Bab 30

Romance Series 114022

"Aniq, dah siap ke? Jom gerak. Target dah lock. Tunggu green light je"

"Orait. Jom gerak" jawab Aniq sambil membetulkan baju kalis peluru pada badannya.

Aniq dan Syam bersama Azman menaiki satu kereta manakala beberapa orang anggota team lagi menaiki kenderaan lain, lebih kurang 30 minit memandu, mereka tiba di lokasi.

Aniq dan Syam berpecah pada dua team kiri dan kanan, target mereka adalah sebuah rumah tinggal di dalam sebuah hutan. Suspek telah dikenal pasti sebagai Ali Rambo dan juga Mail Kacip orang kanannya. Di dalam rumah tersebut ada 6 orang suspek termasuk Ali Rambo dan Mail Kacip, dalam rumah itu juga ada 3 orang mangsa yang baru diseludup masuk. Mereka adalah kumpulan yang bergiat aktif dalam jenayah pemerdagangan manusia. Kebanyakan mangsa adalah warganegara Myanmar yang diseludup masuk melalui negara Thailand.

Aniq dan Syam masing-masing mengambil tempat di pintu hadapan dan pintu belakang. Aniq bersama pasukan team berjalan dengan perlahan rapat pada dinding rumah, dan tombol pintu hadapan dipulas peralahan, tidak berkunci. Perlahan pintu dibuka dan Azman bersama 2 anggota team masuk diikuti Aniq manakala seorang lagi sentri di pintu. Mujur rumah yang menjadi tempat persinggahan mereka ini tidak besar jadi agak mudah untuk dikawal. Azman memeriksa bilik yang pertama di sebelah kiri dapati kosong, berikutnya di bilik sebelah kanan juga kosong.

Tiba-tiba salah seorang dari suspek keluar dari bilik paling hujung sambil menghisap rokok. Disebabkan terkejut dengan kehadiran polis di hadapan, suspek yang bersenjatakan pistol revolver melepaskan tembakan ke arah pihak polis.

Apabila terdengar sahaja bunyi tembakan, Ali Rambo dan Mail Kacip keluar dari bilik yang ditempatkan mangsa bersama suspek yang lain. Berlaku tembak menembak antara polis dan juga suspek. Mangsa menjerit-jerit ketakukan di dalam bilik apabila mendengar bunyi tembakan.

Setelah hampir 20 minit, empat orang suspek berjaya diberkas manakala dua orang lagi mati di tempat kejadian. Mangsa juga berjaya diselamatkan dan dihantar ke Pusat Perlindungan sementara.

Lokasi ini adalah lokasi keempat yang menjadi tempat mangsa disimpan sebelum dihantar ke seluruh Malaysia sebelum dikerah menjadi peminta sedekah.

Selain dari kumpulan yang diketuai oleh Ali Rambo terdapat beberapa lagi kumpulan yang aktif dan sedang diburu pihak berkuasa.

Hampir jam lima pagi baru semuanya selesai termasuk menghantar mayat ke Jabatan Forensik dan juga masukkan keempat-empat suspek ke dalam lokap sementara untuk dibawa ke Mahkamah bagi permohonan reman tahanan oleh Pegawai Penyiasat.

+++

Aniq bersama Syam baru sahaja selesai mentaklimatkan hasil serbuan pada Tuan Yunus. Kedua-dua mereka masuk ke pejabat Aniq.

"Kau okey ke?" soal Syam.

"Maksud kau?" soal Aniq kembali.

"Ye la. Kata Azman tadi kau nyaris-nyaris nak kena tembak. Kau fikir apa tadi?" soal Syam bimbang.

"Atau kau masih terbayang perkara yang berlaku dulu?" tambah Syam.

"Tak ada apalah. Aku okey, Azman je lebih-lebih, jangan bimbang lah"

"Macam mana tak bimbang, kau dah ada isteri sekarang. Kalau jadi apa-apa pada kau macam mana? Yus dah la baru kehilangan keluarga dia" kata Syam.

"Kau jangan bimbang. Aku tau jaga diri lagipun korang semua kan ada. Kita jaga sama-sama kita" ucap Aniq sambil mengambil tuala dan pakaiannya. Menjadi kebiasaan, Aniq akan mandi dan bersihkan badan di pejabat sebelum pulang ke rumah terutama jika melibatkan kematian seperti serbuan tadi.

"Kalau dah macam tu kata kau, aku percaya. Okey lah, aku pun nak mandi juga ni, habis kotor baju sebab bergasak dengan Mail Kacip tadi" kata Syam lantas bangun dari kerusi.

"Ye lah, aku pun sama, merah juga penumbuk ni kena muka si Ali Rambo tu" balas Aniq.

+++

"Assalamualaikum sayang" ucap Aniq pada Yus yang telah siap berpakaian kerja dan membancuh air di dapur.

Yus pantas berpusing.

"Abang.. Bila balik tak dengar pun bunyi motor" tanya Yus lalu tangan Aniq disalam dan Aniq dipeluk manja lalu pipi dicium. Lega rasa apabila melihat Aniq pulang dengan selamat. Sebab Yus tahu, malam tadi pasti Aniq terlibat dengan apa-apa operasi yang bahaya. Sama seperti arwah Alongnya dulu.

"Hm.. Rindu abang ke, peluk ketat-ketat macam ni?" soal Aniq sambil membalas pelukan Yus dan kepala Yus yang bertudung itu dicium.

"Rindu la.. Abang tak ada kat sebelah. Lagi pun Yus bimbangkan keselamatan abang. Yus faham tugas polis macam mana, arwah Along dulu pun macam abang" terang Yus. Kepalanya diletakkan di leher Aniq dan bibirnya rapat pada dagu terbelah itu. Lantas dicium lembut.

"Alahai.. Manjanya isteri abang ni. Kalau dah melekat macam ni, tak payah pergi kerja lah. Duduk kat rumah je dengan abang" kata Aniq.

Terus Yus angkat kepala dan berdiri tegak tetapi tangan masih lagi melingkar di badan Aniq.

"Ala.. Tak boleh la bang, pagi ni nak jumpa wakil MOHA Holding nak bincang pasal projek yang sayang cakap tu. Sorry... Tak pe, abang rehat kat okey, tunggu sayang balik kerja." ucap Yus.

"Eh, tapikan malam tadi abang pakai baju lain, kenapa ni dah tukar baju lain pulak?" soal Yus pelik.

"Baju abang kotor sebab nak tangkap penjenayah masa operasi tadi, jadi abang mandi dan tukar baju di pejabat sebelum balik rumah" terang Aniq.

"Ha.. Habis tu abang ada cedera mana-mana tak?" Soal Yus sambil muka dan badan Aniq semua dibeleknya. Kemudian Yus perasan tangan Aniq merah dan sedikit calar.

Yus kemudian pegang tangan Aniq dan menggosok lembut bahagian penumbuk kanan. Hm.. Pasti kesan tadi.

"Sakit ke?" soal Yus bimbang.

"Sikit je ni, abang dah biasa dah. Sehari dua hilang. Eh, sayang tak pergi kerje ke? Dah pukul berapa ni" tanya Aniq.

"Haah la abang. Adui.. Jangan jalan jem sudah. Okey lah abang, sayang pergi kerja dulu. Assalamualaikum" ucap Yus lalu bibir Aniq dicium sekilas.

+++

Minggu ini minggu yang sibuk bagi Yus begitu juga dengan Aniq. Kadang-kadang Yus sampai rumah, Aniq pula keluar kerja. Hanya ada beberapa jam sahaja sempat berjumpa. Namun begitu telefon menjadi penghubung mereka.

Hari ini Yus keluar makan bersama Kak Syikin. Kebetulan Yus ada menyuarat di syarikat tersebut. Lama tak jumpa Kak Syikin selepas Yus berhenti kerja tempoh hari. Hari ni dah alang-alang jumpa, terus di ajak Kak Syikin makan tengah hari.

Banyak yang dibualkan bersama Kak Syikin, ye lah lama kot Yus kerja di syarikat tu, hampir 3 tahun juga. Yus dah biasa bekerja bersama Kak Syikin di syarikat itu. Sudah tentu banyak yang dibualkan.

Semasa Yus dan Kak Syikin sedang berjalan menuju ke tempat parking kereta untuk pulang, tiba-tiba langkah Yus terhenti kerana di seberang jalan sana Yus nampak seseorang yang amat dikenali bersama Mona, ye lelaki tersebut adalah Aniq.

Dilihat Mona memeluk mesra lengan Aniq dan berjalan bersama-sama masuk ke sebuah restorant. Kak Syikin yang tadi rancak berbual dengan Yus, rasa seperti dia hanya bercakap seorang diri. Bila dilihat di sebelah dapati Yus sedang ralit memandang ke depan.

"Yus tengok apa?" soal Kak Syikin sambil mencuit lengannya.

"Hah, tak ada apa, Yus macam nampak seseorang yang Yus kenal tapi bukan rasanya" tutur Yus selindung.

"Oh, ingat Yus tengok apa, tak berkelip mata. Letih akak bercakap sorang-sorang"

"Sorry Kak Syikin. Tak sengaja" ucap Yus serba salah.

"Eh, akak dah lambat ni. Akak balik pejabat dulu la, Yus tak apa la boss. Lambat sikit pun tak apa" kata Kak Syikin sambil tersengih.

"Eh, tak adanya. Sama je. Boss la lagi kena awal, kena tunjuk contoh baik pada pekerja" balas Yus.

Kak Syikin hanya tersengih dan berlalu ke keretanya setelah bersalam dengan Yus.

Yus masuk ke dalam perut kereta, enjin dihidupkan. Lama Yus diam.

"Dia cakap perempuan tu bukan girlfriend dia tapi kenapa elok mesra je siap peluk lengan lagi"

"Siapa perempuan tu sebenarnya, kenapa abang buat sayang macam ni.." tutur Yus sedih. Terkilan dengan sikap Aniq.

+++

Sebaik Aniq dan Mona mengambil tempat di meja, datang dua orang lelaki, seorang sudah berumur tetapi masih lagi segak dan lengkap bersuit manakala seorang lagi masih muda, mungkin pengiring atau pemandunya.

"Raqib" tegur satu suara di belakang menyebabkan Aniq menoleh. Sebaik sahaja melihat lelaki tersebut. Pantas Aniq bangun dan mahu beredar tetapi tangannya disambar Mona.

"Abang, duduk la dulu" pujuk Mona.

"Mona, kalau Mona ajak abang datang sini sebab nak abang jumpa dia, abang nak balik. Tak ada sebab abang patut tunggu" tegang suara Aniq.

"Aniq, tunggu dulu. Papa tau papa salah. Papa minta maaf. Beri papa peluang Qib" Tan Sri Mokthar bersuara.

"Saya bukan siapa-siapa yang patut Tan Sri minta maaf, saya minta diri." Aniq tanpa toleh ke belakang terus beredar dari restorant tersebut.

Selepas kejadian tersebut, Aniq terus pulang ke rumah. Sakit dan pedih rasa di hati masih terasa hingga hari ini tapi dengan mudah dia datang mohon maaf.

"Arghh...!!" Aniq melepaskan marah di dalam kereta.

Kereta dipandu laju pulang ke rumah. Kebetulan, Yus juga pulang awal hari ini.

Aniq hanya menyapa sekali lalu pada Yus yang berada di atas katil. Aniq kemudian membuka pakaian dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas keluar, Aniq terus menunaikan solat semoga amarah dalam diri dapat dikurangkan.

Selepas solat Aniq memakai t-shirt tanpa lengan dan seluar pendek. Aniq mahu ke mini gym bagi melepaskan tekanan yang ada.

Punchbag dilanyak semahunya.

Kenapa baru sekarang dirinya dicari. Kenapa tidak lama dulu. Tidak pernah sekalipun dia dan mamanya dicari. Kenapa?

Sedang Aniq masih sibuk work-out, lagu 'rampas' berbunyi dari telefon Aniq.

Aniq mengambil tuala yang disangkut lalu mengelap peluh pada muka dan leher. Telefon di atas meja berhampiran kerusi rehat diambil. Icon hijau digesek.

"Hm.. Ada apa call abang?" soal Aniq dengan suara yang masih bersisa marahnya.

"Sorry.. Papa yang minta Mona bawa abang ke restoran tu. Papa nak jumpa abang. Abang jangan marah Mona" takut-takut Mona bersuara.

"Papa Mona, bukan papa abang" keras suaranya.

"Eh, papa Mona papa abang la, apa pulak yang bukannya?" soal Mona pelik.

"Kalau dia papa abang, dia tak buat pada abang berbelas tahun dulu Mona!" balas Aniq.

"Abang jangan marah Mona.. Masa tu Mona kecik lagi. Mana tau apa-apa"

"Kalau tak tau apa-apa jangan nak campur" ucap Aniq.

"Ye.. Sorry lagi sekali" ucap Mona perlahan.

"Mona ulang lagi lepas ni, dah jangan cari abang" marah Aniq.

"Ye.. Tak buat dah" Mona akur.

"Ni Mona kat mana?" soal Aniq.

"Kat kedai, baru nak makan. Tadi tak sempat, ada orang tu tinggalkan Mona kat restorant gitu je" balas Mona.

Tercetus ketawa di bibir Aniq.

"Siapa suruh cari pasal. Okey, sorry. Nanti abang belanja lunch tapi ingat, jangan ajak orang lain" pesan Aniq.

"Okey abang.. Okeylah Mona nak gerak dah ni, nanti Mona call lagi. Bye abang"

"Hm, okey. Bye. Hati-hati" ucap Aniq lalu meletakkan telefon di meja dan berpusing ke belakang.

"Eh, sayang. Buat apa kat sini?" soal Aniq cuak.

Terkejut Aniq melihat Yus yang tiba-tiba berdiri di belakangnya.

Ah, sudah. Sayang dengar ke apa yang aku bualkan dengan Mona.

Yus hanya diam membatu memerhatikan Aniq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience