Bab. 04

Family Completed 223671

SEBELUM summayah yang sudah tidak bermaya itu terbaring lemah tidak sedarkan disitu. Buatkan Amsyar yang baru saja hendak menciumi dahi isteri barunya itu sedikit terkejut dan semuanya memandang ke arah Summayah yang sudah pengsan disitu.

    "Maya! Bangun maya!.. Ya Allah tolong dia! " Jerit Fatihah sambil mengoncang tubuh summayah yang tidak sedarkan diri itu.

    "Ya allah sayang!,Tihah kenapa dengan summayah?!.  Macam mana dia boleh jatuh pengsan dekat sini?" Soal Amsyar sedikit cemas. sebelum tubuh isterinya itu di angkat dan dibawa pergi dari tempat itu.

Manakala puan salwa dan shuhada mula berpandangan sesama sendiri. Melihat kepergian Amsyar membawa pergi isterinya itu.

Fatihah yang sudah tidak dapat menahan kesabarannya terus saja mengambil langkah mendekati ibu mertua summayah beserta dengan Shuhada yang juga masih berdiri dekat situ.

    "Puas?! Makcik dah cukup puas ke tengok summayah menderita? Atau makcik nak tengok lagi menantu makcik tu mati depan mata makcik, baru makcik nak berhenti siksa dia? "  Jerkah Fatihah pada wanita tua itu didepan semua tetamu yang masih ada disitu. Dia sudah tidak peduli kalau sekarang ni. Dia digelar orang yang tidak beradab ke apa. Sekarang ini apa yang sudah mereka perbuat sangat keterlaluan.

    "Eh kau!, Kau jangan nak datang sini nak buat kecoh melalak dekat sini eh! Kau entah datang dari mana tiba-tiba datang ke majlis pernikahan anak aku dah kenapa? Aku tak jemput kau pun. Ke kau ni jenis orang yang tidak tahu malu? " bentak Puan salwa turut tidak mahu kalah.

    "Eh makcik tua! Kalau bukan disebabkan summayah suruh aku datang sini, aku pun tak ingin lah datang ke tempat neraka macam ni!. Aku pun tak tahulah macam mana summayah tu boleh bertahan tinggal dengan mak mertua puaka macam kau ni!. Tergamak nya makcik tengok menantu makcik merana macam tu demi kepentingan makcik dengan perempuan sondol ni!. " Amarahnya lagi

   "Eh kau jangan nak babitkan menantu aku eh! Dia tak ada kene mengena dengan semua ni! Kau tanya pada kawan kau tu sendiri. Sebab apa suami dia kahwin lagi. Sebab kawan kau tu mandul! Dia tak boleh bagi suami dia anak dan bagi kami cucu! Jadi dia kena lah sedar diri sikit yang dia tu tak sempurna! "

    " perempuan yang makcik cakap tu menantu makcik juga!. Apa makcik ingat dekat dalam dunia ni ada yang sempurna ke? Semua orang ada kekurangan masing-masing. Dan saya rasa makcik pun ada kekurangan. Cuma nasib pada makcik saja tak dapat mak mertua yang spesies makcik! "

    "Eh kau keluar dari rumah aku sekarang! " Halau nya. Dia sudah tidak menahan rasa amarah nya. Berani perempuan itu malukan dia didepan ramai tetamu disitu.

    "Tak payah nak halau aku makcik!, aku pun tak boleh nak duduk lama dekat rumah ni. Rasa panas seluruh badan aku tengok muka orang-orang dalam rumah ni. Munafik!, "

   "Lagi satu aku nak pesan eh makcik, termasuk dengan kau sekali perempuan sondol!. Kifarah Allah tu ada, harini korang tipu, korang hancurkan hati orang, korang musnahkan rumah tangga orang lain, esok lusa orang lain pulak yang akan buat macam tu pada korang! Ingat tu! " Ujar Fatihah sebelum melangkah pergi dari situ. Kesabarannya sudah senipis tisu melihat satu persatu muka mereka.

* * *

      "Sayang.. Tolong bangun.. " Ujar Amsyar sambil mengusap lembut pipi isterinya yang masih belum sedarkan diri itu.

    "Amsyar, papa nak Amsyar bagi dia rehat dulu. Amsyar dengar kan apa yang doktor cakap tadi yang summayah hanya stress yang berlebihan. Amsyar pergilah makan malam dulu.  Shuhada pun dah tunggu Amsyar. " Arah Encik kamarul pada anak lelaki nya.

   "Tak apa papa, Amsyar nak tunggu dekat sini sampai maya bangun. Takkan Amsyar nak biarkan Maya dekat sini sendiri. "

    "Amsyar jangan lupa tanggungjawab Am dengan shuha juga. Dia tu sudah jadi isteri Am, jadi am kena berlaku adil pada dua dua isteri Am. Pergilah makan dulu.. Mama kamu tu pun dah membebel dari tadi tunggu kamu keluar. " Pujuknya lagi. Kalau tak mahu sampai dia sekali kena bebel isterinya itu.

   "Tapi maya belum sedarkan diri lagi pa.. Am risau jadi apa apa pada maya. "

   "Dah kamu jangan risau. Bagi maya rehat. Mungkin dia terlalu penat. " Ujarnya.

Amsyar Hanya mengangguk sebelum kedua mereka berlalu keluar dari situ.

      "Aku tak puas hati betullah.. Entah apa perempuan tu buat sampaikan anak aku pun tunduk je apa yang dia buat. Aku rasa perempuan tu berlakon pengsan je sebab nak dapatkan perhatian suami dia. Kalau ikutkan hati aku ni aku taknak pun perempuan tu ada dalam majlis tu. Menyusahkan betul! Tak pasal-pasal majlis habis cepat disebabkan ulah dia" Bebel Puan salwa lagi bersama menantu nya itu. Dia masih lagi tidak puas hati pada kejadian siang tadi.

    "Dahlah mama.. Shuha tak kisah pun kalau majlis tu habis cepat, yang penting sekarang ni kan shuha dah jadi menantu mama.. Lagipun shuha berterima kasih sangat pada maya sebab mahu berkongsi suami dengan shuha. " Ujar Shuhada seraya tersenyum nipis. Kini hasratnya untuk bersuamikan lelaki itu sudah pun tercapai.

    "Tapi mama takkan berhenti selagi perempuan tu tak pergi dari hidup Am! Kamu tahu kan dia boleh buat apa saja untuk dapatkan perhatian suami dia. Jadi mama perlukan shuha untuk bantu mama.. "

     "Bantu apa mama? " Sampuk Amsyar yang baru Tiba dari situ bersamaan dengan Encik kamarul.

   "Eh Amsyar!..  duduklah! Mama dengan shuha dari tadi tunggu Am untuk makan malam sekali. " Arahnya. Sedikit terkejut dengan kemunculan tiba-tiba anak dan suaminya itu.

    "Mama cakap apa tadi? Am dengar mama nak bantu apa? " Soal Amsyar lagi sebelum melabuhkan punggung nya bersebelahan dengan Shuhada.

    "Takde apalah abang.. Mama nak shuha bantu mama untuk uruskan pasal hari persandingan kita nanti. Sebab kata mama dia tak boleh uruskan sendiri" Balas shuha bagi pihak mak mertuanya itu.

Sedangkan Amsyar hanya mengangguk faham. Sebelum memandang isteri nya itu.

   "Kalau pasal tu, abang rasa lebih baik kita tak perlu nak bersanding. Cukup awak dah sah jadi isteri saya. Dan semuanya sudah selesai. Sebab saya tak mahu kejadian tadi berulang lagi. Abang harap shuha faham apa yang abang cakap. "

    "Am! Mana boleh am batalkan macam tu je! Shuha dah uruskan beberapa urusan persandingan Am dengan shuha! Takkan disebabkan maya jadi macam tu am nak batalkan macam tu je! Am tak pikirkan perasaan Shuhada ke? "  Bantah Puan salwa.

   "Mama.. Shuha tak kisah pun, kalau tu yang abang mahukan shuha ikut je.. Lagipun shuha tak pentingkan itu semua. Yang penting sekarang shuha dengan abang dah jadi suami isteri."  Sampuk Shuhada.

   "So, Shuhada pun dah bersetuju. Dan keputusan Am muktamad. And Am nak mama ikut keputusan Am kali ini. " Ujar Amsyar lagi.

   "Tapi Am!.. "

    "Dah lah Salwa! Ikut kan saja apa yang dimahukan anak kamu tu. Lagipun Am dah ikut dah pun cakap kamu untuk berkahwin dengan Shuhada" potong encik Kamarul.

Sedangkan Puan salwa hanya berdengus geram. Sedikit tidak puas hati. Tak pasal-pasal rancangan nya untuk buat perkahwinan anaknya dengan Shuhada besar-besaran jadi terbatalkan.

Summayah yang tersedar dari pengsan mula mencelikkan matanya perlahan sebelum matanya meliar mencari kelibat suaminya yang tiada di situ.

   "Abang.. " Panggilnya perlahan. Sebelum ingatannya kembali mengingati dimana Suaminya itu sudah pun berkahwin dengan perempuan itu. Buatkan air mata di matanya mula bertakung.

    "Jangan tinggalkan maya bang.. Hiks.. Hikss" esaknya di perbaringannya.

Sebelum pintu bilik itu dikuak dari luar buatkan Summayah terus saja menyeka air matanya sedari suaminya memasuki bilik itu.

    "Sayang dah sedar? " Tanya Amsyar sebaik saja melabuhkan punggung nya diatas katil bersebelahan dengan isterinya.

   "Maafkan abang sebab tak tunggu sayang sedar dulu. " Ucapnya serba salah. Sambil meraih tangan isteri nya itu.

     "Abang cintakan maya? " Persoalan itu tiba-tiba saja menjadi pertanyaannya.

   "Sayang kenapa cakap macam tu. Mestilah abang cintakan sayang.. " Soalnya kembali sedikit pelik dan semakin mengenggam kemas tangan isteri nya itu.

   "Tak ada apa, Maya cuma nak dengar abang ucapkan itu setiap kali abang ada dekat dengan maya. Dengan ucapan itu mampu kuatkan hati maya untuk selalu bersama dengan abang. " 

    "Sayang.. Untuk kesekian kalinya abang cakap yang abang takkan pernah tinggalkan sayang. Cinta abang hanya untuk sayang sorang, dan tiada siapa yang boleh gantikan tempat saya di hati abang. "  Ujarnya sambil mengucup tangan isteri nya itu berulang kali.

    "Tapi abang pun kena ingat, isteri abang bukan hanya ada maya. Tapi abang sudah ada dua tanggungjawab sebagai seorang suami. Maya taknak diperkatakan oleh sesiapa. Disebabkan maya abang jadi lupa tanggungjawab abang pada shuha, "

    "Jadi maya nak abang malam ni teman shuha ye.. Kesian kat dia dah tunggu abang kat bilik tu. Pasal maya abang jangan risau lagi maya dah okey" Arahnya dengan senyuman nipis sebelum mengusap lembut tangan suaminya.

    "Tapi sayang.. Abang taknak tinggalkan sayang sendirian tidur dekat sini. Lagipun abang tak boleh pisah tempat tidur dengan sayang.." Ujar Amsyar menolak apa yang diarahkan isteri nya itu.

    "Abang.. Maya okey jangan risaukan maya. Lagipun abang lupa sebab abang kahwin dengan shuha? Jadi abang pergilah dengan shuha malam ni ye. Kesian dekat dia" Pujuknya lagi.

    "Kalau tu yang sayang mahukan abang akan pergi malam ni pada shuha. Tapi janji dekat abang kalau ada apa-apa sayang bagitau abang tau. Ingat abang ni pun suami sayang"

Summayah hanya mengangguk perlahan. Sebelum mengucup lembut tangan suaminya sebaik saja pegangan dilepaskan.

    "Selamat malam abang. " Ucap maya lembut.

   "Selamat malam sayang..  Jangan tidur lewat sangat" Ucapnya sambil menciumi dahi isterinya itu sebelum berlalu pergi dari dalam bilik itu.

* * *

Shuhada yang baru lepas membersihkan diri sedikit terkejut melihat Suaminya itu sudah berbaring diatas katil di dalam biliknya.

    "Macam mana abang boleh ada dekat dalam ni?. Bukan abang pergi temankan maya ke? " Tanya Shuha pelik.

     "Maya yang suruh abang tidur sini temankan shuha." Jawab Amsyar yang sudah berbaring di atas katil itu. Sempat dia mengerling ke arah Shuhada yang hanya memakai tuala paras lutut itu. Jelas terlihat tubuhnya yang mulus dan gebu itu. Walaupun Shuhada bukan lah seorang gadis muslimah yang mengenakan tudung seperti isterinya.

     "Abang kenapa pandang shuha macam tu? " Tegur Shuhada sedari melihat suaminya itu tidak lari dari memandang ke arah nya Atas bawah.

    "Shuha baru lepas mandi ke?. " Soalnya

     "Haah, shuha rasa badan shuha melekit sikit sebab tu shuha mandi. Maaflah abang kalau shuha ganggu abang. Kalau abang nak tidur abang tidurlah dulu. Shuha nak bersiap kejap. " balasnya sebelum Shuhada menapak ke arah pakaian untuk memakai baju tidur.

Sedangkan Amsyar hanya memandang saja tiap gerak geri dan perilaku isterinya itu tanpa berkedip mata. Tidak tipu lagi perempuan di hadapan nya itu sangat sangat mengoda dirinya sehingga kan dia tidak mampu mengalihkan pandangan nya pada shuhada.

Manakala Shuhada hanya tersenyum manis melihat Suaminya yang memerhatikan nya dari tadi. Sebelum Shuhada cuba melucutkan tuala pada tubuhnya di hadapan lelaki itu. Dan jelas terpampang tubuhnya tanpa seurat benang. Membuatkan Suaminya itu menelan air liur berulang kali.

    "Maaf abang kalau shuha pakai baju depan abang. Lagipun shuha tak biasa tukar baju kat dalam bilik air. Abang tak masalah kan? " Tanya Shuhada sengaja menyentakkan lamunan suaminya.

Amsyar yang sedikit tersentak terus mengalihkan matanya ke arah lain sedari melihat isterinya itu masih dalam keadaan tidak berpakaian sama sekali.

    "Maaf kalau saya.. " Belum sempat Amsyar meneruskan ucapannya. Shuhada terus saja memotong percakapannya dan menapak langkah menghampiri nya.

    "Abang tak perlu minta maaf. Shuha kan isteri abang, dan abang suami shuha. Kenapa perlu minta maaf sedangkan semua yang ada pada shuha sudah jadi milik abang. Jadi abang boleh lihat dan sentuh ikut suka abang. Shuha takkan menolak" Tuturnya lembut dan mula menaiki katil untuk lebih mendekati suaminya itu.

Sedangkan Amsyar hanya diam terkeluh. Sambil matanya yang tidak lari memandang tubuh badan isterinya itu dari jarak yang sangat dekat didepan mata nya. Membuatkan nafsu lelaki nya sedikit terangsang secara tiba-tiba. Bila dimana isterinya itu mula meraih tangannya dan diletakkan pada peha mulus isterinya itu.

Shuhada yang melihat suaminya itu. Hanya terkekeh pelan. Sedari riak wajah suaminya itu begitu kelihatan seperti tidak keruan. Lagi-lagi bila dia sengaja meletakkan tangan suaminya diatas pehanya.

    "Abang okey? Atau abang tak selesa Shuha buat macam ni? Kalau abang tak suka shuha pakai baju dulu.."  Soalnya. Sedari tidak mendapatkan jawapan. Shuhada terus ber ura-ura menuruni katil itu. Sebelum tiba-tiba tangannya ditahan untuk tidak pergi.

   " Shuha nak pergi mana? " Soalnya pelik.

   "Shuha nak pakai baju lah.. Shuha takut abang tak selesa tengok shuha tak berbaju macam ni. "

     "Shuha cantik sangat malam ni, abang nak shuha tak perlu pakai baju depan abang malam ni. Lagipun shuha sendiri cakap   yang shuha takkan menolak? " Ujarnya sedikit Tersekat sekat. Dia pun sudah tidak mampu menahan nafsunya melihat perempuan di hadapan nya itu sangat mengoda nafsu syahwatnya.

Sedangkan Shuhada hanya tersipu malu. Sedari mendapat pujian dari lelaki itu. Akhirnya perancangan nya untuk membuat lelaki itu tergoda dengan nya. Sudah berjaya dan dia sengaja bersihkan diri malam itu hanya untuk bersama dengan suaminya.

   "Shuha kenapa diam? Shuha belum bersedia? " Tegur Amsyar sedari Shuhada hanya diamkan diri tanpa suara.

    "Shuha dah lama bersedia untuk abang. Lagipun shuha milik abang malam ni. Jadi abang boleh buat apa saja pada shuha" Tuturnya lembut. Sebelum Shuhada perlahan lahan menanggalkan pakaian suaminya.

Sedangkan Amsyar hanya membiarkan saja isterinya itu melepaskan satu persatu pakaiannya dan keduanya tanpa seurat benang. Sebelum Amsyar cuba untuk memalapkan lampu. Dan mula membaringkan tubuh isterinya itu untuk membuatkan nya lebih mudah melakukan tanggungjawab nya malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience