Bab 5: Diari Carla

Mystery & Detective Series 2682

Sementara menunggu panggilan daripada Justin, aku membuat keputusan untuk berkelah sendiri di tepi tasik belakang rumah. Tikar diperbuat daripada kain bercorak mozaic aku lembarkan pada permukaan tanah, di bawah pokok yang meletakkan seribu kenanganku bersama Carla dahulu. Aku masih ingat semasa kami berumur sembilan tahun, kami menulis apa yang kami ingin pada masa hadapan dan kami selitkan di dalam lubang yang terdapat pada pokok itu.

Bakul penuh dengan makanan ringan terletak kemas tak terusik di sebelahku, sebotol air soda juga. Aku memukul bantalku berkali-kali agar rata. Kemudian aku baring menghadap daun-daun pokok. Cahaya matahari kelihatan dari celah dedaun itu seperti cahaya beribu kamera yang sedang menangkap gambarku.

Diari yang aku jumpa tadi aku angkat ke atas mukaku. Aku membelek diari itu untuk kedua kalinya.

Tiba-tiba, sekeping gambar melayang dari dalam celah diari itu lalu hinggap ke atas dadaku. Lantas, aku mengambil gambar tersebut lalu mengamatinya. Itu Carla dengan Brandon Malfoy. Aku cuba meneka. Mereka kelihatan sangat mesra dan bahagia dan sedang berpakaian pantai. Aku tidak pasti di mana

“The Great Man.” aku membaca yang tertera di belakang gambar itu. Tulisan Carla. Kemudian aku beralih lagi kepada diari tadi dan membuka pada muka surat yang menarik minatku untuk membacanya. “Holiday with love. 1001 sweet memories.” ucapku lagi. Aku membaca dengan pantas apa yang tertulis pada helaian itu dengan penuh semangat. Bali. Mereka bercuti di Bali. Semuanya tertulis di dalam diari itu, tarikh, masa dan tempat serta nama orang.

(3 Feb, ) hubungannya bersama Brandon semakin renggang oleh kerana Carla sibuk dengan kerjanya. Carla menyesal kerana telah mengetepikan hubungan mereka dan fokus kepada kerjanya. Carla cuba menerangkan situasi sebenar Carla kepada Brandon, tetapi Brandon adalah seorang yang kuat cemburu.

(3 Feb, ) hubungannya bersama Brandon semakin renggang oleh kerana Carla sibuk dengan kerjanya. Carla menyesal kerana telah mengetepikan hubungan mereka dan fokus kepada kerjanya. Carla cuba menerangkan situasi sebenar Carla kepada Brandon, tetapi Brandon adalah seorang yang kuat cemburu.

(16 Feb, ) Brandon membawa Carla melancong ke Bali, Indonesia. Brandon menghadiahkan Carla seutas rantai emas berbentuk rama-rama. Itu kucupan pertamanya bersama Brandon setelah Cassidy. Mereka menyertai acara menari di sana dan Carla hampir tersesat. Darllene, seorang perempuan yang tidak dikenali tetapi berasal dari Malaysia menemukan Carla dan membawanya berjumpa dengan Brandon. Brandon mula berpewatakan dingin terhadap Carla sehingga kepulangan mereka ke Malaysia.

(28 Mac, ) Brandon berjumpa dengan Darlene. Hari kemusnahan hubungan mereka berdua. Carla meminta putus kepada Brandon tetapi Brandon menolak. Carla mengungut Brandon yang dia akan membongkarkan rahsianya yang berskandal dengan ramai perempuan dan menjual saham syarikat untuk membeli sebuah Ferrari dan sebuah banglo besar tanpa pengetahuan syarikat itu.

Setelah selesai membaca diari itu, aku mula mengesyaki sesuatu tentang Brandon Malfoy. Aku seakan-akan tahu apa yang berlaku selepas kejadian ugut mengugut itu. Tapi, aku harus menyiasat kebenaran dari sebalik penulisan ini. Aku harus tahu sendiri kebenaran dari mulut Brandon Malfoy sendiri.
Berdasarkan pembacaan diari Carla itu, aku dapat rasakan bahawa dia betul-betul cintakan Brandon. Mereka berjumpa di tempat kerjanya dan paling mengejutkan lagi adalah Brandon Malfoy itu adalah anak kepada CEO Marcylin’s Heaven. Tetapi, pada masa yang sama Carla juga perlu berusaha mencari duit sendiri dan kerana kesibukannya di tempat kerja sedikit sebanyak mempengaruhi hubungan mereka.

“Siapa kau sebenarnya, Brandon Malfoy. Apa yang telah kau buat kepada Carla?” soalku sendiri melihat gambar Brandon sambil memeluk carla. “Mentang-mentang anak CEO, kau boleh buat sesuka hati kau ja.” tambahku lagi. Wajah kacak Brandon itu tersemat di dadaku, pada papan permainan dart dan aku membaling dart tepat pada wajahnya. Wanted. Bisikku di dalam hati.

Langkah kananku adalah berjumpa dengan Brandon Malfoy. Lelaki kacak tetapi menyimpan seribu satu persoalan di dalam diriku sendiri tentang peribadinya. Kaki perempuan? Sama macam Cassidy. Fikirku.

Siapa pula Darlene? Soalku lagi. Pelbagai soalan menerjah ke dalam fikiranku mengenai hubungan Carla dengan Brandon Malfoy.

Sekarang, selain Cassidy Brandon juga pernah bercinta monyet dengan Carla dan pengakhiran kisah cinta mereka hampir sama. Dikhianati oleh Cassidy dan Brandon sendiri. Tetapi, tindakan mengungut Brandon lebih kuat mengatakan bahawa dialah pelaku itu. Pelbagai kesimpulan yang direka oleh imaginasiku bermain di fikiran. Aku hampir gila.

Kadang-kadang aku merasakan ketidakadilan dalam kehidupan seorang Carla. Dia seharusnya bahagia dalam hubungannya, tetapi kenapa semuanya berakhir dengan penderitaan. Dari semua petunjuk yang telah aku dapatkan, semuanya menimbulkan rasa simpatiku terhadap Carla. Kalau sahaja aku ada di tempatnya. Kalaulah roh ini boleh bertukar tubuh, sekarang juga rohku aku hantar ke dalam jasad Carla. Biar semua yang pernah kenali aku, pernah sakiti aku rasa dihantui oleh aku. Itu kalau aku di dalam jasad Carla. Kenyataannya bukan begitu. Aku hanya memendam perasaan itu, perasaan dendam untuk Carla.

“Hello, Karl. How have you’ve been there? Everthing fine?” aku imbas kembali malam Carla menelefonku. Ketika itu, aku tidak tahu berbuat apa lagi. Aku ditipu oleh seseorang yang sangat aku cintai. Aku berdiri di tebing bumbung bangunan. Menikmati suasana di bandar yang tidak pernah terlelap itu. Fikiranku bercelaru. Sebenarnya, aku bukan ke sana untuk menikmati permandang waktu malam di bandar itu melainkan aku akan mengakhiri hidup dengan terjun dari bangunan enam belas tingkat itu. “Hello Kak. Karl baik ja.” jawabku dalam tangisan. Tetapi suara sebakku tidak kedengaran oleh kerana bunyi angin yang agak kuat di atas bumbung itu.

“Karl kat mana sekarang? Kenapa bunyi angin kuat sangat.” soal Carla. Aku takut dia akan tahu kalau aku di atas bumbung dan sudah tentu dia akan panik dan fikir yang bukan-bukan dan cuba untuk menyelamatkan aku. “Karl tengah jalan-jalan ni. Angin kat sini memang kuat sikit.” jawabku lagi. Aku memukul kepalaku berkali-kali.

Aku masih tidak dapat melupakan kenanganku bersama Theresa. Perempuan enggeris yang aku jumpa beberapa bulan lepas. Dia berjanji untuk mempertahankan hubungan kami dan aku yang begitu bodoh memberikan hampir semua wang saku dan biasiswaku kepadanya kerana ingin membantu ibunya yang sedang sakit dan terlentang di katil rumah sakit. Semalam, aku sudah memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya. Kemudian, dia meninggalkan pesan, “I need a time to focus on my mother’s treatment. I hope you’ll be okay with that.” pesanan ringkas itu dihantar oleh Theresa semasa aku sedang bersama Melvin di perpustakaan.

Malangnya, hari ini ada orang menghantarkan gambar Theresa bersama dengan seorang lelaki berusia. Pangkat datuk. Mereka pergi ke hotel ini dan di sinilah aku akan mengakhiri hubungan kami dan akan pergi dari dunia ini. Tetapi, Tuhan menghantar malaikat untuk menyelamatkan aku. Dia menghantar Carla untuk menyelamatkan aku. Dengar suara Carla melalui telifon tadi sudah cukup membuat hatiku tenang dan aku kembali waras. Aku masih ada keluarga yang menunggu di rumah. Fikirku ketika itu.

“Karl jaga diri baik-baik di sana. Mama dan papa kirim salam. Kami rindukan Karl. Kalau boleh, Christmas tahun ni Karl pulang tau.” kata Carla. Aku dapat mendengar suara ketawa mereka bertiga di dalam telifon. Ya Tuhan, apa yang telah aku lakukan sekarang ni. Mereka di sana rindukan aku, takkan aku nak hampakan mereka dengan menamatkan riwayatku sendiri tanpa memikirkan mereka yang menanggung perasaan sedih itu nanti. Fikirku.

Peristiwa malam itu telah mengajari aku erti kehidupan sebenar. Di dunia ini, mungkin kita mengira kita hanya cinta seorang insan istimewa sahaja sedang ada beribu lagi orang yang sayangkan kita. Hanya kita yang dibuatkan oleh keistimewaan itu. Kunci kebahagian sebenar ialah keluarga kita. Kita harus membahagiakan mereka terlebih dahulu sebelum yang lain.

Aku (Karl) menemui diari milik Carla dan dia mula mengesyaki nama-nama dan gambar yang tentang orang yang syak, berkaitan dengan kehidupan Carla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience