BAB 14

Romance Completed 11420

“For our big brother, Elman. Otanjobi omedeto gozaimasu (Selamat Hari Lahir)!” Fizo dan Joe memeluk Elman. Elman tersenyum gembira. Akhirnya persahabatan mereka kembali bertaut. Inilah hadiah hari jadi yang paling didambakan selama ini. Kembali bersama dengan kawan-kawan baiknya.

“Domo arigatou (Terima kasih banyak-banyak)! Hope our friendship will last forever.” Elman terharu.

“Aamiin. In Shaa Allah, bro. Wazien ada operation malam ni. So dia tak dapat datang. Maybe lepas operation dia call kau kot.” Celah Fizo. Elman mengangguk, sedia maklum akan kesibukan kawannya yang bergelar doktor bedah itu. Joe memandang Elman sambil menguntum senyum.

“So, apa hadiah dari Najla? Guess she will prepare for a huge one right?”

Elman menyepikan diri. Dia tidak tahu bagaimana mahu meluahkan kepada Fizo dan Joe. Selepas kejadian di pejabatnya semalam, terdetik di hati Elman untuk meminta maaf kepada Najla tapi hatinya masih berkeras untuk tidak meluahkannya. Elman sendiri tidak faham dengan dirinya. Kenapa susah sangat mengucapkan kata maaf?

“Aku rasa kan…mesti malam ni Najla akan bagi hadiah yang dia pernah tunjuk kat kita dulu kan bro?” Kata Fizo kepada Joe. Joe mengangguk-angguk. Berkerut dahi Elman mendengar kata-kata Fizo.

“Hadiah apa?” Fizo dan Joe laju menggeleng. Tidak mahu memecahkan rahsia.

“For you to find out. Dah pergi balik. Masa nak bermain-main dengan kitorang dah tamat. Kitorang just nak tunjuk muka je dengan kau, bro. Sorry ya sebab dah abaikan kau selama ni. Kitorang lama dah nak minta maaf pada kau sebab tak back up kau masa kena bash dengan Nishikido sensei dulu. Tapi….kitorang tak berani. I’m sorry bro.”

Elman menegakkan kepala. Kini dia mahu mencari kebenaran dari kawan-kawannya. Betulkah selama ini Najla yang memburukkan nama dia di belakang Elman?

“It’s okay bro. Nasib baik ayah aku ada. Ha..ha..nampaknya sampai bila-bila pun aku akan harapkan bantuan ayah aku untuk hidup. Aku kerja dekat cafe tu bukan saja-saja. Aku nak beli Sega Star Projector. Aku nak kumpul duit aku sendiri sebab projektor tu mahal. Aku tak mahu berharap pada duit ayah aku. Tak sangka pulak, caught red-handed. Nasib baik tak kena buang U.” Ujar Elman sambil tergelak.

“Kesian dengan Najla. Tak pasal-pasal kau benci dia. Bukan salah Najla pun. Takkanlah dia nak buruk-burukkan kau sedangkan kau orang yang paling dia cinta selama ni. Sanggup lagi tu berkorban duit simpanan dia semata-mata untuk pastikan impian kau tercapai. Susah nak cari perempuan yang sayang kita betul-betul macam Najla. Kau bertuah bro. Kau bertuah!” Joe menepuk-nepuk bahu Elman. Elman terkesima. Ayat Joe kedengaran pelik.

“Bro…aku nak tanya kau. Siapa yang sebarkan cerita pada korang pasal aku kerja jadi pelayan dulu? Najla ke?” Tanya Elman ingin tahu. Fizo dan Joe saling berpandangan.

“Aku ingat kau tahu. Nope. Bukan Najla.” Balas Joe akhirnya. “ Yang bagitahu kat aku, Aulia.” Fizo turut mengangguk, mengiakan kata-kata Joe. “Yup. Aulia jugak yang cakap dengan aku. Wazien pun kata Aulia.”

Elman sudah terduduk. Rasa bersalah semakin menggunung kepada Najla. Dia ingin segera pulang menemui isterinya. Fizo dan Joe seakan memahami apa yang terbuku di hati Elman.

“Go bro. Pergi pada Najla sekarang. Let bygones be bygones. Bahagiakan Najla. Semoga kasih korang kekal bahagia hingga ke jannah. Minta keampunan kepada Allah atas keterlanjuran korang, bro. Allah Maha Pengampun.”

Elman pantas berlari ke kereta. Dia ingin segera menemui Najla. Hatinya mula dilanda keresahan tiba-tiba, seolah-olah ada perkara buruk yang menimpa Najla. Dia ingin cepat sampai ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience