Melihat kesibukan di kedai Pak Mat, Syahid tergerak hati mahu berhenti dan bertanya. Tetapi bila memikirkan kata-kata mak Omar tadi dia jadi patah semangat tiba-tiba. Entah mengapa jadi begitu, dia juga tidak tahu.
Setiap kali bulan puasa, kedai Pak Mat menjadi pusat perhatian di kampung itu. Lemang panas yang dijualnya sentiasa menjadi pilihan utama penduduk tempatan untuk berbuka puasa dan beraya. Syahid merenung kedai itu dengan rasa kagum. Kalaulah Pak Mat mahukan pekerja, dia sedia untuk membantu. Mungkin suatu hari nanti.
"Syahid!"
Kepala ditoleh laju.
"Hey budak, mari sini."
Terpinga-pinga Syahid bila dirinya dipanggil begitu. Dengan rasa teragak-agak dia berjalan menuju ke depan kaunter kedai Pak Mat.
"Nenek saya tak ada tempah lemang Pak Mat Saya pun tak ada duit nak bayar ni. Maaflah Pak Mat."
"Memanglah nenek kau tak ada tempah lemang. Tapi aku nak minta tolong kau hantarkan lemang ni kat rumah Pak Leman. Upahnya aku bagi Rm10. Boleh?"
Mendengarkan permintaan lelaki tua itu, terus terbeliak mata Syahid. Gilalah kalau dia kata tak boleh. Boleh sangatlah. Dia memang tengah nak cari kerja ni. Nak dapat Rm10 tu bukan senang. Siapa tak nak.
Tanpa fikir panjang Syahid terus mengangguk. Dia merasa teruja dengan peluang yang diberikan kepadanya.
Baginya, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Dia bersemangat untuk membuktikan bahawa dia mampu menyelesaikan tugas tersebut.
Tapi, bila dia dah terima kerja itu barulah dia tahu tak mudah rupanya nak mendapatkan Rm10 yang dijanjikan Pak Mat.
Dengan cuaca yang panas, tubuh dibasahi peluh dia berkayuh menghantar lemang ke rumah Pak Leman. Kering tekak menahan dahaga dibulan puasa. Sampai nak telan liur pun rasa dah tak ada. Tetapi, dia tidak berputus asa. Syahid terus berkayuh menghantar lemang ke rumah Pak Leman.
Tiba di rumah Pak Leman, Syahid terhenti sejenak untuk mengatur nafasnya. Tubuhnya basah dengan peluh dan rasa haus mendera kesabarannya. Dia menghela nafas dalam-dalam, menguatkan dirinya untuk menyelesaikan tugas dengan baik.
Syahid ketuk pintu rumah Pak Leman sambil memberi salam. Dia kemudian disambut oleh seorang lelaki tua dimuka pintu.
"Haa...dah sampai pun."
"Ini lemang yang Pak Mat suruh hantarkan." ucap Syahid dengan suara yang sedikit tercungap akibat keletihan.
Pak Leman tersenyum ramah sambil mengangguk.
"Terima kasih, budak. Apa nama kau? Mari, masuk dulu. Pak cik ada sesuatu nak bagi kau."
Syahid tersenyum lega mendengar ucapan Pak Leman. Tetapi dia menolak untuk masuk ke dalam rumah. Tugasnya sudah selesai. Dia tidak sabar untuk balik mengambil upah daripada Pak Mat.
Pak Leman tidak sempat berkata apa-apa
apabila melihat Syahid bergegas pergi bersama basikalnya.
#cerpen #authorciciaida #author #reading #lovereading #penulisnovel #cerpenraya #ceritaramadhan #raya #dollowers #highlights
Tq yang follow. Tggu next chapter ya. ????
Share this novel