BAHU Shah ditepuk serta dilap lembut. Lelaki patah ini tidak jemu memandang wajah Shah sepanjang berada di dalam lif menuju ke dewan. Mereka inginkan Shah dan Lily dalam keadaan cantik dan terbaik ketika bersanding.
"Segak tak?" usik Shah.
"Macam gini," balas lelaki itu. Kedua ibu jarinya naik dengan riak wajah teruja.
"Korang memang power. Love sangat hasil tangan korang. Tengok dia, seksi dan menawan." Jarinya membentuk hati yang comel ke arah lelaki lembut itu.
Lily masih diam membisu berdiri di sebelah Shah tanpa suara buatkan lelaki di belakangnya menarik tangan Shah dan tangan Lily agar bergandingan.
"Macam ni baru romantik. Dua-dua dah cantik makeup dress apa semua tiba-tiba tak sweet. Apa ni, cuba romantik sikit. Ini gayanya dah macam orang kena paksa kahwin pula. Penat kami make over you all."
"Nokk, kau kena faham isteri I pemalu. Tak gitu baby sayang?" usik Shah.
Shah lihat melalui cermin di pintu lif. Lily menjulingkan matanya. Pecah tawanya melihat gelagat Lily. Dua lelaki patah juga turut ketawa besar melihat wajah Lily masam mencuka sebaik keluar dari lif menuju ke dewan.
"Jangan lupa perjanjian kita Shah, only 30days. Then you must divorce I dan pulangkan balik harta I yang wanny serahkan ke you nanti."
"Excuse me my baby Lily Zuyyin, sanding pun belum. Sabar boleh, atau kau sebenarnya takut?" usik Shah.
"Siapa takut?!" bentak Lily.
"Muka tu... nampak sangat kau takut dengan aku. Aku kan berbadan sado, ada rupa berbanding daripada duda-duda you sebelum ini," balas Shah yakin.
"Hei, apa lagi bebel you all ni! Please okay... kita dah nak masuk. Congrats yea handsome." Satu ciuman dihadiahkan ke Shah daripada dua lelaki patah itu.
Lily memalingkan wajahnya apabila melihat Shah dicium dua lelaki lembut itu.
"Hisyh! Semua spesis ke dia layan. Oh, please!" bisik batinya.
*
Senyuman masih terukir di bibir Shah dan Lily walaupun mereka sedang berbual. Mereka masuk melangkah ke dalam dewan menuju ke pelamin. Namun persandingan mereka tidak seperti pengantin lain. Bersanding dalam keadaan tersipu malu antara satu sama lain.
Shah dan Lily bertekak dengan nada rendah dan masih mengukir senyuman. Keadaan itu menyebabkan kedua pengapit mereka sedikit berang.
"Hei, cuba diam! Bisingnya korang ni, tak malu ke orang semua tengok," sergah Ash.
"Entah korang... cuba simpan gaduh tu lepas sanding. Tak malu betul!" tegas Rosy.
"Shut up!" bentak Shah dan Lily serentak.
Ash dan Rosy berpandangan sesama mereka. Kedua-duanya menggulingkan bebola mata rasa menyampah.
"Ada yang sanding sendiri nanti," gumam Rosy.
Mereka langsung tidak menyangka perangai mereka diperhatikan Kak Mina dan suami di bawah. Begitu juga wanny yang hanya mampu menggeleng melihat perangai kedua cucunya.
"Mila tengok. Hisyh, belum 12jam dah bertekak. Tak reti segan ke budak-budak ni," rungut wanny.
"Ya wanny, itu nak tunggu sebulan. Mina tak dapat bayangkan jika Lily tu tahu Sharizan tu duda pertama dia. Pasti ribut taufan jadinya rumah tangga mereka."
Mina terdiam sekejap apabila pahanya dicuit suaminya. "Betul apa saya kata."
"Memang betul apa yang isteri awak bagitahu tu," ucap Puan Normala.
"Banyak-banyak orang mujurlah Lily tu masih hormat wanny. Mana nak dia kalau tak ada wanny. Silap hari sampai sudah tak jadi plan wanny nak jodohkan mereka," balas Mina.
"Dia hormat bersebab Mina. Jika tak disebabkan harta tu dah lama rasanya wanny kena tendang. Wanny harap Shah berjaya lembutkan hati Lily yang terlalu ego dan sombong tu," keluh Puan Normala.
"Kita doa sama-sama wanny," sampuk Izzu.
Bicara mereka terhenti apabila pengacara majlis bersuara.
"Kita jemput keluarga terdekat menepung tawar. Kita mula dengan keluarga sebelah pengantin lelaki dan kemudian keluarga perempuan," ucap pengacara majlis.
Mina naik memulakan sesi tepung tawar. Dia memeluk Lily dan mencium pipi adik iparnya. "Tahniah dik."
Shah hanya tersenyum melihat kak Mina mencium Lily Zuyyin dan menghampirinya. Namun tiada senyuman terukir di bibir isterinya apabila bersalaman dengan kak Mina.
"My handsome boy, Shah. Selamat pengantin baru, semoga berjaya tawan hati isteri," bisik Mina.
"Terima kasih kak Mina," balas Shah lembut.
Giliran Izzu naik menepung tawar dan bersalaman. Dua tangan berpegangan kemas tanpa kata. Hanya Shah dan Izzu faham maksud genggaman mereka.
Selang beberapa minit, beberapa orang makcik pakcik dan wanny menyusul dan memeluknya.
"Jadi isteri jangan sombong. Dengar cakap suami. Syurga Lily bawah tapak kaki suami. Ingat tu," tegur Puan Normala.
"Lily tahu apa Lily buat. Wanny tak usah masuk campur," bidas Lily kasar.
Shah hanya mampu menggeleng melihat sikap Lily. Wanny menghampirinya dan memeluknya erat.
"Wanny percayakan Shah. Selamat pengantin baru handsome boy."
"Saya cuba wanny. Terima kasih wanny. Wanny doakan saya."
Malam itu majlis berjalan dengan cukup sempurna. Shah meninggalkan Lily dengan rakan-rakannya. Shah duduk sendirian di hujung dewan berbual bersama pelayan hotel juga salah seorang rakan lamanya.
"Aku betul-betul tak sangka kau orang yang sama. Patutlah tengok nama macam kenal, tapi bila tengok kau masuk dewan dengan Lily tadi aku dah rasa salah orang. Shahrizan yang aku kenal bulat," usik Yus.
"Semua orang tak kenal aku Yus termasuk Lily," balas Shah.
"Sekejap Shah... Lily ni... bukan budak perempuan sekolah kita yang kurang ajar, bajet bagus tu? Budak rasa dia terpaling hot. Perempuan yang selalu buli kau dengan Syed?" soal Yus.
Shah mengangguk. Dia meletakkan jari di bibirnya agar Yus rendahkan nada suaranya. Dia tidak mahu ada yang mendengar perbualan mereka.
"Wow, hebatlah kau! Gaduh-gaduh zaman sekolah sekali kahwin. Congrats bro... aku tumpang bangga. Aku sambung kerja, jumpa lagi. Selamat ya Shah. "
Shah hanya mengukir senyuman ke Yus.
"Hei pengantin! Sini kau," teriak Wan.
"Wan, terkejut aku. Kau tak balik lagi?"
"Aku cari kau nak ingatkan satu hal."
"Ingatkan apa? Dah sudah, jangan nak mengada. Aku rasa dah patut kau sediakan RM 15ribu kau untuk aku dan pesan ke Joe tu sekali yang aku tunggu RM 20ribu dia." Sedikit bangga wajahnya apabila bakal memenangi pertaruhan daripada mereka.
"Ehh, belum! Aku suruh kau bertaruh tiga hari untuk 15k. Kau selamat hari ke tiga, baru aku bank in duit tu hadiah kahwin."
"Baik, tapi kau jangan terkejut nanti bila aku dapat duit Joe sekali. Auww... kaya aku dapat hadiah kahwin RM 35ribu dari kawan baik," ucap Shah dengan bangga.
"Berangan, berangan... selesaikan dulu. Baru fikir duit," seloroh Wan.
Wan memeluk Shah sebelum beredar. Shah juga bangun dan beralih ke wanny sedang berbual bersama Lily.
"Borak apa tu, tak ajak pun?" usik Shah.
"Wanny berbual kosong dengan Lily. Lewat dah ni. Shah, pergi bawa Lily balik bilik. Esok pagi wanny suruh Haziq jemput Shah dan Lily," balas Puan Normala.
Shah mengukir senyuman dan merendahkan tubuhnya berlutut di kaki wanny. "Siapa kata Shah nak balik bilik, Shah dan Lily akan ikut wanny balik rumah wanny."
"What? You tak cakap pun?" soal Lily.
"Perlu ke? Lily, I suami you so keputusan di tangan I. Malam ni kita ikut wanny balik rumah. Jangan mengada," tegas Shah.
"Alhamdulillah, ada la wanny kawan malam ni. Syukurlah. Apa lagi marilah Haziq kita turun ke lobi," seloroh Puan Normala.
Shah lihat lelaki berkemeja hitam itu mengangguk dan membantu wanny berjalan. Sesaat dia merasakan lengannya dicubit Lily. Geram barangkali dengan tindakannya membuat keputusan tanpa bertanya.
"Adoi, sakitlah! Kalau ya pun sabarlah. Tunggulah sampai rumah dulu. Sini nak buat macam mana?" seloroh Shah.
"Ingat ya, I tak pernah anggap you sebagai husband I. You tu cuma suami sementara I," rungut Lily.
Shah ketawa kecil memandang wajah dingin isterinya yang mencebik. Bibir Lily dicubit melepaskan geram yang terbuku di hati.
"Tangan you...isyhh!"
"Comot, I lapkan. Takkan tak boleh. Sombong betul. Nanti orang nampak you comot lepas tu gelakkan you, you marah pula," dalih Shah.
Lily melajukan langkah mengejar wanny meninggalkan Shah sendirian di situ. Meluat rasanya dengan sikap Shah yang berani mengambil kesempatan.
"Aku tak kisah pun kau tak mengaku aku sebagai suami kau. Aku akan tunaikan tanggungjawab aku hingga kau tak boleh tuntut cerai walaupun di makamah isteriku Lily Zuyyin."
Shah mengorak langkah mengekori isterinya dan wanny. Lenggok jalan Lily Zuyyin membuatkan dia tersenyum sendirian dan mengusap kepalanya.
Jujur sahaja Shah sangat mencintai Lily sejak diijab kabul sembilan tahun dahulu. Bodoh-bodoh Lily membohonginya dulu. Lily beritahu Shah yang dirinya mengandungkan anak orang lain. Malam ini dia perlu pastikan Lily tidak berpeluang mengenakannya seperti dulu.
"I miss you rude girl. Malam ni kita tengok siapa yang menang."
Terima kasih sudi baca coretan win.. semoga terhibur. ><
Share this novel
Holllaaaa... Shah bg apa tu
Pergh..