Chapter 1

Family Completed 11174

" Oi Miera! Bangunlah. Dah nak tengahari ni, kau takde class ke? " tanya Tengku Haniez.

" Alaa, kau ni. Kacaulah. Jap lagi aku pergilah class. Aku punya class pukul 11.30 pagi. Kejap lagi aku pergilah. " jawab Tengku Amiera.

" 11.30 pagi class kau? Woi ni dah pukul 11.45 kau tahu tak " balas Tengku Haniez sambil melihat jam di tangannya.

" What?! Dah pukul 11.45. Apasal kau tak kejut aku awal awal? " Tengku Amiera terus bangun dari tidurnya.

" Ewah! Kau ingat aku kuli kau. Orang gaji kau nak kena kejut kau hari hari " balas Tengku Haniez.

" Aduh. Dah lambat ni. Nanti mesti Prof marah. " kata Tengku Amiera.

" Dari kau mengarut kat sini, kau pergi mandi sekarang. Bagitahu kat prof kau sebab kau datang lambat. " ujar Tengku Haniez.

" Ha yela yela. Aku gi mandi " ikut Tengku Amiera.

*** Pilot VS Doktor ***

" Haniez " panggil Puan Sri Zariana.

" Ye, bonda " sahut Tengku Haniez.

" Amiera mana? Dah bangun? Ada class tak? " soal Puan Sri Zariana bertubi tubi.

" Miera dah bangun. Dia pergi mandi. Dia ada class tapi dia lambat.

" jawab Tengku Haniez pun bertubi tubi.

" Apa? Lambat masuk class? Class dia pukul berapa? " soal Puan Sri Zariana lagi.

" Ye bonda. Class dia pukul 11.30 tapi sekarang cuba tengok pukul berapa " jawab Tengku Haniez.

" Pukul 11.50 . Ya Allah lambatnya budak ni " ujar Puan Sri Zariana.

" Tulah bonda. Dia tengah mandi tu " kata Tengku Haniez pula.

" Morning bonda " tiba tiba Tengku Iezzudin dan Nur Marlia muncul di dapur. " Morning Along, Lia " balas Puan Sri Zariana.

" Good morning along and kak Lia" ujar Tengku Haniez pula.

" Aduh! Dah lambat ni. Bonda, along, kak Lia, Niez, Miera pergi dulu eh. Dah lambat betul ni " Tengku Amiera secara tiba tiba meluru naik tangga ke dapur dan mengambil sekeping roti sandwich lalu turun semula ke pintu ruang tamu.

" Rizwan! cepatlah. Akak dah lambat ni! " jerit Tengku Amiera sambil menyarung kasut tingginya.

" Kak, Riz dah lama tunggu kat atas motor ni. Tunggu akak lama sangat. Semalam kata pukul 11.30. Ni nak dekat kul 12 dah ni. Lamanya. " balas Tengku Rizwan.

" Alah. Bukannya sengaja lambat " balas Tengku Amiera semula.

" Tu pun nasib baik Kak Haniez kejut. Kalau tak, tak pergi class lah akak " kata Tengku Rizwan lagi.

" Dah, kau jangan nak membebel kat sini. Hantar akak cepat " arah Tengku Amiera.

" Ambik lesen lah kak. Lecehlah jadi driver " rungut Tengku Rizwan.

" Nanti nantilah akak fikir. Dah lah. Dah lambat ni " kata Tengku Amiera.

" Ha yelaa. yelaa. Jom " Tengku Rizwan mengalah.

Tengku Amiera memanjat motor Tengku Rizwan manakala Tengku Rizwan menghidupkan enjin motor. Tengku Rizwan tidak berani memecut kerana membawa kakaknya Tengku Amiera.

" Oi! kau ni lembaplah Riz. Cepatlah, aku dah lambat ni tau! " arah Tengku Amiera.

" Ishh! Dah lah tumpang orang. Suka suka hati je kata orang lembap " rengus Tengku Rizwan di dalam hati. Dia pun memecut laju menuju ke jalan utama untuk ke Universiti Malaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience