Bab 4

Romance Completed 487605

Dengan badan yang lemah dan longlai, Melissa berusaha untuk melangkah, dengan perlahan dia menepis tangan Fahri yang masih memegang tangannya. Dia berusaha mencapai tas tangannya yang sudah terjatuh, beberapa kali dia cuba mengambilnya, tetapi tangannya seperti lembik, tidak ada langsung kekuatan melekat pada tangannya.

“Maaf abang, izinkan saya keluar daripada rumah ini, keadaan takkan sama macam dulu, saya sedar status saya di dalam rumah ini, saya sedar diri,” dalam teresak esak dan juga tersekat sekat, Melissa berjaya menghabiskan percakapan nya. Dia tahu apa yang perlu dia buat, buat masa ini, dia takkan menarik rambut sesiapa, tidak juga menjerit atau membalingkan barang.

Apa yang perlu dibuat adalah sedar diri, sedar akan statusnya di mata penghuni rumah ini.

“No No, Iman tak perlu buat begitu, abang takkan izinkan. Langkah mayat abang dulu kalau Iman berniat nak tinggalkan abang. Please Iman, jangan dengar cakap Bonda, abang ada jawapan untuk semua soalan Iman,” Fahri melutut, dia menghalang kaki Melissa untuk melangkah.

Dia betul betul rasa lemah, rasa bersalah pada isterinya, rasa kerdil di mata isterinya.

“Abang tolong ketepi, jangan halang jalan saya. Abang nak saya percaya yang Bonda paksa abang kahwin, Bonda yang hasut abang untuk buat semuanya. Tetapi apa yang saya dengar semasa abang dalam bilik tadi buat saya percaya, itu adalah keputusan abang,” Melissa menyapu airmata dengan jarinya, dia perlu menyapu airmata supaya matanya tidak berbalam.

“Please sayang, listen to me first, abang boleh terangkan pada Iman satu persatu, Iman boleh tinggalkan abang selepas abang terangkan kesemuanya,” Fahri masih lagi melutut, dia juga teresak esak melihat wajah kesakitan isterinya.

Fahri sangat berharap isterinya memberi peluang untuk dirinya menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, dia perlu memberitahu cerita dari sisi dirinya sebagai suami.

“No need abang, saya anak tidak sah taraf, tak cantik, gemuk dan tidak sesuai dengan abang. Apa yang Bonda kata tu betul, abang perlukan seorang isteri yang datang dari keturunan baik baik, cantik, sihat untuk melahirkan zuriat abang. Saya tidak ada semua tu, saya tidak cantik, saya gemuk, abang tak dengar ke apa yang Bonda cakap tadi,”

“Kalau saya dengar cerita abang pun, keadaan tidak akan berubah kan? Jadi tiada jalan lagi abang, jalan cerita kita perlu tamat di sini. Abang izinkan saya pergi, Insyaallah ada rezeki Allah beri, kita boleh berjumpa lagi. Saya maafkan kesemuanya, saya juga minta maaf untuk semua salah saya, khilaf saya,” Melissa berjaya mengayunkan kakinya ke pintu, dia perlu pergi.

Tetapi Melissa memusingkan badanya kebelakang sekali lagi.

“Abang tak pernah cakap saya perlu jaga Bonda, kalaulah abang cakap dulu, saya sudi untuk menjaga Bonda. Abang juga tidak pernah cakap yang saya perlu ada di rumah, kerana abang sendiri carikan saya kerja, abang yang beria ria mahu saya punya kerjaya, kalau lah saya tahu,” Melissa berhenti apabila Fahri menghalangnya daripada membuka pintu.

“Iman, tidur sini dulu untuk malam ini, dah malam sangat ni, atau abang hantar Iman balik, esok abang balik sini semula,” Fahri ingin mencapai tas tangan isterinya, untuk dia bersama sama isterinya ke pintu.

“Bonda, saya balik dulu, saya nak minta tolong Bonda, tolong beritahu abang Fahri, saya perlu balik ke rumah saya. Abang Fahri tidak perlu berpura pura sayangkan saya, Abang Fahri tidak perlu berpura pura menangis. Saya faham semua perkataan Bonda tadi. Maafkan semua silap saya semasa menjadi menantu Bonda, Assalamualaikum,”

Melissa menarik tas tangannya apabila Bonda mertuanya menjengkul wajahnya di muka pintu biliknya.

Zainab menarik tangan anaknya, apabila melihat anaknya menangis tersedu sedu. Dia menarik anaknya ke dalam pelukannya. Rapi dan kemas.

“Abang, baju saya tu saya izinkan abang buang, kalau tidak, abang kasi kepada mak leha, minta dia sedekah kepada sesiapa,”

Melissa membuka pintu dan berlalu pergi.

Dia masih mendengar jeritan daripada suaminya. Jelas dan terang panggilan suaminya.

“Iman, stop there, abang ikut Iman balik PJ,”

“Iman, tunggu abang dulu,”

Melissa berlari lari anak ke pagar rumah dan seterusnya ke keretanya. Dia masih tercungap cungap kerana badannya yang berat membataskan kelajuannya.

Apabila dia berjaya ke kereta, dia terus mengunci pintu kereta, dia tidak lagi mahu sesiapa yang menjadi penghuni kedua di dalam keretanya.

“Iman, bukak pintu, abang ikut, please sayang, open the door,” ketukan yang kuat itu mengejutkan Melissa yang sedang menukar mood kereta ke “road”.

Kali ini dia tidak memandang Fahri, dia sudah berjuraian airmata, dia tidak lagi mahu ada apa apa perbincangan dengan Fahri, cukuplah..

Dia menggerakkan keretanya perlahan, dan terus menekan laju, dan kereta Honda CRV hadiah dari suaminya bergerak ke depan. Dia tidak lagi memandang cermin kereta untuk melihat belakang, dia juga memekakkan telinga untuk tidak mendengar pekikan Fahri.

Cukuplah..

Dia sedar diri..

Selamat tinggal suami, ada ketika Allah memberi ujian, ujian yang maha dahsyat. Ujian yang membuatkan dia lemah, selemah lemahnya.

Fahri melihat kereta isterinya pergi, dia berlari untuk mengejar tetapi kelajuannya itu tidak mungkin mengupayakan dia mencapai kereta itu.

Fahri terduduk, dia tidak pernah terfikir begini pengakhiran kepada rumahtangga mereka. Di sudah punya rancangan untuk memberitahu isterinya pada hari minggu ini, tetapi isterinya mendahuluinya.

Fahri menangis semahu mahunya, dia mengurut dadanya, sakitnya dia apabila melihat airmata isterinya, sakitnya dia apabila melihat lemah isterinya, dia yang bersalah, kerana terlalu mengikut perkataan Bondanya.

“Masuk Fahri, tak malu ke orang dengar kamu menangis, isteri kamu yang mengandung itu ada di dalam, kenapa nak mengejar isteri gemuk kamu tu, isteri yang tidak berguna langsung,” Fahri mendengar suara Bondannya.

Fahri memandang wanita yang melahirkan dengan jiwa yang penuh membara.

5 tahun dulu wanita itu sangat membanggakan menantunya, semua kebahagian adalah untuk menantunya.

“Bonda lupa, kalau takde Iman, mungkin Bonda tak hidup sampai sekarang,” Fahri bangun dan berjalan terus ke dalam rumah. Dia perlu mengambil kunci kereta dan pergi mendapatkan isterinya.

“Fahri tak akan balik rumah selagi tidak dapat kemaafan Iman. Fahri nak Bonda tahu, Fahri akan pilih Iman daripada sesiapa pun. Bonda tak berhak halau isteri Fahri,” sambil menangis, dia melintasi Bondanya yang masih di luar rumah.

Dia tahu dia berkurang ajar, tetapi dia sudah tidak berdaya, dia hampir lumpuh melihat isterinya pergi dengan tangisan yang menggila.

“Bonda ini bukan pilihan, kamu tidak boleh memilih antara Bonda dan Iman. Pilihan kamu adalah bonda. Jangan jadi bodoh Fahri,” Wanita itu masih berdiri di situ, tidak berganjak.

“Bonda akan bayar harga pengorbanan yang Iman beri pada Bonda, jadi kamu boleh ceraikan dia. Bonda kasi masa utuk kamu sebulan, ceraikan isteri kamu, kalau tidak kamu tidak akan melihat Bonda lagi,” wanita itu masuk ke rumah, dia tahu perkataannya didengar oleh anaknya.

Fahri mendengar, kini dia tidak lagi peduli.

***********************************

Melissa melepasi tol Nilai, dia sudah masuk ke Highway Pantai Barat, dalam 45 minit akan sampai ke PJ. Dia masih menggigil memegang steering kereta, tapi dia gagahkan diri untuk terus memandu, sesekali dia tidak akan
berhenti.

Dia masih teringat desakan nafas Fahri ketika berhubungan intim, pasti suaminya mendapat kepuasan yang luar biasa dengan isteri barunya. Selama 3 bulan ini, dia tidak nampak perubahan suaminya, hubungan kelaminnya juga seperti biasa, layanan katil juga seperti biasa, malah setiap hari suaminya menghubunginya, mengucapkan cinta dan sayang tanpa pernah jemu.

“Allahuakbar, aku di uji Ya Allah, pasti ada khilaf aku di mana mana, ampunkan aku Ya Allah,” airmata kembali menutup matanya, lejun dengan air matanya.

Melihat wanita yang bergelar isteri baru Fahri, sangat layak berdiri di samping seorang doktor yang serba sempurna.

Dia masih ingat baju tidur Sarah, sangat seksi dengan seluar pendek dan baju yang menampak aset yang menjadi idaman semua orang. Dia sedar diri, badannya yang gemuk, tidak mungkin dia dapat berbaju seksi seperti Sarah.

~Aku kalah dengan dia, Bonda betul, aku tidak layak untuk Fahri~ jerit Melissa di dalam hatinya, hatinya yang sudah membengkak sedari tadi.

Tangannya mengusap airmatanya yang mengalir tanpa henti, kali
ini bukan hatinya yang rapuh tetapi hatinya sudah cukup menggeletar.

Teleponnya berbunyi, panggilan yang masuk itu sedari tadi, malah sudah puluhan kali, tapi dia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Jiwanya sudah sangat lemah, dia tidak lagi mampu berfikir, dia tidak faham tentang Fahri, apa lagi yang dia mahu, dia sepatutnya bersorak gembira kerana isterinya dengan rela hati mengundurkan diri. Dia perlu beryukur kerana Melissa tidak mengamuk di rumah Bondanya, tidak juga menyimpah air ke wajah wanita itu.

Sedang dia berada di highways dengan kelajuan 110km/sejam, dia melihat lori di hadapan menaikkan lampu tinggi, dan dia tidak nampak apa apa di hadapan.

Dan bunyi dentuman itu membuatkan keretanya berpusaing beberapa kali dan semuanya sudah terlambat

BERSAMBUNG

~Dalam hidup wanita, pasti ada yang sedang membuat pilihan, samada untuk mengambil hak orang atau menunggu si bujang masuk meminang. Kalau perlu pilih, janganlah mengambil bahagia orang lain, kerana bahagia kita di atas airmata orang lain tidak akan pernah kekal. Kalaupun kita bahagia kini, ingatlah tentang dunia yang berpusing, akan ada hari kita akan merasa apa itu kesakitan di tinggalkan~ Cik Syid

Share this novel

Anggerik818
2023-11-14 15:57:55 

terasa sama beban perasaan Iman

Furball
2023-08-13 23:39:28 

@7t , ⁵¹qq

Siti Meriam Yaacob
2023-07-29 15:58:22 

dah beli coin tapi tak dapat baca. macam mane ye


NovelPlus Premium

The best ads free experience