanya Dato’Johari.

Mereka berdua bersembang lama. Sudah bertahun bermusuh. Baru jadi baik. Banyak cerita yang dikongsi malam itu.


************************

“Along jaga diri. Jaga menantu abi elok-elok.” pesan Ismail kepada Iskandar Faiz.

“Baik abi. Along akan jaga Sofi sebaik mungkin.”

“Sofi, jaga diri. Mama nak nasihatkan sikit, dalam hubungan suami isteri akan ada perselisihan faham, gaduh kecil. Masa itu sama-sama mesti bertoleransi. Jangan ikut emosi sangat. Mama nak anak menantu mama selalu bahagia.”

“Sofi akan ingat pesan mama. Sofi cuba sedaya upaya untuk jadi isteri yang baik untuk abang.” balas Sofia Amelia sebak. Hatinya sedih kerana hendak balik ke KL sekejap lagi.

“Abi, mak, kami balik dulu. Takut jammed nanti. Ada masa nanti, kami datang ye.”

Dua bagasi Iskandar Faiz masuk ke dalam bonet kereta. Setelah simpan elok-elok bagasinya, Iskandar Faiz dan Sofia Amelia menyalami tangan orang tuanya. Tasha dan Sofia Amelia berpelukan erat seperti tidak mahu berpisah.

“Jom sayang. Kita gerak sekarang.” bersuara Iskandar Faiz. Dia sedar isterinya tidak sampai hati untuk tinggalkan keluarganya.

“Kami balik dulu mama, papa, Tasha. Assalamualaikum.”

“Bawa kereta elok-elok Is. Dah sampai nanti call abi.” pesan Ismail.

Mereka sekeluarga menunggu di halaman rumahnya sehinggalah kereta Iskandar Faiz meninggalkan pekarangan rumahnya.


*************************

Hakimi dan Kamsiah mengatur langkah keluar dari Mahkamah Majistret. Hiba hati kedua-dua orang tua mengenai nasib anak tunggalnya.

“Kamsiah, dah lah. Jangan nangis lagi. Ini semua balasan Allah bagi perbuatan anak kita. Kita yang bersalah. Kita tak fikirkan pasal anak kita dulu. Kita saling mengutamakan pekerjaan kita sampai lupa didik anak kita.” rintih Hakimi.

“Betul. Macam mana Adam nanti? Macam mana dia nak survive dalam penjara nanti?” hati ibu rasa sangat berat untuk membiarkan anak tunggal masuk penjara.

Adam telah dijatuhkan hukuman selama 6 tahun penjara atas tuduhannya. Semua perbuatan Adam telah dibukti oleh Inspektor Kimmy.

“Biar lah ini jadi pengajaran untuk Adam. Selepas 6 tahun nanti, anak kita akan berubah jadi lebih baik. Percayalah cakap saya.” Hakimi menenangkan isterinya yang nangis teresak-esak.

Apakah gunanya menyesal sekarang? Nasi sudah jadi bubur. Sepatutnya, ibu bapa yang bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Sekiranya anak-anak tidak didik dari kecil, apakah gunanya menyesal apabila anak-anak buat salah yang berat selepas mereka membesar nanti? Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah ibu bapa atau anak?

Maaf semua. Lewat update harini. Selamat membaca. Jangan lupa komen dan rate :) Follow my ig miz.kikki_novelplus jugak ;) Selamat malam :-D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience