3 Senyuman Yang Mahal

Romance Series 308949

HANS AZEEM sedang berdiri di balkoni biliknya ketika Nurain datang mendekat.  Sedari tadi wajah Nurain terhias dengan senyuman yang sangat bahagia.  Tubuhnya hanya bertutup dengan sehelai tuala, sama seperti Hans Azeem.  Sesuai dengan janji Nurain malam tadi yang dia akan 'membelanja' Hans Azeem walaupun waktunya agak kurang sesuai iaitu tersisa beberapa jam sahaja sebelum Nurain bertolak ke tempat kerja.

"Abang... " Nurain memeluk tubuh suaminya dari belakang, memberikan ciuman tanpa henti pada bahagian yang mampu disentuh sementara Hans Azeem hanya menadah diri tanpa sebarang tindak balas.  Tidak menolak, tidak juga meminta.  Hanya kaku dan serius. 

"Lepas ni Ain nak masuk kerja dah, abang.  Abang perlukan apa-apa tak? Hrmmm?" soal Nurain sambil memusingkan tubuh suaminya.  Tidak puas rasanya menatap wajah lelaki yang selalu tegang itu.  Tegang tanpa sebarang kemanisan namun justeru tampang itu yang selalu membuatkan dirinya angau.

Tiada jawapan kata daripada Hans Azeem melainkan satu gelengan yang penuh bermakna.  Membalas tatapan Nurain sebelum jemari kasarnya mula mengelus lembut pipi halus wanita itu.

Nurain mengeluh sendiri dalam perasaan yang agak kecewa lantaran gagal memancing suara lelaki itu.  Apa yang dia tidak buat? Semua sudah dia lakukan hanya kerana mahu mengajak Hans Azeem berbual seperti lelaki lain, tetapi tetap sahaja perasaan hampa yang akan dia rasa setelah itu kerana walau apapun yang berlaku, Hans Azeem tetap tidak akan berkata-kata.

Nurain mengeluh, mencebik lalu memeluk tubuh Hans Azeem dengan sangat erat.  Melekapkan telinganya pada dada lelaki itu, mendengar degupan jantungnya adalah antara hal yang digemari oleh Nurain.  Dia tenang dan berasa selamat setiap kali lelaki itu menyentuh dan memeluknya.  Walaupun sentiasa terlihat bengis, namun sentuhan dan perlakuan Hans Azeem terhadap Nurain adalah sangat lembut dan memabukkan.  Sukar untuk Nurain menidakkan yang dirinya mula terjatuh sayang pada lelaki itu.

"Abang... Ain nak minta nombor telefon abang, boleh? Senang Ain nak call kalau rindu kat abang nanti." Nurain tersengih manja lalu menghulurkan telefon bimbitnya pada Hans Azeem.  Laju lelaki itu mengangguk, menyambut huluran Nurain, seterusnya menaip nombor telefonnya.

"Ain nak letak nama abang... ermmm... hubby? My husband ke... abang?" Nurain tersenyum  sambil mengamat-amati wajah Hans Azeem dengan tatapan yang nakal dan menggoda.  Namun Hans Azeem pula hanya meriak biasa, membalas pandangan Nurain dengan perasaan yang kosong dan tidak kisah.

Kecewa dengan respons yang dia dapat daripada suaminya, Nurain terus menghela nafas tanda merungut.  "Kalau macam tu, Ain letak nama abang je lah.  Hans Azeem."

Berubah air muka Hans Azeem ketika mendengar kata-kata wanita itu.  Telefon bimbit yang sedang berada dalam pegangan Nurain terus ditarik membuat senyuman wanita itu terus terukir penuh.

"Haaa, tak nak Ain guna nama abang ke? Habis tu, abang letak nama apa?" soal Nurain sambil memeluk pinggang suaminya.  Memeluk sambil memberi ciuman pada belakang tubuh lelaki itu tanpa jemu.  "Hubby?" soalnya lagi.

Hans Azeem mengangguk lalu menghulurkan semula telefon bimbit itu kepada Nurain.

"Hmmm... okay.  Ain misscall abang.  Jangan lupa save nombor Ain nanti tau?"

Hans Azeem mengangguk sekali. Nurain reda dengan keadaan seperti itu, agaknya dia sudah kelihatan gila kerana selalu sahaja berbicara sendirian.

"Abang, sebelum tu... Ain ada satu permintaan. Boleh Ain cakap?" soal Nurain dengan nada yang sopan dan hormat. Jeda seketika bukan bermaksud Nurain menunggu balasan kata daripada suaminya tetapi dia hanya mahu mengambil nafas untuk menenangkan diri. "Kalau abang sayangkan Ain, abang jangan pukul orang lagi? Terus terang, Ain tak suka dengan kekasaran. Tak kisahlah kalau orang yang abang pukul tu jahat atau tak."

Angau dengan aura dan sikap kewanitaan Nurain, Hans Azeem terus mengangguk tanda akur tanpa sempat memikirkan apa-apa. Sayangnya kepada Nurain memang semakin hari semakin nyata dan kuat. Gembira wanita itu, maka akan gembira jugalah dia.

Nurain tersenyum lega. "Terima kasih. Ain nak mandi, lepas tu... Ain nak jalan dah." pesan Nurain sebelum menyinggahkan satu ciuman nipis pada pipi suaminya.  Kata-kata dan perbuatan romantiknya itu pula langsung tidak mendapat respon daripada Hans Azeem, tetapi Nurain tidak kisah. Asalkan lelaki itu sudah berjanji untuk tidak mengasari insan lain, sudah cukup membuatkan hatinya berasa lega.

"TUAN," Tazim gigih menahan senyum ketika susuk Hans Azeem semakin mendekat.  Entah mengapa, boleh pula otaknya terbayang pada respons lelaki itu pagi tadi ketika dicium oleh Nurian.  Seorang lelaki yang sentiasa serius, tegas, garang dan angkuh namun kelihatan begitu bodoh saat berdepan dengan seorang wanita secantik Nurain. Benarlah, kelemahan lelaki itu ialah seorang wanita yang disayangi.

Hans Azeem hanya menjeling. Dia tahu, orang-orang bawahannya itu itu mahu memerli namun tidak berani mengungkap keluar.

"Hari ni, kita akan ke kawasan Cheras. Ada beberapa orang lagi yang tak bayar tunggakan sewa rumah mereka, mereka tu... warga asing. Amaran dan notis peringatan dah diberi tapi orang-orang tu tetap berdegil. Mereka buat endah tak endah je, tuan." ujar Tazim panjang lebar sambil berjalan mengekori pergerakan laju Hans Azeem melangkah mendekati kereta.

Hans Azeem sekadar mengangguk tanpa sebarang kata. Kerja bercakap memang dia serahkan bulat-bulat kepada Tazim.

"Mereka tu bukan tak mampu tuan, tapi tu lah... kaki judi sama macam Khairi. Penyewa-penyewa tu berjudi sampai anak anak bini terabai, macam Khairi juga." Tazim menambah lagi. Kata-kata itu lantas membuat Hans Azeem laju menoleh semula ke arah Tazim. Memikirkan Khairi benar-benar membuatkan hatinya geram. Lelaki jahanam yang sanggup menjual bekas isteri sendiri hanya kerana tidak mampu membayar hutang yang telah dibuat. Ada sebab mengapa Hans Azeem bersetuju untuk menerima Nurain sebagai cagaran walaupun dia tahu apa yang dilakukan oleh Khairi itu terlalu salah.

Hans Azeem mengangguk tanda respons sebelum terus melangkah masuk ke dalam kereta. Jangankan Tazim, dia sendiri pun sudah tidak sabar lagi mahu mengerjakan manusia bedebah seperti Khairi sehingga telah terlanjur melupakan janjinya pada Nurain awal pagi tadi.

"TAHNIAH, sales awak untuk bulan ni... mencapai target walaupun belum masuk hujung bulan lagi ni. Awak memang seorang pekerja yang sangat cekap, Ain. Sebab tu saya sayangkan awak." Datin Roshasniah memuji dengan perasaan yang sangat senang. Tidak sia-sia dia mengandalkan Nurain selama ini, wanita muda itu memang tidak pernah mengecewakannya.

"Terima kasih Datin, tapi saya cuma buat yang saya mampu je." Nurain tersenyum segan walaupun sudah terlalu biasa menerima pujian daripada wanita itu.

"Teruskan dan kekalkan prestasi kerja awak yang macam ni. Bulan ni, bonus awak akan lebih tinggi daripada bulan lepas. Tahniah, Ain."

"Alhamdulillah, Datin. Terima kasih banyak."

"Awak layak dapat semua tu, lagipun awak pun dah bekerja keras selama ni." Datin Roshasniah menepuk lembut bahu pekerjanya itu. "Saya dah nak balik dah ni. Macam biasa, nanti awak tutup kedai ya?" kata Datin Roshasniah lagi.

"Baik, Datin. Datin hati-hati ya?"

"Ya, awak pun sama Ain."

Datin Roshasniah pergi setelah pamit, Nurain pula kembali meneruskan pekerjaannya yang tadi. Namun fokusnya kembali terganggu saat telefon bimbit yang sedang berada di atas meja tiba-tiba sahaja berbunyi.

'Hubby??' senyuman Nurain langsung terlorek penuh saat membaca nama yang tertera.

'Tengok depan.'

Nurain sempat mengerutkan dahinya ketika membaca pesanan ringkas yang baru diterima daripada suaminya.

"Tengok depan? Kenapa pula dengan de... " gumaman Nurain terhenti sebaik sahaja terpandang pada susuk tegap suaminya yang sedang berdiri di luar butik tempat kerjanya itu.  "Abang!" Nurain menjerit mujur hanya dalam bisikan.  Hatinya seakan-akan tidak percaya sahaja yang sedang berdiri di luar itu ialah suaminya sendiri.  Gembira? Ya, sudah semestinya dia gembira bahkan bahagia kerana sedari pagi tadi dia menahan rindu terhadap lelaki itu.  Namun riak Hans Azeem pula tidak pernah berbeza daripada biasa.  Serius dan tegang; itulah caranya.  Hanya memandang kosong ke arah Nurain seolah-olah wanita itu ialah orang asing.

Laju Nurain membalas pesanan suaminya.  'Sejak bila abang kat situ? Kenapa datang tiba-tiba? Nak spy Ain ye?'

Hantar!

'Baru sampai.  Balik pukul berapa?'

Laju sahaja Hans Azeem membalas.

'9.30 pm baru butik ni tutup.  3 jam lagi.  Abang dah makan?'

Nurain menyentuh butang hantar lagi sebelum kembali merenung ke arah suaminya di luar itu dengan senyuman penuh.

'Belum.  Aku tunggu kau kat sini.  Balik nanti kau ikut aku, kereta kau biar je orang-orang aku yang bawa balik nanti.'

Membaca pesanan yang seterusnya daripada Hans Azeem, untuk ketika itu juga senyuman Nurain semerta hilang daripada bibirnya.  Kau? Aku? Sesungguhnya dia sangat kecewa dengan dua perkataan itu.  Namun kerana tidak mahu merosakkan perasaan hatinya, dia mencuba untuk mengabaikan semua itu.  Tetap tersenyum biar mula terlihat hambar, Nurain kembali membalas pesanan ringkas suaminya.

'Okey, tapi kalau abang nak jalan-jalan dulu pun boleh. Elok-elok kat luar tu, jangan pukul orang.'

Hantar!

'Kalau orang tak kacau wife aku, aku takkan pukul.'

Senyuman Nurain kembali terukir penuh saat membaca pesanan ringkas yang seterusnya.  Dia tahu, Hans Azeem benar-benar memaksudnya ayatnya yang itu.  Walaupun Hans Azeem seorang samseng, tetapi samsengnya bertempat.  Nurain memandang ke arah muka tegang suaminya sejenak sebelum menaip ayat yang terakhir.

'Tahu... sebab tu Ain sayangkan abang.  Malam nanti Ain belanja.  Iove you abang! Muahhh1001x!'

Hantar!

Sengaja Nurain lama menunduk, kerana sebenarnya dia berdebar-debar mahu melihat riak Hans Azeem setelah itu.  Bercurian mengangkat wajah, namun saat itu juga Nurain melopong tidak percaya.  Wajah Hans Azeem yang biasanya tegang dan serius memanjang, boleh-boleh pula terhias juga dengan senyuman.  Tanpa sengaja, Hans Azeem telah terlanjur mengangkat wajah yang lantas menemukan tatapan mereka suami isteri.  Suatu pemandangan yang indah buat Nurain kerana ini merupakan kali pertama dia melihat senyuman Hans Azeem.  Tuhan, tampannya boleh dibawa sehingga ke alam mimpi!

SETELAH berjam-jam berbalas pandangan jauh dengan suaminya, waktu kerja Nurain akhirnya habis juga. Setelah memastikan keadaan di dalam butik itu rapi dan bertutup, barulah Nurain berebutan mendatangi lokasi keberadaan suaminya.

"Abang... " Nurain memanggil dengan nada yang manja sebelum mencapai tangan suaminya untuk dicium. "Abang, Ain nak makan kat... "

"Tuan,"

Nurain tidak jadi meneruskan kata kerana susuk Tazim bersama-sama dengan beberapa orang rakannya tiba-tiba sahaja muncul di situ. Melihat wajah-wajah itu, Nurain terus menarik muka masam. Malunya terhadap peristiwa awal pagi tadi masih lagi belum hilang, kini para lelaki itu dengan selamba pula menunjuk muka.

"Maaf, tapi saya nak minta kunci kereta puan. Tuan yang suruh." Tazim laju bersuara kerana dia tahu Nurain tidak senang dengan kehadiran mereka di situ.

"Ohh, kejap." tanpa melepaskan lengan Hans Azeem, Nurain mengambil keluar kunci keretanya lalu dihulurkan kepada Tazim.

"Betul tuan tak nak kami jaga dari jauh?" soal Tazim dan seperti biasa, Hans Azeem pula hanya akan menjawab dengan gelengan. Jika tidak mengangguk, maka dia akan menggeleng.

"Baik, kalau macam tu. Kami minta diri dulu, tuan." ujar Tazim sebelum mengarahkan orang-orang bawahannya untuk segera berlalu dari situ.

Hans Azeem kembali melirik ke arah Nurain yang sedang asyik memeluk lengannya. Sisi bahu wanita itu dipeluk erat lalu membawa Nurain melangkah ke arah luar.

"ABANG, malam ni kita makan burger yang kat tepi jalan tu nak tak? Ain teringinlah... " Nurain meluah sebaik sahaja masing-masing sudah mengambil tempat di dalam kereta. "Bolehlah abang. Ain teringin sangat." Nurain merengek lagi ketika melihat suaminya hanya diam sambil mengurut tengkuknya sendiri.

Hans Azeem memalingkan wajah dan tidak semena-mena, senyumannya langsung terukir penuh buat wanita itu. Dia mengangguk dengan perlahan-lahan lalu menarik wajah Nurain agar mendekat. Satu ciuman dia berikan pada bibir wanita itu. Hanya ciuman yang nipis tetapi sudah terlalu cukup untuk membuatkan Nurain berasa bahagia tanpa kata.

"Jadi, boleh kan kalau Ain nak makan burger tepi jalan tu?" Nurain menyoal semula setelah mereka sudah mendapatkan bibir masing-masing.

Hans Azeem mengangguk bersama senyuman yang masih belum pudar. Wajah Nurain dielus lembut. Seluruh rasa sayangnya disalurkan melalui sentuhan itu.

"Abang handsome sangat kalau senyum. Terima kasih, sayang abang!" Nurain terus memeluk lalu menyembamkan wajahnya pada dada lelaki itu dengan gerakan yang sangat rakus dan tidak sabar.

"Arghhh!" Hans Azeem tiba-tiba sahaja meringis kesakitan lalu tanpa sengaja dia telah mendorong tubuh Nurain agar menjauh kerana tidak dapat menahan rasa sakit pada bahagian atas lengannya.

Nurain mengangkat wajah, memandang ke arah wajah suaminya dengan mata yang terkebil-kebil. "Kenapa? Abang tak nak Ain peluk dah?" soalnya perlahan. Lama wajah Hans Azeem diamati sebelum matanya tiba-tiba sahaja menangkap sesuatu pandangan yang sangat tidak menyenangkan hati iaitu lebam pada bahagian pipi suaminya, juga sisa darah pada lengan baju lelaki itu. Mengapa baru kini dia perasan akan semua itu?

"Kenapa dengan pipi abang tu? Baju abang kena darah??" soal Nurain terus setelah melepaskan keluhan. "Abang pukul orang lagi kan?"

Untuk saat itu juga Hans Azeem ternganga. Bertahun-tahun bergelar seorang samseng yang berkelas tinggi, ini kali pertama dia berasa takut pada manusia dan manusia itu pula ialah Nurain, seorang wanita yang kelihatan lemah-lembut dan manja. Sadis dan sangat memalukan tujuh keturunan samseng!

"Ain dah cakap kan, jangan pukul orang. Ain tak suka." Nurain mendengus kasar. "Ain nak balik sendiri je lah kalau macam ni! Tahu, abang memang tak sayangkan Ain!" Nurain memberontak sebelum segera membukakan pintu untuk keluar dari dalam kereta itu.

Melihat kepergian isterinya, Hans Azeem pula menjadi panik. Berebutan membukakan pintu, Hans Azeem segera mengejari pergerakan Nurain yang terlalu laju di hadapan. Mahu memanggil, namun perasaannya pula masih sahaja berbelah bahagi sama ada mahu bersuara atau pun tidak.

Share this novel

Eina
2022-10-22 23:02:14 

bila nak update lagi ye

fina
2022-10-20 15:49:09 

Lamenye tk update

Roshasniah Mustafa
2022-10-18 14:39:07 

nama akk ade terselit dlm karya BBp..tq BBp...akk baru sempat baca..Datin lagi..ahaks


NovelPlus Premium

The best ads free experience