lapan belas

Romance Series 207117

"Auuu... sakitlah. Apa tolak orang macam tu? Tak patut betullah abang ni.."

Shira yang selamat terduduk di lantai menggosok perlahan pinggangnya sambil menatap cemberut Khalish yang sedang berdiri di hadapannya.

"Kau gila ke? Ja..jangan buat macam tu lagi." Khalish bertutur gagap tanpa nada sebelum melangkah ke luar.

Kunci kereta diambil sebelum dia keluar dari rumah. Dia sebenarnya terkejut dengan perlakuan berani Shira tadi, secara tak sengaja automatik dia menolak tubuh Shira agak kuat hingga Shira terhumban ke belakang.

Kereta dipandu keluar, destinasi? Entahlah.. dia mahu menenangkan hatinya yang gundah-gulana itu dahulu.

Shira yang ditinggalkan seperti nangka busuk di lantai dapur tadi merengus kasar. Kaki yang berlunjur mula memberontak mengikut gerakan tangannya.

"Eeii!! Geram betullah! Orang nak kiss pon kedekut! Baru peluk sikit dah kene reject.. sampai jatuh kene tolak pulak tu.. bukan nak tolong, dia lari ada la.. tak terpikat langsung dengan aku.. ishh!."

Shira mengeluh kasar, entah apa silapnya dia membuatkan Khalish menjauhkan diri.

'Dah bukan macam ade laki je gaya aku ni..' desis hatinya.

Shira bangun perlahan-lahan sambil sesekali menggosok pinggulnya yang masih terasa sakit.

Mata memandang pula beg-beg plastik di belakangnya, 'Aha! Idea dah mai....'

Shira mula mengemas barang dapur dan basah tadi. Selepas itu dia mula meneroka segenap rumah dua tingkat itu.

Ada lima bilik.. satu library mini.. ruang tamu, ruang makan, ruang mendobi, dapur dan bilik kerja.

Biliknya? Sudah semestinya dia melepak di bilik yang terdapat baju Khalish di dalamnya.

Memandangkan Khalish tak membawa keluar bagasi-bagasi Shira dari keretanya, Shira menggunakan semua barang Khalish yang ada.

Tuala dari rak dicapai selamba, dari berus gigi.. sabun.. semuanya Khalish yang punya.

'Ala.. ape salahnya, suami isteri kan.. baru lah 'sharing is caring'. More than that pon boleh share..hihihi.'

Nozzle dalam bilik air dijadikan mic Shira, bermulalah konsertnya di dalam jakuzi mewah Khalish. Sabun berwangian sakura itu berbuih sebanyak mungkin.

Shira menggosok tubuhnya yang berbogel sambil berbual sendirian.

"Nanti bau aku sama dengan abang.. haih.. macam tak percaya betul! Kalau macam ni lah.. bau badan sendiri pon dah bergegar iman.. hahaha."

Selesai mandi, Shira ingin solat zuhur pula. Dia hanya memakai t-shirt round neck Khalish bewarna kelabu dan seluar pendek yang bergetah berwarna hitam yang menutupi lututnya.

Satu rumah ditawaf mencari telekung, akhirnya sepasang dijumpai di dalam almari dalam bilik tetamu di tingkat bawah.

'Umi punya kot..' Shira berfikiran positif.

Lagipun umi ada berkata yang umi dan abi selalu juga menjenguk Khalish di rumah. Sejadah dihamparkan dan dia solat di bilik tetamu tadi.

Selesai solat, dia memulakan misinya. 'Abang balik nanti mesti dia suka..'

Shira memakai apron, dan mula memasak dessert dan persiapan untuk makan malam.

Dia membuat aiskrim vanilla with chocolate chip dan larva mini cake untuk dessert.

Dia simpan di dalam fridge untuk disejukkan sementara menunggu kepulangan Khalish.

"Abang ni ke mana...? Haish.. ade-ade jela." Shira membebel seorang diri sambil nombor Khalish didail.

Tak berjawab.

Call lagi.

Tak berjawab.

"Ni macam disengajakan je.. aku tak akan putus asa dengan kau la!" omelnya sendirian. Nombor didail lagi.

Tit...tit..tit..

"Hmm" suara Khalish akhirnya kedengaran.

"Ha assalamualaikum bang. Abang dekat mana ni? Kenapa Shira call tak jawab? Shira risau tau tak..dah la keluar tak beritahu ke mana."

Khalish memejamkan matanya mendengar bebelan Shira sambil mengeluh berat.

'Aku akan hadap perangai pelik dab bebelan dia selama enam bulan.. apalah nasib.' desis hati Khalish.

"Bang.. bang? Hallu.. abangggg" tak mendengar sebarang balasan daripada Khalish membuatkan Shira terus-terusan memanggilnya.

"Hurmm.. nak apa?" Khalish bertutur malas sambil menghadap tasik. Rambut hadapannya yang jatuh ke kening diraup ke atas.

"Shira tanya abang dekat mana? Baliklah.. baru je sampaikan, abang dah keluar pulak tinggalkan Shira sorang-sorang dekat rumah.."

Shira diam menunggu balasan Khalish di sebelah sana.

Agak lama sebelum,

"Sorry." jawabnya sepatah.

"Hmm.. yela.. abang balik ek? Ke abang marah Shira pasal tadi? Shira bukannya nak bunuh rogol abang pun.. orang nak kiss je.. tu pun abang lari dah kenapa?"

Shira mula fefeeling manja seorang diri sedangkan Khalish sudah menyampah mendengar perempuan itu membebel.

'Bunuh or rogol aku? Seriously this weirdo..'

"Abang maafkan Shira ye? Baliklah.. Shira ada buatkan surprise untuk abang. Balik ye bang?" teruja suara Shira di corong telefon.

Tak henti-henti gadis itu meminta maaf padanya dan meminta dia pulang tapi masih ditolak Khalish.

Akhirnya Khalish mengalah,

"Maghrib aku balik." tuturnya dingin. Dia tak mahu balik awal-awal kerana masih malu dengan kejadian bersama Shira di dapur tadi.

"Ala.. lambatnya. Nanti Shira rindu abang macam mana? Baliklah awak sikit.." Shira mula mengada, manja.

'Laki I.. suka hati lahhh.'

Khalish mula rasa pressure, "Aku kene dengar cakap kau atau kau kene dengar cakap aku?" soalnya perlahan tapi berjaya membuatkan Shira tersentap sekejap.

"Sorry bang.. Tak apalah kalau macam tu, Shira tunggu abang maghrib nanti. Kita solat jemaah ek? Lepas tu kita dinner..okay?"

Walaupun Shira agak terasa tapi cuba dia tutup dengan sikap ceria dan polosnya. Tak mahu Khalish bosan dengannya. Mungkin.

"Solat je dulu. Aku solat lua." Khalish menjawab lagi. Beku.

Baru saja panggilan nak dia tamatkan, suara Shira lagi sekali bertanya.

"La.. kenapa pulak? Baru Shira ingat nak solat dengan abang tadi.. boleh mengaji sekali. Shira tunggu abang balik dulu ka ye?"

Shira mencuba dan terus mencuba, tapi lain yang diharapkan, lain pula yang dia peroleh.

"Nanti aku baliklah!" agak tinggi suara Khalish membuatkan Shira tersentak seketika.

'Dia.. marah aku ke tadi?'

Cepat-cepat Shira control perasaan dan intornasi suaranya.

"Okay okay.. abang janganlah marah-marah, tak hensemlah nanti.. tak apalah, Shira tunggu abang kat rumah. Abang bawak kereta tu elok-elok, jaga diri."

Tak habis dia bercakap Khalish sudah menamatkan panggilan. Shira terpampam sebentar.

'What the heaven...' Shira memandang telefonnya tak percaya.

"Die end called aku... kurang asam garam betul. Muka dah come tapi perangai ni tak seberapa nak come." Telefon ditutup dan diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Tak apalah.. malam ni aku akan masak makan malam yang dia tak akan mampu tolak. Hahaha.. mesti dia tergoda dengan air tangan aku." Shira memujuk hati sedihnya dengan kata-kata sendiri.

Dia melangkah semula ke dapur dan mula melakukan tugasnya.

"Kau kuatkan? takpa Shira.. aku tahu kau boleh buat ni.." Shira berbual sendirian sambil mengeluarkan barangan memasak.

"Aku akan buat dia jatuh sayang pada aku . tengoklah!" tekadnya.

Petang itu Shira hanya mengisi masa lapangnya dengan mengemas dapur dan memasak makan malam saja. Yang lain-lain, dia tidur.. tengok tv.. men phone.

'Iyelakan.. suami tak ada..sensorang la Shira..huhuhu'

Maghrib.

Shira solat dan mengaji sehelai dua, kemudian dia kembali ke dapur dan menyediakan meja makan.

Segala makanan yang dimasak awal tadi dipanaskan semula. Dari pukul 8 berginjak ke 8.45, tiada tanda-tanda Khalish akan pulang lagi.

Shira menunaikan solat isyak pula dan kembali menunggu Khalish di meja makan.

Apabila jam sudah ke pukul 9.30, Shira mula risau. Nombor phone Khalish didail beberapa kali tapi langsung tidak berjawab.

Message juga dihantar melalui WhatsApp, tak banyak pun.. dalam beberapa belas saja chat nya.

10pm.

"Mana abang ni tak balik-balik.. tak ingat ke? Ke.. jadi apa-apa pada dia? Kereta rosak? Haish.." Shira kerisuan.

Dia masih cuba menghubungi Khalish lagi tapi langsung tak berangkat. Rasanya lebih 10 kali jugalah dia menelefon lelaki itu.

Shira terus menunggu.. menunggu dan menunggu sehinggalah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience