BAB 24

Family Completed 4130

Tanpa bantahan, mereka berdua menyabung perjalanan ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan Ayden hanya melayan percakapan dan pertanyaan yang diberikan oleh Maroz. Biarlah lelaki itu sahaja yang berbicara, tidaklah dia rasa kesunyian sepanjang perjalanan.

"Allahuakbar Allahuakbar."

Maroz serta-merta terhenti diikuti dengan Ayden.

"Kenapa?"

"Ada tugas sedang memanggil."

"Hah, siapa?"

"Allah. Saya minta diri dulu Encik Ayden. Boleh tunggu di sini sementara menunggu saya selesai sembahyang?"

Ayden hanya sekadar menganggukkan kepalanya sebelum lelaki itu beredar.

Alunan azan didengar dengan begitu teliti. Entah kenapa, mendengar alunan itu membuatkan hatinya bertambah lapang. Matanya ditutup untuk menghayati ayat-ayat itu dengan lebih lanjut.

Dia tahu agama Islam malah dia banyak mempunyai kawan-kawan Islam. Tapi kawan-kawannya itu pun sama juga macam dirinya, kaki kelab malam. Mereka semua Islam hanya pada nama. Begitu juga dengan dirinya, Kristian juga hanya pada nama.

Tapi kini, perasaan yang tidak dapat digambarkan hadir disanubarinya. Kenapa kawan-kawannya tidak pernah memberitahu ada keindahan di dalam ayat-ayat alunan tadi?

Tanpa sedar, air mata jantannya keluar. Tidak tahu kenapa ia mesti keluar. Ia adalah tindakan tanpa arahan. Namun hatinya ingin mengeluarkan rasa sebak didada yang terasa berat. Teresak-esak dia rasakan saat ini.

"Encik Ayden." Kali ini suara lelaki tadi kedengaran.

"Astagafirullah, kenapa menangis?"

"Adakah yang tadi itu suara azan?"

"Ya Encik Ayden."

"Begitu indah sekali. Mungkin ini pertama kali saya mendengar dengan begitu dekat dan terang."

"Alhamdulillah. Jom, kita sambung perjalanan kita. Mungkin bertemu dengan Ustaz Kazim Elias, ia boleh menolong Encik Ayden."

Ayden menganggukkan kepalanya lalu mereka menyambung perjalanan mereka.

Walaupun dia masih keliru dengan apa yang terjadi kepadanya, akan tetapi mungkin inilah yang dia cari selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience