Hello, Selamat Malam Semuanya,.
Aku -(Marsha_amzar),
-( terkena sihir atau ilmu hitam )-
ingin berkongsi pada kalian semua,. pengalaman seseorang ,.Bernama
(haikal,dan keluarga nya).
Pengalaman ini agak sedih, namun marsha_amzar harap yang baca dan melihat,status ini.boleh ambil pengajaran daripada pengalaman yang di kongsikan ini.
Fokus dan hayati,agak faham , kejadian ini.
Pada pagi tadi,kira kira jam 10.30 pagi.,
saya menerima mesej daripada seorang lelaki.
Si lelaki itu,kenalkan nama nya sebagai haikal,.
haikal melihat dari Fac dan terbaca cerita dan ambil nombor (marsha amzar),.
kata dia nak kongsikan cerita pada marsha_amzar. Kata dia lagi
Pengalaman nya itu panjang ,
untuk dia luahkan dan cerita kan pada Marsha amzar.
Haikal , beritahu Marsha amzar,.
sebelum ni haikal ada baca status,yang Marsha amzar, update cerita mengenai sihir dan ilmu hitam.
Kata haikal lagi,
"sihir itulah yang dia kena sehinggalah rumah tangga mereka musnah".
Haikal pun ceritakan kepada Marsha amzar , pengalaman nya hingga habis,
Jom baca pengalaman nya,.
Haikal,ini dah setahun bercerai dengan isteri dia. Keluarga yang mereka dirikan juga hanya bertahan dua tahun. Tahun lepas, secara rasmi perkahwinan mereka hancur,.
Kata haikal
"Sepanjang tempoh dua tahun berkahwin itu, mereka tidak dikurniakan walaupun seorang anak". Bahkan," sepanjang dua tahun itu, cuma sekali sahaja mereka “bersama”. Bukan sebab tak nak tetapi sebab
"ada benda gaib yang memainkan peranan di belakang mereka,"
Kata Haikal lagi,
"Baru-baru kahwin itu masih okay lagi. Masih tidak nampak sebarang gangguan". Ketika itu hubungan mereka berdua pun masih rapat".
"Oh ya, bekas isterinya ni sebenarnya anak yatim. Bapanya telah meninggal. Dia tinggal dengan mak serta seorang lagi adiknya"
"Beberapa bulan selepas perkahwinan mereka itu, satu kejadian telah berlaku dan kejadian"
"Inilah yang menjadi titik tolak rumah tangga mereka terkena sihir pemisah",
Ada satu malam ketika, haikal buat kerja lebih masa,.
Masa haikal dalam perjalanan balik tu,haikal rasa, asyik rasa tak sedap hati., Rasa macam ada benda ikut haikal, sepanjang dalam perjalanan.
Namun, Haikal buat tak kisah je. Haikal tetap juga memandu kereta sehingga sampai ke rumah.
Sesampai haikal di rumah, isteri dia dah pun tidur. Memang selalu kalau malam haikal kerja lebih masa, macam itu.
Isteri Haikal akan tidur dahulu sebab Haikal balik lewat. Ketika itu Haikal perasan ada seekor kepupu pada dinding rumahnya.
Warna kepupu tersebut agak pelik. Warna putih pekat (macam warna air mani). Dan lagi pelik entah kenapa haikal rasa tertarik sangat tengok kepupu itu.
Haikal pun siap mendekati kepupu tu lagi untuk tengok.
Haikal turut menyentuh sayap kepupu tersebut beberapa kali.
Namun, kepupu tu tak gerak sikit pun.
Selepas itu, Haikal terus masuk bilik tidur sebab terlalu letih. Haikal pun menghiraukan kepupu itu.
Keesokan paginya,
Haikal itu terperanjat apabila melihat kepupu semalam tu berada di atas lantai dan keseluruhan badannya bertukar hitam seperti rentung akibat dibakar.
Haikal pun tanyalah isterinya
"kenapa jadi macam tu?
Isterinya
garu kepala lah." Mana lah nak tahu. Dia tak pernah nampak pun kepupu tu."jawap isterinya.
Awal mula kejadian sihir,
itulah permulaan kepada sihir pemisah yang telah berjaya masuk dalam kehidupan
,.mereka berdua.
Katanya haikal lagi
" selang beberapa hari sje selepas kejadian itu, badan haikal rasa tak sedap. Macam nak demam. Haikal sangka sebab letih bekerja jadi tak syak apa-apa lagi".
Tapi yang pelik,
"entah kenapa mood haikal tiba-tiba je jadi “meluap”. Asyik nak marah je.
Namun, haikal jadi meluap hanya dengan isterinya sahaja.
Kalau keluar lepak dengan kawan-kawan pada waktu malam okay saja.
Kalau ada bini haikal, Haikal nya asyik nak tengking je.
Kadang-kadang haika tak tahu pun sebab apa haikal tengking , walaupun isterinya itu tak ada lakukan apa-apa kesalahan pun.
Isterinya itu pula yang selalunya jenis lembut tiba-tiba sahaja jadi panas juga. Isteri nya akan melawan kalau dimarahi.
Kiranya memang sering berlaku pergaduhan antara mereka berdua.Itu baru bab gaduh. Lebih perit lagi ketika berhubungan suami isteri.
Ketika baru je bersetubuh,
Haikal tu dapat rasa ada yang tak kena. Rasa isteri dia tu “luas” lain macam.
Padahal mereka baru sekali sahaja bersetubuh sebelum ini dan sewaktu bersetubuh sebelum ini, haikal tak rasa macam itu pun.
Haikal tu masih rileks.
Haikal tak fikir negatif pada isterinya dan Haikal pun tak tanya apa-apa sebab takut hilang mood mereka nanti.
Haikal pun teruskan bersama. Malangnya, sewaktu nak klimaks tu tiba-tiba sahaja mood Haikal,hilang sampaikan Haikal terhenti perbuatannya itu.
Isterinya pun apa lagi, marahlah.
Haikal cakap perasaan masa tu pelik sangat. Daripada tengah nafsu memuncak, tiba-tiba saja hilang.
Haikal terbaring terus masa itu padahal belum “selesai” lagi.
Maka, gaduh besar lah haikal itu dengan isterinya.
Masalahnya, bukan sekali.
Setiap kali mereka berasmara, perkara yang sama akan terjadi iaitu tak sampai pada klimaks sehinggakan kedua-dua mereka dah tak ada mood untuk seks.
Perkara ini berlanjutan sampailah Haikal tu terpaksa tidur di ruang tamu.
Haikal, mengaku kesalah dia iaitu memandang remeh perkara ni. Memang haika tak ada ikhtiar apa-apa pun masa tu.
Hal ini demikian kerana haikal cuma menganggap perkara yang terjadi itu disebabkan kesihatan dirinya.
Jadi, haikal buat tak kisah. Pergi jumpa doktor pun tidak, apatah lagi nak jumpa pengamal perubatan Islam.
Keadaan berlarutan macam tu sampaikan Haikal,
Itu cakap Haikal hanya menyentuh isterinya ketika nak pergi kerja.
Isterinya salam dan cium tangan Haikal. Itu sahajalah sentuhan mereka.
Tidak ada lagi ciuman, pelukan apatah lagi bersetubuh.
Kata Haikal memang tiada mood langsung.
Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka juga diganggu ketika menunaikan ibadat.
Jika sebelum ini mereka berdua selalu berjemaah ketika solat tetapi kini dah tak jemaah.
Solat asing-asing je.
Lebih menyeramkan, ketika sujud dalam solat, Haikal ni rasa ada sesuatu yang berat sedang duduk atas leher Haikal. Berat sangat. Nak angkat pun tak boleh. Rasa seperti lehernya itu seakan patah.
Isteri pun rasa benda yang sama.
Tidur malam mereka pun tak lena. Baru je mata nak lelap, tiba-tiba rasa seperti makhluk besar berbulu hitam, datang menerkam ke arah mereka. Maka,
terjagalah mereka daripada tidur dalam keadaan sangat terperanjat seperti nak gugur jantung.
Melihatkan gangguan sebegitu yang terus berlarutan, akhirnya,
Haikal pun ambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang pengamal spiritual dengan harapan masalahnya dapat diselesaikan.
Haikal ni pun pergilah dengan isterinya sekali.
Pengamal spiritual, " cakap sihir pemisah yang dikenakan terhadap mereka berdua sudahpun di level teruk"
Pengamal spiritual juga memarahi "mereka sebab tak datang berubat awal-awal"
Dua tiga hari selepas pengamal spiritual tu datang bersihkan rumah mereka, ,
kedua-dua mereka dapat hidup tenang tanpa gangguan, Namun, tidak lama.
Lebih kurang seminggu sahaja lepas itu, mereka diganggu lagi. Malah, gangguan kali ini lagi teruk.
Bukan sekadar diganggu sahaja,
Haikal turut terkena penyakit misteri ketika itu. Kulitnya tiba-tiba sahaja ditumbuhi biji-biji seperti campak pada seluruh badan. Gatal sangat-sangat. Apabila digaru, lukalah tubuhnya.
Haikal pergi ke klinik tetapi doktor tak dapat nak diagnos penyakitnya itu. Kemudian,
Haikal, ini pun pergi berjumpa dengan pengamal spiritual,.yang dia jumpa sebelum ini.
Alhamdulilah berkat doa serta usaha pengamal spiritual sembuh sekejap sakit misterinya itu.
Namun, itu sementara je.
Lepas itu, jadi semula penyakit kulit misteri itu. Hubungan haikal dengan isteri juga bertambah buruk hari demi hari.
Asyik bergaduh sahaja siang dan malam sampaikan satu tahap tak bertegur sapa langsung.
Bayangkan sepanjang hari tak berkomunikasi pun walaupun sepatah perkataan.
Akhirnya setelah berbincang, mereka berdua mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka kerana tidak tahan lagi menanggung azab sihir pemisah,. yang dikenakan terhadap mereka berdua itu.
Seperti main-main, sebaik sahaja mereka bercerai,
penyakit kulit misteri yang dialami Haikal tu sembuh sepenuhnya.
Menangis sampai terduduk haikal. tu mengenangkan runtuhnya rumah tangga yang mereka bina selama dua tahun.
Walaupun macam sekejap, namun telah banyak yang mereka lalui bersama tetapi akhrinya terpaksa berpisah jua.
Pada awalnya, memanglah haikal tu sangka orang luar (yang bukan ada kaitan dengan mereka) yang bertanggunjawab membuat sihir ini.
Awal tu haikal., sangka ada lelaki lain yang hantar sihir ini sebab suka isteri Haikal.
Rupanya Haikal salah.
Akhirnya baru Haikal tahu bahawa sihir ini dihantar oleh bapa saudara bekas isterinya itu.
Bapa saudara belah ayah bekas isteri dia tu. Tujuannya adalah bapa saudara tu nak bolot harta arwah ayah bekas isteri haikal ni.
Dia risau harta tersebut akan jatuh ke tangan haikal ini.
Begitulah manusia. Disebabkan tamak harta dunia sehingga sanggup merobohkan “masjid” yang telah dibina oleh orang lain.
Haikal tu juga ada pesan buat semua pasangan di luar sana,
Di akhir perbualan Marsha _amzar dengan haikal,.
Haikal berpesan,.hati-hatilah sentiasa. Akan ada mata yang tidak berpuas hati dan menunggu masa untuk lihat kehancuran kita.
Setelah itu,. Marsha_amzar meminta izin untuk kongsikan pengalaman nya kepada kawan atau orang lain,. tentang pengalaman nya.
Haikal berkata "dia mengizinkan pengalaman nya,untuk dikongsi kan"
Lepas itu tamatlah perbualan.kami berdua..
Pesan marsha_amzar
Maka beringatlah selalu,
. Apa pun( Marsha amzar) doakan Allah beri kekuatan kepada haikal dan semua yang berlaku ini pasti ada hikmah di sebaliknya.
Semoga haikal itu kuat dan sentiasa berada dalam keberkatan Allah. Amin.
#fypp #fyp #tiktoker #tiktok #youtuber #youtube #novel #cerita #ceritaseram
#ceritaSeram sihir pemisah dari Malaysia, penulis nya marsha_amzar.
Share this novel