BAB 6

Romance Completed 9482

''Apa?''Zayn terbatuk kecil namun benar-benar kaget dan meskipun dia cuba untuk buat-buat tak tahu seperti orang yangtak salah, pipinya serta merta merah padam dan bibbirnya terketap rapat dan serta merta itu juga Gigi tahu ada sesuatu yang dirahsiakan daripadanya.

''Alah Zayn, soalan mudah je tu,'' balasnya. Gigi berpeluk tubuh benar-benar lupa yang dia memakai baju Zayn dan baju itu tanpa sedar ternaik ke atas paras punggungnya yang pejal itu.

Zayn tak mahu mengaku kebenarannya, kerana dia terlalu takut sebaik sahaja dia mengakui segala perbuatannya Gigi pula akan melabelnya pelik dan enggan berjumpanya lagi atau paling teruk dia mungkin dilempang oleh gadis tersebut.

Dia tak mahu ia berlaku, tidak.

''Gigi, kau gila ke? Kenapa aku nak buat macam tu pulak?''

Gigi tertunduk, cuba mengingati apa yang yang dialaminya. Dia bersumpah yang dia dengar suara Zayn dalam tidurnya dan merasa ada sentuhan hangat yang singgah di bibirnya seakan dia dikucup. Dia pasti ia bukan mimpi.

Dia keliru. Dia keliru mengapa dia sering bermimpi Zayn menciumnya dan ia sering terjadi setiap kali dia tidur di rumah Zayn atau ketika Zayn berada d rumahnya.

Mungkin saja dia sebenarnya merindui Abel kerana mimpi-mimpi ini datang menerpa lebih kerap selepas dia menamatkan hubungannya dengan Abel.

Namun jauh di sudut hatinya, dia amat tertarik dengan Zayn. Dia merasa senang berada di sisi Zayn dan melakukan apa ssaja dengan Zayn meskipun hanya menonton TV atau doing nothing, apa sahaja dengan Zayn, semua dirasa seronok dan perasaan itu tiddak dirasainya ketika bersama Abel.

''Baiklah.'' Gigi menjawab. Entah mengapa hatinya seakan sedih mendengar respon daripada Zayn itu. Matanya mula memandang Zayn yang berdiri beberapa inci darinya. Dia tergamam.

Zayn menghampiri Gigi, sangat hampir di mana dia dapat menghidu harum bunga dan vanila di tubuh Gigi.

Zayn meletakkan tangannya di pinggang ramping gadis itu lalu menariknya dekat di tubuh sasanya. Dia melemparkan senyuman pada Gigi, dahi mereka saling melekat dan mata mereka saling bertemu.

Sungguh saat ini dia mahu Zayn mengucup bibirnya - agar dia dapat merasa segala ciuman yang singgah dalam mimpinya itu menjadi realiti. Matanya tertutup perlahan sebaik sahaja merasa hidung Zayn menyentuh hidungnya.

''Apakata kita siapkan sarapan ini?''tanya Zayn, lalu melangkah beberapa langkah jauh dari Gigi yang berada dalam keadaan terkejut itu.

''AKu tak percaya yang aku dah buat benda tu!'' jerit Zayn dalam hati.

''Aku tak percaya dia buat macam tu!'' getus Gigi dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience