Bab 69

Romance Completed 207871

"Sayang.. Abang minta maaf sebab tak berterus terang pada sayang mengenai apa yang berlaku sebelum ini dalam hidup abang" ucap Caden yang waktu itu sudah mengiring mengadap Intan.

Tangan sasanya sudah selamat memeluk pinggang ramping Intan.

Tubuh Intan ditarik rapat padanya. Ubun-ubun Intan dicium seketika.

"Abang tak salah. Kita tak sempat nak kenal satu sama lain lebih rapat sebelum kahwin. Masing-masing kena ambil masa untuk tahu semua tu"

"Cuma sayang harap sangat abang tak sembunyi apa-apa dari sayang" ucap Intan sambil mengiring mengadap Caden. Dada Caden yang tidak berbaju diusap dan dicium sekilas.

Ah.. Ini yang tak tahan ni..

"Sayang.." panggil Caden meleret.

"Apa!" sengaja Intan buat-buat tidak faham.

Baru Caden mahu memulakan langkah, Intan bertanya lagi.

"Hm.. Abang, betul ke ayah minta abang ceraikan sayang?" soal Intan.

Terhenti tindakan Caden. Wajah Intan ditarik memandangnya.

"Mana sayang dengar ni?" soal Caden. Takkan Carlos yang beritahu pada Intan pula.

"Ayah datang jumpa sayang di pejabat. Sayang bertekak dengan ayah"

"Sebab abang?" soal Caden pantas.

"Sorry sayang" ucap Caden.

Caden kemudian bangun dari sisi Intan dan duduk menyandar pada kepala katil. Muka diraup dengan tangan.

Caden menghela nafas yang panjang.

Intan turut mengambil tempat di sisi Caden. Lengan Caden dipaut dan diusap.

"Bila ayah cakap mengenai perkara ni dengan abang?" soal Intan ingin tahu.

"Sayang.. Serba salah abang nak bagitau" ucap Caden sambil jemarinya mengusap lengan Intan yang memeluk lengannya.

"Ayah dah lama minta abang lepaskan sayang, masa sayang koma lagi" terang Caden.

Intan yang mendengar terus terdongak memandang Caden. Maknanya apa yang dia dengar semasa tempoh koma tempoh hari bukan mimpi.

Sampai hati ayah..

"Sayang.. Abang tak akan sesekali lakukan apa yang ayah minta. Abang tak akan lakukan sesuatu yang abang tak rela" terang Caden sambil wajah Intan dipandang. Jemari kasarnya naik mengusap wajah Intan.

"Sayang tau kan macam mana abang sayang dan cintakan sayang. Abang tak sanggup untuk berpisah dengan sayang" sambung Caden lagi.

"Abang tau, ayah bimbangkan keselamatan sayang" tutur Caden. Letih dengan apa yang berlaku. Sangkanya Tuan Rahman sudah dapat menerima dirinya kerana perkara ini tidak diungkit sejak Intan keluar hospital.

Intan mengusap lembut lengan Caden lalu tubuh itu dipeluk.

"Hm.. Nanti kita jumpa ayah sama-sama okay. Cuma apa yang abang minta, sayang percaya dengan abang" ucap Caden lalu tubuh Intan dipeluk erat seakan tidak mahu dilepaskan.

"Sekarang.. kita tidur, dah lewat. Esok sayang dan abang nak kerja" ucap Caden lalu tubuhnya dan Intan ditarik untuk baring dengan lebih selesa.

Apa pun yang terjadi, abang takkan lepaskan sayang.

+++

Sebaik Caden masuk ke pejabat, Carlos terus masuk menemui Caden.

"Den, Enrico ada di sini" Carlos membuka kata.

Caden yang baru melabuhkan duduk di kerusi terus tegak memandang Carlos.

"Bila lagi?" soal Caden.

"Petang semalam" jawab Carlos pendek.

"Kenapa tak bagitau aku?" tegur Caden.

"Sorry, aku memang nak bagitau tapi lepas balik rumah semalam, aku tertidur. Sedar-sedar dah pagi. Sorry" balas Carlos serba salah.

Caden hanya mengangguk. Pasti Carlos juga penat seperti dirinya.

"It's okay. Tapi dia tinggal suite mana?" soal Caden lagi.

"Oh, sama level dengan Alice. Fahmi tolong arrange petang semalam" terang Carlos.

"Okay. Tapi.. Kenapa datang sini? Bukan hari tu Alice tak jadi call sebab aku dah setuju nak ke sana?" soal Caden pelik.

"Aku pun tak pasti. Dah tu, kau nak jumpa dia ke?" soal Carlos.

Caden diam sambil berfikir.

"Kau rasa? Patut ke aku jumpa?" soal Caden pula.

"Macam ni.. biar aku jumpa dia dulu. Kalau dia nak jumpa kau, aku bagitau" kata Carlos.

"Okay. Anyway, thanks. Aku tau, kau pun penat sejak akhir-akhir ni. Sorry" kata Caden.

"It's okay. Kerja aku kan. Ada apa-apa lagi tak? Kalau tak ada, aku keluar dulu" kata Carlos.

Caden hanya mengangguk.

+++

Intan yang baru sampai di pejabat, melabuhkan duduk di kerusi. Lelah dilepaskan. Bukan badan yang penat tapi otak yang penat. Banyak benda yang difikirkan.

Nafas dihela. Baik siapkan apa yang patut. Fail yang belum settle pun masih menimbun.

Satu-satu fail dibelek. Ligat jari berlari di atas keyboad. Naik berpinar mata memandang skrin dari tadi.

Tok tok tok

"Masuk" jerit Intan.

Sebaik pintu pejabat dibuka, terjegul wajah Shira sambil tersengih.

"Wei, tak nak gi sarapan dulu ke?" soal Shira sambil melangkah masuk dan mengambil tempat di hadapan Intan.

"Sarapan?" soal Intan lalu jam di pergelangan tangan dipandang, pukul sepuluh dah.

"Sarapan apa pukul sepuluh macam ni" kata Intan.

"Ala.. Jom la. Pekena teh tarik ke. Kerja-kerja juga. Berpinau dah mata aku ni dok mengadap komputer dari tadi" kata Shira.

Intan meregangkan tangan sambil membetulkan urat leher. Lenguh.

"Bolehlah" jawab Intan lalu bangun dan mengambil pouch bagnya.

"Eh, kita minum kat cafe bawah je kan" soal Intan.

"Haah, kenapa, kau nak minum kat luar ke? Aku okay je" jawab Shira pula.

"Hm.. Bawah ni je la. Aku banyak kerja la" jawab Intan.

Lalu kedua-dua mereka berjalan keluar dari pejabat menuju ke cafe IPK.

Tempat diambil di bahagian tepi cafe. Minuman sampai dan diteguk.

"Weh, aku dengar kau nak join misi bulan depan" kata Shira.

Intan yang sedang menikmati kuih melaka, tegak memandang Shira.

"Kau tau mana?" soal Intan. Patutnya perkara ni dikira sulit. Mana pulak si Shira ni tau.

"Ala, aku terdengar Man dan Lim berbual kat lift" terang Shira sambil mengambil sebiji kuih melaka dan menyuap ke mulut. Dikunyah perlahan, sedap..

"Aku pun tak pasti la Shira" jawab Intan sambil sudu menolak-nolak kuih buah melaka dalam piring.

"Eh.. Kot ye pun tak pasti. Tak payah la digolek-golek kuih ni. Pecah nanti, keluar habis gulanya" marah Shira lalu kuih melaka diambil dan disuap masuk ke mulut.

Tertegun Intan. Kelip-kelip mata memandang Shira.

"Apa?" soal Shira.

Intan hanya menggeleng kepala.

"Semalam kau ke mana?" soal Shira pada Intan yang sedang mengunyah kuih. Sedap kuih buah melaka ni, cukup manisnya.

"Ke mana?" soal Intan kembali.

"Tak.. Semalam aku nampak kau dengan satu lelaki, suami kau eh, handsome kau. Kacuk ek?" soal Shira teruja.

"Suami? Kacuk?" soal Intan tak faham.

"Ish, lambat la kau ni. Semalam aku nampak kau minum dengan satu lelaki. Suami kau ke?" ulang Shira

Semalam.. Oh.. Rick.

"Eh, taklah. Tu bukan suami aku" kata Intan.

"Bukan? Habis tu siapa?" soal Shira.

"Kawan" balas Intan pendek.

Tiba-tiba telefon Intan berbunyi.

"Moring si cantik" Rick menyapa.

Ketawa Intan mendengar tutur Rick.

"Morning" jawab Intan sambil tersenyum.

Shira di hadapan sudah besar matanya melihat Intan yang tersengih-sengih sambil berbual di telefon.

"Awak sibuk ke? Saya nak ajak lunch" kata Rick

"Lunch. Hm.. Kat mana?" soal Intan.

"Di restorant tempat saya menginap. Boleh ke?" soal Rick.

"Boleh je. Awak send location." kata Intan.

"Jam dua belas setengah boleh?" soal Rick.

"Okay. Nanti saya sampai" jawab Intan.

"Arrivederci" ucap Rick.

"Arrivederci" balas Intan.

Klik. Panggilan dimatikan. Apabila pandangan dihala ke hadapan, dilihat Shira sudah terkelip-kelip memandang Intan.

"Apa?" soal Intan pelik.

"Kau nak keluar makan dengan mamat handsome tu ke?" soal Shira kepoh.

Intan hanya senyum lalu bangun meninggalkan Shira di meja.

"Eh.. Tunggu la" panggil Shira sambil menghabiskan minuman di dalam gelas.

"Wei, kau nak gi dating ek?" soal Shira.

"Jangan nak merepek" malas Intan melayan Shira. Kalau dilayan, makin banyak pula soalannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience