Rate

BAB 3

Humor Completed 758

*SEKELIP* mata berubah. Memang aku tidak menduganya. Tania berhenti
kerja. Tapi ada penggantinya. Nourul Ain. Cantik dan indah namanya
seperti tuan empunya namanya. Mungkin dialah jodohku. Jodoh yang Tuhan
tentukan untukku. Dia sama sepertiku. Berisi dan banyak lemak. Yang
penting dia comel.

Kehadirannya merawat duka atas kekecewaan lalu. Kecewa dengan sikap
orang tua Tania . Tapi tidak mengapa. Nourul Ain ada di depan mata.
Sekali dia senyum, jantung aku berdebar-debar. Dia selalu bagi semangat.
Dia berikan aku

keyakinan. Mulai detik itu aku jadi tabah. Tabah dengan sokongan Nourul
yang amat aku kagumi.

Cinta kolesterol antara aku dan dirinya. Sekuntum bunga mekar di taman
hati. Semakin lama semakin berseri-seri. Akhirnya aku berumah tangga
juga. Keluarga Nourul menerima aku seadanya. Bukan kerana anaknya juga
gemuk tapi kerana dia yakin dengan ketentuan ILAHI berkenaan jodoh.

Kini sudah empat tahun aku mendirikan mahligai indah bersama Norul dan
dikurniakan seorang cahaya mata. Haqim Najmi namanya diberi. Comel anak
sulungku ini. Kehadiran cahaya mata ini, rezeki yang Tuhan beri melimpah
ruah. Aku menadah tangan penuh kesyukuran ke Hadrat ILAHI.

Nourul yang berada di depan aku sekarang bukan Nourul yang seperti dulu.
Dia kini langsing dan cantik. Aku cukup bahagia kerana dia menjaga
penampilannya untuk si suami sepertiku. Dia nekad untuk menjadi yang
terbaik untuk aku. Aku tidak minta dia berdiet tapi dia mahu. Aku
bertuah kerana isteriku yang solehah ini menjaga aku dengan baik sekali.
Aku tidak akan pernah mengabaikan tanggungjawab aku sebagai suaminya.

“Syukur seorang isteri terletak pada tapak kaki suami,” ucap Nourul.

Aku terus mengusap lembut rambutnya yang lurus itu. Pipinya yang gebu
dan bulu matanya yang lentik memukau pandanganku. Isteriku memang arif
tentang agama. Malah dialah Muslimah yang aku cari selama ini. Dialah
jodohku.

Dengan lembut aku mengucup dahi si isteri sambil diperhatikan Haqim Najmi.

“Abang ni, depan anak pun buat macam tu,”

“Kasih sayang…” balasku.

Isteriku mengulum senyum lantas dia berkata,

“Siapa kata gemuk tak hebat….hehe” ucapnya sambil ketawa kecil.

Begitulah kisahku. Sungguhpun badanku begini tetapi aku punya keluarga
bahagia. Kebahagiaan dalam rumah tangga bukan terletak pada luaran
tetapi ia adalah dari dalam, iaitu hati. Dari hati akan menguji pula
sejauh mana tahap keimanan kita. Dari iman akan lahirnya taqwa. Semua
ini memerlukan ilmu. Tanpa ilmu siapalah kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience