Bab 12

Family Completed 3187

Alisha tersenyum sendiri di biliknya.Akhirnya dia telah mendapat sinar kebahagiaan setelah sekian lama menderita.Hubungannya dengan Puan Rosmah telah pulih selepas kejadian hari tu.

Alisha yakin bahawa mamanya telah berubah.Bukan lagi seperti dahulu di mana dirinya dipandang benci.Dia dapat melihat keikhlasan mamanya untuk memperbaiki hubungan dengannya sebagai seorang ibu dan anak.

Tok tok tok..
Terjenggul kepala Puan Rosmah di sebalik pintu setelah Alisha membenarkannya masuk.Gadis itu membalas senyuman mamanya.

"Kenapa Lisha tak tidur lagi ni?"tanya Puan Rosmah selepas melabuhkan punggungnya di sebelah anaknya.

"Lisha tak boleh tidur lah mama."Alisha juga mulai memanggil Puan Rosmah dengan gelaran mama.

"Aik!kenapa takleh tidur pula?jangan jangan ingat boyfriend tak."usik mamanya.

"Boyfriend?Eee Lisha tak sukalah cakap pasal boyfriend ni.Geli tau.."Alisha membuat mimik muka kegelian.Puan Rosmah tertawa melihat gelagat anak gadisnya itu.Rambut Alisha di usap usap dengan penuh kasih sayang.Sebelum ni dia tidak pernah ingin memegang mahupun dipegang oleh anaknya.Sekarang dia suka mengusap Alisha.

"Mama..kenapa mama bencikan Lisha dulu?"tanya Alisha dengan wajah yang agak muram.Puan Rosmah tersentak dengan soalannya.Agak lama untuk dia menjawabnya.

"Sebenarnya,papa Lisha dulu ada sebuah syarikat yang sangat besar.Kami hidup senang dan serbah mewah sehinggalah Lisha lahir di bumi ini.Semenjak Lisha lahir syarikat papa Lisha makin lama makin merundum.Oleh itu papa meletakkan semua kesalahan keatas Lisha dan mengatakan bahawa Lisha ialah pembawa malang.Hubungan mama dan papa pun makin lama makin renggang.Mama pun silap kerana membenci anak mama yang tidak berdosa langsung."ceritanya dengan panjang lebar bersama tangisan atas kekesalan membenci Alisha.

Alisha turut mengalirkan air mata.Patutlah selama ni dia dibenci.Hanya kerana kelahirannya sama waktu dengan kejatuhan syarikat papanya, dia dibenci dan dihina.

"Maafkan mama Lisha..mama sedar mama salah.Sebab tu mama nak tebus balik kesalahan mama pada Lisha.Mama nak luangkan masa dengan anak mama."Puan Rosmah mendakap anaknya dengan erat.Bulan menjadi saksi bahawa hidup Alisha akan bahagia bersama mamanya.

Alisha menunggang basikalnya ke sekolah.Hatinya bernyanyi riang kerana perasaannya sungguh gembira kerana telah disatukan dengan mamanya semula.

Dia duduk di kerusi sambil tersenyum.Wajahnya sungguh ceria tidak seperti hari hari sebelumnya. Beberapa pelajar pelik dengan sikapnya yang tak habis habis tersenyum.

"Okey sekarang buat kumpulan masing masing. Cikgu nak kamu buat kerja kursus tentang kelahiran dan kematian bintang."ucap Cikgu bernama Razim.

Semua pelajar membentuk satu kumpulan mengikut pilihan diorang.Alisha hanya mendiamkan diri di tempatnya.

"Weii..kita tak cukup sorang lah."kata Mirzan. Fairuz menoleh ke sekeliling kelas untuk mencari satu lagi ahli kumpulan supaya cukup 5 ahli dalam satu kumpulan.

Matanya terpandang pada Alisha.

"Err korang.."Tiba tiba Mia muncul di sebelah Fairuz.

"Korang tak cukup satu ahli kan?err..boleh saya join korang."katanya bersama niat ingin mendekati Fairuz.

"Bo.."belum sempat Mirzan membalas Fairuz terlebih dahulu memotong.

"Sorry Mia..group kitorang dah full.Awak join lah group Rhea tu.Kesian diorang dok sibuk tengok tengok awak dari tadi.Nak sangat awak ada dalam group diorang gamaknya."katanya sambil tersenyum.

Mia memuncungkan mulutnya lalu berjalan ke arah group Rhea.Dah ada group tapi sibuk nak tukar group.Ish ish ish..

"Ruz..kita tak cukup satu ahli lah.Mana datangnya lagi satu ahli yang kau cakap tu." kata Qish.

"Tu.."lelaki itu memuncungkan mulutnya ke arah Alisha.

"Alisha?hahaha..kau ingat dia nak join kite ke?selama ni dia selalu buat kerja kursus secara individu.Semua orang yang ingin berkumpulan dengannya pasti akan ditolak."jelas Adam.

Fairuz menoleh ke arah Alisha."Lisha!"
Alisha menoleh ke arahnya.

"Awak nak tak join group kami?"tanyanya.

"Ha ah Lisha.Jomlah join kami.Kami tak cukup satu ahli."sokong Qish.Dia terhutang budi pada rakan sekelasnya itu kerana telah membantunya semasa di kantin hari tu.

"Okey.."balas Alisha selamba membuatkan hampir satu kelas terlopong kecuali Fairuz yang tersenyum.

Alisha duduk bersebelahan dengan Qish yang turut tersenyum.Dia membalas senyumannya.
Itu merupakan kali pertama Fairuz melihat Alisha tersenyum begitu juga dengan yang lain.

"Wah!aku tak sangka aku dapat duduk satu kumpulan dengan Lisha!"kata Adam teruja.

"Aku pun."

Mereka mula berbincang tentang kerja kursus yang di arahkan oleh Cikgu Razim.

"Korang rasa apa cara yang paling kreatif untuk kita buat pembentangan nanti?"tanya Fairuz.

"Apa kata kita buat model bintang mula daripada kelahirannya dan berakhir dengan kematiannya menggunakan bahan bahan kitar semula."cadang Alisha.

"Haa okey juga idea awak tu."kata Qish bersetuju.

"Tapi bahan bahan macam mana?"

"Aih kau ni..beli kat mall lah.Tu pun susah kau nak fikir ke?"sindir Mirzan.

"Aku tanya je."kata Adam.

"Hujung minggu ni kita gi beli amacam?"tanya Qish dan yang lain setuju dengan cadangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience