Bab 20

Romance Completed 207871

#flashback#

"Qi, macam mana dengan permintaan papa? Sudah hampir dua bulan. Tempohnya bakal tamat." soal Miqail yang sedang bersandar di atas katil.

Caden yang tadi duduk di sofa terus bangun dan melabuhkan duduk di sebelah papanya di atas katil.

"Pa, apa kena mengena hal ni dengan syarikat pula. Tak ada kena-mengena la pa." jawab Caden.

"Qi, masa papa dah tak banyak. Qi nak ke syarikat yang papa bina tu musnah?" soal Miqail sambil wajah anaknya itu ditenung.

"Apa yang papa minta tak banyak Qi. Kalau Qi tidak dapat ikut apa yang papa minta, syarikat tu papa akan serah pada Asir. Biarlah syarikat tu musnah di bawah tangannya. Biar titik peluh papa lenyap macam tu saja" merajuk sahaja bunyinya.

Caden mengeluh..

"Tapi papa, kenapa sampai Qi kena kahwin pulak?" soal Caden tidak puas hati.

"Qi, papa tak nak anak papa lupa mengenai apa itu rasa kasih sayang keluarga. Papa nak anak papa ada keluarga yang dapat menyokong Qi. Papa nak juga tengok cucu papa. Kalau nak harapkan Asir, Qi pun fahamkan." kata Miqail lagi.

"Syarat papa mudah sahaja, Qi mesti kahwin dan papa akan serahkan syarikat pada Qi. Tapi kalau Qi enggan, dan tempoh yang papa beri telah tamat. Papa akan namakan Asif sebagai pemilik tunggal." tambah Miqail.

Caden sudah serba salah. Bukan dia tidak tahu apa yang Cleine buat. Sejak papanya masih uruskan hotel itu dahulu lagi.

Papanya tahu aktiviti Cleine yang satu itu tapi papanya tidak mahu hubungan dengan Cleine retak kembali. Cukuplah dulu Cleine menghilangkan diri dan merajuk pada papa.

Caden tidak peduli sangat dengan harta papanya kerana syarikatnya di luar negara itu pun sudah lebih dari cukup untuk hidup senang. Tapi syarikat ini hasil usaha papanya.

Papanya mula dari bawah sehinggalah berjaya hingga sekarang. Bukan hanya hotel tetapi ada beberapa resort juga milik papanya. Serba salah Caden dibuatnya.

#flashbackend#

Mungkin Intan memang calon yang sesuai. Caden tersenyum sendiri di dapur.

+++

Intan menutup rapat pintu bilik rehat Caden dan mahu mengatur langkah. Pusing sahaja ke belakang, nampak Carlos sedang berjalan menuju ke arahnya. Pasti mahu bertemu Caden.

"Hai pretty" sapa Carlos sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Hai Carlos. Nak jumpa Tuan Caden ye" balas Intan.

Carlos hanya mengangguk.

"Okeylah, saya gerak dulu" ucap Intan lalu menolak troli.

Hari itu Intan rasa senang sangat hatinya. Lihat Caden yang ceria dan maklumat baru pun ada. Malam nanti boleh maklum pada HQ. Tersenyum sendirian Intan.

"Senyum-senyum ni dah kenapa?" tegur Intan yang baru masuk ke bilik rehat.

"Mana ada senyum. Pandai je kau ni" balas Intan yang sedang duduk bermalasan di atas sofa sementara menunggu waktu makan tengah hari.

"Alah.. Macam la tak tau. Tuan Caden dah balik kan. Suka la tu, buah hati dah ada.." usik Aishah sambil tersengih-sengih.

Tegak terus badan Intan.

"Oit, mulut.. Jangan macam-macam. Dengar kat orang lain nanti." marah Intan sambil mata melingas kiri dan kanan.

"Intan.. Tak payah nak hairan, kat sini memang ramai yang admire bos kita tu" jawab Aishah lalu mengambil tempat di sebelah Intan.

"Termasuk kau la tu.." usik Intan pula sambil ditolak bahu Aishah dengan bahunya.

"Jangan cari pasal, marah tunang saya" laju Aishah membalas.

Iyelah, Aishah sudah pun setahun bertunang dan in sha Allah akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.

"Ye la, lupa. Kau dah tunang kan. Tapi kalau setakat suka tak apa, jangan lebih-lebih dah la." kata Intan.

"Haah, kalau lebih-lebih, orang sebelah ni yang marah dulu" sakat Aishah lagi.

"Oit, mana ada la." balas Intan.

Merah mukanya. Ini kalaulah dia beritahu yang Caden ajaknya berkahwin, lagi haru. Caden.. Caden.. Kita tak mungkin dapat bersama. Banyak halangannya.

"Ha, tengok. Berangan dengan Tuan Caden la tu. Pantang sebut nama, mulalah hilang di bawa ke tingkat empat puluh lima" tegur Aishah.

Malu Intan bila Aishah berkata begitu. Macam tau-tau je.. Malu kita wak. Hahaha.. Gatai.

+++

Sampai sahaja di rumah, Intan seperti biasa, bersihkan badan dahulu dan kemudian membancuh milo dan ke bilik belakang.

Maklumat telah disalurkan pada HQ. Lega sikit rasa. Mudah-mudahan cepat la tugas ini berlalu.

Esok ada perjumpaan dengan budak tiga orang tu. Nasib baik esok tak banyak nak dibuat. Boleh keluar awal. Tapi awal tak awal pun pukul empat juga.

Lena Intan tidur malam ini. Ditemani Caden dalam mimpinya..

+++

Seperti hari-hari sebelumnya, Intan bersiap untuk memulakan tugasnya. Sebaik keluar dari lift di tingkat empat puluh lima, kaki mengatur langkah menuju ke stor simpanan barang.

Sewaktu sampai di stor, Sara dan Kila sedang mengemas bilik stor.

Tugas mereka selain dari menjadi housekeeper, mengemas stor dan memastikan peralatan dalam stor dari tingkat tiga puluh lima hingga tingkat ini menjadi tanggungjawab mereka. Sebab itu mereka berdua boleh sampai ke tingkat ini.

Mereka hanya memiliki temporary pas, bila nak naik baru En Rahim serahkan. Tidak mahu ada yang salah guna. Kawasan juga terhad hanya pada sekitar stor dan terus ke lift sahaja.

Tingkat tiga puluh lima hingga ke atas dikira sebagai tingkat eksklusif.

Intan hanya tersenyum pada mereka berdua.

Sara memanggil Intan.

"Ada apa?" soal Intan.

"Lusa petang free tak?" tanya Sara.

"Tak pasti lagi. Kenapa?" soal Intan kembali.

"Ada job. Nak join tak?" tanya Kila pula.

"Boleh juga, nanti saya bagitau semula. Tapi macam mana nak hubungi?" soal Intan sambil memandang kedua-dua mereka.

"Jap, saya miss call" kata Sara lalu mengeluarkan telefon bimbit dari poket, nama Intan dicari dan call.

Bergetar telefon dalam poket Intan lalu telefon diambil dan nombor Sara disimpan dalam senarai.

"Okey. Nanti bagitau. Kita orang turun dulu. Kerja dah siap" balas Kila.

Intan hanya mengangguk dan terus mengambil troli dan mengisi peralatan dan barang yang diperlukan.

Hampir Intan terlupa, malam tadi perempuan yang dikatakan itu baru sampai. Pagi ni mesti masih ada di dalam bilik. Agaknya, petang atau malam ni pasti ada pelanggan yang datang ke tingkat itu untuk melanggan.

Dalam berfikir mengenai perkara itu, kaki Intan sudah pun sampai di depan pintu pejabat Caden. Password ditekan dan daun pintu dibuka. Troli di letakkan di luar, manakala barang dan peralatan yang diperlukan dibawa masuk bersama.

Apabila masuk, Intan dapati Caden sudahpun berada di meja kerjanya. Pasti banyak yang perlu disiapkan memandangkan semalam Caden tidak masuk ke pejabat.

"Morning Tuan Caden" sapa Intan sebaik melangkah masuk.

"Hm.." balas Caden tanpa menoleh pada Intan.

Kenapa lain pulak Caden hari ni. Macam bad mood je.. Biarlah. Baik aku buat kerja.

Intan meneruskan kerjanya seperti biasa. Caden masih lagi sama, sibuk dengan kerjanya. Si Carlos pula sudah dua tiga kali keluar masuk pejabat itu. Hanya Carlos yang senyum melihat Intan apabila mereka bertemu pandang.

Hampir tiga puluh minit, siap tugas Intan di dalam pejabat itu.

Setelah menyimpan semua peralatan, Intan berjalan menghampiri meja kerja Caden dan berdiri di tepi Carlos.

"Tuan Cade, kerja saya dah selesai. Saya keluar dulu" ucap Intan pada Caden.

"Okey" balas Cade.

Itu je balasannya.. Tengok aku pun tak.. Ada rasa yang mencucuk di hati Intan dengan lagak Caden.

Pantas Intan mengatur langkah keluar dari pejabat itu.

Sebaik Intan hilang di sebalik pintu. Kuat Caden menghela nafas. Kepala disandarkan pada headrest. Jari naik memicit pelipis kepala dengan mata yang terpejem.

Apa yang awak dah buat pada saya Intan Afrina..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience