Qarl bengang. Dia mahu Anna ikut telunjuk dia.
Satu kepantangan baginya, jika arahannya diingkari. Dia takkan lepaskan Anna. Takkan sesekali.
Harini, dia takkan beri Anna makan. Biar perempuan tu mati kebuluran.
Qarl melempar semua barangnya di atas meja. Iya. Dia baran.
Anna tak mahu jadi perempuan simpanan dia. Tak pernah perempuan menolak dia sebelum ini. Semuanya terhegeh nakkan dia.
Sebab dia ada kuasa. Ketua mafia yang paling digeruni ramai.
Kau cabar aku, Anna.
Aku kesejukan. Dan, rasa dahaga. I need drinking water.
Qarl memang kejam. Dia tak berikan aku selimut.
Aku baring mengerekot. Tak tahan kesejukan. Bibir mula terasa kering. Perut terasa lapar.
Aku memegang perut. Mula rasa berkeriuk. Cacing meminta diisi makanan.
Laparnya.
Aku tak tahu sekarang pukul berapa. Bilik gelap ni, tak nampak cuaca di luar rumah.
Nak balik rumah. Aku rindukan Mira.
Mira, tolong aku....
Qarl masuk ke bilik. Dia menatang tray makanan.
Dia tahu Anna lapar. Sengaja taknak berikan Anna makanan.
Dia mahu Anna merayu padanya.
Aku bangun, dan memeluk lutut. Sejuk.
Qarl merenung Anna tajam.
"Aku tahu kau lapar. Sekarang dah malam. Seharian kau tak makan. Nanti kau sakit, aku jugak yang rasa susah hati."
Susah hati? Tipu. Kau nak aku mati kan, Qarl?
"Ni... Aku ada belikan Nasi Ayam untuk kau. Makan."
Aku memandang sepi pada makanan itu. Aku membuat muka tidak peduli.
Qarl memerhatikan aku yang masih diam tidak berkutik.
Masih lagi tidak mahu menjamah Nasi Ayam di depan mata.
"Makanlah!! Apa lagi kau tengok?"
Qarl bertempik tiba-tiba.
Taknak.
"Eh Anna, aku da bagi kau makan. Jangan cakap aku ni ketua mafia yang kejam."
Aku menjeling tajam. Rasa mahu meludah dia lagi.
"Kalau kau taknak makan, aku suapkan kau. Mengada. Ni kan feveret kau."
Huh! Menyampah aku tengok muka kau, Qarl. Mati selera.
Qarl mendengus. Geram agaknya melihat kedegilan aku masih tak mahu makan.
Dia membuka bekas polystrene itu.
Bau Nasi Ayam semerbak. Sedapnya. Aku terliur.
"Anna, bukak mulut. Makan. Aku taknak kau sakit."
Aku menggelengkan kepala. Tidak mahu menurut kata dia.
"Anna Adriana. Please... Buka mulut."
Dia mengengsot ke sebelah aku. Aku cuba jarakkan diri.
Dia menyuakan sudu ke mulut aku. Nak taknak aku terpaksa buka juga mulut.
Qarl tersenyum.
"Kau ni macam budak. Kena pujuk sikit baru nak dengar cakap."
Aku mengunyah nasi itu. Terasa pahit di tekak.
Dia menyuakan air Milo panas.
"Nak lagi?"
Aku mengangguk.
"Kau kenapa? Dari tadi, angguk dan geleng. Mana pergi suara kau? Dah bisu?"
Tekak aku rasa sakit. Lagipun, aku malas mahu bersuara.
"Sakit tekak." Jawabku ringkas.
"Kesian kau. Mesti kau rasa kesejukan dalam bilik ni, aku tak beri kau selimut."
Kesian. Kesian. Itu jela yang kau mampu cakap. Kalau kesian, kenapa tak lepaskan aku?
Akhirnya, aku habiskan Nasi Ayam itu tadi. Dia paksa aku habiskan juga.
"Anna, kau akan jadi mangsa culik aku dalam jangka masa yang lama."
Kata-katanya... Dia tidak mahu lepaskan aku. Aku nak balik rumah, Qarl Lee.
Wajah aku berubah jadi mendung. Semendung hati ini. Aku rindukan mak ayah di kampung.
Kau kejam, Qarl. Aku benci kau.
Qarl mengetuk-ngetuk jarinya ke meja. Dia memandang gambar Anna lama.
Apa yang patut aku lakukan pada Anna? Takkan aku nak simpan dia kat sini?
Macam mana dengan pelajaran dia?
Kenapa aku tiba-tiba rasa simpati pada dia?
Jangan, Qarl. Ikut je seperti plan asal.
Kau si ketua mafia.
Jangan jadi lembik disebabkan seorang perempuan.
Gedegang!
Bunyi seperti pintu digendang dari dalam.
Shark muncul di muka pintu.
"Bos, perempuan tu macam mahukan sesuatu. Dia buat bising."
Pasti Anna yang buat bising.
"Pergi tengok apa dia nak."
Shark membuka pintu bilik.
Aku mahu mandi. Mahu solat. Dia tinggalkan aku dalam bilik gelap ni tanpa apa-apa barang keperluan.
"Kau nak apa, perempuan? Kau buat bising nanti bos marah."
Aku menjeling konconya.
"Mana bos kau yang tak guna tu? Panggil dia."
Qarl muncul di muka pintu.
"Kau nak apa, Anna? Kau memang tak reti duduk diam eh?"
"Aku nak mandi. Aku nak solat. Kalau kau sengaja nak simpan aku dalam bilik gelap ni, baik kau bunuh aku je."
Qarl menghampiri aku. Aku berundur ke belakang. Takut dengan dia.
Dia memegang dagu aku. Kasar.
"Kau nak mati sangat ke?"
Tiba-tiba dia keluarkan pistol. Dan acukan ke kepala aku.
"Kau rasa kalau aku tarik picu ni, macam mana rasa kesakitan dia?"
Aku terdiam. Silap aku mencabar dia.
"Kenapa senyap? Tadi nak sangat aku bunuh kau."
Dia mengelus rambut aku menggunakan pistolnya dan meleretkan ke pipi.
"Anna. Anna. Aku tahu kau tak seberani mana."
Aku memejamkan mata. Tak dapat nak bayangkan apa yang bakal jadi.
"Jom, ikut aku."
Dia tarik lengan aku.
Taknak. Aku taknak ikut dia.
Aku masih tidak mahu berganjak.
Qarl menarik aku dengan kasar. Dia membawa aku ke satu bilik.
"Ni bilik aku. Kalau kau nak mandi atau solat, guna je bilik ni. Kalau kau nak stay dalam bilik ni pun boleh."
Aku memandang bilik dia. Agak kemas. Tiada barang yang bersepah.
"Kau boleh stay dalam bilik ni, dengan aku. Berdua."
Dia berbisik di telinga aku. Meremang. Aku takut dengar suaranya yang berbisik begitu. Wajahku mula pucat. Takut.
Qarl ketawa.
"Janganlah gelabah. Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau?"
Jahat. Qarl tak guna. Suka menakutkan aku.
"Saya cuma nak tumpang mandi, solat. Lepastu saya pergi bilik tu semula."
"Bilik tu sejuk, Anna. Berbau hapak dengan bau tikus. Nanti kau tak selesa."
Aku menjelingnya tajam.
Sejak bila kau rasa kesiankan aku?
"Biarlah. Asalkan bukan dengan kau."
Dia tersenyum sinis.
"Kau ni, macamlah aku nak apa-apakan kau. Jangan perasanlah."
Apa pulak aku perasan? Kau tu yang pelik. Si ketua mafia yang pelik.
"Nak baju. Aku nak mandi."
Qarl mengeluarkan kemejanya dengan sehelai short pants.
"Nah. Pakai ni dulu. Aku lupa nak beli baju untuk kau."
Pakai baju dia? Taknak. Taknak.
"Beg baju aku mana? Buatpe aku nak pakai baju kau?"
"Pakai je baju ni! Jangan banyak bunyi."
Aku mengetap bibir.
Kemeja tu okay da. Tapi short pants tu. Oh tidak. Seksanya rasa. Aurat aku. Terdedah di depan dia.
"Anna Adriana!!! Aku cakap ambik ni. Pakai je apa yang ada."
Aku menghentakkan kaki. Tanda tidak puas hati.
Merentap baju kemeja dan seluar tu dari tangan dia. Lalu, menuju ke bilik air.
Qarl tersenyum. Dia menang.
Suka bila Anna terpaksa dengar cakap dia. Lagi marah, lagi nampak comel.
Share this novel