BAB 3

Humor Series 32768

“Biarlah Kak Long tidur, opah. Kak Long tak boleh buka mata ni. Mengantuk sangat ni,”

“Mana boleh macam tu. Kena bangun juga. Kalau tak boleh banyak, Kak Long makan sikit saja. Tak pun, makan kurma dengan minum air saja,”

“Nanti Kak Long niat aje Kak Long makan. Bolehlah opah,”

Ibu mentuaku jegilkan mata. Aku tergelak di meja makan. Suamiku turut tergelak kecil.

“Tengoklah Along. Betul-betul mengikut perangai mama dia,”

Aku tersenyum. Ibu mertuaku begerak ke meja sambil menarik tangan anakku.

“Eh, tengok maksu tu, boleh pula maksu tidur, kenapa Kak Long pulak kena bangun?,”

“Maksu tak apa. Esok dia tak boleh puasa. Cepat basuh tangan. Makan sikit,”

“Kak Long dengar saja cakap opah tu. Nanti, Kak Long juga yang tak larat esok,”aku bersuara lembut. Separuh memujuk. Tidak boleh terlalu berkeras. Aku faham perasaan anakku itu.

Faham betapa terseksanya dia terpaksa lalui saat-saat sebegini. Kenapa? Kerana aku dulu pun, sama seperti Kak Long. Payah betul bangun bersahur.

“Alahhh tak apalah. Kak Long dah niat dah. Kak Long niat makan nasi lauk ayam goreng,”

Aku tersengih. Suamiku tergelak besar. Ibuku diam tak terkata. Tapi, aku tahu dia cuba sembunyi senyum.

“Mana dapat ayat ni? Opah memang ada dengar ayat ni. Tapi, kat mana ya?,”

Aku tersenyum malu. Lebih-lebih lagi, menyedari jelingan ibu mertuaku padaku. Mana mungkin dia lupa pada kata-kata itu. Itu, kata-kata keramat daripada menantu sulongnya.

“Iesha memang tak pernah sahurlah mak. Tak payahlah susah-susah kejutkan Iesha sahur,”aku bersuara sambil merenung kosong nasi di dalam pinggan.

“Mana elok kamu tinggalkan sahur? Sahur tu kan sunat. Suami kamu suka bangun sahur. Kamu pula yang malas,”

“Iesha tak biasalah, mak. Selalunya memang Iesha tak pernah sahur. Mana lalu tak makan nasi pegi-pagi macam ni?,”

“Kalau tak lalu nak makan nasi, makan sajalah benda yang ringan-ringan. Minum air masak. Yang penting, bangun. Temankan suami kamu ni. Kamu ni… cuba ingat sikit, kamu ni, isteri orang. Isteri, tanggungjawabnya pada suami. Dah.. makan nasi tu,”

“Tak apalah mak. Iesha dah niat makan nasi ni. So, tak payah makan lagilah,”

“Oi ada pulak macam tu, makan pakai niat-niat. Mazhab songsang mana yang kamu ikut ni?,”

Aku tersengih sambil mengawal rasa mengantuk. Suamiku, tergelak besar di sebelahku. Membuat adik bongsunya yang terlena di pinggan, terjaga serta-merta.

“Mazhab mengantuk tu.. mak,”ujar suamiku sambil memandang wajahku. Aku tersenyum.

“Mengantuklah, bang,”

“Makan sikit. Lepas tu, tidur balik,”

“Kamu ni Along. Manjakanlah isteri kamu tu,”

“Tak manjakan isteri, nak manjakan siapa lagi, mak?,”seloroh suamiku sambil tertawa kecil. Sengaja ingin membuat muncung ibunya semakin panjang.

Melihat muncung ibu mertuaku, tiba-tiba hilang pula rasa mengantukku. Walaupun suka marah-marah, aku suka melihat marahnya itu. aku dapat melihat kasih sayang melalui bebelannya. Dapat rasakan kemesraan daripada jerit pekiknya. Aku tersenyum melihat ibu mertuaku menyuap nasi dengan muncung yang panjang.

“Mak nak ayam goreng ni?,”soalku sambil meletakkan seketul ayam goreng ked lam pinggan nasinya.

“Hmmm..,”jawabnya tanpa memandang. Aku pandang suamiku sambil tersenyum. Seperti biasa suamiku kenyitkan mata, sambil mengangkat ibu jarinya.

“Dah¦ tak payah nak bodek mak,”

Aku ketawa mengekek sambil akhirnya jemariku menyentuh juga nasi di pinggan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience